Kuih Tradisional Memang Tak Luput Di Telan Zaman

Bila tiba musim raya je, kompom banyak orang mula bertungkus lumus buat kueh raya yang bermacam-macam jenis. Ada yang buat untuk makan sendiri je. Ada jugak yang buat untuk tujuan meniaga. Maklum la, zaman moden serba canggih sekarang ni memang tak ramai orang yang rajin nak buat kueh raya sendiri. Semua lebih selesa beli kueh tunjuk-tunjuk je. Walaupun sebenarnya, rasa kueh sama je yang berbeza cuma nama dan rupa bentuk kueh. Tapi hentam je beli asalkan variasi gitu bila nak hidangkan pada tetamu.


Macam aku, kalau kueh raya moden-moden ni aku kurang gemar sangat nak makan. Tak taste gitu. Maklum le lidah kampung. Hehe. Selalu kalau teringin yang kueh-kueh moden pun aku buat sendiri je kalau rajin. Kalau tak rajin, pergi beraya rumah orang aku sapu le makan buat rasa kat lidah tak kempunan. Huahuahua. Tapi selalunya, kueh moden ni memang akan kalah kalau tuan rumah ada hidangkan jugak kuih tradisional. Kompom aku sapu kueh tradisional tu la. Fuhhhh. Memang feveret sepanjang zaman.


Kueh tradisional yang paling aku suka ialah kueh mazolla, kueh batang burok, kueh lidah buaya, dengan kueh kapit. Perghhh. Tengah taip entry ni pun terbayang-bayang. Macam nak meleleh ayaq liuq. Haha. Tapi serius la. Memang tak luput di telan zaman la kueh-kueh tradisional ni. Sedap. Bagi aku yang tekak retro sikit ni la. Kalau tekak orang moden tak tau la nak kata camna kan?


Salah satu kueh tradisional fevret aku : Kueh Kapit.

Sebenarnya, nak buat kueh-kueh tradisional ni memang sedikit rumit dan susah. Betul tak? Selalunya yang terer buat kueh tradisional ni orang lama-lama je. Orang zaman sekarang ni tak ramai yang gemar dan rajin nak buat kueh rumit-rumit cenggini. Dorang lebih selesa buat kueh moden-moden je. Tapi aku respek dengan orang yang masih mengekalkan tradisi buat kueh tradisional ni. Bukan senang tau.


Macam kawan aku sorang ni. Dia jalankan bisnes keluarga secara kecil-kecilan buat kueh tradisional ni. Kueh kapit yang telah di 'branding' dengan nama Crunchy Kapit. Siyesli memang crunchy habes. Sedap! Langsung tak lemau tau. Aku dah rasa dah sample yang kawan aku bagi. Habes satu bekas aku dengan ofismate hentam. Bosan ngadap kerja, capai kueh ni ngap ngap krup krap makan sambil bergosip. Haha!


Kalau dulu, kita hanya boleh makan kueh ni masa musim raya je. Sekarang ni dah tak payah nak tunggu raya lagi. Hari-hari biasa pun boleh makan jugak. Ni yang terbaek ni. Hehe. Jadi buat korang yang teringin nak rasa kueh kapit yang crunchy buatan famili kawan aku ni, korang bolehlah roger-roger untuk buat tempahan dengan beliau di talian : 019 520 4882 / 019 552 8934 [Encik Syamil].



Sample kueh yang aku dapat hari tu. Gile banyak beliau bagi. Free pulak tu. Kui3.


Kueh ni sesuai je dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga @ hidangan untuk tetamu yang datang rumah @ sebagai souviner untuk doorgift tunang/kahwin/besday dan macam-macam lagi event. Ikut suka korang la kan.


Bagi area Penang boleh COD je untuk ambil kueh ni. Kalau di luar Penang boleh jugak kalau nak tempah dan penghantaran akan dibuat secara pos. Apa-apa pun, korang deal je dengan Encik Syamil ye dengan nombor contact yang aku dah bagi tu. Jangan deal dengan aku pulak. Aku nak buat kueh ni pun tak reti woi! Haha.


Aku doakan semoga bisnes keluarga Encik Syamil ni akan terus berkembang maju. Biar bermula secara kecil-kecilan. InsyaAllah satu hari nanti pasti akan ada imbuhannya dan perniagaan bertambah besar. Yang penting dalam berniaga ni kena ikhlas dan jujur. Lepas tu jangan mudah give up. Yang lagi penting kena rajin promosi. Hehe. InsyaAllah. Semoga diberkati Allah hendaknya.



Bisik-bisik :: Kepada sesiapa yang berminat nak guna khidmat saya untuk promosi/iklan barangan anda boleh contact saya anytime ye. Syarat-syaratnye nanti kita deal. Mekaseh! (^_^)

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. kueh kapit sangat sedap ok !!! my fav !1 hehe. dah lama tak makan.. nak order tapi jauh sgt plak ke ?? :B

    BalasPadam
  2. @Namee Roslan :: kan namee? sedappppppppp..hehe..

    boleh je nak order..kite hantar pakai pos..:P

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan