Sunday, 25 March 2012

~Berkat Pengantin~

Assalamualaikum. Hai!


Tempoh hari aku godek-godek la gambar yang disnap menggunakan henpon kesayangan (tak boleh panggil henpon cap ayam dah..kang die merajuk wat perangai lagi..haha) nak upload kat pesbuk. Gambar aku menempek kat kenduri kawen kengkawan yang berkesempatan aku nak pergi. Saje la nak upload buat satu album khas aku pergi meraikan wedding dorang yang kawen sepanjang tahun 2012 ni. Waseh! Ada album khas lagi tu. Ehehe.


Bila dah upload tu, baru aku perasan yang rupanya setiap bulan ade je kenduri aku dah pergi dari bulan Januari sampai Mac ni. Dan bulan-bulan seterusnya pun ade lagi kenduri yang aku bakal pergi. Susun jadual nampaknye aku tahun 2012 ni. Asyik pergi kenduri orang je kan? Kenduri sendiri bile pulak nak menyusul? InsyaAllah nanti sampai la rezeki aku pulak. Tunggu~~


Bercakap pasal ni, bila semua gambar yang aku tempek tu adalah gambar aku dengan pengantin, maka ada le suara-suara yang menegur. "Hai..nak ambil berkat ke?" Erk? Kenapa eh bila kita bergambar dengan pengantin orang akan cakap kita nak ambil berkat? Korang ade tak jawapan yang munasabah di atas persoalan aku ni? Cube jawab sikit.


Aku pun agak kompius jugak tentang ni sebenarnye. Tak pernah pulak terlintas kat kepala hotak bile ambil gambar bersama pengantin tujuannye nak ambil berkat pengantin. Sebabnya tujuan aku pergi kenduri tersebut adalah untuk meraikan kawan-kawan yang dah melangkah ke alam perkahwinan bersama insan tersayang. Dan fokus utama aku tergedik-gedik nak ambik gambar sesama sebab nak buat kenangan. Itu je kot.


Kalau nak cakap aku pergi sebab nak ambil berkat pengantin kononnye lepas tu turn aku pulak akan menyusul, dah berapa banyak kenduri aku pergi kot. Siap ade kenduri yang jadi pengapit lagi. Tapi sampai sekarang idok jugak berkahwin lagi aku ni ha. Ke aku pergi kenduri-kenduri tu sebab tak terniat nak mintak berkat pengantin, maka sebab tu aku tak kahwin-kahwin lagi. Logik ke? Macam pelik je. Hahaha.


Tapi kan, sepanjang aku pergi kenduri kengkawan tahun 2012 ni, dah 3 kali aku dapat berkat dari pengantin sendiri. Ini dorang sendiri yang cakap tau dekat aku kata nak kasik berkat. Bukan hasil dari tangkap gambar sama-sama tu je. Ada la perlakuan yang dorang buat kat aku ni ha kononnya nak pass aura pengantin kat aku. Ni aku nak share cerita dengan korang la ni. Pengalaman first time aku kot kiranye.


~Gambar mengikut susunan kes pengantin bagi berkat kat aku seperti yang tertulis di bawah. Hehe. Abaikan muke aku yang sememeh kesemuanya sebab aku memang tak santek pun dan langsung tak kenal apa itu mekap. Pengantin sudah tentulah mabeles dan vouge dari aku ye. Harap maklum!~



Yang pertama masa aku pergi kenduri besfren waktu sekolah Form 6 dulu. Kami besfren 3 orang. Aku pergi kenduri die dengan lagi sorang besfren yang dah memboyot. Masa pergi kenduri tu, lepas die dah jumpa semua tetamu, dia dan suami datang kat meja kitorang. Masa aku nak salam ucap tahniah, dia peluk dan cium pipi aku katanya nak pass aura pengantin kat aku. Aiyok. Tergamam aku. Haha. Tak nyabo la tu nak tengok aku kahwen. Sebab sorang dah jadi mak buyong, die pulak dah jadi bini orang. Sabo je la. Aku pun sengih-sengih je la time tu. Tak tahu nak bagi reaksi ape. Kih3.


Kali kedua pulak masa aku pergi kenduri bespren aku kat Ganu yang aku tertinggal bas tu. Haha. Aku pergi kenduri tu dengan encik CH la kan, dah aku pun stay rumah family die. Masa sesi nak ambil gambar pengantin dengan kengkawan, tetibe kawan aku ni (pengantin pompuan) suruh aku dengan encik CH duduk atas pelamin dorang dan pengantin nye berdiri sebelah kami. Katanya nak bagi berkat pengantin. Aku dengan encik CH malu-malu kucing le. Ramai kot masa tu. Hadoi.


Dan kes ketiga masa aku pergi kenduri kat Penang ni. Aku pergi dengan mak tercinta. Laki bini tu kawan sekampus aku. Lepas tu masa sesi bergambar, ade member ajak aku pergi bergambar sekali. Aku tinggal mak kat meja makan aku sebok pergi bergambar. Apa punya anak daa. Haha. Dah puas bergambar aku pun mintak izin dari pengantin nak gerak balik. Tetibe pengantin perempuan pegang atas kepala aku dan mintak izin nak bagi berkat pengantin kat aku. Aku masa tu terus blur-blur ayam sat. Hahaha. Tapi dah die pegang pale aku dan mintak izin aku pun biarkan je la. Takkan nak tepis pulak tangan kawan aku tu. Aku idok le kuang ajo cenggitu. Maka aku pun pasrah je la.


Haaa. Itulah 3 kali pengalaman aku diberi berkat pengantin untuk tahun ni. Tapi itulah, aku tak pernah pun tahu ade berkat-berkat dari pengantin ni ha. Bukan la nak kata aku ni macam teruja dan taksub pulak pasal berkat pengantin ni. Cumanya dah pengantin sendiri yang buat cenggitu kat aku, jadi aku pun terima dengan pasrah je la perlakuan dorang tu. Mana tahu dengan izin Allah melekat aura pengantin dorang kat aku. Berlangsung pulak majlis aku tak lama lagi kan? Jeng jeng jeng. Hanya Allah je yang tahu. Perancangan Dia lebih hebat dan terbaik. Yang itu aku yakin sangat.


Hah? Korang boleh bagi aku reason tak nape orang suke sebut "Nak ambik berkat ke?" ni bile kite bergambar dengan pengantin. Ada kebenaran kah di sebalik kata-kata tu? Atau ada di antara korang yang pernah mengalami aura pengantin berkat dari pengantin? Meh share cerita dengan aku. Apa-apa pun, lepas baca entri aku ni, jangan tetibe pulak korang meroyan nak pergi kenduri kawen pastu paksa pengantin pegang pale dan peluk korang, kendian berebut nak naik duduk atas pelamin kononnya nak pengantin bagi berkat kat korang. Hodoh benau perangainye. Ahaha.



Bisik-bisik :: Nanti bila turn aku kahwin, aku pass pulak aura pengantin aku tanda berkat untuk korang eh? ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

17 orang bagi nasihat:

Anonymous said...

aku nak komen sikit ko punya cerita yg panjang berjela ni cik bolat...mmglah...mase aku g kenduri kawin kwn aku pun dorang wat mcm tu...siap suruh curi sirih kat sirih junjung die lah...g makan smbil niat supaya jodoh cepat sampai lah...mcm2 lagi...bg sesiapa yg tegur pulak....tu mcm biasa lah beb...diorang saje je nak memulakan bicara utk menegur hang....but...i also wish ko cepat2 sikit naik pelamin...aku nak amik berkat ko lak..hihi~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

xtau nak kata macam mana..

tapi bagi anyss sndiri lebih kepada nak bergurau kalo cakap amik berkat pengantin

Siti Safiyyah said...

mungkin orang yg berkata2 tu ada pengalaman kot dapat jodoh lepas pegi kenduri kahwin. hehe

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Jodoh tu Allah yg tentukan dgn siapa & bila... bab2 berkat ni cuma petua2 lama org melayu.. mcm sy kebetulan sblm kawen sy & asben ada jd pengapit kecemasan kwn 1 opis kawen. time tu memang kitorang langsung xde planning nk kawen ke hapa ker.. lepas 5 6 bulan tu kitorang lak kawen. org kata berkat jd pengapit padahal kebetulan je. Yg sebenarnya jodoh dah Tuhan tetapkan macam tu.. kan cik sya??

Kumbang Jingga said...

nmpknya dh dekat dah tu..bau nasik minyak cik sha dah makin kuat hehehehe.

! Sam Posmen ! said...

rasanya reason sebenar untuk bagi semangat je. kasi cepat-cepat kawin. bila dah kawin barulah dapat berkat. hubungan sah untuk 'mummy-puppy' bersama :)

contoh lain, kamu ada adik. tapi kenapa bila time kamu konvo atau sesape saja, parents kamu mesti nak bawa sekali adik-adik kamu pergi bersesak dalam orang ramai? bukan ke lagi best kalau duk rumah lepak main game je. tak gitu?

salah satu sebab, untuk dedah dan galakkan adik-adik kamu. bila diorang tengok orang konvo, secara psikologi pun sikit sebanyak jiwa diorang akan turut bersemangat. so dari situ diorang kenalah usaha untuk study kasi rajin sikit.

samalah juga bila ke majlis kawin. sikit sebanyak kamu mesti teringin nak ada pelamin sendiri kan?



anyway bila 'berkat' dah sampai nanti jangan lupa menjemput ok. hehe

ParkAir said...

Takpe lah nanti sampai la masa ko tu, sekarang ni amik berkat banyak2 hehe.

Anna Boleyn said...

Salam kak sha!

Rindunye nak komen2 kat blog kak sha ni! hehe

Pukul bape kak sha nak baca entry latest hana tu. Sebab kenkadang ade yang hana ter-click publish muahahha. padahal nak buat schedule entry. :p

Kak sha, nak kawen jgn lupe jempot tau tau tau.

Kay lah ni curi2 komen blog kak sha kejap kat opis. selamat bekerja! :)

♥CIK SHA♥ said...

@Anonymous :: hahaha..pasal sireh tu aku dah pernah tulis dah dulu yang..

tu le pasai kan? banyak nau le petua nye suruh kite yang bebujang ni try nak suh kawen cepat kononnye..sabo je la..

wokeh! nnt aku kawen ko la org pertama aku tiup berkat aku..kih3..;p

♥CIK SHA♥ said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: ye la kan anys..orang saje nak mengusik kot..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Siti Safiyyah :: ha'a kan dik piyah..mungkin jugak..boleh jadi tu..agaknye die dah pernah ade pengalaman..sebab tu die cakap gitu..ye dak?

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: wahhh..gitu kisahnye abby kenal dengan hasben eh..waseh..ni kire berkat pengapit la ye? ehehe..comel jek..

tapi tu la abby..sebenarnye semua ni ketentuan Allah..die dah tetapkan pun..setiap orang jalan pertemuan jodohnya berbeza..ade yang cepat ade yang lambat..betul tak?

♥CIK SHA♥ said...

@Kumbang Jingga :: oit oit..jangan buat spekulasi secara terang terangan kat sini..hahaha..

insyaAllah..kalau smpai masa aku nnt aku jemput ye..;p

♥CIK SHA♥ said...

@! Sam Posmen ! :: mummy-puppy tu tak menahan je panggilannye..haha..

tapi betul jugak eh..mungkin sebagai pemangkin semangat kot eh nak suruh cecepat kawen bile orang dok sebut2 sangat ambil berkat tu..

insyaAllah..akan dijemmput..;p

♥CIK SHA♥ said...

@ParkAir :: dah berkoyan berkat aku amik weh..hahaha..

♥CIK SHA♥ said...

@Anna Boleyn :: wassalam hana sayang!

lama tak datang eh? takpe..kaksha paham..hana bz jadik wife skang ni..kan2? hehe..

nanti kaksha kenduri konpom jempot hana..kalau ade rezeki dtg tau..teringin nak jumpa..^_^

Namee Roslan said...

cik sha dah amik berkat..bila lagi ?? hehe. namee nk maik berkat sha pulak ni. hehe. bulan 6 ni ada kawan kahwin..nk amik berkat juga la. muehehhe



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com