Event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti"

Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni aku ada kat Kolumpo. Wohoo! Amboi. Kemain lagi suka. Dah la tak pergi exam PTD. Kui3. Kan orang cakap jangan tamak. Kalau tak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadi aku pun proceed la dengan pergi event blogger yang aku terpilih dan dijemput anjuran Fair & Lovely. Jemputan untuk event ni aku dah lama dapat. Sebelum dapat surat untuk hadir exam PTD tu lagi. Tiket nak datang pun aku dah beli awal-awal sebenarnya. 


Lepas tu masa dapat surat exam PTD tu, memang dah decide nak cancel pergi event ni. Tapi lepas dah buat solat istikharah dan buat keputusan taknak pergi exam PTD tu aku proceed la dengan event ni. Dan sesungguhnya aku rasa tak menyesal langsung datang sini dan tak pergi exam PTD tu. Event ni sangat seronok ok! (^_^)


Apa-apa pun, jom kita skodeng gambar dulu. Nanti aku update lain pasal event ni dengan panjang lebar. Biar gambar yang bercerita dulu. Tatap la sampai juling bijik mata korang. Hehe.


My Handbook. (^_^)



Hi! Saya Shahada Fauzi. I'm from PENANG!
Kartun pendek dan gemok macam tuan die yang lukis. Haha. Sesungguhnya tangan saya memang kayu. (-_-")



Dengan Blogger Selebriti yang popular yang amat, CIK EPAL. Beliau dijemput bagi talk. Sangat cantik beliau ni. Ploles je kulit.  Tenggelam 'kecomelan' saya yang tak berapa nak ada tu. Kui3.


Bergambar dengan produk Fair & Lovely. (^_^)


10 blogger yang terpilih bergambar dengan Cik Epal.


Dengan Cik GK a.k.a Anyss. Founder KBU. Tak sangka dia pun terpilih. Ada kawan nak pergi sekali. Hehe.


Haaaa..tu la antara gambar-gambar yang ada yang boleh aku share dulu. Nanti aku update lain pasal event ni ok. Ni adalah antara tugasan yang diberikan. Kena buat 'live blogging'. Tulis blog on the spot. First time aku tulis belog dalam masa yang singkat macam ni. Kalau tak mahu berjam-jam tulis satu entry. Haha. Nantikan entry yang bakal panjang berjela pasal pengalaman aku tentang event ni.



Bisik-bisik :: Event ni sangat la menyeronokkan. Yeay! Tak rugi pergi. Ada juga manfaat yang aku dapat. 


11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. malangnya saya aktif berblog lepas kawen & pergerakkan terbatas skit semakin terbatas bila ada lala.. nak kemana2 pun kena dgn hubby. Hubby lak tak bg keluar tanpa dia. risau2 betul dia dgn anak dia.. dulu blm kawen memang suka join event2 & gathering2.. ada la jugak join. dah kawen enjoy dgn family jer la.. apapun nikmati zaman bujang sebaik mungkin. Mungkin bila dh kawen kita di batasi dgn mcm2 perkara. tak semua org dpt kebebasan mcm masa bujang bila dh kawen..

    BalasPadam
  2. wah seronoknya sha !! pengalaman manis 2013 ni ! :D

    BalasPadam
  3. wah.. besh nya.. hehe, kebetulan produk yg saya pkai pling lama sejak d bangku sekolah.. hehe fair n lovely~ kejelitaan tanpa mengenal usia chewahhh.. nice lah.. congrate terpilih hehe..

    BalasPadam
  4. bestnye dapat jumpa cik epal ! :D

    BalasPadam
  5. @THE LEKAT LEKIT STORY :: saya lepas kawen nnt pun mesti mengalami fasa yang sama macam mummy jugak..hehe..

    sementara masih bujang ni saja la luangkan masa yg ada sebaik mungkin..best jugak join event macam ni..nanti dah kawen ntah dapat merasa lagi ke tidak..rezeki la kot sebelum kawen..:P

    BalasPadam
  6. @Namee Roslan :: a'a namee..manisssss sangat..hehe..nnt dah kawen mesti tak berpeluang dah kot..:P

    BalasPadam
  7. @Nur Hani :: wahhhhhhhhh..lama nya hani pakai produk ni..saya masa sekolah je pernah pakai..pastu stop..gatal nak try macam2 produk..pastu kulit muke pun jadi macam2 jugak la..hahah...

    mekaseh..pengalaman manis saya untuk tahun ni dan sepanjang menjadi blogger..best!

    BalasPadam
  8. @Najiha Sabri :: hehe..ok2 je..best la jugak dapat jumpe blogger popular mcm die..^_^

    BalasPadam
  9. ni dah ada entry ni...he he he...sorry kakak lambat sikit singgah.... busy sikit la dik...

    BalasPadam
  10. cepat update lagi cik comel riesha..:)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan