Sunday, 1 April 2012

~Kahwin Muda VS Kahwin Lewat~

Assalamualaikum. Hai!


Err..kita mulakan hari pertama di bulan April ni dengan entri kawen-kawen eh. Hamboi. Kemaen lagi cik sha korang ni kan? Sejak dua menjak ni suke benau nulis pasal hal kawen-kawen. Kui3. Sekali sekala je. Bukan selalu pun. Ye dak? Sebenarnye dah lama teringin nak ulas isu ni. Tapi tak berkesempatan sebab takde idea. Sekarang moh le kite memanjang lebarkan entri dengan isu ni. Sekadar berkongsi pandangan dari seorang aku yang biase-biase je ni. Oke?


Walaupun aku ni amatlah jarang menyemakkan wall feed orang dengan status-status merepek meraban, tapi aku selalulah jugak menjelajah wall feed aku dengan membelek setiap inci status dari kengkawan fesbuk yang lain. Bukan niat nak jadi stalker pun. Saje nak tengok perkembangan memasing. Dah rajin beno update status peribadi. Syok jugak dapat tahu pasal life harian orang. 


Kekadang ade jugak yang berkongsi status kata-kata semangat dan perangsang. Sharing a nice islamic quotes. Dan macam-macam lagi benda yang mungkin mendatangkan manfaat buat kengkawan fesbuk. Dapat pahala jugak tu. Platform dunia internet ni kalau digunakan dengan cara yang bijak dan jalan yang baik, insyaAllah banyak faedahnya. Betul tak?


Dalam banyak-banyak status yang dikongsi, yang paling kerap dikongsikan adalah tentang kahwin. Ada yang berkongsi artikel keagamaan tentang perkahwinan. Ada yang berkongsi gambar kahwin masing-masing. Ada yang berkongsi status persediaan nak berkahwin. Ada yang berkongsi keindahan alam perkahwinan diri sendiri setelah sah bergelar suami isteri. Ada yang berkongsi keinginan untuk berkahwin di usia yang muda.  Dan macam-macam lagi yang berkaitan. Banyak sangat!


Tapi yang paling menarik perhatian aku ialah status keinginan mahu berkahwin di usia yang muda. Ramai sangat yang berkongsi. Terutamanya yang status adik-adik la pada aku yang sudah agak berusia ni. Kenapa aku tertarik? Inilah yang aku nak share pendapat aku dengan korang semua ni. Terlebih dahulu, aku nak mintak maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan apa yang bakal aku sampaikan. Mungkin pendapat aku ni tak sama dengan korang. Biasa la tu. Kita manusia biasa. Pasti ada percanggahan pendapat. Cumanya kita perlu saling menghormati pendapat masing-masing selagi tidak melanggar syariat agama. Boleh kan?


Baiklah. Bagi pembaca setia belog aku ni mungkin pernah baca entri aku sebelum ini yang bertajuk "Perkahwinan Ibarat Bina Masjid, Bukan Reban Ayam". Entri tersebut pernah aku sentuh hal berkahwin di usia muda ni. Pada yang belum baca, ringankan jari klik pautan yang aku beri tadi tu oke. Entri kali ini adalah lanjutan dari entri tersebut. Mari teruskan membaca pendapat aku pula untuk kali ini. Maaf sekiranya entri kali ni sangat la panjang berjela-jela dari kebiasaan. Teruskan membaca ye!




#Berkahwin Di Usia Muda

Secara peribadinya, bukanlah aku tidak bersetuju dengan perkahwinan di usia muda. Sebenarnya berkahwin di usia muda ni banyak juga kelebihannya. Alhamdulillah buat mereka yang telah melaluinya dan berjaya melayari bahtera perkahwinan masing-masing dengan baik. Mungkin itu rahmat yang diberikan oleh Allah. Diharapkan mereka-mereka ini sentiasa bersyukur dan tidak alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan buat mereka. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat beruntung.


Walau bagaimanapun, aku ada pendirian sendiri berkaitan perkahwinan di usia muda ni. Bagi mereka yang walaupun masih muda tapi sudah matang perwatakan dan pemikirannya serta bagus ilmu agamanya, aku langsung tiada masalah. Malah memang aku sangat bersetuju dengan perkahwinan mereka. Sebab aku yakin mereka mampu memikul tanggungjawab dan amanah dalam melayari bahtera rumahtangga mereka. 


Tapi aku kurang bersetuju buat mereka yang pada pandangan aku masih tidak matang pemikiran dan perwatakan serta kurang pula ilmu agamanya. Ingin berkahwin muda kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang telah berkahwin. Pada pandangan aku, mereka ini sebenarnya belum cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab masing-masing setelah bergelar suami isteri nanti. Bimbang mereka gagal mengemudi bahtera rumah tangga mereka dengan baik.


Bagi aku kematangan sangat penting dalam melayari alam rumahtangga. Aku yakin pasti ada yang akan berkata, "Alah..bila dah kahwin nanti mesti la berubah jadi matang." Tidak. Jangan berfikir begitu. Even yang dah berumur pun bila dah berkahwin ada yang masih gagal untuk mematangkan diri, inikan pula yang masih muda lagi. Kematangan tidak boleh diukur dengan perkahwinan. Bagi aku, tafsiran itu adalah tidak tepat. Kematangan manusia berbeza-beza dan perkahwinan bukanlah ukurannya. Berapa ramai yang sudah tua dan berkahwin dalam tempoh yang agak lama, tapi masih berpewatakan seperti anak remaja?


Bukan semua bernasib baik dan ditakdirkan untuk berkahwin di usia muda. Dan bukan semua yang telah berkahwin muda itu berjaya mengemudi rumahtangga mereka dengan baik. Malah mungkin ramai yang gagal dan hanyut dek kerana tidak mampu memikul tanggungjawab mereka. Dan ingatlah, berkahwin di usia muda bukanlah tiket untuk mendapatkan lesen bagi melunaskan tuntutan nafsu semata. Tanggungjawab dan amanah untuk mengemudi rumahtangga tersebut lebih besar dan berat sebenarnya.


#Kahwin Lewat

Sebagai umat Islam, aku yakin semua dari kita percaya urusan jodoh itu adalah rahsia Allah. Jadi buat mereka yang berkahwin lewat, mungkin ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah untuk menguji kesabaran diri. Mentaliti kebanyakan dari kita suka menghentam mereka yang berkahwin lewat ni kan? Pelbagai gelaran yang tidak enak jugak sering ditujukan pada mereka. Seolah-olah terlupa hakikat yang urusan jodoh itu datangnya dari Allah. 


Salahkah mereka yang berkahwin pada usia yang agak lewat ini? Tiada salahnya. Cuma kebanyakan dari kita saje yang suka memperbesarkan hal ini. Seolah-olah mereka yang berkahwin lewat ni sengaja menangguhkan perkahwinan. Malah ada yang memfitnah pula kononnya mereka ini lebih suka bergelumang dengan dosa berpasangan dan bercinta sebelum berkahwin. Astaghfirullah. Sudahlah mencaci malah memfitnah pula golongan yang berkahwin lewat ini. Itulah perangai buruk kebanyakan dari kita kan?


Takde manusia normal yang tidak mahu berkahwin. Cuma mungkin perjalanan jodoh mereka terlewat sedikit. Hanya Allah sahaja yang tahu sebabnya. Ada hikmahnya kenapa Allah menentukan jodoh seseorang itu lewat. Mungkin juga penyebabnya hanya tuan empunya diri yang tahu kenapa dia memilih untuk berkahwin lewat. Apapun sebabnya, kita perlu ingat semua ini adalah takdir jodoh mereka yang telah ditentukan oleh Allah. 




#Kahwin Muda VS Kahwin Lewat

Walau bagaimanapun, berkahwin di usia muda atau lewat tiada salahnya jika niat berkahwin itu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Allah setelah melayari alam rumahtangga. Pada pandangan aku, semua yang dilakukan oleh kita ini perlu dimulakan dengan niat yang baik demi mendapatkan keredhaan Allah. Kahwin Muda atau Kahwin Lewat, jika tiada keredhaan Allah pun takde guna jugak. Betul tak?


Bagaimanapun, aku nak nasihat la adik-adik yang ada niat nak berkahwin di usia muda. Memang tiada salahnya. Niat tu dah betul dah. Cuma sila perlengkapkan diri untuk memegang amanah sebagai suami isteri demi mencari redha Allah. Jangan sesekali susahkan ibu bapa lagi dan belajarlah berdikari dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina. Aku beri nasihat ni bukanlah bererti aku cemburu dengan keistimewaan yang korang miliki dapat berkahwin usia muda. Cumanya mahu korang sedar yang perkahwinan bukan barang permainan untuk suka-suka. Perkahwinan adalah amanah. Amanah yang sangat besar. Ingat tu!


Buat mereka yang berkahwin di usia yang agak lewat (termasuk diri sendiri), jangan bersedih dengan dugaan yang Allah berikan ini. Pasti ada hikmahnya. Namun, jangan terus mengalah. Berusahalah, berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Pasti Allah akan buka jalan dan permudahkan segalanya. InsyaAllah.


Akhir kata, jodoh itu rahsia dan urusan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik dan merancang tentang perkahwinan masing-masing. Berkahwin di usia muda atau lewat, hanya Allah yang berhak menentukannya. Bersyukurlah sekiranya perjalanan jodoh kalian dipermudahkan dan bermuhasabahlah jika perjalanan jodoh kalian melalui jalan yang agak sukar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.



Bisik-bisik :: Jodoh itu rahsia Allah. Sentiasa beringat yang Ujian hidup dan rezeki kita berbeza dan tidak mungkin akan sama!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

17 orang bagi nasihat:

Rara Nasiha said...

Nak kahwin cepat, tapi calon tarak. hihi :))

Aretikz said...

Uuh ~ kahwin muda hakikatnya memang bnyak kelebihan berbanding kahwin lewat (bukan kahwin tua ho? ahakz)..

Kunci bagi semua ini adalah persediaan.. tidak kira kahwin awal atau lewat, semuanya memerlukan persediaan..

Persediaan bukanlah bermakna kita nak tunggu satu tarikh baru nak bersedia.. contohnya, nak target kahwin umur 25.. masa tu umur 23.. takkan nak tunggu 25 baru nak bersedia utk berkahwin.. semestinya tidak..

kematangan bukan seiring dengan usia hakikatnya, tetapi kematangan bagaimana kita mengaplikasikan kehidupan menjadi lebih baik.. opkoz bagi kita sebagai muslimin dan muslimah, kehidupan yg lebih baik adalah berdasarkan syariat.. dan untuk itu, kita perlukan ilmu.. maka org yg matang adalah orang yg sentiasa mncari ilmu dan mengamalkannya..

oleh itu yang hendak berkahwin muda, kenalah cari ilmu dan mengamalkan sebaiknya.. tak kisah kalau umur 18, tapi persediaan dah cukup, InsyaAllah boleh..

Yang kahwin lewat pula, kebanyakkan bukn disebabkan lewat jodoh, sebab kalau lwat dapt jodoh, itu urusan lain.. tp yg ni.. sengaja lewat kerana memandang perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan, maka ini kenyataan yang bercanggah dgn syariat.. malah Rasulullah sendiri berkata, perkahwinan itu sunnahnya, sesiapa yang meninggalkannya, maka bukan tergolong dalam kalangan umatnya..

Maka yang memandang serong terhadap perkahwinan, maka otomatik memandang serong terhadap sunnah..

Kesimpulannya, kahwin muda mahupun kahwin tua, eh? Uppss, kahwin lewat ni xda masalah, selagi kita berusaha mmbuat persediaan, bukan hanya skadar merasa seronoknya alam perkahwinan..

Pergh ~ panjang ho? hehe.. Sekadar pendapat cuma ^^

p/s : leh beta wat en3 mcm ni.. ahakz..

♥CIK SHA♥ said...

@Rara Nasiha :: InsyaAllah..sampai jodoh nanti pasti jumpa calonnya..yang penting berusaha dan banyak2 berdoa minta dipermudahkan segalanya dari Allah..

♥CIK SHA♥ said...

@Aretikz :: agak setuju dengan pendapat kamu yang agak panjang lebar jugak ni..ehehe..tapi tidak kesemuanya la..meh saya huraikan..

memang betul..kuncinya adalah persediaan..tak kira la kawin muda atau lewat usia..setuju!

dan yes..kematangan tidak boleh diukur dgn usia..macam saya huraikan dalam entri di atas juga..setuju!

tepat! kematangan akan datang seiring jika kita berilmu dan sentiasa mencari ilmu..dan opkoz ilmu yang ada diamalkan dengan sebaiknya..setuju!

bab yang kahwin lewat sebab sengaja melewatkan itu saya tak ulas dalam entri di atas..jadi ini hujah saya untuk pandangan kamu tersebut..

bagi saya ada sebab kenapa seseorang itu melewatkan perkahwinan..bukan kerana menolak sunnah atau memandang serong terhadap perkahwinan..

istilah melewatkan perkahwinan ni kebanyakannya kerana masih belum bersedia sepenuhnya atau sedang menyiapkan diri utk persediaan yang lebih mantap untuk melayari alam rumahtangga..itu pada pemikiran saya la..

saya rasa mereka yang memandang serong terhadap perkahwinan atau merasakan perkahwinan sesuatu yang menyusahkan, memang tidak akan berkahwin langsung..bukan melewatkan perkahwinan..

jadi kita tak boleh hukum semua orang yang melewatkan perkahwinan adalah sengaja berbuat begitu kerana memandang serong terhadap perkahwinan atau hendak menolak sunnah dan melanggar syariat kerana menganggap perkahwinan sesuatu yang menyusahkan..pasti ada sebabnya macam yang saya dah huraikan di barisan 6&7 komen saya tadi..

apa-apa pun, semua ini adalah ketentuan dari Allah sama ada kita berkahwin di usia muda atau lewat..^_^


p/s :: thanks sebab sudi berkongsi pandangan yang bernas..sangat hargai..^_^

~eZmALiZa~ said...

subhannallah...macam mane pon kak sha, semua ade pro and cont right? kite harus berfikiran matang untuk ambil tindakan sewajarnya... tapi pilihan ezma adalah kahwin muda... sungguhpun banyak dugaan dan cabaran, kita perlu ade pelbagai inisiatif utk selesaikannya...

doakan ezma kahwin muda2 ye :P hehehe....

♥CIK SHA♥ said...

@~eZmALiZa~ :: betul tu ezma..semua yang berlaku ada pro dan con..dan semuanya adalah ketentuan Allah..sebab tu kita kena yakin dengan apa yang telah Allah aturkan buat kita..tapi yang penting jangan lupa utk berusaha berdoa dan bertawakal...Allah tahu apa yang terbaek untuk kita..

alhamdulillah jika itu pilihan ezma..semoga Allah mempermudahkan segalanya..akak doakan yang terbaek untuk ezma..yang penting sentiasa mantapkan ilmu dan iman..semoga segala cabaran berumahtangga nanti dapat dihadapi dengan redha..sebab setiap perkahwinan itu ada cabarannya..Allah menguji takkan pernah berhenti..untuk menguji tahap keimanan kita pada Dia..

good luck k dik..^_^

ParkAir said...

Sebab tu bini aku sebaya.. kalau cari yang jauh lbh muda kan takut tak matang. Alhamdulillah pilihan aku tepat!

Aizat Shafiq said...

nice entry.. :)

Red Roses~ said...

Kahwin awal atau lewat tu x penting. Yg penting adalah perkahwinan tu kekal dan bahagia.

Namee Roslan said...

kahwin cepat bagus.elak maksiat tp kena la ada persediaan mental dan fizikal kalau tak nnti kita aniaya pasangan pulak. contoh kalau si suami tak sedia nk pikul tggjwb maka kelak dia akan jd malas kerja dan ambil lewa.kan dah jadi aniaya...tp seeloknya kalau dah bercinta tu kahwin jela. elak maksiat lama.

zulfikar hazri said...

bila akal, tubuh, duit, pengalaman dah sedia.

bila nafsu pula ikut sama membuak2, elok kahwin.

kalau takde semua tu, eloklah sediakan dulu...

p/s aku nak kawen!!!!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Jodoh memang rahsia Allah.. Tu tak di nafikan tp bila tgk adik2 yg Gedik bila ckp bab kawen dh nampak sgt ketidakmatangan mereka tu.. ada adik yg kawen muda masih gedik dengan dengan ayat2 terawangan pun menampakkan mereka ni tak matang walau dah kawen. Bila dah kawen byk perkara yg semakin berubah & perlu di ubah.. ada benda boleh share ada benda kena simpan tp kebanyakkan adik2 ni semua benda nak share. takde partition langsung

Kama Irahsa said...

kawin awl kurang maksiat.. kawin lwt xsemestinya byk buat maksiat.. kawin awl atau lwt xpntg. yg pntg ialah bgaimana menguruskn alam perkahwinan tu. skrg ni takut bkn ape.. kawin awl ke, kawin lwt ke, tggi jer potensi utk bcerai. kt mane silapnya tu? hmm..

Ini Kisah Tia said...

tak kisah sebenarnya kahwin awal atau lambat .. sebab macamana pun semuanya bergantung dengan diri sendiri ..

jemput mai blog naa ..

http://www.inikisahtia.com/

Sophie Al-Yahya said...

betul.sekarang ramai post pasal kawin muda lah.. kahwin dulu baru bercinta lah..kenapa ya sekarang ramai post pasal kahwin? pelik tiba-tiba.huhu..

armouris said...

terjumpa e-book percuma yang bagus untuk orang yang nak kahwin… sharing is caring :) - Permata Yang Hilang - Panduan Hubungan Suami Isteri Melayu Islam

Anonymous said...

sy suka sgt post ni. sy mintak kebenaran tuan punya blog utk copy/ terima kasih



 
Copyright @ Belog Riesha Ariesha 2009-2014 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com