Bazar Ramadhan :: Manusia Kebal

Assalamualaikum. Hai!


Pada yang dah biasa dengan penulisan aku, mesti dah faham fesyen aku menulis kan? Aku ni agak kurang cerita perihal diri sendiri yang terlalu peribadi di belog sendiri. Kalau ade pun mesti terselit pasal orang lain jugak. Taknak la dilabel penulis belog syok sendiri walaupun hakikatnye ni adalah belog peribadi aku.


Jadinya biarlah segala perkongsian yang aku coretkan di sini dapat memberi input positif kepada pembaca. Yang penting tentulah kadang-kadang nye terselit aku sebagai objektif utama dalam sesetengah entri. Itu memang wajib. Nama pun tuan empunya belog kan? Hehe.


Ramadhan kali ni aku banyak menulis pasal bazar je kan? Kira macam segmen penulisan bulan puasa tahun duaribuduabelas ni adalah berkaitan Bazar Ramadhan. Boleh gitu? Hehe. Sebenarnya bukan apa. Kadang-kadang macam seronok kongsikan apa kejadian yang berlaku di sekeliling kita dengan rakan-rakan pembaca. Mana tahu terselit pengajaran ke apa ke kan melalui pengalaman yang aku alami. 


Baiklah. Bercakap pasal Manusia Kebal di Bazar Ramadhan ni, sebenarnya aku nak kongsikan tentang sikap sesetengah manusia yang seperti mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling.


Buat pengetahuan korang, kat jalan masuk ke taman perumahan aku ni telah dijadikan kawasan bazar di sepanjang tepi jalan utama. Aku sedikit pelik jugak la kenapa bila tiba Ramadhan je nak buat bazar kat tepi jalan ni. Kenapa la tak buat di kawasan yang lebih bersesuaian macam kat tapak Pasar Tani setiap hari Rabu time bukan bulan puasa tu. Musykil sikit.



IMG_1282.JPG (800×535)
*Lebih kurang cenggini la bazar kat taman perumahan aku ni. Tapi jalan tak sebesar jalan ni tau.*
~Pic credit from this blog. Tenkiu!~


Pada pandangan aku, tepi jalan utama tu macam tak sesuai sangat. Pertama, dari kebersihan makanan yang dijual. Terdedah begitu sahaja dan kemungkinan terkena debu dan asap kenderaan yang lalu lalang adalah sangat tinggi. Belum kira lagi lalat-lalat yang datang 'menjamah'. Oke. Aku sedikit geli kalau bab makanan yang dijual terdedah ni. Huhu. Memang kompom tak beli. Sebab tu aku tak pernah singgah pun kat bazar tu.


Kedua, dari segi keselamatan. Ini point utama yang aku nak tekankan yang ada kaitan dengan Manusia Kebal seperti tajuk entri. Hmm. Bila dah jalan utama masuk ke taman perumahan, tentulah banyak kenderaan yang keluar masuk. Jadinya agak ralat bila kita yang sedang memandu terpaksa pulak mengelak manusia-manusia yang berpusu-pusu sampai ke tengah jalan berebut nak membeli juadah.


Punya la tak pedulikan kenderaan yang lalu. Ada setengah orang tu punya pentingkan diri sendiri, dengan moto dan kereta die redah lalu di tepi setiap gerai. Punya pemalas nak pergi parking dan jalan. Sangat selfish! Dan sangat membahayakan nyawa. Haishh..(-_-")


Dah lama dah aku perhatikan situasi ni. Cumanya selama ni diamkan je la. Kali ni terpanggil untuk menulis sebab teringat kata-kata sahabat baik aku, Encik Joe tempoh hari masa kami keluar berbuka puasa. Beliau jemput aku dan sepupu tercinta di rumah. Sepanjang jalan dari rumah, terjumpa la manusia-manusia yang selfish ini. Kat jalan area lorong rumah, berlambak adik-adik muda merempit sesedap rasa di tengah jalan. Melepak depan rumah kengkawan pun sampai ke tengah jalan. Tak sayang nyawa betol.


Sampai di area bazar, lagi ramai manusia selfish yang dijumpai macam yang aku ceritakan kat perenggan atas tadi tu. Tetiba sahabat aku membebel, "Wei Shada! Orang kat taman hang ni semua kebal-kebal belaka ka?" Erk? Terkedu aku seketika. Tetiba rasa lucu bila teringatkan perkataan KEBAL tu. Hehe.


Memang betol dah la tu. Depa yang pergi bazar tu semua kebal. Tu la tak heran kat kenderaan yang lalu lalang. Kalau kena langgar pun tak jadi apa-apa kat depa. Sesiapa yang tinggal di area taman perumahan aku ni mesti tahu Bazar Ramadhan Taman Guar Perahu tu camne situasinya. Dah la sesak. Jangan tak tahu orang TGP ni kebal-kebal belaka tau! Haha. Alahai~~ Sabo je la.



Bisik-bisik :: Kat tempat korang ade jugak ke manusia-manusia begini? Haiyoo~~ Silalah jangan pentingkan diri sehingga membahayakan nyawa sendiri. (-_-")

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ya..memang orang taman kebal..kita yg bawak kereta kena hati2 dengan depa..kesemakan la jugak aku...kalo dilanggar nanti kita yg salah...pasalpa xbuat kat tapak pasar tani la..kat senang

    BalasPadam
  2. aish, bahaya bahaya.
    Orang suka buat bazar tepi jalan kan..

    BalasPadam
  3. kebal sgtlah tue..kalau cm tue sha naik kete kebal..tgk kebal ke x drg tue...hehhe..

    BalasPadam
  4. macam tempat aku... taun lepas mmg wat tgh2 bandar. sekarang dah ada tempat khas dah. x kacau sangat trafik.

    BalasPadam
  5. Oo..taman guar perahu last pegi pun masa kecik sbb dulu pakteh kita tggl kt sana. dh lama pindah.. umah dia kt situ pun dh jual. tak penah lg pegi bazar kt sana tp dr cerita cik sha ni rasa blh bygkan mcm mana. memang x berapa sesuai kot buat bazar tepi jalan.. buatnya ada pemandu mabuk.. abis di redah gerai2 kt situ baru nak serik. dpt kelulusan ke dorang meniaga kt situ..

    BalasPadam
  6. bila semua dah lapar, apa kisah kena langgar kereta ke lori ke. yang penting dpt beli semua makanan~ hehe. KEBAL sungguh !!

    http://nameeroslan.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. @Frause :: tau takpa..kang langgaq kang kita pulak yg disalahkan padahal depa yg berjalan smpai ke tengah jalan..sendiri yg mengundang bahaya..huhu..

    aku dari dulu dok pelik pasaipa depa tak guna tapak pasar tani tu buat bazar ramadhan..musykil betol..

    BalasPadam
  8. @sha my heart :: tu la..memang bahaya sangat..

    dorang suka buat tepi jalan mungkin fikir tepi jalan tu org senang nak singgah kot..ntah la..

    BalasPadam
  9. @Zura :: hehe..naek kereta kebal langgo kompom lenyek la dorang kak..;p

    BalasPadam
  10. @ParkAir :: patotnya buat kat tempat khas kan? bagus la tempat ko ada jugak inisiatif mcm tu..kat taman perumahan aku ni dari dulu smpai skang cenggitu la jugaknya..

    BalasPadam
  11. @THE LEKAT LEKIT STORY :: eh? mummy pernah mai ke kat taman ni..hehe..macam tu jugak la mummy..dari dulu smpai skang same je..takde perubahan langsung..

    yg pasal kelulusan tu wallahualam..saya sendiri pun kurang pasti..mungkin ada la pihak yg berwajib kot yg handle..

    BalasPadam
  12. @Namee Roslan :: hehehe..amboi..punya lapo smpai tak fikir keselamatan dah sebab nampak makanan je eh dorang tu namee? hehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan