Friday, 6 January 2012

~Suara Dari Seorang Ex-Mahasiswa~

Assalamualaikum. Hai!


Baru sudah meneliti AUKU 1971 dengan sangat gigih walaupun panjang berjela-jela. Teringin nak belek jugak? Nah pergi jengah kat sini. Kenapa aku sebok dan beriya-iya benar belek setiap inci isi dalam AUKU tu? Sebab aku pelik dan tak faham dengan perjuangan 'mahasiswa' yang sibuk sangat berdemonstrasi nak suruh 'mansuh' kan AUKU. Dah lama nak berhujah, tapi baru kali ni berpeluang.


Sebelum kamu semua melatah, suka aku maklumkan di sini bahawa ini adalah pandangan peribadi aku setelah membuat pembacaan dan meneliti hujah dari penulis-penulis blog yang lain, samaada mereka menyokong atau membantah mengenai isu tersebut. Setiap perincian komen dari pembaca-pembaca mereka juga aku teliti, samada yang mengecam atau menyokong atau yang tak tahu apa pun yang mereka komen. Barulah aku 'keluar' dengan menulis pendapat aku pulak di ruangan belog peribadi aku ini. Tiada sebarang prejudis terhadap hujah dan komen mereka. Yang mana baik aku ambil, yang mana buruk aku cuba fahami maksud mereka. Jadi sila berfikiran terbuka untuk membaca pandangan peribadi aku pula.


Kenapa hendak dimansuhkan AUKU? Sudah meneliti setiap isi kandungan yang terkandung dalam Akta tersebut? Kalau takde, jangan sibuk sangat nak berjuang tanpa selidik dulu. Konon memperjuangkan 'kebebasan akademik'. Sekadar tak puas hati dengan Seksyen 15 dalam Akta tu dah berkobar-kobar nak suruh mansuh AUKU?


Perkataan 'mansuh' sangat tidak bersesuaian digunakan hanya disebabkan tidak berpuashati dengan Seksyen 15 yang 'melarang keras' pelajar-pelajar di universiti/kolej terlibat dengan politik negara. Setelah aku meneliti keseluruhan Akta tersebut, pada pendapat aku, AUKU sangat tidak relevan untuk dimansuhkan kerana segala yang terkandung di dalamnya adalah undang-undang untuk penubuhan sesebuah universiti/kolej. Jika mahu, mungkin Seksyen 15 yang menjadi 'perdebatan' itu boleh dipinda. Mansuh kesemuanya? Perkara itu adalah sesuatu yang sangat 'membinasakan' jika terjadi.


Kalau takde AUKU ni sesedap rasa je la orang yang 'berduit' nak tubuhkan universiti/kolej sendiri. Sebab dah tak payah terikat dengan Undang-undang. Dalam dok ada undang-undang ni pun masih ade jugak kolej swasta yang ditubuhkan secara sesuka hati dan semakin bercambah. Lepas tu yang 'bijak pandai' pergi masuk, bila dah habes belajar mintak kerja, sijil/ijazah yang diterima tu tak sah, bising pulak kata kena tipu. Dah tu nak suruh mansuh AUKU? Tak faham betul aku apa yang dorang ni fikir. (-_-")


Yang aku nampak jelas sekarang ni cuma Syeksen 15 dalam Akta tersebut sahaja yang cuba 'diperjuangkan' oleh mahasiswa yang gila berpolitik dan mahukan kebebasan bersuara dalam menyatakan pendapat dan pendirian mereka dalam dunia politik negara. Itu sahaja. Ini bukan perjuangan 'kebebasan akademik' seperti yang diwar-war kan. Ini adalah lebih kepada perjuangan  untuk 'berpolitik dan kebebasan bersuara lantang'. Sangat jelas!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Sebagai seorang yang pernah belajar di universiti dan bergelar mahasiswa satu masa dulu, ini adalah pendapat aku mengenai isu yang sedang hebat diperkatakan kini. Sila baca dengan hati dan pemikiran yang terbuka. Jangan terlalu jumud sehingga menghentam aku kembali disebabkan pendapat dari seorang yang 'bukan sesiapa pun' seperti aku. Kata nak memperjuangkan 'kebebasan bersuara'. Jadi benarkanlah aku menyatakan 'suara' aku mengenai isu ini. Boleh kan?



# Salahkah jika mahasiswa mahu berpolitik? 

Pasti ada yang akan menempelak seperti ini. "Mahasiswa adalah 'golongan cerdik pandai' yang bakal mentadbir negara. Takkan nak suruh mat rempit pulak yang berpolitik dan mentadbir negara. Jadi mahasiswa berhak terlibat dalam politik! Suara mahasiswa harus 'didengar'. Kami antara mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin negara.".

Ya. Aku faham. Memang golongan cerdik pandai bergelar mahasiswa yang akan menjadi 'pemimpin' dalam negara satu hari nanti. Tapi kena ingat, kalau 'gagal' adakah masyarakat akan memandang kita dan melantik kita menjadi pemimpin mereka sedangkan kita tidak menunjukkan kredibiliti diri yang hebat? Mungkin pada mulanya ada. Tapi setakat bersuara lantang dan tiada kredibiliti, takkan selamanya orang akan menyokong.

Tidak salah untuk mahasiswa berpolitik. Dalam kampus sendiri kita turut terdedah dengan suasana politik. Masa bila? Masa pilihanraya kampus untuk memilih perwakilan pelajar. Masa bergiat aktif dengan pelbagai persatuan dan pertubuhan yang tertubuh dalam kampus. Itu sudah mendedahkan mahasiswa dengan politik bukan? Tapi tidaklah secara meluas. Cuma di dalam kawasan kampus sahaja. Di antara pelajar-pelajar dan pentadbiran universiti/kolej. Jadi siapa kata mahasiswa tidak boleh berpolitik?  

Mahasiswa cuma 'dilarang keras' untuk terlibat dalam dunia politik negara semasa masih bergelar pelajar. Kenapa? Pada yang bergelar mahasiswa, masih ingatkah kamu semua semasa mula-mula menjejakkan kaki di universiti/kolej, kamu telah mengangkat ikrar dan menandatangani SURAT AKU JANJI PELAJAR? Masih ingatkah kamu isi kandungan dalam Surat Aku Janji tersebut? Mesti tidak kan? Sebabnye masa tu kamu sendiri tak pernah pun ambil kisah isi kandungannya. Mungkin baca pun tidak dan terus je tandatangan. Betul atau tidak?

Suka aku ingatkan, dalam setiap Surat Aku Janji Pelajar yang dikeluarkan oleh mana-mana universiti/kolej ada dinyatakan mengenai Seksyen 15 secara jelas. Dan kamu sendiri yang bersetuju dengan menandatangani Surat Aku Janji tersebut. Jadi kenapa memberontak? Jika mahu kebebasan bersuara dalam politik, jangan tandatangan, tak payah belajar di universiti dan pergilah libatkan diri dalam parti politik. Boleh terima?



# Jadi, apa hak kami untuk bersuara sebagai mahasiswa jika tidak boleh terlibat dengan politik dan menyuarakan pandangan kami terhadap kepincangan pentadbiran negara?

Semua rakyat berhak menyatakan apa sahaja pendapat/pandangan/pendirian mereka sekiranya mereka sudah layak mengundi. Ada salurannya. Terpulang atas diri masing-masing untuk melibatkan diri dengan parti politik mana sekalipun yang kamu yakin dan percaya boleh menyampaikan 'suara' kamu dalam parlimen. 

Setiap tempat ada perwakilan yang diamanahkan. Jangan lupa yang itu. Kamu sendiri yang mengundi perwakilan kamu. Jadi berjumpalah dengan mereka. Jangan sibuk cakap takde saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat. Habis apa gunanya wakil rakyat yang kamu lantik? Jika benar mereka berjuang untuk kamu, bukankah mereka yang sewajarnya menyampaikan 'suara' kamu di dewan rakyat? 

Pada yang masih bergelar pelajar/mahasiswa, sila habiskan dulu pengajian kamu. Jika sudah berjaya menjadi seorang yang hebat, libatkanlah diri dalam politik. Perjuangkanlah 'suara' kamu yang telah lama terpendam selama mana kamu bergelar pelajar/mahasiswa dan terikat dengan Surat Aku Janji yang telah kamu sendiri tandatangani. Jangan sia-siakan masa depan kamu sebagai pelajar dengan memberontak tanpa hala tuju yang jelas.



# Akademik Malaysia 'suck'! Kami mahukan 'kebebasan akademik'!

Boleh aku tahu, 'kebebasan akademik' apa yang kamu semua mahukan? Sangat kurang jelas 'perjuangan' yang ini. Adakah 'kebebasan akademik' yang kamu maksudkan itu adalah kamu boleh buat apa sahaja seperti :
  • Tiada jadual kuliah dan tak perlu adakan sesi kuliah.
  • Boleh ponteng/tidak hadirkan diri ke kuliah sesuka hati dan tidak dikenakan tindakan tatatertib.
  • Tidak ada sekatan jika tidak mahu menduduki exam tapi boleh lulus dan mendapatkan sijil/ijazah.
  • Tidak perlu buat thesis/projek/assignment tapi boleh lulus dan mendapatkan sijil/ijazah.
  • Boleh berpakaian sesuka hati dalam kawasan kampus dan ketika menghadiri kuliah. Contoh : pakai skirt/seluar pendek, baju takde lengan, baju yang jarang, baju yang selekeh, baju yang seksi. *Walaupun ada juga yang berbuat begitu juga sekarang ni.
Dan apa-apa lagi yang kamu maksudkan dengan 'kebebasan akademik' yang kamu perjuangkan. Jika ini yang kamu perjuangkan atas nama 'kebebasan akademik', sememangnya kamu tidak layak langsung untuk bergelar mahasiswa. Tak payah la susah-susah buat permohonan nak masuk belajar di universiti dari awal. Kan senang cerita tu. 

Kenapa bila dah berpeluang melanjutkan pengajian, kamu sia-sia kan dengan memperjuangkan sesuatu yang nonsense seperti ini? Ramai lagi yang mendambakan tempat untuk belajar di universiti tapi tak dapat. Lebih baik bagi peluang pada mereka-mereka itu.

"Eleh! Setakat dapat sijil/ijazah tu aku tak hadap la. Bukan ada apa-apa pun. Sekeping kertas yang takde nilai pun. Itu bukan pengukur kejayaan seseorang." Iya. Aku terima pendapat kamu itu. Betul ia hanya sekeping kertas dan bukan pengukur kejayaan seseorang. Orang yang tak berpelajaran pun boleh membina kejayaan dan aku tidak nafikan kenyataan itu. 

Tapi hormatlah dan berilah peluang kepada mereka yang ingin belajar mencari ilmu di universiti. Jika kamu tidak memandang 'kertas yang tiada nilai' itu, tak perlu menempelak begitu. Hormatlah pendidikan yang ditawarkan untuk anak bangsa yang mengejar ilmu. Dan sekiranya kamu mahukan 'kebebasan akademik' seperti yang dinyatakan di atas, berhentilah dari belajar di universiti. Jangan lupa yang setiap universiti/kolej juga ada undang-undang tersendiri.

Jika 'kebebasan akademik' yang dimaksudkan ialah akademik peringkat universiti di Malaysia tidak perlu bersandarkan 'exam-oriented' pula, boleh aku tanya kamu sesuatu? Bagaimana hendak menilai 'kebijaksanaan' dan 'kefahaman' kamu terhadap apa yang kamu pelajari dan menganugerahkan sijil/ijazah tersebut pada kamu? Kriteria apa yang wajar untuk menggantikannya supaya kamu dapat dinilai? Jadi apa gunanya kamu belajar di universiti jika tidak mahu dinilai begitu? Hmm. Sungguh tak faham.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Aku juga pernah belajar di universiti. Pernah bergelar mahasiswa. Pernah bergiat aktif dengan pelbagai persatuan. Pernah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di universiti. Pernah berurusan dengan pihak atasan universiti. Pernah 'cari pasal' dengan seorang pensyarah kerana mempertahankan hak aku sebagai seorang pelajar. Pernah 'berdebat' dengan pensyarah-pensyarah aku. Pernah bersahabat dengan perwakilan pelajar (MPP). Pernah bergaul dengan pro-mahasiswa. 


Mungkin realitinya nampak aku macam seorang yang pendiam. Tapi itulah kehidupan yang aku jalani sepanjang menjadi seorang mahasiswa dulu walaupun aku bukan siapa-siapa dan tidak berjawatan semasa di universiti. Kini dah hampir tiga tahun aku tinggalkan dunia mahasiswa aku. Sudah bergelar graduan. Sudah memiliki sekeping kertas yang dipanggil Ijazah. Dan sudah memiliki kerjaya walaupun hanya berkhidmat dengan pihak swasta. 


Terima kasih kepada pihak universiti kerana telah menawarkan aku tempat untuk melanjutkan pelajaran. Terima kasih kepada kerajaan yang memberikan aku pinjaman pendidikan untuk aku menampung kehidupan di universiti walaupun kena bayor balik. Kui kui kui. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar dan memberi ilmu pada aku. Terima kasih di atas undang-undang di universiti yang telah menjadikan aku seorang yang lebih berdisiplin. Terima kasih pada mak yang telah menjadi 'pensyarah' terhebat dengan mendidik anaknya ini supaya menjadi manusia yang lebih beretika dan berfikiran rasional.


Kamu silap kalau menyangka aku penyokong kerajaan. Sebab aku masih belum pernah mengundi lagi dalam pilihanraya. Tapi jangan mudah menghukum aku dengan mengatakan aku tiada hak untuk menyuarakan pandangan sebab tidak pernah mengundi. Untuk pengetahuan kamu semua, aku telah lama mendaftarkan diri sebagai pengundi yang layak. Cuma masih belum berpeluang untuk mengundi kerana pilihanraya sebelum ini aku masih bergelar seorang mahasiswa. Tanggungjawab aku pada masa itu adalah menunaikan amanah aku sebagai seorang pelajar yang mencari ilmu. Kena ingat, bukan semua mahasiswa yang terlalu taksub untuk berpolitik. 


Dan inilah 'suara' aku yang cuba aku sampaikan pula pada kamu semua. Jangan melatah jika tidak bersetuju. Bukankah kita semua ada hak untuk 'menyuarakan' pandangan kita? Tapi bukan bermaksud aku tidak menerima pula pandangan kamu. Realitinya kita semua ada pandangan tersendiri dalam sesuatu isu. Dan tidak menjadi masalah untuk kita 'berdebat'. Berbeza pandangan bukan bermaksud kita perlu bergaduh. Silakan beri pandangan tapi biarlah secara berhemah tanpa sebarang perkataan yang 'kasar' dan 'penuh emosi'. Suarakanlah pendapat kamu dengan pemikiran yang rasional dan 'bijak'. Boleh?




Bisik-bisik :: Jika kamu seorang mahasiswa/bekas mahasiswa yang bijak, kamu tidak akan sekali-kali mengeluarkan kata-kata provok dan berjuang tanpa hala tuju yang jelas.

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

11 orang bagi nasihat:

! Sam Posmen ! said...

pendapat agak relevan. tapi certain part ada yang kurang setuju.

kalau nak hurai agak panjang. cuma bagi aku mungkin perlu jawab dulu persoalan ini

1. sejak bila auku di perkenal dan kenapa?

2. tahukah sejak bilakah pendebatan pasal auku bermula?

3. kenapa pendidikan sekular menjadi pilihan di kebanyakkan negara?

4. apakah beza politik semasa (liberal) dengan kebebasan akademik?

mungkin kamu boleh cuba jawab. banyak lagi soalan. tapi cukupla rasanya 4 je. heheh

AyuE SurihanyOt said...

dalam politik Universiti sendiri pon jadi rusuhan, lempar cat dekat bilik gerakan parti Pro-Mahasiswa, tingkap pecah..itu baru politik U tau..ni klu politik luar boleh masuk dlm U kau bayangkan apa jd kat mahasiswa??


manusia ni lagi belajar tinggi lagi bodoh sebenarnya..

embun d tengah malam said...

ade benda yang saya sokong dan ader benda yang saya tak sokong huhuhu

♥CIK SHA♥ said...

@! Sam Posmen ! Terima kasih atas persoalan yang diberikan. Persoalan yang cukup bijak dan menguji minda. Aku cuba jawab dan mungkin jawapan aku ini juga tidak berapa memuaskan kamu. Aku mintak maaf terlebih dahulu.


1. Yang aku tahu, Auku telah diwartakan pada tahun 1971 tapi telah diperkenalkan mungkin pada akhir 1960-an. Akta ini diwujudkan ketika itu kerana banyak mahasiswa Melayu lebih sibuk berpolitik dan berdemonstrasi, tidak menumpukan perhatian dalam pengajian sehingga jauh ketinggalan dalam akademik berbanding bangsa lain. Itu apa yang aku faham.


2. Perdebatan mengenai AUKU ni sudah lama. Tapi aku kurang pasti tahun bilakah ia bermula. Maaf. Yang aku pasti, perdebatan ini berlaku kerana seksyen 15 yang ada dalam AUKU tersebut yang mana Seksyen ini tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik negara. Ramai berpendapat mahasiswa terkongkong kerana seksyen ini. Sedangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Artikel 119, kalau tak salah aku, yang mana artikel tersebut menyatakan setiap rakyat yang berumur 21tahun ke atas adalah layak mengundi dan ada hak dalam kebebasan berpolitik. Jadi perkara inilah yang dilihat bercanggah dan menjadi isu.


3. Aku sedar, di Malaysia juga telah diserapkan dengan pendidikan sekular ini. Apa yang dimaksudkan dengan pendidikan sekular? Apa yang telah aku dapat melalui pemahaman pembacaan aku, pendidikan sekular ini seperti mahu 'membutakan' mata kita semua yang mana ia akan secara diam-diam telah menjauhkan agama dari diterapkan dalam urusan kehidupan kita bukan sahaja dalam pendidikan malah urusan politik dan sebagainya. Dan ini adalah amat bahaya untuk kita umat Islam kerana seperti menjadikan umat Islam 'hilang pegangan agama' dalam urusan kehidupan mereka. Ya. Aku sedar yang itu. Ini agenda jahat pihak Barat.


4. Liberal membawa maksud bebas. Politik semasa bersifat liberal. Maknanya sesiapa sahaja bebas menyuarakan pendirian peribadi mereka dalam politik. Bukan begitu? Maaf kerana aku kurang arif dengan dunia politik. Tapi bukan bermakna aku tidak ambil tahu.

Mengenai kebebasan akademik pula telah aku huraikan di atas yang aku kurang jelas apakah maksud sebenar kebebasan akademik yang diperjuangkan. Ya. Sebenarnya memang aku dah 'lihat' 6 point utama kebebasan akademik yang disuarakan mereka tapi yang jelas aku nampak semuanya berkaitan dengan kebebasan mahu berpolitik.

Bukankah akademik bermaksud ilmu pendidikan. Jadi adakah kebebasan akademik itu adalah kebebasan ilmu pendidikan? Kebebasan menyuarakan pendirian dalam ilmu pendidikan? Bukankah sama dengan konsep liberal? Atau mungkin aku silap tafsir.

Kenapa tidak nyatakan sahaja dengan jelas bahawa sebenarnya kebebasan akademik yang cuba diperjuangkan adalah memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam bergiat dalam politik dan membawa masuk politik luar dalam kampus?

Kenapa disalahgunakan term akademik itu untuk kepentingan politik? Bukankah lebih bersesuaikan disebut 'kebebasan suara mahasiswa dalam politik'? Aku sangat kurang jelas dengan yang ini. Boleh kamu tolong jelaskan pada aku?

Jika tidak keberatan juga, part manakah yang kamu kurang setuju itu? Boleh aku tahu pandangan kamu? Ingin juga tahu pendapat dari orang lain. Mungkin kita tidak sependapat tapi kita boleh memberikan pandangan dan 'berdebat' secara sihat, bukan? Itu yang aku mahukan. Perbincangan secara bijak. Bukan mengeluarkan ayat provokasi yang boleh mendatangkan perbalahan.

♥CIK SHA♥ said...

@AyuE SurihanyOt :: betul tu sayang..tapi sedar atau tidak semua yang berlaku itu dilakukan oleh mahasiswa anak bangsa Melayu sahaja?

ya..aku tahu anak muda Melayu 'darah berjuang' nya sentiasa berkobar-kobar..tapi perlukah sehingga berbalah dan provoke sesama sendiri? seronokkah melihat kaum lain 'tersenyum sinis' dengan menyaksikan kita 'bergaduh' hanya kerana terlalu obses untuk berpolitik dan berbeza ideologi politik?


hanya manusia yang belajar tinggi tetapi tidak berfikiran rasional dan memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja yang bodoh..

♥CIK SHA♥ said...

@embun d tengah malam :: boleh apiz nyatakan benda apa yang tidak disokong itu dan huraikan secara jelas? saya mahukan perbincangan yang sihat di sini..supaya kita dapat berkongsi idea..bukan untuk bergaduh..

Anonymous said...

Kebebasan Akademik itu luas..Apa sahaja pandangan perlu di dengar dan kemudian di kritik..Ambil yang baik & yang kurang diperbetulkan.Tak kira apa sahaja isu eg: pendidikan, agama & seksualiti

Bila yang mahasiswa belum tamat belajar, tetapi punya ide,kita perlu dengar, jangan rujuk sosoknya (peribadi) tetapi apa mesej yang hendak disampaikan. Ini kalau awal-awal dah attack transkrip exam, dia result tak cukup 3.5 bukan dean list itu dah salah

Sama juga dengan isu agama. Kalau yang tak bertudung, yang dilihat kaki lepak karaoke beri pandangn agama, kita perlu dengar & fikir logik hujahnya baik-buruk, bukan menolak mentah-mentah sudut pandangan hujah yang ada kebenaran daripadanya atas faktor keperibadian.

♥CIK SHA♥ said...

@Anonymous :: kepada anon di atas, nampaknya kamu tidak membaca secara menyeluruh pandangan saya..jangan baca di entri sahaja..baca juga dibahagian komen di mana saya sudah bincangkan apa itu kebebasan akademik dengan saudara Sam Posmen..

Saya pasti dan yakin, apa yang kamu komen ini adalah ayat kopipes sahaja dari ruangan blog seorang promahasiswa kerana saya sudah membaca ayat-ayat ini di belog beliau. Sudah saya maklumkan bahawa sebelum saya menulis artikel ini saya telah membaca pandangan dari penulis blog lain.


Sekian, terima kasih.

ARC™ said...

this entry deserve a tweet, tp ko xde tweet button ._.

inbox fb aku weh design yg dah siap tu

♥CIK SHA♥ said...

@ARC™ :: nnt la aku bubuh tweet button..aku takde twitter..tu yg malas nak bubuh tu..kui3..


nnt aku inbox kat ko design tu..

Namee Roslan said...

em kalau yg ni tak berani comment .hehe. takut salah cakap pula. :D



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com