Friday, 17 August 2012

~Raya di rantauan~

Assalamualaikum. Hai!


Memandangkan raya bakal menjengah lagi beberapa hari, jadi nak menulis pasal raya la hari ni. Bukannya apa. Seminggu nak habes puasa ni, bila tengok kat new feeds pesbuk sendiri semua kawan-kawan update pasal raya. Pergi shopping baju raya la, buat kueh raya la, dapat cuti raya la, nak balik kampung sambut raya la. Semua pasal raya raya dan raya. Eh? Macam la diri sendiri takde tulis status pasal raya. Ehehe. Memang pun ada. Tapi pasal duit raya je. Aku kan mata duitan. Boleh camtu? Hoho.


Hmm..bila sebut pasal balik kampung ni rasa syahdu pulak diri ini. Maklum la takde kampung. Sob sob. Kerja kat Penang, tinggal pun serumah dengan mak. Arwah tokwan dengan tok pun dulu stay sekali. Tanah kat kampung nun dah dijual dek arwah tokwan sebab nak stay kat rumah arwah abah beli ni ha. Jadi celah mana la nak datang nye kampung. Sian kat aku.


Pernah merasa balik kampung pun masa kecik-kecik dulu la. Sebelum arwah tokwan dengan tok pindah kat rumah ni. Lepas dorang dah pindah, balik kampung pun rumah taman ni je la. No more rumah kampung berdinding papan beratap zink jamban kat luar. Bila arwah abah meninggal terus pindah stay sekali dengan arwah  tokwan dan tok kat sini. Lagi la memang terus takde kampung. My home is my kampung. (-_-")


Oh ye! Tetiba pulak teringat nostalgia beraya kat kampus masa belajar dulu. Masa study dulu pun, aku tak pernah balik beraya di rumah/kampung. Sebab apa? Sebab cuti yang singkat dan takde ongkos nak beli tiket flight yang mahal nak mampus bila tiba musim raya. Sedih betol. Memang la aku study bukan kat obersi, cuma kat Sabah je. Tapi kesyahduan tetap terasa sebab beraya jauh dari keluarga tercinta. Mak aih..kemaen syahdu lagi ayat aku. Hehe.


~Spot me where! ;p~


Gambar kat atas ni masa aku 2nd dan 3rd year. First year takde amik gambo sebab belum ade kamera. Hehe. Masa kat kampus dulu, aku beraya dengan kengkawan yang senasib tak balik kampung macam aku. Pergi mesjid solat sunat aidilfitri. Nanges-nanges masa takbir. Peluk-peluk, shium-shium pipi, salam-salam mintak ampun dengan kengkawan. Lepas tu balik bilik tunggu mak tepon. *Anak bertuah. Haha.* Nanges-nanges lagi dengar suara mak. Kuat nanges betol. (-_-")


Dah puas nanges turun pulak pergi jumpa encik CH nak beraya mintak ampun sebab jadik gelpren yang degil takmo dengar cakap die. Mintak maap masa raya, nanti lepas raya buat balik perangai degil. Biasa la tu. Kuikuikui. Kendian pergi beramai-ramai dengan kengkawan melantak kat Jamuan Hari Raya yang pihak kolej sediakan. Tak ingat pulak makan free ke kena bayor jamuan tu. Rasanya bayo kot. Entah. Tapi cenggitu la raya aku masa kat kampus setiap tahun. Raya di rantauan. Hehe. Tetiba rindu pulak!


Jadi buat mereka yang tak dapat pulang beraya di kampung halaman dan terpaksa beraya di rantauan, mungkin sebab berada jauh di luar negara samada bekerja atau belajar, atau tak dapat cuti kerana tuntutan kerja, semoga tabahkan hati time pagi raya nanti. Jangan meraung ye. Hehe. Tapi jangan lupa calling famili yang kat kampung tu mintak ampun maaf dengan semua. Through phone pun boleh je.


Buat yang dah lupa diri tak ingat nak balik kampung jumpa mak bapak, mungkin sebab merajuk dengan mak bapak atau memang jenis tak kenang budi tu, insaf-insaf lah ye. Sampai bile nak jadi pelarian dari keluarga sendiri? Raya-raya cenggini la masa yang sesuai untuk berbaik-baik dengan ahli keluarga jika pernah berlaku perselisihan faham sebelum ni. Jangan nak ego tinggi melangit sangat. Haishh. Cepuk kang! Tetiba membebel. Hehe.


Btw, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua pembaca Belog Riesha Ariesha. Semoga raya ni memberikan kenangan yang lebih bermakna buat semua. Semoga kita masih diberikan peluang dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. Sedih pulak Ramadhan dah nak berakhir. Huhu. Maafkan aku sekiranya sepanjang penulisan dan celetoh aku di belog ni pernah menyentuh hati dan menyinggung perasaan korang. Maaf jugak seandainya penulisan aku ada terkurang di sana sini yang korang tak berkenan. Minta maaf sangat-sangat.



Bisik-bisik :: Bergembira dan bersyukur pada masa yang sama. Jangan lupa pada yang tak mampu.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

shafiqabdshukor said...

kesiannya..
banyak2 bersabarlah ye kepada yang berada di perantauan

jia kreatifelt said...

selamat hari raya:-) ..suka baca entry awak..nie.cr awak menulis sgt mnrik:-)

Shahada Fauzi said...

@shafiqabdshukor :: itu pengalaman masa belajar dulu..terpaksa berkorban beraya jauh dari famili..hehe..

tu la kan..buat yg berada di perantauan tu memang kena banyak bersabar la..sian beraya jauh tak dapat bersama famili..;p

Shahada Fauzi said...

@jia kreatifelt :: selamat hari raya..terima kasih kerana sudi membaca..(^_^)

Namee Roslan said...

selamat haru raya riesha! takmau sedih2. mana tahu tahu depan raya dengan family dan family bakal sekali !!! hehe

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: selamat hari raya namee! ehehe..insyaAllah..mudah-mudahan dipermudahkan..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com