Sunday, 10 March 2013

~Solat Atas Keretapi~

Assalamualaikum. Hai!


Baru-baru ni aku ikut besfren pergi KL. Temankan die sebab die ada training kat Wisma R&D UM.  Sambil-sambil tu aku memang sengaja nak bercuti. Ambil cuti yang masih berlambak-lambak sebelum nak berhenti kerja bila dah dekat-dekat hari kawen nanti. Rugi pulak cuti tu nanti kan? Ada baki lagi 16 hari ni. Tunggu time nak berhenti baru habiskan yang baki tu. 


Kami pergi hari Ahad balik hari Rabu. Fully sponsored untuk tiket pergi balik dan tempat tido kat hotel oleh die. Hehe. Mekaseh besfren! Makan je kadang-kadang kami bergilir belanja sesama sendiri. Sharing is caring. Nama pun besfren. Takde istilah berkira. Hehe. 


Aku memang suka travel naik keretapi kalau turun KL. Ntah. Lebih rasa selamat kot sebab selama naek tak pernah lagi terbabas eksiden. Kalau naik bas macam rasa scary sikit sebab selalu dengar bas eksiden kat lebuhraya. Huk3. Jadi besfren aku macam boleh faham je isi hati aku, dia beli tiket keretapi untuk travel hari tu. Lagipun katanya dia tak pernah travel dengan keretapi.


Jadinya pergi KL hari tu travel naik keretapi la. Wohoo! Masa pergi ambil tiket pagi jadi takde masalah dengan waktu solat. Walaupun delay tapi tak terganggu langsung sebab sampai pun dalam pukul 3 lebih. Sempat lagi buat jama' bila sampai hotel. Sebab musafir kan. Cumanya masa balik tu dapat tiket petang dalam pukul 2.40 petang yang delay sejam lebih. Delay lagi. Sokmo je delay keretapi ni bila aku naek. Tskkkk. 


Bila dah gerak pun lewat petang, kompom la sampai lewat malam. Dah sampai kat destinasi nanti dah tak boleh jama' solat. Destinasi di sini maksudnya dah sampai kat rumah la. Bukan ke kalau dah kat tempat kita bermastautin kita tak boleh jama' solat. Kena solat macam biasa. Takkan nak tinggal maghrib kan? Jadinya aku solat atas keretapi la masa maghrib tu. Jama' sekali dengan isyak. Alang-alang masih bermusafir lagi, boleh la jama' solat. Ambil langkah selamat. Bimbang jugak sampai rumah dah lewat malam nanti letih tak pasal terbabas waktu isyak sebab tertidur. Huhu.


Sebelum ni aku travel naik keretapi tak pernah solat atas keretapi sebab selalu travel malam. Sampai waktu Subuh. Bila sampai destinasi terus solat je la macam biasa. Kali ni je merasa pengalaman solat atas keretapi. Jadi, entri ni sekadar nak berkongsi pengalaman aku solat atas keretapi la. Pengalaman pertama kali.




Dalam keretapi sekarang ni sebenarnya memang ada disediakan surau kecik dah dalam gerabak. Memang kecik. Boleh la muat dalam 3-4 orang yang badan selim-selim. Kalau badan beso kapasiti nak masuk surau tu lagi terhad la kan. Surau tu dekat-dekat dengan kabin kantin. Masa hari tu, aku intai-intai jugak kot-kot boleh nak solat kat situ. Tapi tak berpeluang. Jadi, lepas ambil wudhu kat dalam toilet, aku kembali kat seat. Terpaksa la solat dekat seat sendiri je. Solat duduk. Memang masa solat tu bergoyang-goyang la. Maklum dalam keretapi. Duduk saja pun bergoyang. Tapi aku teruskan je solat macam biasa.


Haa..tentang kiblat pulak. Bila atas keretapi, dah tentu lah kita tak boleh nak tentukan arah kiblat dengan tepat masa keretapi tengah bergerak kan? Kalau die berhenti kat stesen mana-mana boleh la kita tentukan kiblat arah mana dan angkat takbir masa tu ngadap kiblat. Lepas tu kalau masa tengah solat keretapi dah bergerak dan arah kiblat pun dah lari, kita masih boleh solat macam biasa tak perlu ubah-ubah kedudukan. Gila ka masa tengah solat sibuk nak cari arah kiblat ikut pergerakan keretapi? Solat tak kushyuk la tu. Huhu.


Seeloknya, kalau travel ni bawak la kompas yang ada petunjuk arah kiblat. Mudah. Macam aku hari tu terlupa nak bawak sebab tak sangka nak jadi macam tu. Huhu. Kebetulan pulak masa hampir masuk waktu maghrib hari tu keretapi tak berhenti, lagi la susah nak tentukan arah kiblat. Goyang sana goyang sini. Cuaca pulak dah gelap. Dah tak nampak matahari tenggelam kot mana. Jadinya aku terpaksa bertawakal je ngadap kiblat ikut arah seat aku duduk. Perasaan masa tu risau jugak. Tapi kerana nak mengerjakan kewajipan aku menunaikan solat aku tawakal pada Allah. Semoga solat aku diterima. Huhu.


Itulah pengalaman pertama kali aku. Kalau travel naik kereta sendiri, kita boleh je berhenti kat mana-mana RnR atau masjid. Kalau travel naik bas, bas selalu jugak berhenti kat RnR bagi masa untuk kita pi makan. Boleh curi masa makan tu untuk pi solat. Makanan beli tapau je makan atas bas. Hehe. Cuma travel dalam keretapi ni la yang leceh sikit. Tapi apa pun keadaan, sebagai seorang muslim, kewajipan solat kita WAJIB laksanakan. Sekalipun waktu tu darurat perang ke hape ke. Solat kan tiang agama. Tak boleh ambil mudah tau!


Berikut aku kongsikan sedikit rujukan yang aku dapat dari soal jawab di laman Halaqah. Semoga dapat jadi panduan buat kita semua.



Bisik-bisik :: Takda alasan untuk tinggalkan solat tau!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

new hope said...

mcm solat atas flight juge kan, penuh informasi

KLIK IPT DIKOMPAUN AMBIL PELAJAR BAWAH KELAYAKAN

Shahada Fauzi said...

@new hope :: a'a..atas flight pun boleh praktikkan..

aDisH.sHidA said...

thanks shada atas perkongsian nie..amat berguna

Sakura Sue said...

nice one! he

Shahada Fauzi said...

@aDisH.sHidA :: sama-sama kak shida..^_^

Shahada Fauzi said...

@Sakura Sue :: semoga boleh jadi panduan buat kita semua..^_^

Namee Roslan said...

terima kasih untuk perkongsian ini !! :D

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: sama-sama namee..semoga bermanfaat untuk kite semua..^_^

Anonymous said...

salam.. dalam ETS ada surau x?

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman solat atas keretapi.

KT WATERFALL said...

Salam. Amat bermnafaat bagi diri dan isteri yang dalam perjalanan keretapi dari JB ke Alor Setar. Jazakallah.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com