Tuesday, 6 November 2012

~Jom Main Warna!~

Assalamualaikum. Hai!


Hari ahad yang lalu, aku jadi sukarelawan/urusetia untuk satu program besar julung-julung kali diadakan dekat USM. Program tu namanye 'USM Mountain Bike Challenge 2012'. Sepatutnya hanya staf USM saje yang kena jadi urusetia. Mungkin student pun boleh kot. Hanya aku je orang luar yang sesat join sekali jadi urusetia masa tu. Sebabnya paksu aku mintak tolong. Katanye dah orang lain takmo buat kerja, baik die usung anak beranak die tolong bahagian die kena urus. Haha. Aku pun dengan rela hati join je la. Saja nak cari pengalaman baru.


Paksu aku jadi ketua untuk acara Peraduan Mewarna Kanak-kanak yang diadakan sempena program tu. Jadi aku bertugas under paksu aku la. Secara bidan terjun aku jugak telah dilantik sesedap hati oleh paksu untuk jadi pengacara majlis pada pagi tu. Pengsan! Nasib baik la acara untuk kanak-kanak je. Haha. Tapi untuk kanak-kanak pun, ketaq habaq hang! Dah la ade VIP pulak tu. Kena mention nama sorang-sorang. Haiyoo. Rasa nak gugur jantung kena cakap kat depan orang ramai guna mikropon. Ntah camne la kedengaran sore aku ye masa tu. Kui3.


Satu pengalaman yang baru la bagi aku. Siyesli, itu adalah first time aku jadi pengacara majlis wei. Hentam je la labu! Kalau korang nak tahu, malam sebelum program berlangsung, aku gigih taip skrip ucapan untuk pengacara majlis nak bercakap tau. Untuk aku la. Haha. Gile nebes. Memang aku baca sebijik-sebijik apa yang aku karang dengan intonasi suara ala-ala pengacara majlis berkaliber kononnya. Wakaka. Konfiden habes. Bile dah nak tengah-tengah acara tu baru aku cakap tanpa guna skrip. Main cakap je. Spontan gitu.



~Bersemangat tengok keterujaan bebudak Cina ni mewarna. Good effort!~


Seronok tengok semangat bebudak yang join peraduan tu. Macam-macam perangai ade. Pening jugak nak layan. Dengan berlari sana sini nye masa acara belum start lagi. Bising gila. Pastu masa time cabutan bertuah, semua pakat kerumun aku masa aku tengah panggil nombor-nombor bertuah. Sabo je la. Haha. Adoi la adik-adik. 


Peraduan tu free dan terbahagi kepada 3 kategori umur sebenarnye. Kategori pertama untuk kanak-kanak umur 6-7 tahun, kategori kedua untuk kanak-kanak umur 8-10 tahun dan kategori ketiga untuk kanak-kanak umur 11-12 tahun. Ramai jugak yang join. Dalam seratus lebih bebudak. Melayu, Cina, India semua ada. 


Tapi paling buat aku kagum bila tengok semangat anak-anak Cina yang masuk peraduan ni. Siap bawak meja kerusi sendiri tau. Pehtu kaler punya la bapak besar punya bekas dorang bawak walaupun kami dah sediakan kaler. Dan ofkoz la dorang yang paling ramai menang pun. Memang patut menang dengan usaha dorang yang macam tu. Orang cakap kalau nak berjaya kena la ada usaha lebih. Betol tak?


~Keputusan Peraduan Mewarna Kanak-kanak mengikut kategori umur.~


Apa-apa pun, pengalaman jadi sukarelawan untuk program besar macam tu memang best. Walaupun aku tak tengok pun acara lumba basikal yang seramai 400++ peserta tu, tak kesah la. Tengok bebudak lagi best. Padahal sebenarnye aku segan nak tengok dorang. Seksa seksi sangat pada aku dengan outfit dorang tu. Tak sanggup nak bagi mata yang sedia ada rabun ni bertambah rabun jadi kronik. Haha.


Tahniah kepada pengajur utama peraduan lumba basikal ni iaitu Persatuan Staf Makmal USM kerana berjaya menganjurkan program besar macam ni walaupun baru pertama kali. Mungkin ada kekurangan kat mana-mana. Tapi insyaAllah boleh diperbaiki untuk masa akan datang pulak. Err..agaknya kalau aku kerja lagi sebagai Pembantu Makmal kat school bio tu mesti aku pun join persatuan ni jadi salah sorang ahli jawatankuasa. Tetiba jadi gila kuasa. Kih3.




Bisik-bisik :: Rasa nak cari lagi event yang memerlukan urusetia/sukarelawan. Macam best je pulak. Hehe.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 orang bagi nasihat:

zainab_baniaz said...

a'salam..
wah cantik cudak2 tu mewarna kalah saya... >_____<

dhiashahida said...

pndai btul bdk2 ni mewarna..cantik bangettt...
saya singgah follow awk..;)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mula la terimbau saat jd MC utk majlis kt kolej dulu.. hahahaha. mcm bengong je rasa. dan x lupa teringat zaman ber dj online dulu. tak dapek dh nk ber dj bagai.. dj dgn lala pn dh lotih omak di bueknya. Apapun syabas cik sha...

Zura said...

lawa2 lah drg melukis...

Aujinz said...

perghh... semangat depa mewarna

Shahada Fauzi said...

@zainab_baniaz :: wassalam..cantik kan? tu la..saya pun tak reti nak kaler cantik camtu..hehehe

Shahada Fauzi said...

@dhiashahida :: tu la..kreatif budak-budaknye..

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: wahhhhhhhhh..mummy lala dulu salu jadi dj eh? cayalah! dj selalu kena spontan kan mummy? hebat2..

skang ni ber dj dgn lala je la ye mummy? hehe..nnt turun bakat tu kat lala..

Shahada Fauzi said...

@Zura :: dorang kaler je kak..lukisan dah printed siap..heheh..tapi dorang mmg pandai ngaler..cantik cantik..juri sampai pening nak pilih pemenang..hehe..

Shahada Fauzi said...

@Aujinz :: memang..kalau ko tengok masa tu lagi macam2 pesyen ade..siap yang meniarap pun hade tau..haha..

Namee Roslan said...

cantiknya budak2 tu color! yang guna crayon tu gempak habis !suka ! rindu pulak rasa . hehe

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: memang cantik namee..bebudak ni kreatif betul..pandai main warna..tak plain je dorang mewarna..hehe..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com