Wednesday, 18 July 2012

~Siapa bakal menyusul?~

Assalamualaikum. Hai!


Dah setengah bulan Julai berlalu, aku baru terhegeh-hegeh nak update kisah hujung bulan Jun yang lalu. Memang terbaik sungguh penulis blog macam aku ni. Kalau kerja kat syarikat sotkabo kompom dah kena 'tendang' dah. Kejadian hari ni berlaku, bulan depan baru nak tulis berita. Memang mintak makan penampo bos. Kih3. Gamaknye sebab tu la bukan rezeki aku bekerja dalam bidang kewartawanan ni. Ceh..cakap tu macam layak je kan kerja bidang tu. Padahal bukan ade kelulusan bidang tu pun. Menyimpang sungguh!


Baiklah. Kali ni aku nak update kejadian "Wedding of the Year 2012" untuk ahli kumpulan LIC~Crew kali yang keempat. Err..LIC~Crew tu maksudnya Labuan International Campus~Crew bersempena nama kampus kitaorang belajar dulu UMSLIC. UMS tu Universiti Malaysia Sabah le. Ntah macam mana boleh terkeluar nama group ni tak tahu le. Rasanye taiko kitaorang yang bagi kot. Eh? Taiko tu natang ape ye? Maksud die ketua ke? Wakaka. Main sedap je nak tulis tapi tak tahu maksud. Sabo je la. (-_-")


Rasa macam samseng gile pulak ade group cenggini masa study dulu. Hehe. Ada 9 orang ahli group LIC~Crew ni. Bukan la ahli sangat pun. Tapi besfren gitu. Kitorang ni rapat time belajo dulu. Dah asyik berkepit je. Tetibe jadi group pulak. Sebenarnye dorang ade 8 orang je. Aku yang tetibe menyelit masuk sebab boleh ngam dengan dorang. Dorang ni senior aku sebenarnye. Senior serumah. Tapi bidang belajar lain. Dorang semua mata duitan jadi dorang belajar bidang kewangan dan perbankan. Aku je sesat budak komputer. Gamaknye sebab aku mata duitan macam dorang kot. Tu boleh ngam tu. *Tetiba*


Panjang berjela pulak aku introduce. Oh ye. Dulu pernah je cerita pasal reunion dengan dorang tahun 2010 dulu. Eh? Dah 2 tahun berlalu rupanya. Kiranya perjumpaan kali ni kat wedding salah sorang dari kami ni adalah reunion kali kedua la. Tapi tak semua jugak boleh berkumpul. 3 orang tak dapat hadir. Sorang tengah berpantang anak kedua. Sorang ada wedding kazen kat Pahang. Sorang lagi kena kerja. Jadinya 5 orang je la dapat hadir. 4 orang sebok tidur sampai 2 malam kat rumah pengantin. Termasuk aku la tu yang menyeboknye. Haha. 


Ok la. Malas nak berleter panjang. Moh layan gambar sepanjang hari wedding tersebut. Gambar semua aku cilok dari camera dorang yang bawak kamera dan OP wedding member aku ni la. Takdo kerja aku nak ngambik gambo. Tak bawak kamera pun. Aku mai dari Penang sampai ke Johor bawak diri, pakaian dan perot je semata-mata. Harus la aku interprem bergambo je masa tu oke. Hehe. Jom!


~Pasangan Pengantin yang Gojes dan Macho~



~4 anak dara bertenggek kat tangga. Tunggu turn nak bergambar. Elok sangat le tu. ;p ~


~Sebelum akad nikah. Pengantin sempat lagi peace. Sabo je la.~



~Bergambar selepas akad nikah. Pengantin dah tukar persalinan kedua.~



~Kesengalan dayang-dayang terserlah. Pengantin menten cun.~



~Bersama pengantin di hari persandingan. Semua dayang wajib pakai kaler pink. (-_-')~



~Tuan belog. WAJIB tempek gambo interprem sendiri kat belog. Biasalah tu. Ekeke. Menayang hasil karya henna ukiran cik Maja yang comey sangat!~


Cukup-cukup la tu gambonye. Takkan aku nak tempek semua pulak kan? Kang muntah pulak korang tengok muke aku yang perasan cun ade je nyelit kat dalam gambo. Wakaka. Dah 4 orang lepas. Tinggal lagi 5 orang yang bujang. Siapakah yang bakal menyusul selepas ini agaknye eh? Ehem! Nantikan. Ecewah. Macam filem pulak nak ade sequel bagai. Mana la nak tahu tetibe aku pulak kan lepas ni. Ewah-ewah. Hehe. (^_^)



Bisik-bisik :: Selamat Pengantin Baru Miza! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke jannah. Dan semoga dirahmati Allah setiap masa. Barakallahulakuma. InsyaAllah.
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

Zura said...

lepas nie sha plak...hehe

Siti Safiyyah said...

haa.. haa.. ni dah bau nasik minyak ni, acane? hehe :P

Kesuma Angsana said...

salam perkenalan dari KA. Suka tgk pelamin dia tu cantik ye. Dah follow u nice no 898 hehe

♥CIK SHA♥ said...

@Zura :: hehe..insyaAllah kak..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Siti Safiyyah :: eh2..tajam betul deria bau piyah ni..hahaha..insyaAllah..(^_^)

♥CIK SHA♥ said...

@Kesuma Angsana :: Salam perkenalan juga KA..terima kasih sudi follow..mmg nice nombor tu..(^_^)

pelamin die memang sangat cantik..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com