Friday, 15 June 2012

~Nasib Kucing Terbiar Yang Sudah Terbela~

Assalamualaikum. Hai!


Lama tak menulis pasal kucing. Hari ni rasa nak menulis pasal kucing pulak la. Tajuk entri di atas adalah kesinambungan dari kisah kucing terbiar yang pernah aku kutip satu masa dulu. Memang nasib beliau dah terbela sangat dah sekarang ni ha. Badan besar kemaen. Dah jadi seekor kucing jantan dewasa. Nak merogol mana-mana kucing betina yang masih dara atau bukan dara yang beliau berkenan memang boleh sangat dah. Tapi sampai sekarang beliau masih lagi teruna. Hehe.


Err..bukan tak nak bagi Aboi keluar rumah dan mencari mangsa rogol. Tak bermaksud pun nak sekat nafsu dia. Tapi disebabkan keadaan mata dia itulah yang menyebabkan aku tak berani nak bagi die keluar merayau. Bimbang sangat-sangat. Sebab pernah sekali tu aku balik kerja, aku lepas dia main kat luar kejap. Konon nak tengok dia boleh bawak diri ke tidak dengan keadaan penglihatan dia tu. Sementara tu aku nak solat Asar la. Tapi tak sempat aku nak solat, mak tercinta dah menjerit-jerit panggil aku. Rupanya Aboi dah selamat terjatuh dalam longkang. Mengiau dengan kuat sebab nak naek balik tak reti dan tak nampak. Haishh. Jadi, camne la aku tak bimbang kan?


~Tidur pesyen meniarap~


Buat yang tak tahu, Aboi ni dalam kategori kucing kurang upaya. KKU tau, bukan OKU. Hehe. Die kekurangan upaya dari segi penglihatan. Memang die nampak. Tapi rasanye kabur-kabur dan kurang jelas. Anak mata dia dipenuhi dengan lapisan selaput putih. Jadi penglihatan dia agak terhad. Pernah rasa nak bawak die pergi bedah mata die tu. Tapi ade ke eh pembedahan mata untuk kucing? Kalau ada pun aku tak sanggup kot nak tengok die kena bedah mata. Kot nye jadi buta terus tak nampak lagi sedih. Huhu.


Jadi, cadangnye nanti aku nak bawak die pergi kasi je kot. Terpaksa la buat macam tu untuk kawal nafsu die. Nak bagi die rogol si Cik'ah, tapi si betina tu eksyen kemaen. Ade ke die pergi tampo Aboi bila Aboi datang cium dia. Mentang-mentang la Aboi mata tak berapa nak nampak. Tapi Aboi ensem ape? Huh! Berlagak nau Cik'ah tu. Sabar je la.


~Tidur pesyen kuak lentang~


Oh ye! Kalau korang nak tahu, Aboi ni ada kecacatan tulang belakang jugak tau. Tulang belakang tak lurus. Sebab tu die suka tidur fesyen kuak lentang dan meniarap macam dalam gambar di atas. Mungkin dia selesa tidur cenggitu gamaknye. Memang itu fesyen die tidur. Tak pernah ada gaya lain. Doktor haiwan yang rawat kucing adik aku yang bagi info ni sebab kucing adik aku pun suka tidur fesyen gitu. Tapi comel je kucing tidur macam tu kan?


Lagi satu perangai si Aboi ni, kalau die tak puas hati kan, die suka kentut dan melepaskan bau yang sangat la busuk kemaen. Serius. Macam menatang skunk yang ekor die boleh kuarkan bau busuk tu. Sabo je la. Agaknye ada kacukan skunk kot si Aboi ni. Pelik gak aku. Camne la die boleh ade kebolehan mengeluarkan bau busuk tu kalau tak puas hati. Hehe. Pelik beno kucing aku ni. Macam alien pulak.


~Anak sedara den yang dah terikut perangai den. Kih3.~


Tapi die sangat manja. Itu yang buat aku bertambah sayang kat die. Suka menyondol dan menjilat-jilat tangan aku. Tu tandanye nak mintak kena usap dan garu-garu bawah tengkuk die la tu. Mengade sikit die ni. Dan aku ade tebiat suka kiss mulut die. Macam gambar anak sedara aku yang tengah kiss Aboi seperti di atas tu. Kih3. Takpe. Die bersih oke. Hari-hari aku korek hidung dengan buang taek mata die. Mak pun selalu basuh bulu die sebab die suka tidur dengan mak. Mak duk marah-marah die pun die suka nempek kat mak.


Aku kalau nak pegi mana-mana kan, memang risau memikirkan siapa la nak tolong jaga Aboi aku ni. Dan sudah tentulah mak tercinta yang akan jadi mangsa untuk tolong aku jaga Aboi. Walaupun mak akan berleter bagaikan machine gun, konon taknak bagi makan la, taknak tengok la, nak buang la. Tapi die tetap akan jaga jugak. Kih3. Sayang mak lebih-lebih.


Itulah kisah si Aboi, kucing terbiar yang pernah aku kutip dulu. Mak dah warning, kalau aku kawen nanti Aboi dengan Cik'ah aku kena usung sekali kalau aku pindah ikut suami. Halamak! Tapi memang aku nak usung pun. Sayang kot kat menatang kucing 2 ekor tu. Dari deme kecik aku bela. Dah mintak izin kat encik CH dah. Nasib baek la beliau bagi aku usung. Woohoo! Mekaseh sayam. Awok bela lembu, saye bela kucen. Lembu awok wi duit, kucen saye abeskan duit. Ngam la tu kan? Haha.



Bisik-bisik :: Macam teringin je nak buka nursery untuk kucing. InsyaAllah satu hari nanti kalau ade rezeki lebih. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

alahai kesiannya.. rabun rupanya. Takpe cik sha.. kita sygkan depa, Insyaallah setiap hari depa akan doakan kebaikan kita. kucing2 sy kt kampung sana nu dh lama x tgk sbb jarang balik. Rindu jugak nak tido 1 selimut dgn kucing.. mcm dulu2.

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: a'a mummy..die rabun..kesian die..nak lepas bg bebas pun risau..takut kena langgar ke, jatuh lagi dlm longkang ke..aishhh..

tira azhar said...

baguih2. usaha membela kuceng2 terbiar :)

btw, bwk lah cik Aboi jumpa vet.. buat pembedahan mata biar dia bole nmpk balik.. insha Allah berkat teknologi sekarang, Aboi bole nampak balik. ce rujuk vet dekat UPM sbb kat UPM ada hospital baru. :)

ParkAir said...

ko bawak la ke optometrist, pakai contact lense ke. kucing aku pun suka kentut, tapi lepas tukar makanan kepada pro diet dah kurang kentut, najis pun kurang bau.

♥CIK SHA♥ said...

@tira azhar :: jauhnye nak bawak Aboi smpai kat serdang nun..hehehe..

♥CIK SHA♥ said...

@ParkAir :: hahaha..ko buat lawak..baek aku je pakaikan die contact lens aku yg byk tu..hahaha..

pro diet tu jenis biji ke yg lembut2 tu weh?



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com