Saturday, 7 January 2012

~Buku Bajet~

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak tulis topik santai-santai je. 'Berat' jugak kepala otak bila menulis topik yang agak serius. Maklum la sebab sebelum menulis tentang sesuatu isu, aku akan menjadi seorang makhluk yang sangat banyak berfikir. Mula mengkaji dan meneliti pendapat-pendapat dari pelbagai sudut. Kemudian baru mula menulis untuk menyampaikan pendapat aku pula. Semasa menulis tu pun akan mengambil masa yang terlalu lama kerana memikirkan ayat yang relevan supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak. 


Ya. Itulah kaedah yang digunakan bila aku menulis. Tak pernah lagi aku menulis sesedap rasa dan sesuka hati sahaja tanpa membuat pembacaan dan penyelidikan terlebih dahulu bila mahu mengulas isu yang 'berat'. Dan tak pernah lagi aku menyatakan pendapat dengan melanggar syarak dan melampaui batas. Aku cuma mahu menyampaikan sudut pandangan aku buat pembacaan semua. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Itu terpulang kepada individu dan aku terima itu juga sebagai pandangan dari mereka. Kita semua berhak menyatakan pendapat selagi tidak tersasar dari landasan Islam.


Baiklah, berbalik pada tajuk entri. Kalau korang nak tahu, memandangkan aku ni kan kedekut orangnye, jadi setiap perbelanjaan yang telah aku keluarkan, akan ditulis dalam sebuah 'BUKU BAJET'. Bukan Bajet Hot ke Bajet Alim ke. Ini adalah Buku Bajet Perbelanjaan. Senang cakap Buku Kewangan la. Hoho. Aku mula mencatat perbelanjaan dalam buku bajet ni masa gaji pertama aku terima tahun 2010 yang dulu. Sekarang ni dah masuk buku bajet yang kedua. Boleh jadi Menteri Kewangan ni. Ahaha.


Dalam buku bajet tu, segala apa sahaja yang aku beli atau belanja akan dicatit secara details berserta dengan jumlah wang dibelanjakan. Tak cukup dengan tu, aku kepilkan sekali semua resit-resit perbelanjaan. Sampai tulisan kat resit tu tak nampak dah pun aku simpan jugak. Punya sayang nak buang. Sampai tahap tu. Ish3. Buku bajet aku pun biase-biase je sebenarnye. Pakai notebook/buku log je. Tak perlu buku yang cantik-cantik sangat pun.


~Inilah BUKU BAJET PERBELANJAAN aku.~


Kenapa aku memerlukan buku bajet? Sebab senang nak pantau aliran keluar masuk duit gaji aku la. Setiap bulan aku akan peruntukan sejumlah wang dari gaji aku untuk simpanan tetap dalam BSN. Wajib! Kalau ada duit lebih di hujung bulan, baru aku akan tarik lebihan duit tu dan masukkan dalam simpanan alternatif aku pula dalam akaun Bank Muamalat. Sebabnya, kedua-dua akaun bank ni aku takde kad. Jadi possibility aku nak mengeluarkan duit dari akaun tu memang takkan terjadi la.


Jadi lebihan duit gaji yang lain selepas tolak duit simpanan tetap, aku belanjakan mengikut keperluan. Apa yang aku rasa perlu beli, baru aku beli. Kalau takde keperluan, aku cuma memandang sepi je la walaupun teringin sebenarnye. Dari lebihan duit gaji tersebut tu jugak aku peruntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan dapur rumah mak aku. Dah aku tinggal dengan die. Jadi kena la keluar duit belanja dapur. Takkan nak duduk saje je kot. Dah le menumpang rumah mak. Kena la sedar diri sikit ye dak?


Aku juga memperuntukkan gaji aku untuk membayar bil berukben, pinjaman PTPTN dan lain-lain perbelanjaan macam belanja makan, bayar tol, isi minyak moto. Semua tu aku perincikan dalam buku bajet tau. Takde tinggal seketol pun. Aku tulis semuanya. Nampak sangat kedekut tak? Siap ada perancangan kewangan lagi tu. Punye kedekut nak keluar duit sesuka hati. 'Bernasib baik' la bakal suami bila kawen dengan aku nanti. Aku nak jadi bendahari rumahtangga pantau kewangan keluarga. Hoho.


Pada aku, bagus sebenarnya ada Buku Bajet ni tak kira la kedekut ke tak. Sebab boleh didik diri supaya tak sewenang-wenang berbelanja macam diri tu tukang cop duit. Bila ada buku bajet, kita akan tahu ke mana duit kita habeskan. Takde la tetibe 'meroyan' kata duit mengalir macam air paip la, duit missing in action la, dan apa saje la. Itu korang la tu. Hehe.


Siapa di antara korang yang ada habit macam aku ni? Tahniah aku ucapkan sebab korang antara yang pandai mengatur kewangan peribadi. Ecewah. Memandai je kan. Takde la. Tapi pada hemat aku, orang yang suka catit perbelanjaan dia ni seorang yang bijak mengurus kewangan. Amboi..macam nak puji diri sendiri je Cik Sha? Ahaha. Bukanlah. Apa la korang ni! (-_-")




Bisik-bisik :: Elakkan pemborosan! *Ayat apakah ini? Ehehe.*

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

10 orang bagi nasihat:

A.I said...

wow!
mmg great.
rumet aku sorang cam ni.
mmg hebat la.
org lain hujung2 sem dah sesak, dia relax lagik. sebab pandai jimat kan.


aku nak buat noh 2012 punya resolution laa. nak try bajet betol2.


wey teringin sangat. at least ada tinggalan duit masa hujung sem. but it never happen. huahhh!


cer kau buat entry cemana nak betol2 tolak rasa teringin kat something like baju ke, kasut ke? sebab pompuan salu mmg tu laa yang payah nak tahan tu, kan?

zulfikar hazri said...

peh untunglah laki ko nanti, ada bini pandai urus duit.

bapak aku sebijik macam kau. ada diari, ada note, segala benda bayar, masuk apa ke ada catit.

JungRara said...

saya pernah try wat cam ni. tp x jadi dah..sebab malas nak catit..hehe

Cik Sibuk said...

salam,

saya dedulu ada gak, tapi buat dalam excel aje..tak rajin nak tulis dalam buku. pakai excel senang..kira2 pon pakai formula aje.

pastu sekarang ada app dalam ipod. So update budget lam ipod aje..

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Hiro said...

org guna mikrosof ofice dah skan..hihi

Namee Roslan said...

bagus !! sebenarnya kalau nak elak duit shot je..lebih baik list kan semua perbelanjaan kita dan kalau nk beli apa2, mesti mahu letak bajet !! :D bru duit kita cantik !

hamzah ian said...

hai cik adik usm.. hehe

Siti Safiyyah said...

nak buat macam ni jugaklah utk next sem. dulu masa skolah rendah, ada gak buat. ada lagi tau simpan sampai skang. hehehe

haniruz said...

akak ada..hahaha..ingat akak sorg je kedekut,sha..siap kdg2 tu, buat tax sendiri..perghh..bulan ni dah guna sekian2..so, next 2 months jgn mengada nak beli macam2..hahaha..tp dugaan nak membeli belah tu sgt la kuat..nak2 ofis ni sebelah shopping mall je.. T.T xpela..berjimat utk masa depan..good luck sha..good luck utk semua gak..semoga kita akan cepat2 bebas hutang.. :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com