Saturday, 24 December 2011

~Bajet Alim!~

Assalamualaikum. Hai!


"Tak payah la nak sebok jaga tepi kain orang. Kang kain sendiri carik tak sedar pulak. Nak tegur orang konon.  Kubur masing-masing la. Bukan aku kacau sape-sape pun. Suka hati aku la. Tak payah nak bajet alim sangat la!"


Pernah tak jumpa orang yang suka cakap macam ni bila diri dia ditegur oleh seseorang tentang perlakuan dia? Tak kesah la perlakuan dia tu apa. Mungkin kelancangan menulis dengan bahasa yang kasar dan mencaci maki. Mungkin kebiadapan mulut berbicara sesedap rasa. Mungkin sebab keterujaan meng'upload' gambar sendiri yang agak menghairahkan demi meraih perhatian. Mungkin kerana penampilannya yang agak 'daring' dan menyesakkan mata orang lain yang memandang. Dan banyak lagi kemungkinan lain.


Memang realitinya, ramai yang tak suka dirinya ditegur oleh sesiapa saja. Baik adik-beradik, kawan-kawan,  sedara-mara mahupun ibu bapa sendiri. Tambah-tambah la kalau yang menegur tu orang yang tidak dikenali. Memang boleh 'terbako' la hatinye. Mahu meluap-luap rasa marah. Itu yang keluar ayat seperti di atas tu. Betul atau tidak? 


Kenapa dia tidak boleh menerima teguran orang? Banyak sebabnya. Mungkin dia rasa termalu sendiri. Mungkin juga dia rasa egonya tercabar. Mungkin dia memang tak suka dengan orang yang menegur. Mungkin dia rasa semua yang dilakukan adalah tindakan yang betul. Mungkin dia rasa orang lain takde hak nak tegur apa yang dia buat. Dan mungkin banyak lagi sebab-sebabnya.





Tak kesah la apa pun kemungkinannya mereka ditegur dan apa sahaja sebabnya mereka tidak boleh menerima teguran tersebut. Janganlah kita sebagai orang menegur rasa marah dengan sikap mereka itu. Apa yang penting, kita telah melakukan tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita dengan saling ingat mengingati. Ingat satu perkara. Kita menegur mereka bukan kerana hendak mencari kesalahan mereka. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Itu yang sebaiknya.


Percaya lah cakap aku. Kita tegur orang dengan cara baik macam mana sekalipun, pasti akan ada yang melenting tak ketahuan hala. Tambah la kalau cara menegur tu agak tegas dan 'keras' sedikit. Memang orang yang ditegur tu boleh 'hilang akal' dibuatnya. Nanti akan ada la tindakan drastik dan 'kurang bijak' yang bakal mereka lakukan. Mencaci maki semula kepada yang menegur tu memang dah konpom punye la. Jadi kita yang menegur ni pun jangan 'melatah' sama. Buat rileks sudah.


Memang ayat cliche yang bakal dihamburkan buat orang menegur adalah 'BAJET ALIM!'. Aku pun tak pasti kenapa orang yang tak boleh terima teguran akan menghamburkan ayat sebegitu. Menegur kesilapan orang tak semestinya nak membuktikan yang si penegur tu BAJET ALIM. Apatah lagi nak menunjuk yang dirinya ALIM. Dan tidak semestinya hanya orang yang ALIM je boleh menegur kesilapan yang kita dah lakukan. 


Semua orang ada hak untuk memberikan teguran kalau sesuatu perlakuan tu adalah salah dan jelek pada pandangan mata orang lain. Sepatutnya kita kena terima teguran orang dengan hati yang terbuka dan positif. Kemudian cuba memuhasabah diri dan memperbaiki kesalahan yang dah kita buat tu. Bukannye dengan bertindak agresif dengan membalas teguran orang dengan kata-kata dan perbuatan yang menampakkan kita ni kurang bijak. Tak pasal-pasal pulak nanti orang label 'dah la perangai hodoh, otak pulak bodoh'. Tak ke lagi sadis tu? (-_-")



Bisik-bisik : Orang takkan tegur kesalahan kita kalau orang tu tak sayang pada kita. Orang akan menegur sebab taknak kita memalukan diri kita sendiri pada masyarakat. Ingat tu!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

17 orang bagi nasihat:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

org yg melenting bila di tegur ni kebanyakkan sebab dia termalu sendiri dengan kesalahan yg dia buat. jadi nak cover malu, maka dia melenting supaya org nampak dia garang & x berani tegur lagi lepas ni..

♥CIK SHA♥ said...

@THE LEKAT LEKIT STORY :: a'a eh mummy lekit..ade betulnye jugak tu..konon nk tunjuk diri tu hebat dan die garang la dgn membela diri sendiri..padahal sebaliknye menampakkan yg die seorang yg penakut..kesian kan dgn org yg macam tu..

zulfikar hazri said...

ok bernas. betul...

kita tak perlu jadi maksum bila nak tegur kemaksiatan yang berlaku.


2 salah tidak menjadikan salah satunya betul.

amirah said...

orang yang tak bleh ditegur ni mmg bajet ah. takkan nak tunggu ulama datang kot..ni la org kata bodoh sombong.peace!

Gua said...

bila orang tegur tu kan, tandanya sayang. so, kita kenelah cuba terima seadanya. =)

naz said...

kalau kita tak buat kita tak takut:) sendiri buat sendiri mahu ingat lah :D

♥CIK SHA♥ said...

@zulfikar hazri :: that's the point! tajam betul akal ko..boleh nmpk point sebenar dr bebelan aku yg panjang lebor tu..ehehe..


org skang ni camtu la..asal ade org tegur sikit kesilapan die terus maki hamun kata org tu bajet alim..pelik betul..org alim je ke yg boleh tegur kesilapan org yg buat salah?

♥CIK SHA♥ said...

@amirah :: tu la..dorg nak kata org yg menegur tu bajet alim..dorg pun sama jugak..bajet nak tunjuk lagak sombong tu..

♥CIK SHA♥ said...

@Gua :: betul! orang takkan tegur kalau tak sayang..ade ke org tegur sebab benci? takde punye la..

♥CIK SHA♥ said...

@naz :: jadi bile orang tegur kena terima lah kan naz? ;p

Kama Irahsa said...

dlm menegur seseorg, kena ada petua.

1. pemilihan ayat yg betul
2. dgn nada yg betul
3. pd masa yg betul

insyaallah seseorg tu boleh terima teguran kita. tp kalu xbole terima sgt dh, dh abis dh tggjwb kita. huhu..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

I love my mum when she give advices! Sangat terkesan dan mudah untuk kita menerima!:')

gadisBunga said...

ada org menegur dgn lembut, tapi ayat yg diguna tu menyakitkan telinga yg mendengar da boleh buat sakit hati.

ada org nak tegur satu benda je, abis dikaitkan dgn benda lain.

boleh naik melenting jugak kalau mcm tu...

♥CIK SHA♥ said...

@Kama Irahsa :: 3-3 petua tu betul..tapi ade sesetengah orang, walau kite yg menegur dah praktikkan petua tu semua, dorang tetap tak boleh terima jugak teguran..siap dimaki nye pulak..jenis yang tu la yg nak describe camne pun tak tau..(-_-")

♥CIK SHA♥ said...

@FIFIEY LYCHEE MARATION :: saye pun suka kalau mak yg tegur kesilapan saya..

tapi ade sesetengah anak yg marah balik bila mak dorang tegur kan? yg tu anak jenis apa pun tak tau le..T_T

♥CIK SHA♥ said...

@gadisBunga :: yg tu bukan menegur kot..yg tu memang sengaja nak sakitkan hati orang..memang ade je orang yg macam tu GB..

Namee Roslan said...

kubur masing2...mandikan mayat masing2 gak ke ?? hehe, jawab mcm tu kat dia. sombong sgt. :)



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com