Wednesday, 13 March 2013

~Siap juga akhirnya! ~

Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya lama dah nak update pasal ni. Tapi tak ter'update'. Hehe. Alhamdulillah. Rumah mak, pusaka peninggalan arwah abah dah siap diubahsuai sepenuhnya. Kami masuk rumah ni hujung bulan satu. Punya la lama renovate. Sampai 6 bulan lebih. Dari bulan Jun 2012 sampai Januari 2013. Selama tempoh tu merempat la kami sekeluarga menumpang kat rumah maksu. Hadui. Semua ni sebab ada masalah dengan tukang buat rumah la. Sangat la membengangkan.


Kami kena tipu dengan first contractor. Sampai limabelasribu kena pow tapi satu hapa pun tak jadi. Die  hanya pecahkan 5 bahagian dinding, dirikan dinding baru 7 bahagian, sambungkan zink syiling carporch dan atap bumbung 1/4 bahagian serta pasang 4 tingkap. Itu sahaja. Lepas tu rumah ditinggalkan terbengkalai begitu sahaja dengan pintu utama rumah pun die tak pasang. Rumah terpelahau macam tu je. Kalau pencuri nak masuk cilok barang-barang yang ada dalam rumah masa tu pun memang boleh sangat dah. (-_-")


Aku dah suggest kat kakak setiap kali bagi duit, mintak resit/invoice apa barang yang contractor tu dah beli dengan duit tersebut. Sebab aku rasa macam nak kena tipu je dengan contractor tu. Tapi kakak tak buat pun. Kakak pulak masa tu senang-senang je hulur duit. Setiap minggu contractor tu mintak limaribu. Cukup 3 minggu dah dapat limabelasribu hanya dengan sedikit je progress renovation dia mintak lagi duit. Perghhh..Macam kami ni mesin ATM pulak lagaknya dia buat. Memang betul la instinct aku yang kami dah kena tipu.


BEFORE
Hasil kerja contractor pertama.


Sebenarnya kami tak suruh dia buat rumah baru. Just renovate ikut plan yang dah kakak lukiskan. Kalau ikut plan kakak memang tak banyak pun kos ubahsuai sebenarnya. Tapi dia cakap limabelasribu yang dah bagi tu tak cukup nak tampung kos bayar pekerja dia. Entah berapa ratus sehari die bayar pekerja die. Datang buat rumah pun bukan tetiap hari dari pagi sampai petang. Tak berpanas pulak tu sebab buat kerja bawah bumbung. Lepas tu dalam masa 3 minggu pertama je buatnya. Sebabkan kami taknak bayar duit yang die mintak lagi lepas kami tengok tak banyak progress pun kat rumah lepas dah bayar limabelasribu, terus die stop dan tinggal camtu je. 


Aku pun tak paham. Kenapa kami pulak yang kena tanggung gaji pekerja dia? Bukan ke gaji pekerja dia yang kena tanggung sepatutnya? Kami just keluarkan kos untuk bahan-bahan mentah pembinaan rumah dan dia pandai-pandai la manage. Itupun dengan limabelasribu tu dia cuma beli beberapa paket simen, 2 lori pasir, dan beberapa ikat batu-bata. Sampai berbelasribu ke kos tu semua? Masa kami berkeras mintak die keluarkan invoice, dia tak boleh nak provide. Memang sah la kami dah kena tipu pun. Jahat betul!


Lepas kena tipu contractor pertama tu, makcik tolong carikan kami contractor lain. Contractor yang buatkan rumah anak dia. Contractor kedua ni, kerja memang tiptop! Alhamdulillah. Dia dan pekerja dia yang siapkan sepenuhnya rumah ni. Hasilnya sangat memuaskan hati kami jugak la. Yang penting agak senang nak deal dengan dia kalau ada mana-mana part yang kami rasa perlu diperbaiki. Jenis dia pulak, dah siap satu part, kami tengok dan berpuas hati, baru dia mintak bayaran. Dan setiap bayaran yang diterima dia sediakan invoice. Ini baru betul!


AFTER
Contractor kedua siapkan.


Wiring pun ada masalah jugak sebenarnya. Yang pertama punya, buat kerja tak siap. Dah buat sikit lepas tu kata tak boleh nak buat dah. Dia ni direkemen oleh contractor yang pertama tu la. Huh! Duakalilima. Dah dapat bayaran jugak tu. Apapun tak boleh! Yang kedua pulak, makcik jugak carikan. Kerja dia okay la jugak. Agak kemas. Cumanya jenis panjang tangan sikit. Hari tu dia terkantoi curi simen. Nasib baik aku dengan kakak singgah nak tengok rumah lepas balik kerja masa tu. Kalau tak, sampai kesudah tak tau dia dok buat kerja cilok-cilok gitu. Heh! Apa punya orang la. (-_-")


Piping je yang langsung takda masalah. Alhamdulillah. Kerja dia siap paling awal. Dia ada warning kami pasal contractor pertama tu. Tapi kami bersangka baik lagi masa tu. Tak sangka memang apa yang pakcik tukang paip tu warning jadi betul-betul. Huhu. Naseb la. Ujian dari Allah. Ada la hikmah dan sebabnya tu. 


At first, aku salahkan kakak jugak sebab taknak buat research dulu cari beberapa contractor yang boleh bagi harga dan servis terbaik masa memula proses tu. Hai..entahlah. Benda dah jadi pun. Tak boleh jugak nak salahkan kakak seratus peratus. Cumanya aku kesian kat kakak sebab kos ubahsuai rumah ni dia yang tanggung semua. Sebab rumah ni pun nanti bakal jadi rumah dia. Dia yang akan menetap kat sini sekeluarga dengan mak nanti. Aku dah kawen kena ikut bakal suami. Cuma sekali-sekala je aku akan balik sini.


Memang pengalaman dan pengajaran yang tak dapat dilupakan la sepanjang proses renovation rumah ni. Jumpa bermacam-macam jenis manusia. Yang tak tahan tu perangai orang yang sama taraf kewarganegaraan ni. Teruk betul! Sangat memalukan. Sampai hati menganiaya. Orang yang warganegara luar jugak yang boleh dipercayai. Kerja pun bagus. Sabar je la. Nasihat aku, kalau korang nak buat renovation rumah, buat research dulu contractor mana yang terbaik. Takde lah kena macam kitorang ni. Renovation rumah habes sampai berpuluhribu lebih campur sekali dengan yang kena tipu tu. Macam dah buat rumah baru sebijik! Padahal nak renovate sikit je. Aduhai~~



Bisik-bisik :: Aku ada bilik sendiri dah. Dapat la merasa beberapa bulan sebelum tukar status nanti. Syoknyaaaa. Hehe.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

15 orang bagi nasihat:

fatehamohamed said...

alahai..kesiannya kakak awk..lima belas ribu bukan sikit tu..menangis nak cari..huu..

Ym.Bundle said...

eh, ko nak kawen bila?..best la ade bilik baru..hahaha

Shahada Fauzi said...

@fatehamohamed :: tu la pasal..huhuhu..memang lepas kena tu rasa macam 'gila' sat..hehehe...

Shahada Fauzi said...

@Ym.Bundle :: insyaAllah lepas raya la..mudah-mudahan..

best wei..ade bilik sendiri tu..haha..

aDisH.sHidA said...

banyak tu rm15k. tp xde pun nampak hasil kerja kan..yang nampak hasil ketukan...sabar je la..

betul tu kalau nak cari tukang buat umah nie prefer cari yang dah kenal..senang mudah deal...tp yg dah kenal pun bahaya jugak..


cantik umah tu...modern design..

Shahada Fauzi said...

@aDisH.sHidA :: tu la kak shida..ngamuk jugak kami hari tu..geram betol kat contractor tu..tapi menda dah nak jadi..redha je la..huhu..

terima kasih kak shida..baru nampak rupe rumah..kalau tidak macam berkotak-kotak..pintu nak masuk rumah nye sampai 2 kat depan..:P

THE LEKAT LEKIT STORY said...

arwah ayah pun pernah kena tipu jugak dengan contractor.. renovation skit & tambah skit rumah. dia buat asal siap jer.. tu pun x tau la rasanya lama jugak. dekat setahun je keberapa.. tp lama gila la. siap pun bocor sana sini.. laters renovation sblm kita kawen. pun sama lantai bilik air x balance. air jd bertakung. kira nasib x berapa baik la.. tp rumah tu rumah mak kt kampung la.. kita xde umah sendiri lg.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

jahat betul org yg mcm tu..

haihh sabar je la

Siti said...

alhamdulilah siap jgk akhirnya.slm knl.

Namee Roslan said...

alhamdulillah siap jugak akhirnya. selalu dengar kes contractor tipu2 macam ni. :/

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: a'a la mummy..yg kontraktor 1st tu pun buat asal siap..tapi tak siap2 pun..tah pape..sabo je la..

Shahada Fauzi said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: tu la anyss..jahat sungguh..menganiaya orang..die ingat kite ni orang kaya ke? asal nak renovate rumah kire kaya la konon..banyak cantik muke die..kite ni punya la kumpul duit macam nak rak..die sedap2 je tipu..

Shahada Fauzi said...

@Siti :: alhamdulillah..tu la..siap jugak akhirnya..dapat dah duduk rumah sendiri dengan selesa..hehe..

salam kenal juga..^_^

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: tu la namee..salu dengar jugak..ni sekali famili sendiri pulak yg kena..sabor je la..nasib baik siap jugak akhirnya..alhamdulillah..

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com