Tuesday, 11 December 2012

~Nakal Bila Jauh~

Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, lelaki ni kan, bila jauh dari pasangan (bini/tunang/awek), dorang akan menjadi 'nakal'. Jauh ni kiranya macam Long Distance Relationship la. Yang jarang-jarang berjumpa disebabkan jarak tempat tinggal memasing yang jauh beribu-ribu batu. Nak jumpa pun mungkin berbulan-bulan baru jumpa sekali. Kalau bajet banyak mungkin sebulan sekali. Tapi tetap jarang berjumpa.


Jadinya, bila dalam situasi ni, selalunya lelaki akan menjadi 'cerdik terlebih' dan bijak mengambil kesempatan. Itu lah yang dikatakan Nakal Bila Jauh. Nakal di sini maksudnya macam saje-saje nak test market dengan 'jeling-jeling' pompuan lain. Jeling-jeling biase je takpe la kot. Ni tersilap langkah terus 'terperangkap' dengan jerat sendiri. Jeling-jeling pastu siap 'declare' jadi 'couple' lagi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bini/tunang/awek dorang. 


Hoiiii. Ini sungguh tidak bermoral! Jahat dan buruk perangai sangat! Mentang-mentang la jauh kan. Me'ghela' pulak dia. *Me'ghela' = Gatai merenyam* Debik kang baru tau! Selalunya yang suka wat perangai cenggini lelaki yang nampak noty-noty sikit kot. Eh? Tapi tak boleh cakap jugak. Kekadang yang nampak jurus dan 'pijak semut tak mati' pun lagi dasyhat perangai. *jurus = baik* Bersembunyi die sebalik 'topeng' wajah baik dia tu. Grrr...


Eh! Ini bukan teori yang aku saja-saja nak reka sendiri tau. Dah dua orang sahabat baik aku cakap benda yang sama. Sorang lelaki sorang lagi pompuan. Rasanya kakak aku sendiri pun pernah cakap benda yang sama kot. Ingat-ingat lupa pulak. Tapi memang dah dua tiga kali jugak aku dengar tentang hal ni sebenarnya.


Gambo takde kaitan dengan entry tapi comel sebab tu tempek. Mekaseh Google! Hehe..:P


Kalau perempuan yang cakap, maybe la boleh dianggap kot-kot cemburu ke apa ke kan. Maklum la, perempuan kan. Perempuan ni, bila berjauhan dengan orang yang disayangi dan dicintai, tahap insecurity dalam diri tu agak tinggi menggunung jugak. Macam-macam la yang akan dipikiokannye. Kadang-kadang macam tak masuk akal pun ade. Sesetengah nye je la. Bukan semua. Ye ke eh? Rasanya la kot sebab ada pompuan, dia percaya sepenuh hati kat lelaki yang disayangi. Jadi die takkan terfikir laki tu nak buat 'jahat' kat belakang die bila mereka berjauhan pun. 'Baik'nye la hai pompuan cenggini kan? (-_-")


Tapi kalau lelaki sendiri yang cakap dan mengakui hal ni, aku rasa memang boleh dipercayai statement tu.  Hehehe. Sampai sekarang aku ingat lagi besfren lelaki aku cakap tentang ni. Masa tu kami berdua on the way ke Terengganu. Aku nak pergi kenduri kawan baik aku masa kat kampus. Die pun sama jugak. Tapi kenduri yang berlainan la. Dia cuma tumpangkan aku je. Sebab aku kena tinggal bas jadi die offer aku pergi sekali dengan die dan die drop aku kat rumah encik CH.


Sebabkan kami bergerak malam, jadi sepanjang perjalanan tu kami bersembang la taknak bagi ngantok. Haaa..time tu la die cakap benda ni. Konon nak warning aku la. Kan aku dengan encik CH jauh-jauh. Takot aku kena dumb la tu. Dia cakap cenggini kat aku.."Hang jangan mudah sangat percaya dengan lelaki ni. Lelaki kalau jauh dia boleh jadi nakal. Kang hang jadi macam lagu Ramlah Ram ni." Masa tu lagu Sesaat Kau Datang tengah berkumandang. Haha. Kelako pun ade. Sayang jugak die kat aku ye. Macam gitu la baru betol besfren. Eceh!


Mekaseh mengingatkan aku ye wahai sahabat. Aku tahu hang sayang aku sebab aku kawan hang yang paling baik dan best. Kan kan? Hehe. Don't worry la. I'm getting married soon. Dengan lelaki yang sama lagi time hang warning aku tu. Tak lama lagi aku ikut jejak hang pulak ye. Lambat sikit je. Hehe.


Haaa..Korang pembaca lelaki yang baca blog aku ni ada tak hujah yang nak disampaikan bagi mempertahankan diri dan menidakkan statement ni? Ada ke tidak? Kalau takde, maknanye betul dah la tu. :P



Bisik-bisik :: Sebenarnya, tak kira lelaki ke perempuan, sama je boleh jadi nakal begini kalau jenis yang tak setia dan suka buat perangai. Ye dak?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

20 orang bagi nasihat:

al_hakim said...

Yang dekat pun boleh jadi nakal. Apatah lagi yg jauh. Haha. Btw suka header blog ni. Nice

ZULFA_family said...

Btol sesangat... msa brtunang still lg bleh menggatal..ingtkn bl dh khwin brubah..sebaliknya makin menjadi-jadi... laki zaman sekarang.. watever,pompuan pun kdng2 ada gak yg gitu...

Shahada Fauzi said...

@al_hakim :: a'ah eh..betol jugak tu..yg dekat pun boleh jadi nakal jugak..hahaha..

btw, tenkiuuuuu sebab suka header yg tak seberapa tu..:P

Shahada Fauzi said...

@ZULFA_family :: betol2..pompuan pun tak terkecuali..

tapi tu la..kalau time couple je pun dah gatal..kompom smpai kawen pun gitu..kalau tak bertobat..hehe..

PiSCes Za said...

haha.. biasalah, bila dah berjauhan.. mesti ada sedikit rasa sunyi.. then akan tercari someone utk mengisi sedikit kesunyian itu.. tapi tak bermaksud utk menggantikan tmpt kite yg sdh bertahta di hati ini.. wah, nak kawen tak lama lagi.. tahniah!

gadisBunga™ said...

first of all, tahniah!

tapi bab lelaki nakal bila jauh dari spouses tu - biasa. selalu jumpa. dah kenal ramai.

Seneorita Baharin said...

agreed! nice entry sis..hmm, pompuan n laki kalo xde rsa percaya n setia pd psgn msing2, abis la..punah3..dua2 akan mnjadi nakal.. :D

Nurhanis Zamshah said...

percaya itu penting okey hehe

isabelle frankly said...

pelik kenapa ramai pompuan senang sgt rasa inferior n insecure.
hmm.. kena confident sikit kot, baru la nmpk relax je bila boifren-tak-guna tak appreciate kita

THE LEKAT LEKIT STORY said...

lelaki & kenakalan macam sinonim.. kalau depa nak nakal @ gatai tak payah kita dok jauh.. dok tgk hari2 pun pantang ada change depa mesti nak gedik punya. Jadi jarak tu kdg2 pn alasan tp perangai lelaki tu sendiri penentu gatai @ tak depa.

Shahada Fauzi said...

@PiSCes Za :: hoihhh..takleh terima lelaki yg camni..mana adil..kalau yg pompuan setia tunggu tak cari pun someone..die pulak buat perangai..kalau laki pompuan jenis sepesyen itu tak tau la nak cakap camne..mmg sepadan le tu..haha..

btw, tenkiu for the wish..insyaAllah tahun depan..^_^

Shahada Fauzi said...

@gadisBunga™ :: tenkiu cik GB..^_^

memang banyak lelaki yg jenis tu kan? huhu..

Shahada Fauzi said...

@Seneorita Baharin :: yup! betul tu dik.. percaya dgn setia tu mmg sangat penting dlm perhubungan..tak kire jauh ke dekat..^_^

Shahada Fauzi said...

@Nurhanis Zamshah :: totally agreed! hehe..

Shahada Fauzi said...

@isabelle frankly :: errr..mungkin sebab dorang sayang sangat kot..tu yg jadi 'lemah' gitu..agaknye la..hehe..

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: tepat sekali mummy! jarak tu selalunye alasan je..sebenarnye perangai tu sendiri..kalau dah memang pesyen nakal nak mampuih tu tetap la nakal tak kire la dekat ke jauh..

Zura Zue said...

ppuan pun boleh jd nakal jugak sha..hehe

ParkAir said...

tak da masa aku nk nakal2 dulu... sibuk kumpul bajet nk kawen mana ada masa nak nakal :)

Shahada Fauzi said...

@Zura Zue :: betul tu kak..sebenarnya mende ni dari hati sendiri dan perangai masing2 jugak..kan kak?

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: wahhh..bagusnya ko..skang dah dapat anak sorang pun..ye dop? haha..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com