Wednesday, 6 February 2013

~PORTFOLIO :: Belog Kak Ena~

Assalamualaikum. Hai!


Sambil-sambil nak tunggu encik CH balik kerja, rasa nak menaip pulak kat belog busuk kesayangan ni. Takot kang ternganga tido tak sedo diri pulak langsung tak dengar beliau hanto mesej. Dah le aku ni jenis tido mampuih. Hehe. Malas nak taip pasal mende lain sebab tak berapa nak ade idea. Jadi entri kali ni just nak share portfolio yang terbaru je la.


Job design untuk blog kali ni dapat dari customer lama, Kak Ena. Dulu beliau pernah dah upah aku design blog beliau. Ini link entri pasal design blog beliau tu : Portfolio Belog Puan Zarena Heeney. Baru-baru ni tetiba blog beliau hilang dari dashboard dan tak dapat apa-apa emel pemberitahuan pun dari pihak blogger.com. Aku ada jugak tolong nak recover. Tapi tak dapat apa-apa feedback pun dan terus belog lama kesayangan beliau tu yang dah hidup selama hampir 7 tahun hilang cenggitu je. Sampai la sekarang tetap tak dapat balik. Kesian kat beliau. Huhu.


Disebabkan tu, beliau decide nak buat belog baru dengan url lain. Beliau mintak tolong aku untuk recover balik entri-entri beliau yang lama kat blog tu. Mujur la tetiba link blog tu masuk balik dalam dashboard. Itu pun setelah seminggu. Tapi sayangnya kena locked dan tetap tak boleh buka. Yang function pun cuma untuk bahagian setting je. Jadi aku cepat-cepat import blog tu. Akhirnya semua entri lama tu dapat diselamatkan dan berjaya dipublish kat blog baru. Alhamdulillah. Dan inilah rupa blog baru untuk Kak Ena.


FULL TEMPLATE


WATERMARK


Pakej design belog adalah macam selalu yang disebut-sebut dalam entri portfolio yang lain. Cumanya Kak Ena ada request aku design watermark jugak untuk blog beliau ni. Dan yang kat atas tu la watermark nye. Konsep sama macam header blog Kak Ena. Dan design adalah sepenuhnya idea aku. Tapi Kak Ena ada jugak bagi guideline camne yang beliau nak bila aku bagi beliau tengok hasil design. Jadi aku repair la yang mana patut. Warna tema kekal sama macam blog lama, Purple+Pink. Kaler fevret Kak Ena! Hehe.


Alhamdulillah sebab Kak Ena berpuas hati dengan kedua-dua design ni. Semoga beliau kembali bersemangat untuk menulis blog seperti sediakala. Jangan sedih-sedih dah eh kak. Dugaan la tu tetiba je blog  lama tu hilang. Anggap je takde rezeki eh. Menumpang hosting secara free kat blogger.com tu, cenggitu la naseb penulis blog macam kite yang tak berapa mampu nak beli hosting sendiri ni. :P



Bisik-bisik :: Berminat nak cuba hasil tangan sakti saya mendesign? Jangan memalu contact eh! Tenkiuuu..(^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Seneorita Baharin said...

chantekk design tu sis...btw sabar ye kak ena, lepas ni keep blogging lg, dh ada blog baru, chantek plak 2..semangat2..hee :)

Zura Zue said...

cantek...nasib baik dpt selamatkan entry2 lama...

Shahada Fauzi said...

@Seneorita Baharin :: hehehe..tenkiu dear..

tu la..harapnya kak ena makin semangat la blogging pasni..hehehe..:P

Shahada Fauzi said...

@Zura Zue :: mekaseh kak..tu la nasib baik dapat jugak selamatkan entry lama..

Namee Roslan said...

cantik !me like . very lady like ! :D hehe.

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan thanx namee..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com