Tuesday, 31 July 2012

~Bazar Ramadhan :: Peminta sedekah~

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni aku nak berkongsi pengalaman kali kedua aku pergi ke Bazar Ramadhan untuk tahun ni. Biasa la. Bila dah bertahun tak pergi Bazar ni, ada je la pengalaman baru yang dihadapi bila dah pergi tu kan. Memandangkan petang semalam aku balik kerja dengan maksu, jadi aku berpeluang la ikut pergi Bazar. Bazar Ramadhan terbesar setakat ni yang aku tahu kat area Seberang Jaya. Maksu memang akan singgah kat Bazar ni selalunya walaupun kat taman perumahan aku pun ade bazar kecik. Mungkin sebab banyak pilihan kot.


Hmm. Aku rasa korang pun pernah mengalami peristiwa yang sama dengan apa yang aku alami semalam. Diserbu peminta sedekah semasa sedang sibuk memerhati gerai yang best nak beli juadah berbuka. Eceh. Serbu tu. Bajet macam artis diserbu peminat. Haha. Bukan bukan. Dia macam datang kat kita dan approach paksa-paksa bagi sedekah kat dia. (-_-")


Semalam aku kena! Huhu. Dah la lelaki tua. Lepas tu selamba dek je pakcik tu pegang lengan aku dan sendeng mintak kasik sedekah kat dia. Takot! Aku apa lagi, takut punya pasal aku tarik kazen dan renggut tangan aku dari pakcik tu. Tapi dia tetap mai sendeng aku. Huhu. Aku malas layan, buat tak tahu dan tarik kazen pergi ke satu gerai. Punya la nak mengelakkan diri dari dia. Maaf la. Bukan aku ni kedekut takmo bagi sedekah. Memang aku kesian. Tapi dah style nye kuang ajo sangat. Main tarik dan sendeng. Siapa nak bagi? Huhu.


*Imej carian Google*

Rasanya kat mana-mana tempat pun kalau Bazar Ramadhan tu besar, mesti ada banyak peminta sedekah merata tempat kat bazar tu. Yang tua, yang muda katanya anak yatim, yang cacat kudung, sakit kulit, buta mata, yang bawak baby dan sebagainya. Ramai sangat. Bukan takat duduk di tengah-tengah laluan, ada yang lagi advance tu siap pergi approach orang pulak paksa bagi sedekah kat dia. Selagi tak bagi selagi tu la dia tak bergerak dari kita. Kekadang siap follow lagi. Huhu.


Ye. Memang akan wujud rasa simpati dan kesian dalam hati. Macam maksu aku cakap semalam, "Chu tak boleh la tengok depa yang susah macam ni. Kesian. Rasa nak bagi duit kat semua." Aku pun begitu jugak. Tapi bila difikirkan secara logiknya, kenapa bila tiba Bulan Ramadhan dan ada Bazar tetiba macam makin bertambah je populasinya. Selama ni tak pernah pulak nampak kat area situ dalam jumlah yang ramai begitu. Dari mana la dorang datang. Siapa yang tolong bawa? 


Kekadang timbul keraguan dalam hati. Dorang ni betul-betul ke atau ada sindiket yang bergerak di sebalik kegiatan mengemis dorang ni. Sebab kekadang tengok ada yang macam sihat je, cumanya nampak comot sikit. Bukan nak berburuk sangka. Tapi entah lah. Haish! Kadang-kadang rasa macam jahat sangat sebab taknak hulur duit pada yang datang approach dan paksa-paksa bagi sedekah. Tapi bila bagi rasa macam ragu-ragu dan tak ikhlas sebab fikir dorang menipu. Haiyooo. Tak tahu la nak cakap camna.


Kata bijak pandai hukum agama, bagi je kalau dorang minta. Tipu ke tak tipu ke, itu antara dia dengan Allah. Kita niat bagi sedekah dengan ikhlas kerana Allah. Boleh dapat 2 pahala. Pahala bersedekah dan pahala ditipu. Hmm. Tapi tu la. Kekadang terlintas nak fikir yang bukan-bukan jugak terhadap dorang tu. Haisshhh. Kena muhasabah diri banyak sikit aku ni.


Eh? Korang jangan la fikir aku ni teruk sangat sampai nak bersedekah pun berkira dan fikir bukan-bukan. Bukan camtu. Kedekut-kedekut aku pun, takde la sampai taknak bersedekah pada yang memerlukan. Aku lebih selesa letak duit dalam tabung kat masjid atau surau selalunya. Kalau orang yang datang paksa-paksa ni aku memang susah nak percaya kat dorang. Huhu. Mintak maap! (-_-")



Bisik-bisik :: Camne nak kurangkan populasi peminta sedekah ni eh? Kesian kadang-kadang tengok dorang begitu. Takde ke pihak yang bertanggungjawab boleh ambil tindakan dan bantu mereka?


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 orang bagi nasihat:

Frause said...

uik....kesian aku kat hang...harap berhati2 ler

khairullah said...

Bukan ke setiap org tu wajib usaha, peminta sedekah pun kena kja la, mn blh tnggu nasi jatuh dr langit, so dia kja jugak kot, keja mintak duit org...x gtu? hehe

fya zainal said...

saya pun ada masa fikir mcm awak.
kadang2 sy bagi kdang2tu rasa mcm ada sindiket
sebab kadang2 tgk yg bawa baby, baby dia kekadang pandai tukar >.<

wallahualam.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

elok la kita bersedekah pada saluran yg betul cik sha.. bukan pasal kedekut ke hapa.. bila kita bg.. menggalakkan golongan mcm ni jd makin pemalas nk buat keja senang je tp income dorang bukan lagi tipu2.. tp kdg2 lbh byk dr income kita tiap2 bulan. kalau kt KL ni cik sha.. kebanyakkn peminta sedekah naik teksi pergi mengemis.. kalau btl susah kenapa tak naik bas. kan murah. org buta pn ada tukang teman bawak pergi jual tisu (padahal lebih pada minta sedekah) kt uptown tiap2 mlm. sy pernah dgn asben kononnya nak buat kajian sendiri la pergi uptown tetiap mlm seminggu tu nk tgk org buat dgn eskot dia tu org sama ke tiap2 mlm.. memang org yg sama. 1 meja kalau bg rm1 pun pendapatan dorang utk 1 mlm & 1 tempat dh lebih dr pendapatan kita. dorang bukan duduk 1 tempat jer 1 mlm.. jd kalau kita ada niat nak sedekah.. di galakkn bersedekah di saluran yg kita pasti golongan tu betul2 daif & susah.

ParkAir said...

Aku penah dengar cerita kat Mekah dan Madinah kalau bulan Ramadan memang kaya lah peminta sedekah kat sana. Sebab orang berebut2 nak beramal jariah..

Namee Roslan said...

yang tak best tu ada yang menipu . tu yang tak seronok tu. memang cara dia cari duit dengan meminta sedekah dan tipu. memang dia cacat tapi dia masih boleh kerja. :/

Shahada Fauzi said...

@Frause :: kesian tapi gelak kat aku..jahat!!!

Shahada Fauzi said...

@khairullah :: entahlah..kadang2 tengok badan sehat je setengah dari dorang tu..boleh lg jalan terpa org mintak duit..kenape la taknak cri kerja..

Shahada Fauzi said...

@fya zainal :: kan? bukan la nak berburuk sangka pun..tapi tu la..kekadang rasa macam ada sindiket je..huhu..

Shahada Fauzi said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la mummy..saya pun fikir camtu..kalau betul niat nak bersedekah, better cari saluran yang betul..setakat ni saye pernah bersedekah dekat rumah anak2 yatim..insyaAllah, kalau ade rezeki lebih akan cari lagi golongan yg memerlukan..

Shahada Fauzi said...

@ParkAir :: mak ai..tapi entahlah wei..kadang2 aku rasa golongan2 yg minta sedekah ni pandai ambil kesempatan..huhu..jahatnya aku terfikir camtu..T_T

Shahada Fauzi said...

@Namee Roslan :: kan namee? saya lebih respek golongan yg kurang upaya tpi masih usaha bekerja guna kudrat yg dia ada termampu dia macam anyam bakul, dsb nye tu..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com