Apa yang tak kena dengan LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA KE-55?

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni mari kite belajar kelas seni. Hehe. Tetibe feeling nak jadi cikgu ngajor seni pulak aku ni ha. Sebenarnya penulisan kali ni berkisar kekecohan 'LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-55' yang sangat 'cantik' itu. Masa kali pertama aku menatap 'logo' tersebut terus rasa macam nak rabak mata. Rasa nak menages pun ada. Uhuk! Siapalah gamaknya designer yang telah merekabentuk 'logo secantik' itu? Kreatif bebenor orangnye. Alahai..


Bukanlah aku ni nak berlagak terer sangat bab designing ni. Takde la. Aku sedor diri yang aku ni tangan kayu dan tak berapa nak kreatif sangat. Takat design header belog je pun tahap aku ni. Ecewah. Merendah diri gitu. Hehe. Tapi betul. Aku memang tak hebat bab design macam designer lain. Cumanya kan, aku rasa nak bagi komen jugak la pasal design 'logo' merdeka tu. Memang tak puas hati ni. Geram sangat!


Heran jugak aku. Kenapa takde buat Pertandingan Mencipta Logo untuk hari-hari besar seperti ni eh? Untuk hari Sambutan Kemerdekaan Malaysia kot. Cincai beno logo nye tu. Nengok pun takde rasa kebanggaan nak menyambut merdeka. Tak semangat. Mungkin la yang design logo ni adalah designer/pereka yang berkhidmat dengan department gomen. Mungkin nak jimat kos bagi hadiah jika buat pertandingan kot. Agaknye la.


Tapi rasanya takde masalah kot kalau buat pertandingan terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia ni serlahkan bakat dan kreativiti mereka. Apa salahnya? Keluarkan sedikit modal je pun untuk hadiah. Bukan untuk semua yang hantar penyertaan. Cukup untuk 3 pemenang utama dan 5 hadiah saguhati. Tak payah la hadiah besar-besar. Wang tunai sikit dengan sijil penyertaan pun dah kira bagus tu. Oke what? Tapi entahlah. Bukan aku yang buat keputusan pun kan. Uhuk!


Eh? Melalut panjang pulak. Bukan ke aku nak ajar korang kelas seni? Hehe. Oke. Berbalik kepada tujuan asal. Buat pengetahun korang, logo ni ada 3 jenis sebenarnya. Logo Simbol, LogoTaip dan Logo Gabungan. Jadi aku nak jelaskan di sini bahawa 'logo' merdeka itu adalah dalam kategori logo gabungan.  Maksudnya logo yang menggabungkan simbol dan text. Tapi logo tersebut sangat carca marba. Semua benda nak sumbat. 


Sepatutnya logo kena nampak ringkas tapi jelas maksudnya. Bukan macam logo tersebut. Pening~~ Aku rasa designer tersebut kurang jelas dengan maksud logo dan jenis-jenis logo kot. Agaknya dalam kelas seni zaman die sekolah dulu, die tido dalam kelas. Takpun die monteng. Hehe.


Baiklah. Sekarang mari kite lihat dengan jelas perbezaan ketiga-tiga jenis logo yang aku terangkan di atas. Berikut adalah penerangan secara lebih mudah untuk difahami. Tentulah menggunakan gambar. Perhatikan betul-betul ye.

LOGO SIMBOL


LOGOTAIP



LOGO GABUNGAN

Nampak tak perbezaan? Logo Simbol sangat simple. Just lambangkan satu simbol yang boleh menyampaikan maksudnya. Sengaja aku tempek logo Mazda sebab berangan nak kereta Mazda Sport sebijik. Kih3. Logo Taip pula just gunakan text je. Lagi super simple kan? Tak payah nak memeningkan pale otak memikio. Logo Gabungan pulak macam Logo Euro 2012 yang aku tempek tu la. Combination text dan simbol. Tapi still nampak nice kan? Simple dan tak serabut. Ini baru betul kalau nak buat Logo Gabungan. Bukan macam logo merdeka kite tu. Huhu. Sedih! (-_-")


Disebabkan ramai yang tak berpuas hati dengan logo merdeka tu, terwujudlah satu page kat fesbuk membantah logo tersebut. Hehe. Kemudian ramai yang menyatakan protes dengan mencipta logo memasing. Ada yang sangat kreatif. Design lagi mabeles dari design asal. Ada pulak yang design logo sekadar nak 'menganjing'. Macam-macam betul perangai. Tapi aku respek mereka yang buat design logo baru kononnya sebagai ganti logo asal. Memang ada yang betul-betul cantik. Sangat kreatif. Berikut antara logo yang aku suka tengok. NICE!


Design by Afiq Nadzir.

  • Cute! Walaupun nampak macam 'remaja' tapi design ni fresh. Lain dari yang lain. Simbol satu tu mungkin nak mengekalkan logo 1 Malaysia tu ha.


Design by Shariff Jafri

  • Simple tapi mendalam mesej yang cuba disampaikan.  Kalau word Janji Ditepati tu takde lagi nice. Sayangnye dah memang tema Merdeka tahun ni. Kena la tempek jugak kan? Hehe.



Design by Muhammad Zulfaqar.

  • Yang ni lagi clear mesej yang ingin disampaikan. Malaysia dah merdeka 55 tahun. Ada simbolik bunga raya. Cantik!


Design by Rizuani Yahya.

  • Yang ni pun boleh tahan. Kalau takde word yang banyak dan simbol 1 Malaysia tu lagi cantik.


Design by Mohamad Atif.

  • Simple. Still nice nak tengok. Cuma colour agak dull.

Banyak pilihan kalau dibuat Pertandingan Mencipta Logo sempena Hari Kemerdekaan kita nanti tu kan? Kalau pihak atasan pening nak memilih pun tak jadi masalah kot. Buat je sistem voting macam pilihanraya tu. Tapi buat la versi web. Guna fesbuk pun boleh. Ramai lagi rakyat Malaysia yang rasanya berbesar hati nak vote logo mana yang cantik dan menarik bersesuaian sempena sambutan hari merdeka. Ye dak? 


Apa-apa pun, harapnya ada la pihak yang bertanggungjawab memandang serius hal ni dan tukar logo kemerdekaan asal tu ha dengan cadangan logo yang telah diberikan oleh beberapa orang freelance designer tersebut. Suara rakyat kena la dengar jugak. Merdeka ni untuk semua rakyat Malaysia yang menetap di bumi bertuah ni tak kira dari bangsa apa dan parti politik mana yang dorang sokong. Jangan la bias sangat. Uhuk!



Bisik-bisik :: Sekadar memberikan cadangan dan pandangan telus dari aku seorang rakyat marhaen ni ha. (-_-") 


8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. memang mengarut logo tahun ni..maluuu...

    BalasPadam
  2. Aku pun pelik dulu sebelum logo 1 Malaysia timbul mesti ada pertandingan rekacipta logo. Malaysia masih tak kering pereka design lah!

    BalasPadam
  3. logo dan lagu,politik semuanya....salam ramadhan kak sha :)

    BalasPadam
  4. @Pengumpul Lirik lagu :: erk? lambat lagi le merdekanye..hehe..;p

    BalasPadam
  5. @BlogHafizRahman :: kan? huuuu..malu jugak..tak kreatif langsung..(-_-")

    BalasPadam
  6. @piko pink :: tu la..tak paham jugak kenapa perlu ada..haii..entahlah..

    BalasPadam
  7. @ParkAir :: kan? aku pun perasan lama dah takde pertandingan cipta logo merdeka ni..macam la kan Malaysia ni dah takde designer yg hebat2..aduhai..

    BalasPadam
  8. @onie :: kan? tu la..hmm..salah dah strategi nye tu smpai hari merdeka pun nak dipolitikkan..sepatutnya bukan begitu..tahu le nak pilihanraya dah..tapi beragak-agak la jugak..hmmm..

    salam ramadhan untuk onie jugak..(^_^)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan