Wednesday, 8 August 2012

~Meningkat Setahun Lagi~

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah masuk bulan Ogos. Dah 19 hari berpuasa. Mesti ramai yang dah excited buat persiapan raya kan? Aku je yang biasa-biasa. Bukan tak excited. Cumanya mungkin sebab umur dah meningkat, jadi tak berapa nak heran sangat kot. Lebih fokus menyambut puasa. Gamaknye bila dah bersuami nanti baru excited kembali sebab dapat famili baru. Dapat balik kampung. Yeay! Ecewah. Kemaen lagi tu. Hehe.


Bila cakap pasal umur dah meningkat, tetiba rasa happy. Ada ke pulak? Orang lain umur meningkat sedih. Aku happy. Mestilah gembira sebab sebenarnya semalam (7 Ogos) adalah hari ulangtahun kelahiran aku yang ke tet! Hehe. Alhamdulillah.


Terima kasih kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang sebab melindungi aku sehingga kini. Semoga aku sentiasa diberikan kekuatan, petunjuk dan kesempatan untuk terus memperbaiki iman dan diri menjadi hambaNya yang bertaqwa. Mudah-mudahan. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumiMu ini dan mencari redhaMu dalam setiap perbuatan yang aku lakukan. Aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan ini.


Wish untuk diri sendiri. Hehe.


Oh ye. Terima kasih tak terhingga juga buat rakan-rakan, sepupu-sepapat, cikgu, dan lecturer yang sudi wish kat fesbuk. Rasa sangat-sangat dihargai. Terharu dengan ingatan dan ucapan yang diberikan. Sampai lenguh jari nak reply satu-satu ucap terima kaseh. Hehe. Terima kasih kerana sudi mendoakan yang baik-baik untuk diri aku ni ha. Semoga doa kalian semua tu dimakbulkan oleh Allah. Amin. 


Ramai betol yang wish supaya aku cepat kawen. Ye ye. Saya sedar saya dah semakin mentua tapi masih belum kawen. Hehe. Jangan risau. Harap bersabar. Sampai masa nanti, 'kad wangi' saya hulurkan buat semua. Bila? InsyaAllah tak lama lagi sekiranya diizinkan Allah. Doakan yang terbaek untuk aku dan encik CH ye. Semoga 7 tahun perkenalan kami ni disatukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri. Amin.


Seperti tahun-tahun lalu, nak mendoakan untuk diri sendiri jugak la. Copypaste je tahun lepas punya doa. Semoga dimakbulkan Allah. Semoga umurku dipanjangkan lagi supaya aku dapat beribadat kepadaMu. Luaskanlah pintu rezekiku supaya aku dapat berbakti kepada ibuku dan mereka yang memerlukan pertolonganku. Permudahkanlah urusan jodohku supaya aku dapat berbakti kepada suamiku dengan menjadi isteri yang solehah demi mencari redhaMu. Dan semoga Engkau mempermudahkan segala urusanku di dunia ini sebagai hambaMu. Amin. Terima kasih ya Allah.



Bisik-bisik :: Tahun kedua sambut besday masa puasa. Hehe. (^_^)


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

msredcheesecake said...

HB ... muga dipanjangkan umur, diberkati.... muga ada mood nak tambah amal 10 mlm terakhir ni...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kita sama2 bulan ogos..tp sy hujung2 ogos.. lala 20 ogos. anak bulan merdeka ni..kekekeke

ParkAir said...

2 taun lepas aku sambut birthday pada 1 syawal. selamat hari jadi yang ke tet!

Namee Roslan said...

happy birthday ! amin utk doa kamu ! semoga bahagia selalu dan panjang umur. tak lama dah tu jodoh nak sampaiiii :D

Zura said...

heppy bday sha..eh dh wish kat FB kan ari tue..hehhe

Shahada Fauzi said...

Terima kaseh semua.. (^_^)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com