Monday, 30 January 2012

~Perbuatan Pelik Yang Pernah Korang Buat dengan Rambut~

Assalamualaikum. Hai!


Rasanya semua dah tahu kot keputusan AJL-26 ye dok? Yang tak tengok pun boleh tahu dah keputusan akhir anugerah tu rasanye. Maklum le dah ramai wartawan tak berbayar update kat fesbuk, twitter dengan belog. Ngeh3. Lepas ni ada pulak laporan mengenai persembahan, pakaian artis, decoration stage, vokal dan bla bla bla macam-macam lagi la. Mana taknye, kebanyakan dari kita ni kan suka benau jadi juri profesional free. Jangan marah kalau ade yang terasa. Hehe. Gurau je tu. ;p


Berbalik pada topik penulisan asal entri. Sebenarnye terfikir nak tulis pasal ni sebab tempoh hari selak-selak rambut, terjumpa sehelai rambut sekerat putih sekerat perang. Omaiii. Aku dah beruban ke? Sedihnye la hai rasa. Macam dah makin tua pulak. Hakikatnye memang begitu pun. Uhuk! Tapi kata kazen aku itu rambut tak cukup vitamin namanya. Rambut tak sehat. Kui3. 


Agaknye la kot sebab aku agak kurang rajin nak syampoo rambut setiap hari. Jimat syampoo la kononnye. Lagipun aku kan bertudung. Jarang aku basah rambut bila nak pakai tudung. Taknak bau kepam rambut basah. Euuuww. Tak selesa pakai tudung dengan rambut yang lembab. Aku cuma basah rambut bila waktu malam lepas balik kerja je. At least masa time cuti baru basuh rambut 2 kali sehari.


Cakap pasal rambut ni, bukanlah bermakna aku nak tayang aurat aku yang satu ni pulak. Tak pernah-pernah aku tempek gambar tak pakai tudung kat memane. Gile hape?! Korang pun tak payah la nak imaginasi rambut aku pendek ke panjang ke lurus ke kerinting ke beralun ke. Anggap je la aku ni kepala botak tak berambut ye. Haha. Mengade pulak nak bayang-bayangkan rambut orang. Penumbuk kang! 


Lagipun aku bukan nak bercerita pasal rambut aku kat entri ni. Yang pasal uban tu cuma penambah rasa entri ni je. Aku sebenarnya nak kongsi dengan korang beberapa perbuatan yang mungkin korang pernah buat yang ada kaitan dengan rambut korang tu. Tapi aku rasa menda ni orang perempuan je pernah buat kot. Lelaki wallahualam. Rasanya takde sebab lelaki kan rambut pendek. Memang tak boleh nak buat menda ni. Hanya mereka yang berambut panjang je mampu buat. Perbuatan apa tu? Haa..meh kite ushar satu persatu.


~Pergghhh..Style gilos rambut budak kecit ni!~
 *Imej sedut dari carian Google*


#1 : Rambut gatal

Siapa yang pernah ade habit cabut rambut sendiri yang kononnye rambut tu rambut gatal? Cabut tak berhenti-henti. Kekadang boleh mengakibatkan satu kawasan tu hampir macam nak botak sebab asyik sangat mencabut sampai tak sedar. Kononnye rambut gatal tu banyak sangat atas kepala. Lepas cabut pergi lekat-lekat pulak akar rambut tu kat cermin.

Rambut gatal ni rambut yang bile kite pegang rasa kasar dan berkedut-kedut. Rambut gatal terjadi sebab hormon gatal menghela tengah meningkat naik secara mendadak dalam diri seseorang. Lagi gatal lagi banyak. Kononnye la. Entah sape la yang mulakan dan definisikan rambut gatal macam tu rupa bentuknye. Ish3. Sabor je la. Dulu aku pernah ade habit cabut rambut gatal ni. Sampai kena marah dengan mak. Kui3. Padan muka! Korang pernah?


#2 : Rambut penentu jantina bakal anak

Yang ini aku tak tahu la idea manusia mana. Macam mana dia boleh terfikir kaedah ni aku pun kurang pasti. Caranya korang kena tarik sehelai rambut. Kalau boleh pastikan rambut tu licin dan lurus. Lepas tu letak kat bahagian tengah lengan tangan dan kepitkan rambut tu kat tengah-tengah. Then, tepuk-tepuk bahagian siku 3 kali kot sambil baca surah ape ntah aku tak ingat. Selawat kot 3 kali. Serius dah tak ingat langsung.

Biar dalam seminit dua kendian buka lipatan lengan dan ambil rambut tu. Tengok keadaan rambut tu jadi camne. Kalau kekal macam awal-awal maknanya dapat anak perempuan. Kalau jadi berkedut-kedut maknanya dapat anak lelaki. Apakah betul? Aduhai. Nostalgia zaman kanak-kanak betul. Hahaha. Rasa nak  gelak guling-guling pulak bila ingat pasal ni. Aku pernah buat dulu. Mudah betul terpengaruh aku ni masa kecik-kecik. Aishoo. (-_-")


#3 : Rambut penentu kahwin umur berapa

Ini lagi satu teori pelik ciptaan siapa tak tahu. Ambil sehelai rambut, ikat rambut kat cincin emas. Sediakan segelas air yang tak sampai setengah diisi. Celupkan cincin emas yang diikat dengan rambut tadi. Baca selawat 3 kali kendian tarik perlahan-lahan ke atas. Lepas tu kira berapa kali cincin yang tergantung tu terkena pada tepi gelas sampai dia terberhenti sendiri dari bergoyang.

Yang ini pun aku pernah buat jugak. Aiyaya. Yang aku ingat dulu aku buat menda ni, aku akan berkahwin masa umur 28 tahun. Ahaha. Lawak betul rasanya. Camne la aku boleh buat menda-menda ni semua dulu masa tak baligh lagi. Siapa la yang ajar aku menda pelik ni semua ha? Aku tak ingat dah siapakah gerangan kawan-kawan yang ajak aku buat menda pelik ni. Kalau ingat aku nak seligi dorang. Ade ke ajar buat bukan-bukan camni. Sabar je la.


Aha. Siapa yang pernah terbuat 3 perkara di atas? Mengaku cepat! Aku rasa kan bebudak lahir tahun 80-an ni memang idea nye merepek-repek je semedang. Entah hape-hape je idea yang boleh direka dan terkeluar dari kepala hotak memasing. Pelik-pelik betul. Haha. Aku cuma ingat yang tiga ni je yang berkaitan dengan rambut. Ke ada lagi eh? Kalau ade cuba korang nyatakan di bahagian komen. Nak tahu jugak. Kot aku terlepas pandang sebab dah terlupa. Jom kita remind sesama sendiri kenangan perangai pelik masa kecik-kecik.



Bisik-bisik :: Mood teringat perangai pelik zaman hingusan! ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

19 orang bagi nasihat:

A.I said...

yang no 1 penah buat.
alamak, tetiba rasa ak try no 3.
nak gak tau kawen umur berapa. hahahaha.

Kumbang Jingga said...

dh lama nk wat rambut cam hero twilight tu..bukan jacob tp edward hahahaha

dL said...

hahaha..
ketiga tiga perkara aku penah buat...


gila takot bila buat pasal kawen tuuu..aku kawen umur 34...mak aiiii....

dan aku skrg umur 30...tapi tak kawen2 lagi..jeng..jeng..jeng..

ada benar ke?

tapiiiii...

percayai benda itu adalah khurafat kan..


nak

ahmad endo said...

standet gondol je...hehehe

haikal blank said...

samalah kita, botak je. HAHA

walau aku lelaki, aku nak try jugaklah yang ketiga. pergh, dah macam misteri alam mistik dah.

orang 90an macam aku tak pernah taw lak kedua dan ketiga ni...

mungkin sebab aku lelaki.

lisa said...

no 1 selalu buat! no 2 & 3 cm pelik je..0_0

zulfikar hazri said...

kalau org perak, mak bapak aku ckp..

sapa yg rambut cepat panjang ni kuat berak!

sebab selalu meneran.

hahahaa

zulfikar hazri said...

yg no3 tu takleh blah.. hahaha

aku tak pernah dengar, tepikir ada org akan buat mcm tu.. sha sha.. kretip sangat!

♥CIK SHA♥ said...

@A.I :: hahaha..nombor 1 tu memang ramai yg pernah buat kan?

ko nk try nombor 3?hahaha..kalau tetiba jawapan die ko kawen umo 50 jangan marah aku tau..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Kumbang Jingga :: eh? ko ni lari topik betol la..hahah..

♥CIK SHA♥ said...

@dL :: serius? ahaha..kite boleh jadi geng la camni..lawak nye oi..ade gak yg sepesyen dengan aku rupanya..;p

aku tahun ni umo28..adakah tahun ni aku akan berkahwin..jeng3..

♥CIK SHA♥ said...

@ahmad endo :: senang la camtu..tak payah ade rambut..tak pening nak fikir bli syampu..kui3..

♥CIK SHA♥ said...

@haikal blank :: ahaha..boleh kawan la camni!

ko nk try yg nombor 3? kata tadi takde rambut..camne tu? ahaha..

♥CIK SHA♥ said...

@lisa :: no 1 mmg standet ramai org pernah buat..yg no 2 & 3 tu ntah sape la ajar saye buat ntah..ahaha..memang pelik pon..jgn try ok..;p

♥CIK SHA♥ said...

@zulfikar hazri :: woi! yg rmbut cepat panjang tu aku terasa oi..ahaha..kantoi!


ko taknak try ke yg no 3 tu? kui3..

Namee Roslan said...

penentu umur kahwin ?? hehehhe, yang tu suka !! hihi. dan pernah predict juga sendiri dulu. ;p

Hiro said...

rambut hafiz ensem x?

Zura said...

kalau yg last tue pnah tgk org buat...

noa said...

tetiba aku teingat yang #3 tu
fenomena kot dulu kat sekolah aku
hahahha lawak kot ingat balik



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com