Sunday, 1 January 2012

~Azam Tahun Baru. Perlu ke?~

Assalamualaikum. Hai!


Entri pertama di tahun baru 2012. Selamat tahun baru buat semua. Semoga tahun 2012 ni membawa lebih kebahagiaan, kegembiraan dan segala macam lagi kebaikan untuk kita semua. Semua dah pakat update belog sempena tahun baru eh? Aku je lambat sikit. Biasa le tu. Ekeke. Mesti ramai yang dah mula berazam macam-macam kan sempena tahun baru ni? Aku? Err..azam aku tahun ni nak jadi isteri orang. Boleh? Hak hak hak.


Apa pun azam korang, semoga semuanye akan tercapai dengan jayanye. Jangan memula je berazam, lepas tu non hado korang nak berusaha untuk capai semua azam-azam korang tu. Memang harapan le nak tercapai. Usaha itu perlu oke. Jangan duduk saje melangut tunggu azam jatuh gedebuk tercapai. Pemalas beno la korang ni. Ish ish ish. Yang penting, hari-hari cube berazam untuk capai azam tahun baru korang tu ye. Eh? Ayat ape la aku taip ni? Konpius lak. Haish.


Cakap pasal azam ni, tetibe aku terfikir. Kenapa setiap kali tiba tahun baru, mesti semua sibuk nak pasang azam? Perlu ke eh? Memang setiap kali macam tu ke prosedur nye? Eh..siap prosedur bagai pulak aku ni. Ahaha. Tapi itulah nye, asal lagi sipi-sipi masa nak berganjak ke tahun baru, orang dah sebok tanye, "Apa azam tahun baru ko nanti?" Betul tak?


http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/393990_312279415478318_100000887868022_976023_836969900_n.jpg
~Hasil kreativiti adik sedara aku. Nice kan?~

Sebenarnye, perlu atau tidak untuk kita mempunyai azam? Bagi aku, terpulang pada diri masing-masing. Berazam la banyak mana pun korang nak. Asalkan tidak melanggar syarak dan melampaui batas-batas agama. Itu yang penting. Ade ke yang berazam benda yang bukan-bukan? "Azam tahun baru aku tahun ni nak jadi perogol." "Azam tahun baru aku nak jadi pelacur." Ade yang berazam macam tu? Gilos gamaknye orang tu. (-_-")


Sebagai seorang Islam, sepatutnye setiap kali tahun baru Hijriah tiba kita perlu berazam. Tidak semestinye kena tunggu tahun baru Masihi tiba baru kita nak pasang azam. Tahun baru Hijriah hari tu ade tak korang tanam azam? Berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman. Berazam untuk menjauhi larangan-larangan Allah. Berazam untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Berazam untuk berbuat baik dengan semua orang. Dan macam-macam lagi la. Korang sendiri boleh fikir. Ada tak? Takde? Lor..nape takdenye? Apa la korang ni.


Jadi, salah ke kalau kami nak berazam masa tahun baru Masihi ni? Tak salah la sayang-sayangku sekalian. Aku pun takde kata salah kan? Awal-awal tadi aku dah mention, nak berazam tu boleh je. Cuma jangan melebihi batas agama. Get it! Lagi satu yang penting, jangan lupa untuk berusaha ye. Aku doakan semoga semua azam dan impian korang tu tercapai hendaknye. Amin.



Bisik-bisik :: Hari-hari remind diri pasal azam dan berusaha untuk capai oke!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

16 orang bagi nasihat:

Gua said...

rasanya azam-azam baru tu tak perlu la kot. bukannya buat pun kekadang. kalau tak berubah tak perlu tunggu tahun baru. bila-bila pun boleh berubah. ye tak? :)

Cik Yatt said...

selamat tahun baru :)

Namee Roslan said...

azam tahun baru..nak terror memasak :D hehehhe. ni nk kena pi beli buku recipe nih. hehe

Pondok Usang said...

selamat tahun baru dik..
semoga azam barumu terlaksana dengan jayanya..

Dylla Fadzil said...

for me, tap perlu sgt pun nak azam bagai nak rak setiap kali awal tahun. bila bila masa, bila ada yg nk betulkan, betulkan lah, tak perlu tunggu nak tahun baru, baru nak berubah. kannn?

ParkAir said...

Bangun pagi celik mata tu la start berazam. Tak tercapai berazam keesokan hari pulak.

Kama Irahsa said...

setiap hari kena ade azam baru. celik2 mata jer kena ada azam utk hari itu. heeh..

A.I said...

new year salu new azam. tapi jarang buat.

so this year malas nak azam2 sangat, but i do have simple target.
hopefully i can reach it. cewahh!

♥CIK SHA♥ said...

@Gua :: kebanyakan yg berazam macam tu kan? kemaen lagi tnama azam..tp smpai akhir tahun tak jugak terbuat..

betul tu..nak berubah tak perlu tunggu tahun baru..bile2 masa pon boleh..yg penting usaha..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Cik Yatt :: selamat selamat..selamat tahun baru untuk kamu juga cik Yatt..

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan :: peehhhh..nak teror memasak eh..nnt leh le rase masakan namee ek? kih3..

♥CIK SHA♥ said...

@Pondok Usang :: selamat tahun baru..^_^

insyaAllah..amin..

♥CIK SHA♥ said...

@Dylla Fadzil :: definitely right! betul sangat tu..nak berubah tak perlu tunggu tahun baru..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@ParkAir :: Bagus2..tetiap pagi kena buat camtu..remind diri sendiri setiap hari..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Kama Irahsa :: betul2! baru boleh jadi insan yang cemerlang..kan?

♥CIK SHA♥ said...

@A.I :: rajin nau tetiap tahun baru berazam ko ni..aku non hado la..kih3..bile rase nak sesuatu yang harus aku capai aku akan buat..itu je..;p

semoga ape saje yg ko azamkan tu berjaya dicapai oke! gud luck to u..^_^



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com