Tuesday, 25 December 2012

~Cincin Emas ke Cincin Perak?~

Assalamualaikum. Hai!


Lama menyepi sebab sibuk dengan kehidupan di dunia realiti. Dengan kerja opis yang tak kan pernah habes. Kerja part time design yang makin mencurah-curah. Ecewah. Takde la mencurah mane pun. Tapi ada la sikit. Sampai banyak yang tertangguh. Huk3. Sorry my customer. Agak selow sikit. Sebab bile stay kat rumah orang ni aku tak berapa boleh nak fokus sangat. 


Maklum la, tempat tido aku adalah terkedang kat tengah ruang tamu. Kesian. Haha. Nak tido lewat tak sedap pulak. Polisi mak sedara aku, kat rumah ni kena tido awal. Kalau aku tido lewat kang anak die yang bongsu tu pun ikut sama tido lewat. Adoiyai. Bile la gamaknye nak siap rumah sendiri ni? Dah 6 bulan menjadi gelandangan tumpang rumah mak sedara. Huhu. Tapi demi mencari rezeki lebih nak tak nak kena jugak la wat kerja design tu sikit-sikit walaupun selow. Kena la kerja kuat kan? Kata nak kawen tahun depan. Haha.


Sebut pasal kawen ni,  entri kali ni ada kaitan dengan yang itu la. Tapi pasal cincin. Tetibe aku teringat masa pergi spa buat rambut tempoh hari, adik yang layan aku tu ada tanya pasal cincin-cincin ni masa dia dok cuci rambut aku. Dia tanya masa bertunang atau bernikah sesuai ke tak kalau pihak lelaki nak bagi cincin perak je. Wajib ke bagi cincin emas? Katanye ramai orang cakap elok bagi cincin emas. Kalau bagi cincin perak bukan ada harga. Tak boleh jual macam cincin emas. Persoalan yang dia ajukan kat aku, ada ke orang jual cincin tunang/nikah sendiri?


Persoalan tu jugak pernah aku fikirkan bila orang bagi cadangan kat aku tentang cincin yang patut aku mintak dari encik CH. Pelik benor rasa bila ada yang cakap cenggitu. Hello. Dah nama pun cincin tunang/nikah. Takkan la tergamak nak jual pulak. Pada aku la, kalau satu hari nanti aku hidup susah sekali pun, aku tak rela nak jual cincin tunang/nikah yang aku dapat. Gila. Sayang kot. Ada sentimental value. Eceh! Korang sanggup ke nak jual? Ish3. Nasihat aku, andai jodoh tak panjang pun, dari korang jual cincin emas tu, baiklah buat investment. Untung berganda-ganda. Haha. *Apa aku merepek ni? (-_-")*





Berbalik kepada perbincangan asal. Jadinya, cincin emas ke cincin perak yang sesuai nak bagi masa tunang/nikah? Bagi aku dua-dua pun okey je. Sesuai. Ikut atas pilihan hati sendiri berkenan yang mana. Ikut bajet jugak. Kalau harga cincin emas sama je dengan harga cincin perak, ikut suka la nak beli jenis yang mana satu. Tepuk poket dompet si lelaki, tengok duit berkepuk-kepuk ke tidak kat dalam. Haha. Mana tahu berkenan lagi yang design cincin perak dari design cincin emas. Kadang-kadang cincin perak pun cantik jugak siap ada batu-batu berkilau tu ha. Ada yang lagi mahal dari cincin emas. Terpulanglah.



Kalau ikut aku, tak kisah la pihak lelaki nak bagi cincin jenis apa sekali pun. Perak atau emas, murah atau mahal, aku terima je. Asalkan dia mampu. Sebab aku memang bukan seorang yang high demand dan materialistik. Aku terima je seadanya ikut kemampuan si dia. Yang penting 'berharga' pada aku. Tapi jangan la bagi cincin mainan yang tikam-tikam tu pulak. Jahat beno la kalau bakal suami aku bagi cincin gitu. Terus mogok tunda kawen kalau dia buat camtu. Itu takde hati perot namanya. Huhu.


Tapi itu diri aku sendiri. Kalau pompuan lain aku tak tahu la. Macam ada kawan aku cakap, pada dia kalau lelaki tu bersungguh nak kan seorang pompuan, laki tu kena sanggup keluarkan duit penuhi semua tuntutan pompuan tu. Tak kesah dari segi wang hantaran kahwin, mas kahwin dan cincin. Mahal camna pun kalau laki tu betul-betul nak, kena la berkorban. Hue hue hue. Nasib la eh kalau yang lelaki dapat gadis idaman yang high demand. Sebab dunia sekarang ni memang kejam banyak. Memang la duit bukan segala-galanya. Tapi kekadang duit tu peranan die 'amat besar' jugak. Itulah realiti hidup zaman sekarang. Harap bertabah buat kaum lelaki. Haha.


Oh ye! Dah terlanjur tulis pasal cincin ni, nak ingatkan la sikit. Ramai jugak pihak yang konpius nak bagi cincin jenis apa untuk si lelaki masa majlis nikah/tunang. Sebagai seorang Islam, kita semua sedia maklum yang lelaki haram pakai barang-barang yang emas sepenuhnya atau ada sedikit unsur emas. Jadi, jangan sesekali beli cincin emas untuk si lelaki. Cincin emas putih atau suasa pun tak boleh tau. Haroommmm. Jadi belikan je cincin perak. Takpe la 'murah' pun. Yang penting 'value' dia tu. Dan itu juga adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi lepas ni tak payah la pening-pening nak beli cincin apa bagi kat bakal suami tu. Pergi je cari cincin perak ye.



Bisik-bisik :: Misi mencari cincin perak untuk encik CH. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 11 December 2012

~Nakal Bila Jauh~

Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, lelaki ni kan, bila jauh dari pasangan (bini/tunang/awek), dorang akan menjadi 'nakal'. Jauh ni kiranya macam Long Distance Relationship la. Yang jarang-jarang berjumpa disebabkan jarak tempat tinggal memasing yang jauh beribu-ribu batu. Nak jumpa pun mungkin berbulan-bulan baru jumpa sekali. Kalau bajet banyak mungkin sebulan sekali. Tapi tetap jarang berjumpa.


Jadinya, bila dalam situasi ni, selalunya lelaki akan menjadi 'cerdik terlebih' dan bijak mengambil kesempatan. Itu lah yang dikatakan Nakal Bila Jauh. Nakal di sini maksudnya macam saje-saje nak test market dengan 'jeling-jeling' pompuan lain. Jeling-jeling biase je takpe la kot. Ni tersilap langkah terus 'terperangkap' dengan jerat sendiri. Jeling-jeling pastu siap 'declare' jadi 'couple' lagi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bini/tunang/awek dorang. 


Hoiiii. Ini sungguh tidak bermoral! Jahat dan buruk perangai sangat! Mentang-mentang la jauh kan. Me'ghela' pulak dia. *Me'ghela' = Gatai merenyam* Debik kang baru tau! Selalunya yang suka wat perangai cenggini lelaki yang nampak noty-noty sikit kot. Eh? Tapi tak boleh cakap jugak. Kekadang yang nampak jurus dan 'pijak semut tak mati' pun lagi dasyhat perangai. *jurus = baik* Bersembunyi die sebalik 'topeng' wajah baik dia tu. Grrr...


Eh! Ini bukan teori yang aku saja-saja nak reka sendiri tau. Dah dua orang sahabat baik aku cakap benda yang sama. Sorang lelaki sorang lagi pompuan. Rasanya kakak aku sendiri pun pernah cakap benda yang sama kot. Ingat-ingat lupa pulak. Tapi memang dah dua tiga kali jugak aku dengar tentang hal ni sebenarnya.


Gambo takde kaitan dengan entry tapi comel sebab tu tempek. Mekaseh Google! Hehe..:P


Kalau perempuan yang cakap, maybe la boleh dianggap kot-kot cemburu ke apa ke kan. Maklum la, perempuan kan. Perempuan ni, bila berjauhan dengan orang yang disayangi dan dicintai, tahap insecurity dalam diri tu agak tinggi menggunung jugak. Macam-macam la yang akan dipikiokannye. Kadang-kadang macam tak masuk akal pun ade. Sesetengah nye je la. Bukan semua. Ye ke eh? Rasanya la kot sebab ada pompuan, dia percaya sepenuh hati kat lelaki yang disayangi. Jadi die takkan terfikir laki tu nak buat 'jahat' kat belakang die bila mereka berjauhan pun. 'Baik'nye la hai pompuan cenggini kan? (-_-")


Tapi kalau lelaki sendiri yang cakap dan mengakui hal ni, aku rasa memang boleh dipercayai statement tu.  Hehehe. Sampai sekarang aku ingat lagi besfren lelaki aku cakap tentang ni. Masa tu kami berdua on the way ke Terengganu. Aku nak pergi kenduri kawan baik aku masa kat kampus. Die pun sama jugak. Tapi kenduri yang berlainan la. Dia cuma tumpangkan aku je. Sebab aku kena tinggal bas jadi die offer aku pergi sekali dengan die dan die drop aku kat rumah encik CH.


Sebabkan kami bergerak malam, jadi sepanjang perjalanan tu kami bersembang la taknak bagi ngantok. Haaa..time tu la die cakap benda ni. Konon nak warning aku la. Kan aku dengan encik CH jauh-jauh. Takot aku kena dumb la tu. Dia cakap cenggini kat aku.."Hang jangan mudah sangat percaya dengan lelaki ni. Lelaki kalau jauh dia boleh jadi nakal. Kang hang jadi macam lagu Ramlah Ram ni." Masa tu lagu Sesaat Kau Datang tengah berkumandang. Haha. Kelako pun ade. Sayang jugak die kat aku ye. Macam gitu la baru betol besfren. Eceh!


Mekaseh mengingatkan aku ye wahai sahabat. Aku tahu hang sayang aku sebab aku kawan hang yang paling baik dan best. Kan kan? Hehe. Don't worry la. I'm getting married soon. Dengan lelaki yang sama lagi time hang warning aku tu. Tak lama lagi aku ikut jejak hang pulak ye. Lambat sikit je. Hehe.


Haaa..Korang pembaca lelaki yang baca blog aku ni ada tak hujah yang nak disampaikan bagi mempertahankan diri dan menidakkan statement ni? Ada ke tidak? Kalau takde, maknanye betul dah la tu. :P



Bisik-bisik :: Sebenarnya, tak kira lelaki ke perempuan, sama je boleh jadi nakal begini kalau jenis yang tak setia dan suka buat perangai. Ye dak?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Monday, 10 December 2012

~Menjadi Seorang Penulis~

Assalamualaikum. Hai!


Dulu masa aku kecik-kecik, errr..takde la kecik sangat, umur masa tu dalam lingkungan 13-15 tahun, aku ada impian nak jadi seorang penulis. Kengkonon je la. Masa tu kan, aku ada satu group yang suka berangan dan menulis satu buku cerita cinta yang kitorang sambung-sambung ceritanya mengikut idea yang muncul dalam kepala otak masing-masing ikut giliran. Kemaen kau! Kecik-kecik dah pandai tulis cerita cinta imaginasi. Kui3.


Cerita cinta yang kitorang tulis tu pulak berdasarkan watak yang masing-masing pegang mengikut group Spice Girls. Aku pegang watak Emma Button kot kalau tak salah. Kononnye comel plus lemah lembut gitu perangai aku ni ha. Wakaka. Masa zaman tu kan group Spice Girls memang tengah hot sangat. Watak boifren imaginasi pulak group apa ntah aku dah tak ingat. Tapi bila aku kenang-kenang balik kemerepekan perangai kitorang dulu tu rasa macam lawak pun ada. Haha. Bila aku dah pindah sekolah dan berpisah dengan dorang terus senyap cenggitu je la cerita cinta imaginasi kitorang tu.


Bila dah besar dalam tingkatan 4 ke atas, disebabkan impian nak jadi seorang penulis tu masih menebal dalam diri, aku berangan pulak nak jadi penulis novel. Sebabnya masa tu gila dok baca novel cintan-cintun. Konon nak tulis jugak novel cinta berdasarkan imaginasi aku dan yang jadi watak utamanya tentulah aku dengan nama yang sedikit glemer. Terpengaruh dengan novel yang dibaca punya pasal. Haha. Tapi memang takde la terhasillnya. Bila umur dah meningkat, imaginasi aku makin memudar. Tak reti dah berimaginasi. 


Tambah pulak lepas kenal dengan encik CH, kegilaan aku terhadap novel terus mati. Sebabnya bila aku excited nak beli novel setiap kali masa keluar berdua, mesti kena larang dan dibangkang secara keras oleh beliau. Lama-kelamaan aku terus jadi tak minat dengan novel. Maka terkubur la hasrat nak jadi penulis novel cinta. Memang tak layak langsung pun. Kan aku cakap tadi aku dah tak pandai nak berimaginasi. Hehe.




Masa zaman belajar kat universiti pulak, aku ade berangan nak jadi penulis artikel dalam majalah. Eh? Kuat berangan jugak aku ni rupanya. Kui3. Tapi memang takde la jadinye. Aku pun tak tahu macam mana nak mintak jadi penulis artikel. Pastu apa kriteria yang perlu ada. Nak hantar artikel kat mana. Nak tulis artikel kategori apa. Jadinya terkubur je la angan-angan aku tu begitu saje. Lagipun kan, aku sedar diri. Mana la nak ada syarikat penerbitan majalah yang teringin nak hire aku ni ha. Takde talent kot. Tulis merepek-repek macam ni boleh la. (-_-")


Masuk zaman kerja, aku mula minat dengan buku motivasi. Buku motivasi yang paling aku suka baca ialah tulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Semua buku beliau aku ada beli dan buat koleksi. Sampai sekarang. Rak buku aku penuh dengan buku-buku beliau. Mak aku pun sampai pening dengan perangai aku. Kalau aku pergi kedai buku, balik mesti usung buku tulisan Dr. Tuah. Hehe. Sebenarnya aku berminat dengan cara penulisan beliau yang sangat santai dan terkesan di hati. 


Disebabkan itu, aku pun mula berangan nak jadi penulis buku-buku motivasi pulak. Haha. Berangan tak habes-habes Cik Sha korang ni. Serius, sampai sekarang impian tu masih lagi membara-bara di jiwa. Tapi rasanya masih belum boleh dilunaskan kot. Sebabnya pengalaman hidup aku masih lagi seciput. Lagipun, aku masih belum menjadi seorang yang betul-betul berjaya. Penulis buku-buku motivasi ni kan selalunya mereka-mereka yang dah berjaya dalam hidup. Pada pandangan aku la. InsyaAllah kalau ada izin Allah mana tahu mungkin satu hari nanti hasrat aku yang satu ni tercapai, kan?




Jadinya sekarang ni, aku hanyalah seorang penulis blog saje la. Dah sesuai la tu. Tulis merepek-merepek je semedang. Berjela-jela pulak tu. Naik juling biijik mata korang yang membaca. Nasib la eh. Hehe. Dah memang minat aku menulis. Sebab tu la panjang-panjang je penulisan aku gamaknye. Ok la tu jadi penulis blog pun kan. Tak jadi penulis blog yang popular pun takpe. Aku pun takde kot impikan yang tu. Cukuplah sekadar penulis blog picisan. *Picisan tu natang ape eh? Hehe.* Asalkan apa yang aku tulis ada sikit input yang baik yang boleh dikongsikan dengan pembaca belog busuk aku ni walaupun yang banyaknye merepek meraban je.


Eh? Jap jap. Maknanya, impian aku nak "Menjadi Seorang Penulis" tetap tercapai jugak la kan walaupun hanya sebagai seorang penulis blog? Hoyeahhhhhh.. Jadi la tu. Tercapai jugak hasrat aku rupanya. Haha.



Bisik-bisik :: Suka tak baca belog aku ni? Mekaseh la ye sebab sudi jadi pembaca hasil nukilan aku mengarut kat belog ni. Hehe. Lebiu ol much! :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 5 December 2012

~Last Friend's Wedding For This Year~

Assalamualaikum. Hai!


Hujung minggu yang lalu, aku turun Kolumpo sebenarnya. Yang aku membebel dalam entri semalam pasal train delay sampai 3 jam masa aku nak balik Penang tu. Aku turun sana semata-mata nak attend wedding kawan baik masa study dulu yang sama-sama mengharungi kesusahan dan bersengkang mata nak menyiapkan projek tahun akhir memasing. Hehe. Memang wajib kena pergi. Sebab aku dah janji dengan die kalau die kahwin aku mesti datang walau apa pun rintangan. Ecewah!


Aku pergi kenduri tu dengan sorang lagi kawan baik, Cik Yan. Mujur die stay kat sana jugak. Ada la jugak member nak ajak pergi. Kalau tak, sensorang la aku bawak diri sebab encik CH tak boleh cuti masa hari kejadian tu. Maklum la tengah training. Mana beliau boleh nak cuti sesuka hati. Terpaksa la cik tunang die ni bawak diri sendiri. Kesian. Tapi takpe. Naseb baek pandai berdikari. Kui3. *nak jugak tu up diri sendiri..hehe..*


Masa on the way nak pergi tempat kenduri tu, punye la banyak cabaran. Sesat merata-rata. Sebab tak familiar dengan jalan. Cik Yan pulak tak biasa drive area Kolumpo sebab die stay kat area Kota Damansara. Kitorang main redah je la. Bertuah sungguh budak berdua ni. Haha. Naseb baek sampai jugak. 


Sampai je kat tempat kenduri tu, pengantin tengah snap-snap gambar dengan tetamu dan famili kat pelamin. Kitorang naik atas makan dulu la. Ingatkan kami berdua je kat situ yang kenal sesama sendiri. Tetiba muncul satu group lelaki coursemate kitorang. Fuhhh. Ada jugak yang dikenali. Hehe.


Ok la. Malas nak membebel panjang. Nak kongsi gambar yang ada beberapa keping je ni ha. Takde banyak gambar sebab aku tak bawak kamera. Ni pun snap pakai kamera henpon cap ayam aku tu dengan cilok satu gambar dari member yang bawak kamera gedabak die. Tenkiu encik Protoz. Meh la share lagi gambar-gambar yang ko dah snap tu. :P


Cik Sha yang kemetot dengan pengantin yang gojes. Comeynye Kema! Geram kat die.  Hehe. Masa jumpa tu terus pegang-pegang pipi die yang gebu sangat tu sebab comel. Tak sedar pipi sendiri pun gebu jugak. Hehe.

Cik Yan dengan Puan Akma. Dedua cun! Member saya semua memang cun-cun. Saya cuma menumpang cun je. Hehe.

Kami dengan pengantin pompuan. Pengantin laki pi solat. Ye. Saya tahu. KeKEMETOTan saya sangat terserlah di sini. Haha. Nak buat camno. Dah semua kawan spesis tinggi-tinggi.


Congrats my dear Akma. Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga yang baru dibina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Semoga segala kepercayaan, kasih sayang dan persefahaman yang telah terbina semasa perkenalan selama 10 tahun yang telah terjalin sebelum ini akan terus dibaja dan diperbaiki dalam menempuh kehidupan suami isteri ni. Dan semoga berbahagia sehingga ke akhir nyawa serta berpanjangan hingga ke syurga. I'm happy for you! (^_^)


Rasanya ini last wedding kengkawan baik yang aku attend untuk tahun ni kot. Buat kawan-kawan lain yang ada jemput, hanya doa yang mampu saya iringkan dari jauh. Maaf sebab tak dapat pergi. Jangan terasa hati. Bukan memilih nak attend wedding sesiapa. Cumanya saya terpaksa atur masa dan kewangan dulu kalau nak pergi mana-mana wedding kengkawan. Maklum la semua jauh-jauh. Hehe. Apa-apa pun, saya doakan semoga majlis korang berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan. Semoga dirahmati dan diberkati Allah juga.



Bisik-bisik :: Wedding sendiri harapnya semua kengkawan yang saya pernah pergi wedding dorang tu sudi la datang nanti. Eceh! Macam mengugut pulak. Hehe.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 4 December 2012

~Cantik Dalam Hati~

Assalamualaikum. Hai!


Ini semalam punya cerita tapi baru hari ni nak cerita. Lantakkan je. Lambat sehari. Belum basi lagi. Kan kan? Hehe. Semalam aku offday. Sebabnya train ngok ngek wat perangai pulak hari ahad tempoh hari masa aku on the way nak balik Penang. Patutnya pukul 11 malam perjalanan aku. So sampai rumah dalam pukul 6 pagi tu boleh la bersiap-siap terus pergi opis. Tapi stuck kat KL Sentral sampai jam 2 pagi pulak. Train pun ada delay jugak hokay. Dah la encik CH tak boleh teman. Pukul 10.30 malam die dah cabut kejar last LRT nak balik. Stressssssss.


Disebabkan itu, *skema pulak rasa* lepas dah puas membuta maka petang semalam aku pun decide la nak pergi meringankan kepala dengan buat treatment rambut kat saloon. Padahal sebenarnya aku dah rimas gila dengan keadaan rambut yang serabot sangat. Mengerbang-ngerbang. Hantu Kak Limah punye rambut pun kalah dengan rambut aku. Rambut nak panjang je tapi malas nak jaga mana tak serabot. (-_-")


Sekarang rambut aku dah tak macam Hantu Kak Limah lagi. Hoyeahh! Ringan je kepala rasa. Seronok pulak ada orang main-main rambut aku semalam. Tapi sedih jugak tengok rambut yang dah kena potong tu. Huhu. Siap mintak adik tu bungkuskan nak bawak balik rumah. Adik tu memula blur ingat aku main-main. Hehe. Pastu die cakap, "Nah kak. Nanti rindu-rindu boleh la main sambung-sambung rambut." Amboi dik! Ko perli akak ye. Haha.


Harap maaf! Gambar aku tayang rambut memang takkan ade la ye. Ingat aku buang tebiat ke nak share gambar tak pakai tudung. Dah nak mampos kot kalau aku buat perangai macam tu. Haisshh. Tengok gambar model ni dah le.






Oh ye! Lupa pulak nak kasi tahu. Saloon yang aku pergi tu hanya untuk kaum muslimah je ye. Memang best! Environment dalam tu serius selesa sangat. Interior design die lawa gila. Sebenarnya kat saloon tu bukan je setakat boleh buat treatment rambut. Treatment untuk badan dengan muka pun ada jugak. Nanti nak pergi lagi. Ambil pakej untuk bakal pengantin punye. Mahu buat facial dan lulur-lulur badan ni sikit. Ecewah. :P


Haa..masa adik yang tengah buat rambut aku tu dok kelebet-kelebet rambut aku, owner kedai tu datang nak kutip sewa. Owner nye Cina la. Lawak gila sembang dengan auntie tu. Adik-adik yang kerja kat situ pun suke benor ngusik auntie tu. Auntie tu pun melayan je. Hehe. Aku pun tumpang gelak sama. Dalam dok bersembang tu, tetiba auntie tu cakap pasal orang pakai tudung buat rambut.


Auntie : Orang Melayu pakai tudung, buat rambut cantik-cantik pun bukan orang nampak. Nanti tutup jugak. Rugi saje buat. Bayar mahal-mahal.

Adik Buat Rambut Aku : Takpe la auntie. Tak tunjuk kat orang pun, dekat rumah mau cantik-cantik jugak untuk orang kat rumah ma. Yang penting "Cantik Dalam Hati".


Perghhh..terkedu aku dengar adik tu jawab. Hehe. Aku suka part die sebut "cantik dalam hati" tu. Walaupun adik tu tak pakai tudung, tapi jawapan die kat auntie tu memang terbaek. Aku doakan semoga satu hari nanti hati adik tu terbuka juga untuk bertudung. Serius die memang cantik sangat orangnya. Kalau dia pakai tudung mesti lagi berganda-ganda cantik. Mudah-mudahan satu hari nanti hati die tergerak nak bertudung. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Impian konon nak bakal suami yang guntingkan rambut bila dah kawen nanti sebenarnya. Takpe. Sempat lagi nak bela rambut bagi panjang balik. Kui3.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com