Wednesday, 12 September 2012

~Mood Menulis Semakin Suram~

Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam nak update belog busuk ni. Tapi tak tahu nak cerita pasal apa. Sejak akhir-akhir ni otak macam tepu je ketandusan idea. Adakah sebab faktor umur? Oh..tidak mungkin. Rasanya sebab paling utama adalah MALAS. Sebab tu dalam tahun ni, satu bulan boleh kira berapa ketol je entri yang berjaya ditulis. Penulis blog yang boleh kata agak pemalas la jugak rupanya aku ni. Kalau ada award 'BLOGGER PEMALAS' rasa macam nak calonkan diri pulak. Hak3.


Sebenarnya teringin je nak tulis semua aktiviti harian share kat belog ni macam kawan-kawan blogger yang lain. Masalahnya, kehidupan harian aku takde yang menarik pun nak dikongsikan setiap hari. Agak membosankan la jugak. Maklum la hari Isnin-Jumaat, hari aku bekerja. Masuk waktu subuh terjaga-bangun-bersiap-pergi kerja-buat kerja-balik kerja-bersihkan diri-rehat-tengok tv-online kalau rajin-tido.  Esok ulang lagi rutin yang sama.


Hari Sabtu-Ahad kalau rajin, keluar pergi shopping barang-barang 'tet' secara berperingkat dengan kakak tercinta. Takpun melepok je kat rumah kalau takde agenda keluar. Nak cerita kisah dating dengan encik CH, memang takdo la sebab aku di sini dia di sana. Nak cerita kesah jenjalan serata alam seluruh ceruk Malaysia takdo jugak. Nak cerita pasal aku berfesyen, aku ni selekeh dan buta fesyen. Dah tu apa menda je la aku nak cerita. Bosan kan? Kesian kat diri sendiri. (-_-")


Konon simbolik 'ketandusan idea' la ni. Cehhh...;p
~Imej Carian Google~


Lagipun nak menulis ni memerlukan mood yang happy. Baru ade idea terbaek nak dicoretkan. Topik-topik penulisan pun berfaedah la sikit. Kalau mood takde memang hampeh la penulisan. Kompom merepek meraban. Macam yang aku tengah buat sekarang. Sian kat korang kena baca aku tengah meroyan tulis hape pun taktau macam takde hala tuju ni. Naseb korang la. Padan muka! Kih3.


Tapi sekali sekala selit entri santai yang kurang berfaedah camni menarik jugak eh. Idok la memanjang je nak serius. Nak tulis entri yang bermotip memanjang. Lepas tu stress sendirian sebab nak menulis tapi idea taknak muncul. Satu entri makan berhari-hari nak siap. Hahaha. Sadis sungguh!


Haii..entahlah. Sebenarnye banyak menda yang tengah aku fikirkan. Itu yang agak selow sikit aktiviti menulis belog ni. Selagi tak selesai dan masanya tak sampai-sampai, memang berat la pale otak aku ni memikir. Harap-harap segalanya dipermudahkan oleh Allah. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dan sedang diusahakan berjalan dengan lancar dengan izin-Nya. Amin~~~



Bisik-bisik :: Konon takde idea. Tapi berjela jugak. Muehehe..;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dah jd 1 entri.. kekekekeke

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: kan? ekekeke..

BuDaK cOmOt said...

heheheh cute...suka suka suka

Green Applez said...

awesome! wlaupun takde idea tapi tgok mcm essay da niey..hee :)
nice blog!

Zura said...

akak nie pun sama...dh malas nk menulis dh..

Namee Roslan said...

sha! sama lah saya pun sha. nak tulis pasal kisah hidup harian, hidup saya pun bosan. kesian pembaca pulak nanti.hehe. so saya lebih banyak kan personal thoughts je.kalau ada activity yang macam best, baru lah share. hehe. takpe sha, so far blog sha seronok dibaca. :D saya akan setia ! hehe

Shahada Fauzi said...

@BuDaK cOmOt :: cute? kui3..mekaseh kerana buat saye kembang kuncup seketika..;p

Shahada Fauzi said...

@Green Applez :: tu le pasal nye..konon takde idea..sekali tulis kemaen melalut panjang berjela macam essay..keh3..

Shahada Fauzi said...

@Zura :: tu la kan kak? tapi bukan faktor umur kan kak? hahaha..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: sebab tu saya pun suka baca belog namee..kita serupa..suka tulis personal thought..sep sikit! kih3..

wahhh..terharu nye ada blogger pemes sudi jadi pembaca setia belog tak semenggah saya ni..suka suka..yeay! lompat2 bintang keriangan! ;p

ParkAir said...

kan? aku pun dah x update2 blog. kalau perasan ramai yg seangkatan dulu dah stop blogging. tapi masih ada lagi yg gigih berblog.. mungkin dah sampai masa untuk move on..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com