Wednesday, 1 February 2012

~Hati-hati! Kemalangan Memang Sukar Nak Dijangka.~

Assalamualaikum. Hai!


Aku rasa sesiapa pun di antara kita ni mesti tak gemar dengar berita tentang kemalangan maut kan? Bukan takat tak gemar, malah takut jika diri sendiri pula terlibat. Astaghfirullah. Minta dijauhkan la. Nauzubillahiminzalik. Aku ni lagi la seram bab kemalangan ni. Tambah-tambah aku ni penunggang tegar motorsikal. Maklum la pergi balik kerja, itu je la kenderaan aku. Hujan ke panas ke dengan kenderaan itu jugak la aku redah. Nak buat camne. Itu je la kenderaan yang mampu aku miliki buat masa ni.


Memang aku tahu bahaya. Pulak tu risiko untuk menjadi mangsa kemalangan memang luas terbentang jika terleka akibat kecuaian sendiri atau pemandu kenderaan lain. Tapi kalau nak cakap tunggang motorsikal ni bahaya, bawak kereta pun still jugak boleh berada dalam keadaan bahaya kan? Kalau kita yang berhati-hati tapi ada pemandu lain tak berhati-hati, kita tetap terdedah dengan risiko kemalangan juga. Lagi la kalau kita yang cuai. Memang menempah maut sendiri la. Pendek kata, benda ni kita sukar nak jangka. Kan?


Sebenarnya, aku terkejut bila sampai je rumah masa balik kerja petang Selasa kelmarin, mak bagitahu ada kemalangan maut berlaku di persimpangan masuk ke taman perumahan aku. Sebabnya masa aku balik tu hujan sangat lebat. Jadi tak nampak apa-apa tanda kemalangan pun masa aku membelok masuk simpang. Mak cakap budak tingkatan 4. Otak bersepai badan berkecai. Serius rasa seram bila dengar. Masa tu aku tak tahu mangsa tu perempuan atau lelaki.


~Kawasan kemalangan. Betul-betul dekat trafik light. Tak pasti mangsa nak membelok atau jalan straight.~
*Gambar dari FB Adun Penanti*


Then, sebelum tulis entri ni aku online jap fesbuk. Ternampak ada update pasal kemalangan tu kat wall. Terus la buka nak tengok gambar. Alahai..rasa macam nak pitam je tengok keadaan mayat. Hancur. Kesian dan simpati pada keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi oleh Allah. Mungkin itu takdir yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Cara arwah 'pergi' begitu. Kita yang masih hidup ni tak tahu lagi macam mana caranya nyawa kita akan diambil. Takutnya!


Berbicara pasal kemalangan tu, aku tak pasti siapa yang bersalah sebab aku takde di tempat kejadian.  Jadi aku tak mahu la buat andaian sendiri macam pengomen-pengomen di gambar tersebut. Yang aku tahu, kemalangan yang berlaku melibatkan seorang gadis yang menunggang motorsikal dan sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir. Dan kawasan kemalangan berlaku betul-betul di trafik light. Siapa yang bersalah wallahualam. Tapi dari komen-komen yang aku baca, ramai yang menempelak pemandu lori. Kemudian menyalahkan pihak polis, jkr, dan pihak-pihak berkuasa yang lain. Entah lah.


Cumanya, aku nak berpesan di sini. Buat adik-adik yang masih belum mempunyai lesen, elakkanlah dari menunggang motorsikal di jalan-jalan besar dan menjadi laluan utama kenderaan. Bahaya. Kalau nak meronda pun dalam kawasan taman perumahan je dah. Jangan cari nahas. Kalau dah terdesak sangat nak guna jalan besar tu sebab nak pergi stesen minyak ke, sekolah ke, rumah kawan kat kampung depan taman perumahan ke, sila pastikan keselamatan. Pakailah helmet. Jangan main redah je biar kepala tu dogol. Itu memang tempah maut. Beringat sikit. Jalan yang kita nak guna tu laluan utama kenderaan berat


Mak bapak pun kena alert jugak. Jangan sewenang-wenangnya je bagi anak-anak yang belum ada lesen gunakan motorsikal. Kena bertegas. Jangan bila sesuatu dah terjadi baru nak menyesal. Bila tak dapat terima kenyataan mula nak salahkan orang tu orang ni. Sedangkan benda berlaku sebab kecuaian sendiri jugak taknak bertegas dengan anak-anak dari awal. Dah tahu anak takde lesen dibiarkan jugak tunggang motorsikal tu dengan tak pakai helmet.


~Mangsa kemalangan yang hancur. Huhu. ~
*Gambar dari FB Adun Penanti*


Hmm. Entah la. Seriau jugak aku. Dah la tempat berlaku kemalangan tu memang laluan hari-hari aku. Walaupun ada trafik light, memang tak mustahil boleh berlaku kemalangan sebab memang ramai je pemandu yang penting diri. Nak kejar lampu hijau sebelum merah, pecut laju-laju. Bukannye trafik light tu takda kiraan masa. Kenapa la nak terkejar-kejar, aku pun tak pasti. Padahal tujuan trafik light tu dipasang untuk mengelakkan berlaku kemalangan supaya orang tak pecut sesuka hati. Tapi itulah manusia. Kononnya 'rules are made to be broken'.


Apa-apa pun, semoga keluarga arwah adik tersebut tabah menerima dugaan ni dan semoga pemandu lori tersebut mendapat hukuman yang sewajarnya jika betul dia yang bersalah. Para penunggang motorsikal, beringatlah ketika menunggang. Kenderaan besar ni kekadang bukan perasan pun kehadiran kita. Jangan fikir dorang pulak yang perlu berjaga-jaga ketika memandu sebabnya kita ni kecik. Sebaliknya kita ni yang kena berjaga-jaga sebab keselamatan diri kita sendirilah yang bertanggungjawab. *Pesanan untuk diri sendiri jugak.*



Bisik-bisik :: Cuak pulak rasa. Nak beli kereta! Tapi gaji tak mengizinkan. T_T

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

32 orang bagi nasihat:

Zura said...

tuelah..bile kite berhati2 org lain plak yg xberhati2...kat mana2 pun ade kemalangan..

Puteri Biru said...

innalillah. malang tak berbau. bab kemalangan jalan raya kat mesia ni mmg statistik dia tggi sangat compare ngan negara membangun yg lain. isk.isk. sama2lah berhati2

fRaMe+LenSeS said...

kita semakin tak ambil tahu perihal orang lain. bawalah paling selmat sekali sekarang pn, tak tentu selamat. T.T

Kumbang Jingga said...

bawak motor risiko tuk maut lebih tinggi dari kereta..hati2 ye semua

A.I said...

bawak motor best sebenarnya, senang, tak payah jammed ke apa.
cuma takot sikit risiko kemalangan tu....

neway, berhati2 tau.
takziah buat keluarga arwah.
mintak kita diselamtkan lahhh.

cikwahidaidris said...

meremang bulu roma tengok gambar tu :(

ParkAir said...

Dulu time keje KL hari2 nyaris eksiden. Syukur nyawa masih panjang..

noa said...

sakit perut aku tgk gambar tu

KizZ said...

Huhu..kiz ni pun...dah setahun dapat lesen baru lepas okes nak drive g mana-mana..kalau tak memang nak pijak pedal minyak keta pun tak dopat..

Pondok Usang said...

perlu tukar peringatan di signboard.. bukan ingat org tersayang.. sentiasa ingat Allah.. =).. Salam MaulidurRasul...

♥e'in♥ said...

ya Allah ngerinye.. alfatihah

Namee Roslan said...

tak sanggup nak tengok gambar accident teruk. kdg2 yg hati2 pun accident gak oleh krna kelalaian org lain. tp kdg2 cuaca pun main peranan. kalau dah ditetapkan oleh Allah kejadian itu dah tertulis...xblh buat apa juga.

the puffy clouds said...
This comment has been removed by the author.
LAici KAng Ais said...

masyaAllah berkecai motor.ngerinye

misskonspirasi said...

ngerinya.. rasa takut lak kalau nak abwa keta or tunggang moto.. salam kenal dari saya..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kt kampung sy byk budak2 xde lesen bawak motor. budak sekolah rendah pun sekarang bawak motor blh tahan. memang menakutkan. kaki pun terjengkek2 lg nk pijak.. tp mak bapak dh bg bawak motor.

♥CIK SHA♥ said...

@Zura :: betul tu kak..kekadang kite dah terlebih berhatai-hati..tp sebab kecuaian org lain kite pun turut jadi mangsa..

♥CIK SHA♥ said...

@Puteri Biru :: betul tu yang..sebab utama yg menyebabkan statistik kemalangan tinggi ni adalah sikap pemandu tu sendiri..gelojoh bile atas jalan raya..kalau boleh pecut tu nak pecut laju2..kalau boleh nak rapat tu memang macam nak cium bontot kenderaan lain..pemandu kat malaysia ni tak penyabo kebanyakannya..

♥CIK SHA♥ said...

@fRaMe LenSeS :: manusia skang ni banyak yg penting diri..sebab tu la jadinye kemalangan ni..

♥CIK SHA♥ said...

@Kumbang Jingga :: memang betol sangat la tu..sebab moto ni kecik..kalau eksiden mmg boleh bawak maut..same2 la kite semua berhati-hati..

♥CIK SHA♥ said...

@A.I :: part yg boleh elak jammed tu aku setuju sangat..tapi tu la..risiko kemalangan yg boleh bawa maut tu sangat la menakutkan..uhuhu..

insyaAllah aku akan sentiasa berhati-hati..

♥CIK SHA♥ said...

@cikwahidaidris kan? tu baru tengok gambar..kalau tengok depan mata mahu kite pulak yg pengsan kat situ..

♥CIK SHA♥ said...

@ParkAir :: alhamdulillah nyawa ko masih panjang..tu tandanya Allah sayang ko nak bagi peluang hidup lebih lama untuk beribadat pada Dia..^_^

aku ni yg tetiap hari lalu bridge Penang ni lagi le hari2 berhadapan dgn bahaya eksiden..pheww..memang menakutkan la..

♥CIK SHA♥ said...

@noa :: habes tu ko muntah ke tak ni? tu baru saket perot tgk gambar..kalau tengok depan mata camno weh?

♥CIK SHA♥ said...

@KizZ :: itu la kiz..saye ni masa umo 20 tahun baru dapat lesen tau..sebelum tu takde nye berani nak tunggang moto ke ape..lepas dapat lesen tu pun masih takut2..dah lama ni baru oke sket..tapi bebudak skang ni sekolah rendah pun dah merayap merata rempit moto..bahaya betol..

♥CIK SHA♥ said...

@Pondok Usang :: yang tu memang betul dah..memang patutnye tiap masa ingat Allah..tapi kalau signboard tu tulis sentiasa ingat mati pun ngam jugak kan? ehehe..

Salam Maulidur Rasul walaupun dah lambat nak wish..;p

♥CIK SHA♥ said...

@♥e'in♥ :: ngeri kan? hati-hati bila memandu atau menunggang oke?

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: kan? itulah..kalau dah ketetapan Allah mmg kita tak boleh nak buat apa..kena redha..itu semua ujian Allah kan?

♥CIK SHA♥ said...

@the puffy clouds :: mmg kena berhati2..at least boleh elakkan kemalangan..tp kalau dah takdir Allah kena la terima ujian tu dengan redha kan?

♥CIK SHA♥ said...

@LAici KAng Ais :: moto berkecai..tuan moto yang jadi mangsa pun berkecai jugak..ngeri sgt..uhuhu..

♥CIK SHA♥ said...

@misskonspirasi :: ngeri kan? memang rasa cuak bile dapat tahu pasal ni..kekadang rasa mcm tak sedap hati nak tunggang moto g kerja..tp memang dah itu je kenderaan yg ada..huhu..

salam kenal buat awak juga..terima kaseh sudi singgah dan tinggalkan komen..

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: tu la kan mummy.. kat taman perumahan saya ni pun begitu juga la situasi nya..bebudak skang ni makin degil dan otai..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com