Tuesday, 19 March 2013

~Cuti 2013 : Langkawi Destinasi Pertama~

Assalamualaikum. Hai!


Buat kali ketiga sepanjang hidup aku ni, sekali lagi Langkawi menjadi destinasi percutian aku. Kalau tahun lepas aku pergi dengan famili kakak tercinta, kali ni pergi dengan besfren tersayang pulak. Sementara masih bujang trang tang lagi ni, boleh la nak berhuya-huya dengan kengkawan. Dah kawen nanti nak bercuti haruslah dengan suami tercinta. Aku nak berkepit doplohpat jam dengan suami je. Dah kawen boleh berkepit macam belangkas uolss. Haha. Poyo betol!


Sebenarnya dah lama plan nak bercuti ni. Besfren yang aturkan. Semua dia yang booking. Dari hotel sampai la ke kereta sewa. Aku tinggal nak keluarkan ongkos untuk bayar mana-mana yang perlu. Kami share perbelanjaan la. Err..tak kira pulak berapa perbelanjaan seorang. Main keluar je duit. Ish3. Apa la aku ni. Sebenarnya taknak sedih tengok jumlah duit yang keluar. Tu yang tak kira. Itu alasan yang sebenarnya. Keh3. Ada la dalam tigaratus lebih kot aku habes. Agak-agak je.


Kami di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Pergi hari Jumaat [15/3/2013], balik hari Ahad [17/3/2013]. Hari pertama dengan kedua je la yang berjalan sakan. Hari ketiga kan dah nak balik. Memang tak sempat nak pergi mana-mana dah. Balik pagi. Kejar masa sebab mak besfren nak pergi kenduri kat Penang. Oh ya! Lupa nak bagitau. Kami pergi berempat. Aku, besfren, mak besfren dan kawan tempat kerja besfren a.k.a kawan baru aku. Jom layan gambar-gambar sepanjang aku kat sana.


Masa pergi dan balik.


Tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam.


Destinasi pertama : Beras Terbakar.

Banyak betol duit syiling kat kawasan berpagar tapak beras terbakar tu. Rasa macam nak kutip pun ada. Siapa la yang baling duit tu. Bagi kat aku pun ade pekdah. Haha. Tapi rumah yang ada dalam kawasan tu cantik gila oi. Tu yang aku buat muka tak malu posing depan rumah tu. Lantak le ramai orang tengok pun. Pedulik hapa aku. Kih3.


Destinasi Kedua : Makam Mahsuri.

Masuk dah kena bayar rupanya. Dan dah banyak yang berubah. Ye la. Masa kali pertama aku pergi dulu tahun 2001. Dah berbelas tahun oi. Memang la banyak perubahan kan? Masa kat perigi tu, aku ada ajak pelancong lain bergambar sama. Ingatkan orang Malaysia. Sekali orang Thailand daaa. Aku tibai cakap melayu pulak tu dengan pakcik tu masa ajak dia dengan wife dia bergambar. Haha. Perangai tak senonoh betol Shahada ni! Konon peramah la sangat. Nasib baik la pakcik tu layankan je aku. Haha. Adoi la~~~ :D


Destinasi Ketiga : Telaga Tujuh.

Ni masa hari kedua. Pagi-pagi buta terus menuju ke sini. Orang pun takda lagi. Besfren aku, Wahida dengan mak dia tunggu kat bawah je. Makcik tak larat nak naik. Jadi aku dengan Adda je la yang gigih daki tangga. Konon aku dengan Adda nak panjat sampai jumpa telaga yang pertama. Tapi non-hado la. Sekerat jalan je. Semput oi! Dah lama tak bersenam cenggitu la. Baru panjat sikit dah termengah-mengah. Kah3. Lepas tu ternampak signboard dorang tengah buat construction. Ada warning kalau berlaku kematian dorang tak bertanggung jawab, terus aku dengan Adda cancel nak naik lagi. Kami berdua darah manis uolss. :P


Destinasi seterusnya : Cable Car Oriental Village dan Underwater World.

Masa kat Oriental Village tu sebenarnya kami nak naik 'ITIK'. 'Duck Tour' la. Hehe. Tapi tak jadi. Itik nye rosak la pulak.  Nak pergi 'mangroove tour' tak best sebab kami 4 orang je nak sewa satu boat. Rugi. Nak 'island hopping' tak boleh. Takkan nak tinggal makcik pulak. Tak baek. Lagipun macam bosan je. Haha. Cable car dah pernah naik. Jadi tak heran sangat. Kesimpulannya kami cuci mata je la kat situ.

Lepas tu gerak pergi Underwater World pulak. Aku memang suka nengok ikan dan hidupan laut ni. Ciptaan Allah yang sangat la cantik. Subhanallah. Cantik sangat!

*************************************


Oh ya! Kali ni banyak pergi tempat yang aku tak berpeluang terjah masa datang dengan kakak tahun lepas. Selain nak bercuti dengan besfren, tujuan paling utama aku nak pergi Langkawi kali ni adalah untuk memborong ceklat. Hari kedua tu lepas dah pergi melawat sana sini dan balik berehat kat hotel, petang tu kami pi Pekan Kuah. Borong ceklat kat kedai Pak Mail. Hehe.


Aku borong ceklat dengan sangat pelahap sampai habes duit berkoyan-koyan. Sob sob sob. Saja beli siap-siap. Kat Langkawi kan ceklat murah. Kalau beli kat Penang mahu bankrup aku. Jadi dah alang-alang pergi Langkawi borong je la. Takpe la. Demi untuk kanak-kanak yang datang meraikan aku nanti. Akak hadiahkan korang ceklat ye. Bagi tambah gumok dan rosak gigi. Naseb korang la. Haha.


Itu je la cerita percutian aku kali ni. Minggu ni nak pergi Terengganu pulak. Aiyoo. Memang banyak pakai duit sungguh bulan ni. Huk3. Berkorban sikit untuk masa depan. Eceh!



Bisik-bisik :: Langkawi is soooooooooo HOT! I is rentung! Dah la kulit memang hitam mutu keunggulan. Huhu. Naseb la.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Amyma Omar said...

syoknya.... lain kali cuba le datang ke sabah.di sabah ada banyak tempat menarik,dan x panas..hihi btw,saya dah follow kamu,jom follow saya balik..:) tq..hihi

zarena heeney said...

rumah tu mcm rumah melaka jea
tangga batu

cantik la

asal dorang campak duit syiling kat situ
mcm campak duit dlm kolam erk
pasang niat la tu

Namee Roslan said...

bestnya riesha !!!! rasa nak jerit sebab teringin nak pergi. seriously. ni mesti borong banyak chocolate ni. heheh. riesha, nak tanya pandai tak buat design flash ??

Shahada Fauzi said...

@Amyma Omar :: insyaAllah..memang satu hari nak pi jelajah Sabah pulak..dulu masa belajar kat sana tak pi mana-mana pun..tak berkesempatan..takde ongkos..tumpu kat belajar je..huhu..

mekaseh sudi folo..insyaAllah..ade rezeki saya folo kamu ye..^_^

Shahada Fauzi said...

@zarena heeney :: a'a la kak..sha pun baru perasan rumah tu macam rumah kat Melaka..hehe..tapi rumah tu memang cantik kak..yang pasal duit tu saya pun tak pasti..mungkin betul cakap akak..dorang pasang niat la tu kut..tapi syirik kan bagi kite orang Islam wat gitu..huhu...

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: besttttttttttt sangat namee..hehe..nanti namee ajak la husband pergi..hanimun..:P

design flash? boleh..untuk ape tu?



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com