Friday, 13 January 2012

~Perangai 'hodoh' penunggang motorsikal~

Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, kalau nak tengok perangai sebenar seorang manusia tu camne, tengok masa die memandu. Sebabnye perangai 'hantu' seorang manusia tu mesti ter'publish' masa tu. Tak kira la die tu samseng jalanan ke atau tidak. Kekadang orang yang berpewatakan alim sekalipun, bila atas jalanraya terus jadi lain perangainye masa memandu. Kenyataan yang pahit untuk diakui, kan?


Kenapa jadi macam tu? Entah la. Aku sendiri pun tak pasti. Mungkin gamaknye dorang nak lepaskan perasaan kot. Maklum le kat dunia realiti dorang kena behave. Menjaga segala adab di hadapan semua orang di sekeliling. Kang jatuh le martabat kan? Jadi nak tak nak 'terpaksa' juga menjaga tingkah laku. Masa masuk je kenderaan masing-masing terus perangai tu jadi auto-tune bertukar secara tiba-tiba. Tu yang kadang-kadang kite nampak, pakai serban tapi bawak kereta sikit punye ganas tak peduli orang keliling dah. Betul tak?

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tapi kali ni aku nak cakap pasal perangai hodoh penunggang motorsikal sebabnye aku ni kan gadis rempit ayu. Bhahaha. Seriously, sepanjang gigih merempit ni, macam-macam jenis penunggang motorsikal yang dah aku jumpa dan dah bermacam-macam situasi yang agak membengangkan aku hadapi. Bab situasi yang menyampah tu aku dah pernah tulis dulu dalam entri pantang larang masa drive moto. Jadi kali ni nak tulis pasal perangai penunggang moto yang agak membengangkan pulak. Meh kite lihat, apakah perangai hodoh tersebut.


#1 : Meludah sesuka hati.

Ohoi..yang ni dah banyak kali aku terkena. Hampeh betol! Geli woi terkena air ludah orang. Tambah kalau diiringi dengan kahak. Huwarghhh. Tensen nak mati kalau kena. Rasa macam nak terus pergi mandi wajib dan samak sampai hilang rase geli. Uhuk! 

Dorang ni ingat dorang ludah tu terus jatuh kat jalan ke? Tak pikir ke yang angin bayu akan membawa percikan ludahan dorang tu. Lepas tu penunggang di belakang dorang yang terkena. Arghh..tensen tahap tertinggi betol dibuatnye. (-_-")


#2 : Merokok sesedap rasa

Yang ini lagi satu kepantangan aku. Kekadang rase macam nak pecut laju-laju pergi sebelah die pastu sidekick moto die bagi die tergolek bersama-sama dengan moto. Tapi tak mampu nak buat memandangkan sedar diri yang kaki ni pendeks. Uhuk! Tapi aku memang hangen betol la kalau ikut belakang penunggang moto yang sesedap rase merokok sambil menunggang moto ni. 

Tak cukup ke sedut angin dengan asap kenderaan je? Nak jugak hisap rokok. Lepas tu hembus sesuka hati. Tak pikir ke asap yang dorang hembus tu akan berlalu bersama angin bayu pastu orang belakang terpaksa sedut sekali? Dah la kena sedut asap kenderaan yang lain sama. Bengang betol. Dah le aku pemalas nak pakai mask sebab rimas. Hadoi.

~Erk? Sila jangan tiru aksi ini. (-_-") ~


#3 :  Merempit laju macam jalan tu die sorang je yang guna

Satu lagi spesis penting diri punye orang. Die fikir die sorang je kot yang guna jalanraya. Rempit dan menyelit sana sini sesuka hati die je. Gilos punye orang. Tempoh hari aku terkena. Dah tahu laluan motorsikal tu tak berapa nak lebar. Tapi nak jugak menyelitnye. Dah la masa tu hujan dan jalan agak licin. Aku tengah nak pintas pakcik kat depan aku sekali ade mamat rempit datang nyelit kat sebelah. Dah jadi 3 motor beriringan bersama-sama meredah hujan. Kerjasama betol. 

Entah dari celah mane die datang aku pun tak perasan. Masa aku nak pintas tu rasa macam takde motor pun. Die pun jauh lagi kat belakang masa tu. Sekali tetibe menyelit kat sebelah. Siap hoi-hoi kat aku lagi. Aku sikit punye gabra masa tu. Dah terhimpit kat tengah-tengah. Sian jugak kat pakcik tu. Mesti die pun terkejut. Nasib baek tak eksiden beramai-ramai. Ngek je mamat tu. Die ingat die sorang je yang terpaksa redah hujan ke? Hish!


#4 : Suka tekan brek tetiba dan tak reti bagi signal

Ada jugak yang pesyen sikit-sikit nak tekan brek. Takde ape-ape kat depan die pun nak tekan brek. Dah tu tetibe pulak nye. Kite yang ikut kat belakang die ni kalau tak alert memang 'selamat' la langgar bontot moto die. Maklum le tak sempat nak tekan brek. Entah pesyen ape ntah suke beno tekan brek tetibe. 

Lagi satu yang jenis tak reti nak bagi signal bila nak masuk simpang. Susah sangat ke nak tekan lampu signal nye? Ini main rodong je masuk simpang tetiba. Time tu la nak brek tetiba pastu masuk simpang tak bagi signal. Buat terkejut orang yang kat belakang. Apa la salahnye kalau malas nak tekan signal, angkat je sebelah tangan tu macam masa belajar ambil lesan moto dulu. Takkan dah lupe kot? Hadoi la. Tak pikir ke perbuatan dorang tu boleh membahayakan penunggang moto lain yang berada kat belakang? 


#5 : Beriringan sambil bersembang mesra

Pernah jumpa penunggang yang jenis macam ni? Yang ni selalunye dorang merempit beramai-ramai dengan geng nak pergi ke sesuatu tempat. Alahai. Tak boleh ke tunggu dah sampai kat tempat yang dituju baru bersembang? Sebok beno nak bersembang atas jalan raya. Menggangu lalu lintas penunggang motor yang lain tahu tak? Aiyaya.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hah! Itulah antara perangai hodoh penunggang motorsikal yang aku sempat observe dari pengalaman aku sendiri yang menjadi mangsa terkena ni. Kesian kat penunggang yang berhemah macam aku. Selalu je jadi mangsa keadaan. Sedih betol. Siapa antara korang yang pernah kena macam ni? Takpun ade lagi ke perangai hodoh penunggang moto yang korang pernah alami selain yang kat atas ni. Cube kongsi sikit dengan aku.


Tapi ade lagi satu benda yang aku perasan tau sepanjang menjadi pemerhati sambil menunggang moto ni. Penunggang moto lelaki kan, ade 3 style cara duduk bawak moto. Kekadang aku tergelak sensorang atas moto bile perhati. Lawak. Ahaha. Korang nak tahu jugak ke? Nanti aku cerita eh. Kuikuikui. ;p



Bisik-bisik :: Jadilah penunggang motor yang berhemat. Sebab risiko penunggang motor untuk menjadi mangsa kemalangan sangat tinggi. Be careful! Ingatlah orang yang tersayang.
*peringatan untuk diri sendiri juga*

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

12 orang bagi nasihat:

Sophie Al-Yahya said...

hurm, tak pernah merasa sebab tak menunggang motor.

Tapi yang menyampah pasal penungang motosikal ni bila dahla tak menunggang kat laluan motosikal, siap jalan kat tengah2 lane pulak tu, kalau laju takpe lagi, ni lambat macam siput.huuu.. nak hon tak sampai hatilah pulak.sabau jela..

Daddylicious said...

memang boleh sakit melayan mereka ni...

caer sasuke said...

caer lepas eksiden motor bawak pon x smpai 80 da..hehe

wallpaper dekstop doodle percuma

Nora & Adhwa said...

Benci Mat Rempit..! hehe...

dah follow...

datang la follow sambil shopping di
http://vanillawardrobe88.blogspot.com/
Thanks :)

Namee Roslan said...

selalunya lah, pemotor ni harap si kereta ni yg hati2 dan nampak them, diorg bwk mcm org gila pun takpe, asal kereta mesti kena hati n nampak diorg. sesukahati je menyelit. kdg2 rse nak langgar.

ARC™ said...

lg 1= bawak muatan melebihi had atas moto

♥CIK SHA♥ said...

@Sophie Al-Yahya :: a'a..ade jugak yang pesyen tu..suke bawak moto tengah2 jalan pastu selow macam siput..ehehe..sabo je la ek sophie kalau jumpe org cenggini..

♥CIK SHA♥ said...

@Daddylicious :: pastu boleh mengundang kemalangan jugak dgn sikap dorang tu kan? membahyakan orang lain..

♥CIK SHA♥ said...

@caer sasuke :: betol ke ni tak sampai 80? macam tak caye je..ehehe..

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: betul! kebanyakannya macam tu. Saye pun tak faham kenapa ade yg berfikiran mcm tu. Padahal yg naek moto ni pun kena berhati-hati jugak..

♥CIK SHA♥ said...

@ARC™ :: a'a..aku pernah jumpa satu family tu smpai 5 org naek moto..anak sorang kat depan dalam raga.. 2 lagi anak terkepit kat tengah2 antara mak bapak dorang..hadoi la..bahaya betol..

♥CIK SHA♥ said...

@Nora saya yg naek moto pun benci mat rempit..ehehe..

thanks sudi singgah dan follow..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com