Sunday, 11 November 2012

~Oi..mata ketumbit! Suka mengintai eh?~

Assalamualaikum. Hai!


Dulu kan masa aku kecik-kecik, mata aku selalu naik ketumbit. Kalau pergi sekolah dengan mata ketumbit mesti kengkawan ejek-ejek kata aku skodeng orang berak. Cit! Kurang ajaran betol. Haha. Ingat aku ni spesis pengskodeng ke hape. Sabo je la. (-_-")


Tapi memang aku kerap sangat kena ketumbit. Bile nak jadi ketumbit tu je, mesti mata aku jadi gatal-gatal kemerahan pada malamnye. Pastu mak aku bile tengok mata aku merah-merah gitu, die boleh pulak cakap, "hang sakit mata, aku sakit pungkoq!" kononnya takmau berjangkit sakit mata. Ntah petua mana la mak aku dapat tuh. Pelik-pelik nau. Haha.


Padahal mata aku merah tu bukan sebab aku nak jadi sakit mata pun. Bangun pagi esoknya, mata aku takleh nak bukak wei! Melekat-lekat dengan tahik mata berkeping-keping. Rupanya mata aku nak jadi ketumbit. Bengkak sebelah mata naik macam bisul kat bahagian akar bulu mata. Selalunya mata belah kanan aku suka naik ketumbit tu.


Kesian kat aku. Akibat dari kekerapan ketumbit naik mata masa aku kekecit dulu, sekarang ni aku mengalami sedikit 'kecacatan' kat mata belah kanan. Bulu mata kat belah mata kanan aku tak cukup wei! Ada bahagian macam satu kawasan tu takde bulu mata. Maknanya bulu mata aku ni berjarang la. Sedih! 


Mana boleh tumbuh balik oi. Kalau bulu mata gugur macam kebiasaan tu yang korang suka cakap 'gugur tanda orang rindu' tu lain la. Memang la boleh tumbuh balik. Ni sebab kesan ketumbit. Takde naik balik pun bulu mata aku kat bekas kawasan ketumbit tu. Huhu. Tapi nasib baik la bulu mata aku lentik. Boleh la kaver sikit 'kecacatan' itu. Eceh! 


Dari pembacaan aku, ada beberapa faktor yang boleh mengakibatkan mata naik ketumbit ni. Yang pastinya aku masa kecik-kecit selalu kena ketumbit mungkin sebab kurang vitamin. Memang kot. Sebab dulu aku keding gila macam tak cukup zat je. Haha. Komfom la!




Bila naik ketumbit tu, bermacam-macam la petua yang aku dapat dari mak. Memang ada setengahnye pelik-pelik je. Tapi takde la aku ikut yang pelik-pelik tu. Tak kuasa mak nyah! Gelis kot. Aku ikut petua yang aku rasa relevan je. Ni antara petua-petua yang mak aku share dulu. Tak tahu la mana dia dapat.

Ikat benang hitam kat jari manis
Ini yang selalu aku buat bile kena ketumbit. Ambil benang hitam ikat kat jari manis. Masa nak ikat tu baca selawat tiga kali. Selalu mak aku la yang ikatkan.

Sapu dengan bawang putih
Ini kekadang je aku buat. Pedih oi tenyeh bawang putih kat ketumbit tu walaupun tak masuk mata. Dah la pedih, pastu rasa macam panas-panas je. Tak tahan. Memang jarang buat.

Sapu dengan 'air mawar'. Euwwww..
Errr..'air mawar' tu maksudnye air cingcing sendiri. Eyark! Katanya masa kite cincing, sua jari sket kat pancutan air cingcing tu, pastu bila hujung jari dah terkena air cingcing terus sapu kat bahagian ketumbit tu. Ntah celah mana la datang petua ni. Aku tak pernah buat yang ni. Gelis sangat. Uweekkk. Bukan ke lagi kuman nanti. Dah la mata ketumbit tu akibat keradangan kuman. Lagi nak tambah kuman. Pelik nau!


Itulah antara petuanya. Yang aku tahu la dari mak aku. Ke ada petua lain yang korang tahu? Share la sikit. Hehe. Sejak aku naik sekolah menengah aku dah tak kena dah mata ketumbit sampai la sekarang. Masa sekolah rendah je selalu jadi tu. Alhamdulillah. Siapa antara korang pernah jadi ketumbit?


Kenapa aku tiba-tiba nak tulis pasal ketumbit ni? Sebab tempoh hari masa kawan aku datang rumah, die tegur kenapa anak sedara aku ikat benang hitam kat kaki. Kena gangguan ke? Katanye mesti kitorang jumpa bomoh pastu bomoh suruh ikat benang hitam. Haha. Nak tergelak je aku. Kitorang memang tak percaya bomoh-bomoh ni. Maaf la. Kalau sakit pun sebab gangguan cari ustaz je.


Jadi aku pun explain la kat die kenapa kaki anak sedara aku tu ade benang hitam. Sebenarnya anak sedara aku tu mata jadi ketumbit. Tapi nak ikat benang hitam kat jari manis die memang tak boleh la. Die tu buas gila. Jadi solution nye ikat je kat pergelangan kaki. Mujarab jugak. Cepat je ketumbit die surut. Itu lah sebabnye. Baru die tahu itu sebenarnye petua orang lama kalau mata naik ketumbit.


Memang la kita tak boleh percaya yang benang hitam tu berkuasa. Gila ke hape. Ingat sikit yang kita ni ada agama. Kita kena yakin yang sebenarnye Allah yang sembuhkan. Allah adalah Maha Penyembuh segala penyakit dengan kehendakNya. Itu hanyalah sekadar ikhtiar. Macam kita sakit, kita jumpa doktor dan makan ubat la. Ok?



Bisik-bisik :: Janganlah dimomokkan mitos mata naik ketumbit sebab skodeng orang berak/mandi. Itu adalah tak betol ye. Nonsense! :P

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

Thempty Yanty said...

Betoi2 petua org dulu2 mmg pelik tpi kdg2 mhadi...tag ayaq mawar tu adoi xsanggup la

ParkAir said...

kalo ko nk tahu time aku kawin ketumbit tu naik. so dlm gambar kawin mmg nampak jelas le.. mertua aku cakap ada butir ketumbit atas belakang, kalau picit buang insyaAllah hilang la ketumbit tu...

محمد رازيق said...

nice sharing. hehe. aku pun dulu penah kena. tapi kejap je. mmg sakit lah. haha. banyak petua boleh amal. salam kenal

iqbalsyarie said...

Ahha. Bagus. Memang tercari info fasal mata kena ketumbit ni, sebab housemate saya dah berbulan kut mata dia macam tu.

Dan saya kenal sangat budak tu. Budak baik gila. Mustahil mengintai orang :D

Terima kasih. Lama tak kesini sbnrnya. Tak tahulah kut-kut anda pun dah lama tak ke blog saya :D

Aujinz said...

pelik bebeno petua diorang... kah kah kah.. tapi semua pon tak amalkan sangat.. koh koh koh

Shahada Fauzi said...

@Thempty Yanty :: tu la kan? org tua ni banyak je petua nye yg pelik..hehe..yg ayaq mawar tu pun saye gelis je dengar..lagi la nak buat..memang tak sanggup la..

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: masa kahwen mata naek ketumbit? haha..nasib ko la..nak wat camno..:P

ko picit ke ketumbit tu weh? sakit kot..huhu..

Shahada Fauzi said...

@محمد رازيق :: sakit kan? hehe..yang paling tak tahan tu bile bangun tido mata takleh nak bukak sebab nanah ketumbit tu..haduii..

salam kenal juga..^_^

Shahada Fauzi said...

@iqbalsyarie :: berbulan dah mata naek ketumbit? housemate tak pergi check ke? ketumbit selalu dalam seminggu dua dah baik dah..lama sangat dah tu sampai sebulan..

Shahada Fauzi said...

@Aujinz :: pelik bebeno eh? itu lah petua orang tua dulu2..memang pelik2..kui3..

Namee Roslan said...

riesha ada pakai eyeshadow ke ? kadang2 pasal mekap pun boleh ketumbit. atau berjangkit bila pakai mascara org yg ada ketumbit. ::) get well soon ok.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com