Saturday, 18 February 2012

~Merajuk? Apa ubat paling mujarab?~

Assalamualaikum. Hai!


Aishoo. Rasa nak muntah sebab membaca tanpa henti dari malam tadi. Semua entri belog yang aku follow, aku hentam baca. Maklum la seminggu yang lalu busy sampai tak sempat nak jengok belog dorang baca update baru. Semalam sebab merajuk, aku khatamkan semua yang tertinggal. Rasa ngantok aku masuk tido. Tinggal laptop ni ternganga sensekor die. Bangun Subuh sambung tido balik. Pukul 9 baru bangun. Dengan tak mandi sambung baca lagi. Perangai memang tak senonoh. Hehe. Tapi setakat membaca je la. Tak tinggalkan komen. Sebab terlalu banyak sangat entri yang dibaca. Dah habes baca semua baru pegi mandi. Dah puas merehatkan otak, sekarang nak membebel pulak. ;p


Semua orang mesti pernah mengalami fasa merajuk kan? Lelaki ke pompuan ke mesti pernah alami. Tipu la kalau cakap merajuk ni orang pompuan je suke. Lelaki tak main la merajuk-merajuk. Amboi. Nampak beno nipunye. Kalau lelaki tu tak pernah merajuk, gamaknye die tak berapa nak normal la tu. Kena pergi buat check-up dengan kadar yang segera. Ahaha.


Dengan siapa korang merajuk, lantak korang le. Manusia ni kan ada macam-macam perangai. Kekadang takde sebab pun kita boleh tetibe nak merajuk. Entah apa-apa. Macam orang tak betul pun ada jugak. Tapi mostly merajuk sebab terasa hati dengan somebody yang close la. Dengan mak, ayah, kakak, adik, abang, kazen, besfren, pakwe, makwe, suami, isteri, atok, nenek. Pendek kata dengan yang memang dikenali secara rapat.


Ada ke yang merajuk dengan orang yang dia tak kenal langsung in personal? Eh. Memang ada. Jangan tak tahu pulak. Macam korang yang lelaki tu la. Admire gegila kat Lisa Surihani. Tetiba tup-tup dia umum kata nak kahwin dengan Yusri. Terus merajuk dengan dia. Mogok sekejap taknak minat dia. Padahal dia tak tahu pun korang merajuk dengan keputusan dia sebabnya korang pun dia tak kenal. Sian betol korang. Konon tak main merajuk-merajuk. Itu bukan ke merajuk jugak namanya. Ish3. ;p


*Imej disedut dari Google*


Aha. Bila dah merajuk ni, mesti la kena cari ubat kan? Takkan nak biar je berpanjangan rajuk tu. Kang bernanah pulak hati sebab merajuk lama sangat. Erk? Tapi macam mana diri sendiri nak mengubat rasa rajuk di hati tu eh? Sebenarnya benda ni terpulang atas diri memasing. Lain orang lain cara dia. Betul tak? Sesetengah orang, dia suka kalau ada orang pujuk dia. Contohnya pujuk dia dengan bagi hadiah ke, belanja makan ke, bawak pergi jenjalan ke, bagi ayat cair romantis habes ke, peluk-peluk ke (ini untuk family saje ye..pakwe makwe jangan gatal nak buat..lepuk kang!) dan sebagainya lagi cara. Memang dia suka habes la. Cepat sikit rajuk dia hilang.


Ada jugak yang bila dipujuk lagi mengada-ngada dia nak merajuk. Konon nak test orang memujuk tu ikhlas ke tak pujuk dia. Alahai. Yang ni selalunya spesis yang gedik plus mengada lebih. 'Diva' la kononnya. 'Cantik' sangat la perangai macam tu. Jenis ni kalau aku jumpa memang kena pelangkung je dengan aku. Takde nye aku nak pujuk-pujuk. Sebab aku memang tak pandai nak pujuk orang. Dah mengada sangat, terima je la pelangkung dari aku. Ahaha.


Ada orang pulak bila dia merajuk, dia paling pantang kalau ada orang pujuk. Memang tak boleh. Cara dia nak ubat rajuk dia tu, dia lebih selesa berdiam diri dan duduk senyap-senyap. Kalau tak tahan sangat dia menangis sorang-sorang dia tanpa ada orang perasan pun. Itu cara aku la tu. Aku lebih selesa berdiam pastu pencilkan diri kat tempat persembunyian aku. Itu ubat yang paling mujarab buat aku nak rawat rajuk di hati. Jangan ada orang tegur atau pujuk aku. Tak berkesan.


Siapa yang kenal aku, memang tahu la perangai aku yang satu ni. Kalau tengah elok-elok bersembang, tetiba aku diam tu tandanya aku terasa hati dan merajuk la tu. Jangan la tegur apa-apa dah. Memang aku akan buat keras je macam patung takde perasaan. Kekadang aku boleh mendiamkan diri tak bercakap dengan sesiapa pun selama beberapa hari. Setakat ni paling lama 3 hari kot. Ngehehe. Ye la. Kan ke berdosa 3 hari tak bertegur dengan orang. ;p


Dulu junior aku pernah komen pasal perangai aku yang satu ni. "Kak Sha ni kalau merajuk je muka jadi serius gila. Dah la tak mau bercakap langsung. Menakutkan. Jangan la buat muka camtu. Tak comel!" Amboi. Komen die. Kih kih kih. Masa tu aku tengah merajuk dengan Encik CH. Orang lain pun boleh terkena tempias rajukan aku tu walaupun dorang takda kaitan. Nasib la. Haha. 


Memang style aku begitu. Biarkan je aku dengan rajuk aku tu. Nanti aku akan pulihkan sendiri rajuk di hati dengan cara aku sendiri. Tak perlu ada orang pujuk pun.  Aku kalau merajuk memang tak suka orang pujuk sebab aku sendiri tak reti nak pujuk orang merajuk. Tapi sebenarnya aku tak suka dipujuk sebab nanti aku menanges. Cengeng gile! Ahaha. Pecah rahsia.


Haa..korang pulak tergolong dalam kategori yang mana bila merajuk? Pertama, suka dipujuk. Kedua, memang pantang kalau dipujuk. Meh kongsi ramai-ramai meh. Merajuk-merajuk pun, janganlah buat perangai sampai orang pula berkecil hati dengan kita. Ingat tu!



Bisik-bisik :: Normal kalau orang suka merajuk. Yang tak pernah merajuk tu adalah orang yang tak normal. Ada ke orang tak reti merajuk? Tipu!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

20 orang bagi nasihat:

Marya Hana said...

ADA. i merajuk dgn yusry sbb nak kawen ngan lisa, eh? (-.-") hikhik.

merajuk ni kalau sikit2 ok ah, kot terlampau kaki merajuk tu sifat mazmumah..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

cepat merajuk dan senang dipujuk....

pastu ada yg tegur kalo merajuk ja muka berubah...tambah2 kat mulut..

muncung ja ahaha...

iedchan said...

hehe i pun ske majuk..tapi men2 jek..
btw tak bek slalu merajuk..nnt orang benci..hehe..

i folo u.

wanabee said...

hahaha..nak tergelak bila baca pasal merajuk ni ..

sebab guwa mmg jenis merajuk..(merajuk bertempat ye)

kalau dengan mama , bila guwa merajuk ..mesti dia buat bodoh...lepas tu dok perli "merajuk lew tuww" "eee pondan ..pondan" hahaha langsung dah tak boleh merajuk...terus bergusti dengan mama :P

good sharing sis :)
just nice...

kayna said...

sy tak reti merajuk.. hahaha.. (tipu). of coz kena merajuk. kasi orang paham.. orang merujuk kepada hubby. ahaks.

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
Namee Roslan said...

hihihi, namee kalau merajuk memang senyap je. hihi. lepas tu suka menyendiri. lepas bangun tidur baru rasa lega ! :) nk merajuk ok lah tapi jgnlah smpai moody dengan semua org. itu merajuk yg hodoh. hehe

♥CIK SHA♥ said...

@Marya Hana :: uiks? peminat yusry kah? ahaha..

tahu takpe..merajuk sikit2 ok je lagi..tp ade jugak yg mengada2 ngajuknye melampau2..

♥CIK SHA♥ said...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr :: laa..anyss kuat merajuk rupanye..merajuk jenis muncung mulut pulak tu..ehehe..lawak la anyss ni..

tapi kalau merajuk senang nak dipujuk ok je lagi..no harm..yang jenis susah nak pujuk tu le yg boleh mendatangkan amarah org yg memujuk kekadang..ye dak?

♥CIK SHA♥ said...

@iedchan :: sume org mesti ada habit suke merajuk ni..yg beza teruk dengan tak je rajuknye..ehehe..tapi betul..kalau selalu merajuk lama2 nnt org bosan..nak pujuk pun dah nyampah..kan?

mekaseh folo..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@wanabee :: alahai..manjanye die dengan mama die..ehehe..

ala..kalau merajuk dgn family ni lain sket..mesti jap je rajuknye..kan?

♥CIK SHA♥ said...

@kayna :: hehe..tak tau tipu kata tak reti merajuk..tak logik kalau ade manusia yg tak pernah merajuk tu..;p

ni selalu merajuk dgn hubby la ni eh? ececeh..

♥CIK SHA♥ said...

@the puffy clouds :: bagus la merajuk sekejap2 je tu..lama2 nnt org malas nk layan rajuk kita..hehe..

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: ok..kite same! ehehe..

setakat ni merajuk smpai nak moody dgn semua org tu tak pernah la lagi kot..kalau ignore tu ade la..die macam malas nak layan org lain..dengan dunia sendiri je masa tu..;p

Kak Fenny Fennylixious said...

aku tang merajuk ni....argh

eh kamu xde ke member2 nurse yg single2. abampanda suruh akak tanye :P

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya kalau merajuk @ marah dgn asben sy lbh suka diam.. tp sy jenis kalau merajuk dgn seseorang tu org lain takkan kena tempias. kalau sy terasa hati @ marah dgn sorang tu.. sorang tu je la akan hadapi rajuk sy. dgn org2 lain mcm biasa je. sy jenis org yg susah merajuk & tak perlu di pujuk. sy akan ok sendiri

nik rosmawati said...

akak suka gak merajuk.tapi ngan en suami jea la.nak kan perhatian.
kalau tak merajuk dia buat tak tahu jea..hehe

♥CIK SHA♥ said...

@Kak Fenny Fennylixious :: akak fenny kompom kuat merajuk kan kak? tu yg malas nak cakap tu..ahaha..

ala kak..kawan2 nurse saye sume dah berpunye..maklum le comel2 deme sume tu..mintak maap le kat abampanda..suh die cari sendiri..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: baguih le camtu mammy lekit..maknanye mummy jenis org cepat sejuk..

saye ni takde la kalau merajuk tu dengan semua saye nak merajuk dan buat muke..cume saye akan lebih selesa takmo cakap dgn sape2 dan pencilkan diri..secara tak langsung org lain rasa heran dgn tindakan saye tu la..itu la maksudnye org lain terkena tempias..tp kalau dorg yg takde masalah dgn saye tegur dan cakap2 dgn saye, saye still boleh je act macam biase dgn dorang..hehe..memang perangai saye ni pelik sikit la pendek kata..mcm alien je..;p

♥CIK SHA♥ said...

@nik rosmawati :: org pompuan kalau dah kawen ni kak..kompom la akan ade adegan merajuk2 dgn suami..hehe..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com