Wednesday, 14 March 2012

~Peluang Kedua~

Assalamualaikum. Hai!


Peluang Kedua. Aku pun tak pasti kenapa orang sebut peluang kedua. Kenapa bukan peluang pertama eh? Aku tak pernah lagi dengar orang kalau nak memaafkan seseorang dia sebut nak bagi peluang pertama. Mesti sebut peluang kedua. Kenapa eh? Korang tahu tak apa sebabnya? Apa pun sebabnya takpe la. Seperti yang tertera ditajuk entri, kali ni aku nak tulis artikel tentang 'PELUANG KEDUA'.


Sesiapa pun yang pernah tersilap langkah pasti mahu diberikan peluang kedua kan? Tak kesah la tersilap langkah dalam situasi apa sekalipun. Pasti semua mahu peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Benar atau tidak? Cuma peluang kedua tersebut dapat diperolehi atau tidak, itu belum pasti. Tambah-tambah dalam hubungan percintaan. Kali ni aku nak berbicara topik 'Peluang Kedua' yang berkaitan dengan cinta. Tu dia! Mai dah simptom doktor cinta cik sha ni. Kih3.


Kadang-kadang tanpa disedari kita telah melakukan kesilapan dalam hubungan cinta yang telah terjalin. Selalunya bila sesuatu perhubungan cinta tu dah terlalu lama tempohnya. Tak kesah la hubungan cinta tu masih belum diikat secara sah atau yang sudah diikat dalam sebuah ikatan perkahwinan. Kesilapan yang berlaku pasti memberikan kesakitan yang terlalu menghiris jiwa. Kenapa boleh berlaku kesilapan dalam perhubungan cinta tersebut? Apa puncanya? Kesilapan bagaimana yang dilakukan?


Entahlah. Mungkin kerana terlalu leka dan berasa yakin dengan hubungan cinta yang terbina. Mungkin juga kerana telah berasa jemu. Mungkin juga disebabkan 'kemanisan' cinta dah semakin pudar. Mungkin hati telah berpaling. Mungkin juga tidak sedar yang diri telah melanggar ikrar cinta dan terjebak dengan perbuatan yang boleh menghancurkan hubungan cinta. Dan macam-macam lagi kemungkinan dan faktor yang boleh mendorong ke arah itu.


Jadi, wajarkah diberikan peluang kedua kepada pasangan yang telah melakukan kesilapan dan melukai hati kita? Jika masih sayang dengan perhubungan cinta yang telah terjalin tersebut kerana tempohnya yang sudah terlalu lama dan masih belum lagi berlaku perpisahan, mungkin peluang kedua wajar diberikan.

~Gambar hasil carian Google~


Tapi semua ini bergantung kepada situasi yang berlaku juga. Samada kesilapan tersebut mampu untuk diperbetulkan kembali atau sebaliknya. Jika dengan memberikan peluang kedua, hubungan cinta tersebut dapat dijernihkan kembali, tiada salahnya. Jika sebaliknya buatlah keputusan yang terbaik untuk kebahagiaan diri sendiri.


Lagi satu kena tengok jugak kesungguhan pasangan kita tu memohon maaf dan mengakui kesilapan dia. Jika dia benar-benar ikhlas ada wajarnya peluang kedua diberikan. Mungkin dia tersedar yang dia telah tersilap langkah sehingga melakukan kesilapan dan mahu memperbaikinya demi cinta yang telah lama terjalin tersebut. Mungkin selepas itu, hubungan cinta semakin mekar. Mana tahu kan?


Selain itu, semua ini juga bergantung pada kemampuan hati dan diri kita sendiri sebenarnya. Mampukah kita memaafkan dan melupakan kesilapan yang telah membuatkan hati kita luka dan hancur berkecai? Pada aku, hanya orang yang betul-betul mempunyai hati yang sangat kuat saje yang mampu melakukan itu semua. Tabah betul hati orang tu. Sanggup melupakan dan memaafkan serta memberikan peluang kedua.


Kalau aku sendiri pulak, aku mampu untuk memaafkan. Untuk melupakan, mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Tapi aku akan memberikan peluang kedua buat si dia, untuk diperbaiki kesilapan yang mungkin tidak sengaja dilakukan. Jadi sebelum membuat keputusan untuk memberikan peluang kedua tersebut, aku akan berbincang dari hati ke hati secara telus dengan si dia untuk mendapatkan kepastian supaya aku tidak tersilap langkah membuat keputusan. Yang itu paling penting!


Mereka yang diberikan peluang kedua, seharusnya bersyukur dan berusaha memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan. Jangan disia-siakan peluang yang telah diberi. Bukan senang untuk mendapat peluang kedua. Tidak semua orang bertuah untuk memilikinya. Peluang kedua juga mungkin akan hadir sekali sahaja. Seandainya ada peluang ketiga, keempat dan seterusnya, itu mungkin tuah. Tapi mustahil untuk berlaku. Jadi  peluang kedua yang dimiliki hendaklah dihargai dengan sebaiknya kerana mungkin tiada lagi peluang seterusnya akan hadir. Ingat senang ke orang yang dilukai nak bagi peluang kedua? Kena fikir jugak yang tu oke!


Kadang-kadang peluang kedua sebenarnya memberi pengajaran kepada orang yang melakukan kesilapan tersebut supaya tidak tersilap langkah lagi. Itu pun kalau muncul kesedaran dalam diri dia untuk berubah dan memperbetulkan keadaan. Tapi peluang kedua ini juga boleh menyebabkan orang tersebut berasa selesa dan mungkin tidak sedar diri, terus mengulang kembali kesilapan tersebut. Ini sangat berbahaya.


Yang berisiko dalam hal ini adalah orang yang memberikan peluang kedua tersebut. Sebab dia ambil risiko yang sangat besar sebab mungkin kebahagiaan jadi milik dia atau die terus merana dilukai kembali. Jadi, orang yang dapat peluang kedua tu wajib menggunakannya dengan sebaik mungkin! Orang dah bagi peluang kedua buat perangai lagi pulak. Cepuk kang!


Benda ni terlalu kompleks kan? Sebab melibatkan orang yang kita sayangi dan juga hati sendiri. Nak dilepaskan sahaja perhubungan cinta tersebut masih sayang. Nak pegang pulak rasa hati pedih disakiti. Susah kan nak buat keputusan? Kalau korang pulak camne? Sanggup tak nak bagi peluang kedua kepada pasangan korang yang telah melakukan kesilapan? Jawab jangan tak jawab!



Bisik-bisik :: Peluang kedua sesuatu yang sangat berharga sebenarnya kan?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

Fuz said...

everyone deserves a second chance.

kai said...

kadang-kadang kita kene lembutkan hati untuk memberi peluang..
maklomlah kita ni hanya insan biasa...
kita gak xleh lari dari buat kesilapan..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

nk berkongsi berdasarkan pengalaman la...

masa dngan ex dulu dah terlalu banyak bagi peluang bukan saja peluang kedua tp ketiga, keempat dan tak ingat dah berapa...

risikonya hati kita akan dilukakan banyak kali......

sampai sekarang masih memberi dia peluang...tapi peluang untuk menjadi kawan sahaja....

bila kita asyik memberi peluang dan sering dilukai, akan sampai satu masa kita rasa bosan...ataupun lali...cukup2 la kita dilukai, kita juga berhak merasa bahagia...

bila kita bertemu dgn orang lain yg bleh membahagiakan kita adakah kita akan sia-sia kannya?? tak kan.

sebab itu peluang itu diberikan cukupla sekadar menjadi kawan sahaja.

kalo nk memberi peluang orang yg penah melukakan hati kita bukan mudah..macam sha cakap kena kuat.. dan diakui tak mudah sebenarnya nak menjadi kuat at least kita cuba untuk menjadi kuat...

wahh panjang plak komen ni dah bleh wat entry dh keh3

Namee Roslan said...

saya setuju dengan statement riesah yg kata peluang kedua boleh diberi depends on the situation. tp bg saya dalam hubungan cinta...amak sukar kalau nak bg peluang kedua jika partner kita main kayu tiga. saya takdapat terima. tu je. kalau dr segi perangai ke mungkin boleh bg chance lg..

♥CIK SHA♥ said...

@Fuz :: betul tu..mungkin peluang kedua menjadikan seseorang tu lebih baik dari sebelum nya..mana tahu kan?

♥CIK SHA♥ said...

@kai :: tepat sekali! tapi kebanyakan dari kite mempunyai ego yang sgt besar sampai tak mampu nak lembutkan hati bile org lain buat salah dgn diri..cuma nmpk salah org tu dan terlupa kite pun prnh berbuat kesilapan..manusia tiada yang sempurna kan?

♥CIK SHA♥ said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr good sharing! (^_^)

setiap org mempunyai perjalanan hidup yang berbeza..dan mungkin permasalahan yang terjadi jugak situasinya berbeza..manusia juga semuanya berbeza..kan?

org yg mampu memberikan peluang berkali-kali tu mmg seorang yg sgt tabah dan penyabar..respect!

tp betul..nak memberikan peluang kpd yg pernah melukakan memang sangat memerlukan kekuatan yang super power..kalau msti tak mampu..

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan susah nak terima kalau psangan melakukan kecurangan dan kite sendiri yg 'tangkap' kan? dan nak memberikan peluang kedua untuk kesalahan besar ni memang kadang2 mustahil ada yang mampu bagi..betul tak namee? tapi tu la..memang kena kuat kalau nak memberikan peluang kedua kpd pasangan yang dah melakukan kesilapan yg mengguris dan melukakan hati..tak kesah la ape pun salah yg die buat..kan?

Anonymous said...

Assalam kak sha. Saya yana dari penang. Saya ingin berkongsi cerita mngenai kisah cinta saya. Ada apa2 contact yang boleh saya brhubung dgn akak?

Qristina Rose said...

My ex boy.. Mahukn peluang kedua dh 2 bulan die masih mencuba Tp sy Jenis x percayakn peluang kedua.. Sy takut... Tp sy masih sygkn die... Die penah abaikan sy.. Bila bersama kerap main henset.. Satu hari sy dpt taw die sakit.. Mase tu sy pun X sihat..kete sy pla rosak.. Sy pinjam moto kawan pegi tgok keadaan die.. Tp die lngsung X kisah. Die sibuk Ngn fon. Pastu kmi gaduh. Die terus masuk rumah Dan abaikn sy diluar pd jam 3 pg. Sy minta die kuar Sbb sy dh bli ubat sy lupa bg.. Tp die lngsung xnk jumpa sy. Keesokkn sy nekad tinggalkn die. Sy teruskn hidup sy.. Tp makin lame ex sy yg melarat.. Rindukn sy.. Die menyesal.. Lepas 2 bln.
Sy nmpk kesungguhan die.. Apekah patut diberi peluang?

Anonymous said...

pertama, kedua dan ketiga utk dia...bukn kerana sayang tp aku xlayak utk mghukum... sedangkn tuhan sentiasa mmbuka pintu taubat utk hambanya apatah aku seorang manusia biasa... biarlah tuhan yg mngatur utk nya..dan aku hnya memafkan dan melupakan.....inshaallah...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com