Tuesday, 28 August 2012

~Pertemuan Dua Keluarga Akhirnya Terlaksana.~

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah 10 hari kite dalam bulan Syawal kan? Ada yang baru mula bekerja setelah puas cuti raya minggu lepas. Ada lagi yang masih bercuti. Amboi bestnye la hai. Lama benau cuti raya nye. Ambil cuti 2 minggu ke? Kat mana la korang kerja tu eh. Nak try apply la kerja tempat korang. Hehe. Ada jugak yang baru je nak bercuti sebab raya tempoh hari kena bekerja, kan? Apa-apa pun semoga cuti tu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan lupa pergi menziarah sedara mara dan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa tu. Maklum la sebelum ni memasing sibuk dengan kehidupan sendiri.  (^_^)


Bila musim raya ni seronok nak membelek fesbuk sebab ramai sangat kongsi gambar raya masing-masing. Hanya mampu skodeng je la album gambar raya kawan-kawan. Tumpang gembira tengok masing-masing dengan wajah ceria sambut raya. Ada yang first time sambut raya sebagai suami isteri. Ada yang first time sambut raya kat kampung mentua. Ada yang first time sambut raya dengan baby yang baru lahir. Macam-macam. Seronok tengok. Aku takde album khas. Maklum kurang bergambar. Ada la 2-3 keping. Simpan untuk tatapan sendiri je. Huhu.


Oh ye! Musim cuti perayaan ni jugak ramai yang ambil peluang nak meraikan hari bahagia kan? Ada yang melangsungkan pernikahan. Ada yang mengikat tali pertunangan. Wahhh. Tahniah buat mereka-mereka yang terbabit dengan hari istimewa ni. Alhamdulillah. Dipermudahkan segalanya oleh Allah. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Aku ada jugak dapat jemputan dari kawan-kawan. Tapi tu la. Tak berpeluang nak menghadirkan diri. Maaf dihulurkan. Hanya doa yang mampu dikirimkan mengiringi korang. Semoga berbahagia. Aku tumpang gembira. (^_^)


My Lovely Family. I Love Them So Much!
*Famili kakak takde dalam gambar sebab beraya kat Sabah*


Mmm. Masih dalam mood raya ni rasa seronok pulak nak menaip pengalaman raya sendiri tahun ni. Takde la apa yang istimewa sangat pun sambutan raya aku. Takde ikatan pernikahan mahupun pertunangan. Belum masanya lagi. InsyaAllah coming soon. Hehe. Cumanya raya tahun ni agak istimewa sebab aku berpeluang menemukan famili aku dengan famili encik CH untuk perkenalan kali pertama. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Gembira rasa hati tak terkira. Rasa nak senyum sepanjang masa. Amboi. Kemaen lagi cik sha korang ni kan. Kih3. ;p            


Sebenarnya, paksu aku yang offer nak pergi Terengganu beraya dengan famili encik CH. Aku pun apa lagi, dengan rasa teruja yang membuak-buak ofkoz la nak kan. Peluang terhampar di depan mata. Maklum la last jumpa encik CH bulan 3 yang lalu masa kenduri besfren aku kat sana. Ini kira perjumpaan kali kedua la dengan beliau untuk tahun ni. Mesti la teruja wei. Hehe. Raya ketiga kami bertolak ke Kelantan dulu beraya dengan famili paksu aku kat sana. Esoknya raya ke-4 kami bergerak ke Terengganu.


Aku memang dah kenal rapat sangat dengan famili encik CH. Maklum la muke tak malu kan? Rajin benau pergi kampung beliau tu. Tak ngekor kakak beliau balik kampung, aku pergi sendiri. Encik CH pun dah beberapa kali bertemu dengan famili aku. Cuma famili aku dengan famili die je belum berjumpa. Setelah hampir 7 tahun aku dan encik CH berkawan, akhirnya impian aku nak menemukan kedua-dua buah keluarga tercapai sebelum proceed ke langkah seterusnya. Ehem! Alhamdulillah.


Itulah pengalaman raya paling berharga untuk aku rasanya. Suka sangat sebab nampak gaya kedua-dua belah famili menerima baik antara satu sama lain. Bersyukur tak terkata. Semoga Allah mengekalkan ikatan persaudaraan yang telah terjalin tersebut. Bagi aku, takde apa yang lebih mengembirakan bila keluarga yang aku sayangi boleh ngam dengan bakal keluarga baru aku nanti. Sebab, aku nanti kahwen bukan dengan encik CH semata tau. Sekali dengan famili die aku dianggap 'berkahwen'. Begitu juga pada diri encik CH. Jadi haruslah ada connection yang kukuh dan baik dengan famili masing-masing. Betul tak?


Sekadar berkongsi pengalaman. Tiada niat untuk menunjuk hubungan aku dengan encik CH yang belum ada ikatan sah lagi ni. Maafkan aku kalau ada terlebih sana sini ceritanya. Korang ambil yang baik-baik saja oke. Semoga entri ni ada manfaat dan pengisian yang berfaedah buat korang bukan bacaan kosong semata. Nak tahu camne aku tambat hati keluarga encik CH, boleh lah baca entri aku yang ini : Rahsia Hubungan Rapat Dengan Keluarga Bakal Mentua.



Bisik-bisik :: Raya tahun ni 'solo' lagi. Mungkinkah raya tahun depan 'duo' pula? Tungguuuu~~ Hehe.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

13 orang bagi nasihat:

zulfikar hazri said...

uiyoooo! jauhnya.

apsal lama sangat tak berjumpa dalam setahun ni sha?


eh 7thn kawan? lama betul! hebat

duniafana said...

sempoi aaa...cepat2 update n3 nk tau cmna tmbat hati fmily CH..

Shahada Fauzi said...

@zulfikar hazri :: duduk jauh2 wei..lepas habes belajar kena tempuh cinta jarak jauh gitu..kih3..camne la nak jumpa kerap2..huhu..

alhamdulillah la masih bertahan sampai sekarang..7 tahun tu banyak jugak pancaroba nye..kena kuat dan pandai handle je..huhu..

Shahada Fauzi said...

@duniafana :: insyaAllah nnt akan dikongsikan..sabo tau..hehe..

Faizli said...

Tahniah... Slmt bertunang...

Shahada Fauzi said...

@Faizli :: erk? belom lagi le..

Namee Roslan said...

shaaaa...saya macam dah bau nasi minyak! hihihihi.cepat2 kahwin ok. saya doakan yang terbaik buat riesha ! selamat hari rayaaa :) 7 tahun tu, lama tu. alhamdulillah :)

ParkAir said...

Apakah tahun depan masih beraya secara solo, atau berduet? jeng3..

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: tenkiu namee! hehe..insyaAllah..^_^

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: jeng3..nantikan! hahaha..ko raya kali ni dah bertiga kan? best la...;p

nazirulhazwan~ said...

mohon kawin cepat sikit:P

Shahada Fauzi said...

@nazirulhazwan~ :: aminnnnn..sabo2..sampai masa berita gembira akan dikhabarkan..^_^

BuDaK cOmOt said...

oanjang nyrrrr.....berbaloi baca sampai habis...u're funny!



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com