Thursday, 13 September 2012

~Warna Putih Jadi Pilihan Masa Nikah.~

Assalamualaikum. Hai!


Baru semalam tulis belog kata mood menulis makin suram. Tetiba rajin pulak tetiap hari nak menulis ni apahal tah? Cakap tak serupa bikin betol cik sha korang ni. Hak3. Ini lah padahnya bila dah membuta seawal jam 8 malam. Bila terjaga memang susah dah nak tidur balik. Segar bugar la jadinya. Huwaaa. Oleh yang demikian *tetiba tulis ayat surat rasmi* haruslah masa yang ada ni digunakan untuk mencoret sesuatu di belog dari terbuang begitu saje. Nak membelek fesbuk sangatlah membosankan. Asyik tengok gambar orang kawen je. Jeles mak noks. Huh!


Bile bosan tak tahu nak buat mende, tetibe jari ni gatal je pergi kelik-kelik skodeng album kawen orang kat fesbuk tu tadi. Cehhh..ngelat tu. Padahal memang hobi skodeng gambar kawen orang. Kui3. Cantik-cantik semuanya. Bila la nak sampai masa ni? Tak sabo dah ni nak merasa jugak jadi pengantin vouge. Eh? Tersasul pulak tetibe. Huehuehue.


Tapi kan ada sesuatu yang membelenggu aku dan persoalan ni terlintas di fikiran, KENAPA BAJU NIKAH MESTI WARNA PUTIH ye?  Err...mostly gambar kahwin yang aku tengok, masa nikah mesti pakai warna putih. Putih semuanya tau. Takde combine dengan kaler lain. Ada la jugak pakai kaler lain yang kaler light-light macam light grey, cream, light yellow semua tu. Kiranya warna pastel yang tak berapa nak menyerlah sangat. Ada jugak kot yang pakai warna striking kan? Cumanya jarang ditemui. Tapi first ranking tetap WARNA PUTIH. Apa reason die eh?


Amik gambo artis je sebagai contoh. Kih3. Comelnye shira. (^_^)


Tadi ade la jugak search kat Google. Gigih kau nak tahu sangat reason warna putih jadi kegemaran ramai orang masa nikah. Haha. Katanya sebab putih tu warna suci. Jadi bila nak dirikan sebuah perkahwinan yang suci, padanlah dengan warna putih tu. Ohhh..gitu rupanya eh? Kalau pakai warna lain selain putih agak kurang suci ke warna baju tu? Tak padan eh dengan kesucian perkahwinan yang dibina? Alaaa..sedihnya. Aku cadang nak pakai warna lain yang agak menyerlah gitu. Berangan! Eh? Hehe.


Ada jugak yang cakap itu adalah trend. Terikut-ikut style omputih. Dorang kan kawen je pakai kaler putih. Mungkin jugak la kot. Sebab time mak-mak kite kawen, ke'obses'an nak pakai kaler putih masa nikah ni takde lagi. Dorang hentam je pakai kaler ape-ape pun asalkan majlis berjalan lancar. Rasanya nye la. Mandai-mandai je aku ni. Haha. Err..korang ada idea lain tak kenapa putih jadi pilihan selain sebab 'suci' tu? Cuba explain sikit.



Bisik-bisik :: Tetiba nak bincang pasal baju nikah apsal ntah aku ni ha. Gilosss~~ ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

BuDaK cOmOt said...

kita dulu warna merah garang =P

NIA SI DRUMSTICK said...

putih tu nmpak berseri2 plus warna rasmi kot.hahaha.. nak kawen dah ke??hehehe

Namee Roslan said...

putih lambang suci! hehe. tapi kalau namee kahwin, namee nak guna cream kot. wehehehhe. cik sha mesti nak nikah pakai putihhh kan?? :D hehe

Shahada Fauzi said...

@BuDaK cOmOt :: wow! uiyooo..merah tu..mesti ngetop..dari jauh dah nampak pengantin..hehe..

Shahada Fauzi said...

@NIA SI DRUMSTICK :: a'a..perasan jugak warna tu nampak berseri-seri je..tapi untuk org berisi macam saya ni kalau pakai putih nampak macam tambah mok2 lak..*ngate diri sendiri* huuu..

errr...hehehehe..insyaAllah..bile la agaknye eh? kih3..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: salah! saya takmau pakai putih..sebab nnt menampakkan lagi kemontelan saye..hoho..nak pakai kaler lain la namee..tunggu tau..tiba masanya nanti baru boleh tengok..hehe..;p

ParkAir said...

kalau tempah baju mesti spare 1 kaler putih, warna lain pun boleh.. cuma kebiasaan orang kita.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com