Wednesday, 7 March 2012

~Berbeza Pendapat~

Assalamualaikum. Hai!


Pernah tak di antara korang yang berselisih atau berbeza pendapat dengan someone? Aku pasti mesti semua orang pernah. Tak seorang pun dari kita terlepas dari menghadapi situasi tu. Tak kesah la dengan someone yang korang kenal atau tidak. Mungkin dengan parents, adik-beradik, sedara-mara atau kawan-kawan. Kekadang strangers pun boleh argue dengan kita. 


Macam kat dunia belog ni la. Kita tulis pendapat tentang sesuatu isu. Tetibe ada anon serang tak ketahuan hala. Sebab tak puas hati dengan pendapat yang kita bagi yang tak sama dengan pendapat dia. Pada dia, kita memberikan pendapat yang salah. Dia pun terus serang, serang dan serang. Walaupun point serangan dia tak kukuh dan kita cuba explain pendapat kita dengan hujah yang lebih mantap, dia still nak argue jugak. Pernah alami kan?


Itulah realiti kehidupan sebenarnya. Kita semua ada pendapat masing-masing yang tersendiri. Kita tak boleh expect semua orang akan mempunyai pendapat yang sama dengan kita. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat kita. It's a normal thing. Dalam memberikan pendapat takde betul takde salah. Sepatutnya yang mana baik kita perlu terima pakai dan yang mana boleh memudaratkan kita tolak ke tepi. Itulah keistimewaan berbeza pendapat. Kalau semua dari kita ni sama je pendapatnya, bosanlah hidup ni. Takda warna langsung.



*Imej disedut dari Google*


Tapi selalunya, perbezaan pendapat ni boleh mengundang kepada pergaduhan kan? Ye lah. Kebanyakan dari kita ni tak boleh terima bila ada orang yang membangkang pendapat yang telah kita beri. Rasa marah dalam hati tu meluap-luap je. Rasa macam nak sembur orang tu bertubi-tubi. Sebab tu kadang-kadang terkeluar hujah-hujah yang kekadang lari terus dari topik asal. Kononnya nak cover diri. Tapi tanpa kita sedar kita telah menjatuhkan diri sendiri.


Sepatutnya berbeza pendapat menjadikan kita seorang yang berfikiran kritis dan matang. Baru la dapat membalas dengan hujah yang lebih bernas kalau kita rasa pendapat yang kita beri tu betul. Bila berbeza pendapat, kita sebenarnya saling bertukar pandangan peribadi sesama sendiri. Sikit tak banyak pasti ada input positif yang telah kita kongsikan. Tapi ramai dari kita tak sedar kan? Pada kita, bila berbeza pendapat ni macam boleh declare 'perang' dah. 


Kesimpulannya, kita kena ubah mentaliti yang menganggap berbeza pendapat bermakna 'perang' sudah bermula. Salah tu. Berkongsilah pendapat walaupun berbeza untuk mengembangkan pemikiran yang lebih inovatif. Baru la kita boleh jadi insan yang cemerlang. Anggap je macam masuk debat. Memberikan hujah yang lebih kukuh dan bermatlamat untuk mempertahankan pendapat yang diberikan. Tak kesah la kamu di pihak pencadang atau pembangkang. Yang penting ada input positif yang cuba disampaikan. Dan yang paling penting ialah kita kena saling menghormati pendapat masing-masing. Jangan gaduh-gaduh ye.




Bisik-bisik :: Have a different views doesn't mean you need to fight with each others. 
Be positive ok!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

6 orang bagi nasihat:

zulfikar hazri said...

org yg tak mampu menerima perbezaan pendapat adalah orang yang membantutkan perkembangan ilmu dah tamadun...

♥CIK SHA♥ said...

@zulfikar hazri :: betul sangat la tu..berbeza pendapat bermakna kita semua normal..ye dak?

ni org baru argue sket die punye pendapat bagi point yg lebih bernas..dah melatah tak ketahuan hala..apa pun tak boleh..tak faham betul dgn org yg macam ni..(-_-")

Frause said...

bertengkar sampai tak bercakap pon ada..selalu kawan baik mesti bertengkar...hehe..walaupun benda yang kecik

Namee Roslan said...

selalu juga. tapi namee prefer senyap je kalau org tu macam nak argue lebih2. sbb nnti akan gaduh. hehe..em manusia ni lain2, sbb tu fikiran pun lain kan. mentality :)

♥CIK SHA♥ said...

@Frause :: keh3..yg tu memang normal..tapi bertengkar dgn kawan baik ni best jugak kekadang..cumanye harap takde la smpai terputus tali persahabatan..kan?

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: betul tu namee! semuanye mentaliti je sebenarnye..saye pun prefer berdiam diri dari nak argue lebih2..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com