Tuesday, 29 May 2012

~PORTFOLIO : Belog Umi Qaisara~

Assalamualaikum. Hai!


Fuhhh. Lama eh aku tak update belog. Hampir sebulan jugak. Err..orang perasan sebok memang camni la. Padahal sebenarnye bukan la sebok sangat pun tapi pemalas je. Hehe. Terima kasih la kepada mereka-mereka yang masih sudi singgah membaca belog ni walaupun sunyi takde entri terkini. Terima kasih juga pada yang sudi memfolo (bahasa apa tah ni?) belog busuk aku yang kiut miut ini. :p


Oh. Untuk update kali ni malas nak membebel pepanjang. Lagipun idea untuk menulis tengah kering kontang. Jadi untuk hujung bulan 5 ni aku sajikan korang dengan latest portfolio design belog yang aku dah buat je la ye. Job kali ni aku dapat dari puan Anum atau beliau lebih senang bahasakan diri sebagai Umi Qaisara. Mungkin sebab kedua-dua anak dara beliau bermula dengan nama Qaisara kot. Agaknye la. Aku main teka je. Takdenye aku nak tanye benda hal peribadi dengan customer aku. Hehe.


Design kali ni pun beliau serahkan sepenuh kepercayaan pada aku. Macam customer-customer lain sebelum ni. Beliau bagitau jugak la konsep yang beliau nak camne. Header katanya nak lebih kurang macam belog aku tapi nak gambar wanita berhijab. Makanya aku google le cari gambar pompuan hijab yang cun. Dapat la gambar kartun tu yang cun habes dan kena warna tema. Nak lukis sendiri? Maaf. Aku memang tak reti nak lukis manusia. Google je senang. Keh3. Warna kegemaran beliau ialah pink dan purple. Dan beliau nak simple tapi sweet. Yang lain-lain ikut la kepala hotak berjambul aku ni camne aku nak design. Makanya, terhasillah belog seperti di bawah.




Err..terlebih muatan panjang sikit gambar review ni. Sebab memang panjang pun. Sebenarnye masih tunggu kata putus dari tuan belog samada beliau berpuas hati ke tidak dengan design aku tu. Beliau belum respon lagi. Harapnya beliau suka la dengan hasil kerja tangan kayu sakti aku ni. Sebab beliau dah ngaku awal-awal kat aku yang beliau sangat cerewet orangnye. Huhu. Takut la jugak. 


Disebabkan aku ni pun cerewet jugak. Aku tahu taste orang cerewet ni camne. Jadi harapnye beliau suka la dengan hasil design belog tersebut. Aku dah sedaya upaya bagi sepenuh hati masa nak mendesign tu. Aku anggap macam tengah design belog sendiri. Macam tu la cara aku bekerja dan deal dengan customer. (^_^)


Hah! Amacam design kali ni? Ada sweet macam aku tak? Haha. Maaf la ye. Aku ni memang spesis kuat perasan sikit. Korang pasrah je la ye. Macam tak biase pulak kan? Haha. Kalau terasa  macam tak berapa nak clear gambar kat atas ni dan nak belek secara puas design yang aku dah buat tu, korang ringan-ringankan la jari kelik mouse dan jelajah belog Puan Umi Qaisara ni eh. 



Bisik-bisik :: Berminat nak merasai hasil kerja tangan sakti aku? Jangan malu-malu contact aku oke!  Saya bersedia untuk memberikan perkhidmatan. Eceh! ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau diri sendiri kata hasil kerja tgn dia nampak sweet bukan perasan tp itulah komen ikhlas dia sbbnya kalau dia x nampak sweet confirm dia tak tayang.. kan?? kan?? kan?? :D. Apapun sweet dah tu..

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: wakaka..betul tu mummy lekit..tambah2 orang yg memang perasan macam saye ni ha..kalau rasa mata sendiri nampak sweet tu memang sweet sgt dah la tu..tu gedik2 nak share..haha..cube kalau mata sendiri tengok hodoh je? kompom taknak share..hahaha..

♥e'in♥ said...

cantik laa.. watkan blog e'in leh? hehe

zh-ena said...

suka dgn warnanya..
sha, ena nak order lg blh tak..nie nak buat utk blog lg satu..klu setuju nnti roger2 ena yea :D

♥CIK SHA♥ said...

@♥e'in♥ :: mekaseh..boleh2..tapi buat berbayar le..hik3..

♥CIK SHA♥ said...

@zh-ena :: boleh ena..takde masalah..nnt sha roger..^_^

greenfa FaRRa said...

comel hasil resha,, macam mana buat...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com