Saturday, 28 July 2012

~Semangat Patriotisme Yang Kian Menghilang~

Assalamualaikum. Hai!


Hmm. Baru tempoh hari menulis tentang LOGO KEMERDEKAAN yang menyedihkan itu. Pagi ni menulis lagi berkisar Hari Kemerdekaan nanti. Ye. Aku tahu masih lambat lagi harinya nak tiba. Masih ada sebulan lagi tempohnya. Tapi entahlah. Mungkin rasa kesedihan yang melampau mendorong aku untuk menulis tentang hal ni lagi sekali. Rasa macam nak menanges air mata darah je. Hai. Entah lah.


Pagi ni masa sedang menjelajah kat laman fesbuk, nampak ada kawan share lagu tema sempena hari kemerdekaan nanti. Katanya lagu tu bakal mengundang makian orang ramai. Maka jari aku pun ringan klik pada pautan tersebut. Dengar-dengar je sambil menghayati liriknya terus rasa macam nak pengsan. *hiperbola sikit* Tapi serius. Memang rasa sedih teramat dengan lagu tersebut. Uhuhu.


Aku merasa hairan yang teramat sangat. Siapakah yang telah mencipta lirik lagu tersebut? Sudahlah pereka design logo pun macam hampeh. Ditambah pula dengan pencipta lagu yang sama hampeh. Bertambah hampeh la jadinya. Double hampeh. Hmm. Bukan bermaksud untuk menjatuhkan kredibilti mereka. Tapi aku rasa mereka memang tiada kualiti. Baiklah. Mungkin mereka cuma mengikut arahan. Tapi aku tetap tak boleh terima.


jalur+gemilang.jpg (640×480)


Haii..entah apa la yang difikirkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab memberi arahan itu. Perhitungan yang langsung tak kena gaya dan tak kena masa. Sekalipun mungkin mereka nak berpolitik dan mempertahankan kedudukan disebabkan dah nak hampir musim pilihanraya, tapi beragak-agak la. Janganlah sampaikan Hari Merdeka yang penting untuk seluruh rakyat Malaysia pun hendak dipolitikkan. Aku tak nampak di mana rasional  nya. Sungguh aku sangat tak faham dengan situasi ni.


Hmm. Terfikir aku sejenak. Dimanakah hilangnya semangat patriotisme dalam diri mereka? Adakah generasi kini sudah ramai yang tiada rasa sayangkan negara sendiri? Adakah politik lebih diutamakan sehingga sanggup gadaikan maruah negara? Hai entah lah. Penat rasanya mengeluh begitu. Tapi aku rasa kecewa yang amat. Aku menulis ni bukanlah disebabkan faktor kepolitikkan. Korang pun sedia maklum aku tak minat dengan politik. Tapi sebagai rakyat Malaysia, aku merasa sangat sedih dengan situasi yang berlaku ni.    



Bisik-bisik :: Lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia lagi patriotik.


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

8 orang bagi nasihat:

Frause said...

lirk lagu di reka oleh Rais yatim...setelah aku wat kajian...logo tahun nih tu diciplak dari logo stiker kereta....bukan aku nak bermain politik kat blog hang....nak wat macam mana...orang politik yang buat logo tu..boleh tgk kat sini yer logo tu....http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/asal-usul-logo-merdeka-tahun-2012.html

THE LEKAT LEKIT STORY said...

bila patriotik di politikan.. sekarang ni semua Isu di politikkan.. dah jadi rojak tp rencah politik yg paling byk buat semua benda rasa, nampak & dengar POLITIK. cemuih aiihhh!!

Tinta Asyraf said...

Tak dengar lagi...nak dengar jap...

Salam Ramadhan Kareem Iesha, Jemput2lah datang ke blog sy yer...www.tintaasyraf.com

ParkAir said...

Makin mengundur ke belakang pulak lagu tema kali nih. Hmmm..

Shahada Fauzi said...

@Frause :: really? takkan die yg buat lirik tu? ohmai..entahlah..aku memang jenis tak amik tau pasal menda yang aku tak tahu tambah2 pasal politik..hmm..

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: kan mummy? saya pun dah cemuih dah pasal politik2 ni..semua pun nak dipolitikkan..haishh..(-_-")

Shahada Fauzi said...

@Tinta Asyraf :: dengarlah..huhu..

salam ramadhan buat asyraf juga..insyaAllah..nnt saya singgah kalau berkesempatan..

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: kan? aku cukup pening dengan lirik dia tu..huhuhu..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com