Thursday, 15 December 2011

~Semua Orang Suka Benda Free~

Assalamualaikum. Hai!


Setuju tak kalau aku cakap 'Semua Orang Suka Benda Free'. Entah-entah korang pun tergolong sekali. Aku pun ade kemungkinan jugak la maknanye tu. Hehe. Tipu sangat la kalau ade yang cakap tak tu. Eleleh. Tak yah nak hipokrit sangat la. Mana ada orang yang tak suka kalau dihulur benda free pada dia. Hulur la ape saje asalkan free, mesti laju je terima. Tambah-tambah kalau yang free tu duit. Memang berpinar la mata. Lagi satu bab makanan. Terus perut bernyanyi-nyanyi riang sebab dapat makan benda free. Ye dak?


Okay okay. Tak molek la pulak kalau kata semua orang rakus begitu kan? Sebenarnye ada jugak golongan yang tak berapa gemor nak terima benda free ni. Segan katanya. Tapi ikut keadaan jugak la. Kadang-kadang bile dah disogok, lama-lama hilang jugak rasa segan tu. Nak tak nak terpaksa terima dengan rela hati. Lagipun benda free kan. Dah orang hulur jugak-jugak, tak terima kang terasa hati naya pulak. Jadi keadaan turut berbalik semula pada teori 'Semua Orang Suka Benda Free'. Eh? Macam kena sangat la teori 'Semua Orang Suka Benda Free' ni pada kita. Huehuehue.


Ni kenapa pulak aku tetiba bangkitkan topik begini? Saja nak bincangkan je dengan korang. Nak berkongsi pendapat aku tentang perkara ni. Aku buat pemerhatian tentang teori ni dengan keadaan yang berlaku di sekeliling kita semua sekarang ni ha. Bukannye aku nak memandai-mandai. Cuma nak menyampaikan apa yang sedang aku fikirkan dengan pembaca-pembaca belog aku. Jom kite selidik satu persatu teori ni beserta dengan contoh keadaan. (^_^)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#Benda Free 1 : Duit

Kalau sebut pasal nak dapat duit free, konfom semua pakat laju je serbu kan? Pepatah cakap 'macam semut hurung gula'. Berduyun-duyun manusia datang sampai sanggup berhimpit-himpit dan bertolak-tolak. Contoh yang berlaku sekarang ialah masa keluarnya borang bantuan persekolahan dan BR1M baru-baru ni. Kemaen lagi semua menyerbu. 


Yang mak bapak selama ni tak pernah nampak batang hidung pun bile cikgu panggil datang sekolah untuk hari PIBG dan penyerahan buku rekod anak, tetibe bile hari tu timbul pulak die. Demi duit. Mereka yang selama ni kemaen lagi pompang pompang 'berceramah politik' ngutuk kerajaan kat kedai kopi, tetibe hari tu die orang pertama yang beratur nak dapatkan borang. Demi duit.


Ye. Kenyataannye ramai orang boleh kabur pandangan bile berkaitan dengan duit. Hal-hal lain boleh tolak ke tepi dulu. Siapa yang taknak kalau dihulurkan duit secara percuma kan? Tapi-tapi-tapi, tiba satu saat tetibe muncul seorang hero yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur konspirasi, semua jadi melatah. Mula nak memaki hamun tak ketahuan hala. Pastu memandai membuat anggapan sendiri. Terus semangat nak menyebarkan fakta yang tidak diketahui kesahihan nye. Tak pasal-pasal jadi penyebar fitnah tanpa disedari.


Ololo. Ada yang terasa ke? Maaf la ye. Tak berniat pun nak menyakitkan hati korang. Cuma mata aku sakit tengok orang asyik share benda yang belum tentu betul kat fesbuk tu ha. Sudah-sudah la. Kalau nak duit tu, buat je la permohonan dengan isi borang. Dapat tak dapat itu belakang kira. Ada rezeki ada la. Takda nak buat macam mana kan?


Kalau taknak, duduk diam-diam sudah macam aku. Aku tak teringin pun nak minta sebab aku fikir lebih ramai lagi orang susah yang memerlukan duit tu. Biarlah dorang je yang apply. Aku mampu lagi tanggung diri sendiri dengan duit gaji seciput aku tu walaupun kalau diikutkan aku memang layak jugak untuk memohon. Senang cerita, diam itu lebih baik. Tak suka dan taknak, tak payah nak timbulkan propaganda.




#Benda Free 2 : Makanan

Makanan free yang paling mudah nak dapat ialah masa kenduri kawen. Huahuahua. Jadi bile orang panggil ke majlis kenduri jangan segan-segan nak pergi. Dapat makan free tu, pengantin belanja. Rugi la kalau tak pergi kan? Kui kui kui.


Tapi yang paling best tentang makanan free ni ialah bile dapat baucer makanan free. Kalau tak berapa nak free pun dapat discount yang banyak. Tambah-tambah untuk makanan fastfood macam mekdi dengan kepsi. Lagi menderu-deru orang berebut nak dapatkan. Maklum la makanan standard dan mahal kan? Ye ke?


Tapi-tapi-tapi, bile tetibe kupon free tersebut ditarik semula dan dibatalkan oleh pihak pengurusan restoran fastfood tu, terus semua orang 'terlompat katak'. Memberontak tak puas hati sebab tak berkesempatan untuk dapatkan makanan free. Mula nak memaki hamun tak ketahuan hala. *ulangsemula ayat kat atas* Pastu 'mencarut-carut' kat pesbuk la, twitter la, belog la. Pasal tak dapat makanan free pun nak mencarut ke? Kesian betul. (-_-")


Fikir la logik sikit. Dah nama pun promosi. Walaupun diberikan baucer free, mesti la ade limit jugak jumlah customer yang boleh dapatkan makanan free tu. Kalau takde limit mampos bungkus la restoran fastfood tu. Dah semua orang serbu nak makanan free. Kesimpulannya, siapa cepat dia la yang dapat. Jadi tak payah la nak memberontak sangat. Kalau nak jugak yang free, tunggu je la next offer. Pastu jadi la orang yang pertama ok?


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Hah. Cukup la 2 situasi ni je aku kongsikan untuk bagi bukti yang 'Semua Orang Suka Benda Free'. Yang mana boleh buat ramai orang jadi 'hilang akal' sekejap bila tak berjaya mendapatkan benda free tersebut. Sebenarnya banyak je contoh-contoh lain lagi. Tapi ini aku bagi yang sedang berlaku sekarang ni la. Mengikut peredaran masa la kengkonon nye. Haha.


Maaf la kalau penulisan aku ni membuatkan ade yang 'panas pungkoq'. Meh nak tolong kipas. Kuikuikui. Dah ramai sangat golongan yang jadi 'tak berapa nak betul' sebab benda ni je ha. Rimas betul aku. Tetibe pulak aku yang rimas kan? Ahaha. Ntah ape-ape la korang ni tau. Tak habes-habes buat perangai. Adudui. Sudah-sudah la tu. Jangan asyik nak mengharap benda free je.



Bisik-bisik :: Sebab benda free, ramai orang jadi 'gila'. Kesian...(-_-)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

25 orang bagi nasihat:

Fizzy Ilham Photography said...

jom dapatkan free pre wedding!! ;-)

http://fizzyilham.blogspot.com/2011/12/2012-wedding-promo.html

LAici KAng Ais said...

niceeeeeeee :)

premium beautiful said...

Mana ada benda free kan.. mesti kena buat something.. ;)

zulfikar hazri said...

hahahaha, aku duk bukak KFC fanpage, layan tengok org ngamuk.. kekekekeke

Fakhruddin Abdul Aziz said...

entri menarik...sy klau bnda free nk gajet je..

Terbang Bersamaku said...

benda free mmg ramai yg suka, jgn tolak rezeki katanya...

♥CIK SHA♥ said...

@Fizzy Ilham Photography :: amboi..ade promosi eh..mekaseh le ajak..tapi tak berminat kot..lagipun belum nak kawen lagi..;p

♥CIK SHA♥ said...

@LAici KAng Ais :: ape yang nice tu? hoho...;p

♥CIK SHA♥ said...

@premium beautiful :: haa..u got the point! tu la..semua asyik kejar nak yg free je kan manusia ni..pantang kalau dgr free..tapi kenyataan nye takde menda yg totally free..mesti ade sumtin yg kite kena buat or sacrifice..

♥CIK SHA♥ said...

@zulfikar hazri :: haha..rajin nau ko layan baca dorang tu meroyan..kesian kan kat dorang? tak dapat makanan free pun boleh hilang akal meroyan tak ketahuan hala..

♥CIK SHA♥ said...

@Fakhruddin Abdul Aziz :: amboi..gajet tuh..lagi mahal kot...ehehe..tp susah la nak dapatkan benda free ni sbnrnye..bg saye takde benda yg memang betul2 free kite boleh dapat..melainkan orang bg hadiah kat die..but then, mesti ade something juga yg kite kena korbankan..am i right?

♥CIK SHA♥ said...

@Terbang Bersamaku :: a'a..betul la tu..ramai yg cakap mcm tu bile sebut tntg benda free..'jangan tolak rezeki'..

A.I said...

currently i need free money.
dah hujung sem.
sesakkk! sobsss. huahhh

naz said...

saya nak mati free! sebab nak mati sekarang pun susah nak tanam kalau tak cukup duit.

Jejaka Terhangat said...

sape tak suka bnda free..lagi2 kalo orang nak kasi duit. elok la ambik. ahaks.. pasal BR1M tu, dia nak bagi, kita ambik. pasal KFC plak. JT tgk iklan boucer tu mmg dah jangka offer tu takkan lama. so, tak berharap sgt pon. tp mane yg mmg fast food lover. tu yg melenting bukan main kat page KFC aritu. kesian..

noa said...

tetiba aku dah lupa mana nak cari button comment huhuhuhu

aku tak kira aku nak cakap gak
aku suka barang free

lagi2 kalau ticket wayang free ko bagi lalalla :)

♥CIK SHA♥ said...

@A.I :: sian ko..ehehe..g la amik wit rm200 yg gomen bg tu weh..cepat2! ;p

♥CIK SHA♥ said...

@naz :: mati free tu camne la? mati lemas dalam laut kire free tak? ;p

♥CIK SHA♥ said...

@Jejaka Terhangat :: sebab tu saye cakap 'semua orang suka benda free'..ehehe..

sebab memang kenyataan nye begitu..;p

♥CIK SHA♥ said...

@noa :: hoi! dah la lama menghilang..pastu sedap2 je mintak aku bg tiket wayang free kat ko eh? kem salam! ahaha..

Namee Roslan said...

betul. bila dapat benda free, mulut ni nk sengih je. hehe. walau dpt suratkhabar free. :D semua bnda yg free best. em entah. mmg perasaan semulajadi. hehe

ARC™ said...

lagi benda free ialah iphone 4s pastu sume bangang kena spam kat fb

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sbg rakyat tak kira la pembangkang ke.. kerajaan ke.. kalau dia layak dpt bantuan, kita tak blh pertikaian. Tu memang tggjwb kerajaan yg memerintah. kalau nk bg bantuan pn ikut parti.. susah la. kita sbg org awam pn x blh pertikaikan, sindir or gelakkan dia. dia pn rakyat so di berhak terima kalau dia layak. dia sokong apa tu hak dia (komen ini takde kena mengena dgn politik just pandangan peribadi jer)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sbbnya bayar cukai takde ikut parti.. semua org ttp kena byr, kan?? jd bila ada bantuan pn mcm tu.. tak kira parti apa, yg layak berhak dapat. Ini cuma pandangan saya jer..

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: betul mummy lekit..yg tu saye langsung tak pertikaikan..penyokong kerajaan ke penyokong pembangkang ke..memang layak ambik kalau cukup syarat..pergi la ambik..

saye langsung tak sindir pun..yg saye sindir ni yg jenis dengki kat org yg berhak dan layak dapat pastu sesedap rase buat propaganda yg bukan2 nak jatuhkan kerajaan..konon bantuan ni hanya diberikan pada yg gaji cukup ngam2 sampai 3 ribu bile ditambah dengan bantuan ni..yg gaji ciput takyah mimpi nak dapat..


itu yg saye geram tu..kesian kat org yg betul2 susah dan mengharapkan bantuan tu..benda ni tersebar kat fb ari tu..kalau mummy lekit alert la..itu yg buat saye keluarkan entri ini..itu saje..no offense ok..takde sindir sape2 pun yg nak g ambik tu ha..g la ambik..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com