Tuesday, 24 July 2012

~Bazar Ramadhan :: Jangan Tamak dan Ikut Nafsu!~

Assalamualaikum. Hai!


Diam tak diam dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan? SELAMAT BERPUASA korang. Terlambat sikit wish. Al-maklum la perangai pemalas nak menaip aku ni bila dah menjengah memang cenggini. Camne puasa korang? Harapnye takde lagi la yang kantoi ye. Dah tua-tua bangka buat perangai macam bebudak lagi tu memang saje nak kena cepuk la tu gamaknye. Haishh. Apa la. Malu je dengan bebudak perangai ngalahkan dorang. (-_-")


Oh ye. Puasa kali ni aku masih belum berkesempatan lagi nak pergi berterawih dekat masjid. Terawih sendiri berseorangan je kat rumah. Belum ada suami nak terawih sesama macam korang yang baru berumahtangga tu. Gambar berdua dengan suami dan pakai telekung pun takde nak kongsi-kongsi. Ehem! Ada ke yang terkena batang hidung? Jangan terasa hati. Saja nak bergurau di bulan puasa. Ekeke. ;p


Memandangkan tak pergi terawih kat sejid, makanya masih belum ada la 'Perkongsian Tazkirah Ramadhan' seperti tahun lepas. Kalau rindu nak baca tazkirah, jengah je entri-entri tahun lepas ye. PTR 1, PTR 2, PTR 3 dan PTR 4. PTR tu Perkongsian Tazkirah Ramadhan la. Rasanya takde banyak yang berbeza kot. Selalunya tazkirah ni berulang-ulang perkara yang sama. Maklum la kita semua ni cepat lupa. Kena diingatkan selalu. Ye dak? InsyaAllah, kalau ada rezeki aku pergi terawih kat masjid nanti aku kongsikan tazkirah yang aku dapat oke.



*Pinjam gambo dari belog ini . Mekasih. * 

Aha. Bila dah menulis pasal puasa ni ada je la aku nak membebel. Ekeke. Membebel je kerjanya. Bulan posa pun still nak membebel. Tapi membebel dalam tulisan je la. Sekadar nak memberi peringatan kat korang yang suka membeli-belah juadah kat Bazaar Ramadhan. Untuk pengetahuan korang, aku ni dah berkurun tak pergi Bazaar Ramadhan. Tak berapa berminat sangat pergi tempat sesak macam tu. Lautan manusia yang menyesakkan dada. Tapi first puasa hari tu berkesempatan pergi. Ikut family maksu. Mak oi. Berpinar tengok betapa banyaknya makanan dan manusia. Pening!


Korang perasan atau tak, sebenarnya kan masa bulan puasa ni la lebih banyak pembaziran boleh berlaku. Betul tak? Maklum la bila pergi bazar tu mata berpinar-pinar. Tengok semua makanan pun nampak sedap dan menyelerakan. Jadi nafsu nak membeli tu kemaen lagi membuak-buak. Rasa macam semua makanan nak beli. Tu korang la tu. Aku memang tak la. Hehe.


Jadinya, aku nak berpesan la sikit dekat korang ni. Sebelum nak melangkah pergi bazar tu, apa kata buat dulu perancangan juadah apa yang korang teringin sangat nak makan. Beli la day by day. Puasa kan 30 hari. Bukan sehari tu je sampai nak hentam makan semua sekali serentak.  Jadi merancanglah. Nak senang, tulis je dalam diari. Hari ni aku nak makan nasik kerabu dengan air soya. Esok aku nak makan murtabak ayam dengan air tebu. Haa..barulah terancang gitu. Duit pun takde la membazir. Ye dak?


Jangan le tamak sangat. Setan dah kena kurung, kite pun jangan le ngikut perangai deme pulak. Membazir je kejenye. Kawal-kawal sikit nafsu membeli tu. Yang penting nafsu makan tu ha. Tahu le berlapor dari pepagi bute. Tapi jangan le jadi macam naga lapor. Macam tak pernah jumpe makanan. Cube pikio sikit nasib orang mesekin yang kurang mampu dari kite. Jangankan nak menjamah makanan, entah-entah seteguk air pun takde nak minum. Cube belajo bersyukur. Mudah-mudahan masa bulan ramadhan ni mengajar kite menjadi manusia yang lebih bersyukur. InsyaAllah.


Udah panjang le pulok teman berleter. Hahaha. Maap le. Gian nak menaip cenggini le jadinye. Sekali menaip kemain lagi panjang lebar. Berjejeh-jejeh membebel nye ha. Nasib kome la kena membaca bebelan teman. Ni baru baca. Kalau dengar suara teman membebel mahu kome pengsan terus. Ni apekeheinye teman cakap loghat perak pulak ni? Rindu ke arwah abah teman le tu. Ekeke.


Ok la. Sebelum lagi melalut, sampai kat sini dulu le penulisan aku. Salam ramadhan buat korang semua. Selamat berpuasa juga. Ntah berapa kali nak wish aku ni. Hehe. Ingat..jangan membazir tau masa shopping makanan kat bazar ramadhan. Sekian saje pesanan khidmat masyarakat dari aku. Macam iklan la pulak dah. *tetiba*




Bisik-bisik :: Rindu masakan arwah abah untuk juadah berbuka puasa. (T_T)


Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

4 orang bagi nasihat:

Frause said...

time more lagi sedih...buh makanan dalam pinggan skit..ada yang mintak tambah..pas tu tak habis makan....lagi sedih...

nadia said...

belum ada kesempatan lagi nak pergi bazar. Hee

Kita beli ikut keperluan je,jgn nak ikut nafsu sgt.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

1st puasa je sempat gi bazar ramadhan kelang lama kulim tu pn pasal blk kg smbut puasa dgn fmly.blk sini nmpknya xde jenguk bazar lg.lgpn 2 org nk mkn bkn byk.jd masak je la.. Sebenarnya masak atas request sang asben je.kita ni yg menurut perintah je.. Kekeke

ParkAir said...

Sebab bila beli dengan perut lapar 2 3 jenis kuih beli. Bila berbuka makan sedikit pun dah rasa kenyang, yang lebih tu buang je...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com