Friday, 11 November 2011

~Kategori Penulisan Blog Jadi Isu?~

Assalamualaikum. Hai!


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Err..belom terlambat lagi kot nak wish kan? Maaf la. Orang perasan sebok macam aku ni memang cenggini la. Pemalas nak mampos update belog. Lagipun takde yang menarik pun tentang life aku seharian sampai tetiap hari nak update belog semata-mata nak cerita apa aku buat. Buang masa je korang nak baca. Sama je jadual seharian aku setiap hari.


Bila hari bekerja aktiviti aku seharian tentulah aku sibuk buat kerja di pejabat. Balik dari kerja pulak masa untuk aku berehat dan tidur. 5 hari seminggu macam tu la tetiap hari. Bila hari cuti pulak tentulah aku gunakan masa yang ada untuk berehat sepuas hati. Tonton tv, membaca belog orang, main masak-masak sesuatu yang aku nak cuba, terbungkang tido, siapkan kerja freelance dan apa-apa je la yang aku nak buat. Kalau bosan sangat aku pergi la merewang mana-mana seorang diri. Dating? Jalan-jalan cari makan dengan bf? Maaf. Takde dalam diari hidup aku. 


Lagipun siapa la aku ni ha nak cerita personal life aku setiap hari kat orang. Dah la tak menarik langsung. Membosankan je. Lebih baik la aku menulis apa yang aku rasakan ada ilmu nak dikongsikan dengan korang. Ye dak? Ehehe. Cuma kekadang tu ada la jugak aku selit-selit cerita pasal diri aku. Menipu sangat la kalau kate aku tak pernah menulis tentang diri aku kat belog kepunyaan sendiri. Ish ish ish. Nak menipu pun agak-agak la. (-_-")




Ahaa..cakap pasal penulisan belog ni tetibe idea nak membebel pun mencurah-curah. Dah lama jugak tak sentuh pasal dunia belog. Selama aku berbelog ni, dah bermacam-macam jenis belog yang aku jumpa. Serius. Sangat banyak rupanya kategori belog ni. Maklum la penulis belog pun terdiri dari pelbagai golongan. Ada budak sekolah, pelajar U, mak orang, bapak orang, bini orang, laki orang, kuli, bos, pekerja profesional, pekerja tak profesional. Eh! Pendek kata macam-macam jenis orang la.


Bila dah penulis belog pun bermacam-macam jenis orang, maka penulisan di belog pun ada bermacam-macam kategori jugak la. Kalau nak dikaji memang tak terkaji kot ada berapa banyak kategori belog. Jadi kat sini aku nak senaraikan beberapa kategori blog yang aku dapat kenalpasti je la. Kalau korang ade penambahan, sila tulis di ruangan komen ok. Nak jugak tahu kategori apa yang ada lagi yang aku terlepas pandang. 


#1 :: BELOG PERIBADI

Kategori ni paling banyak rasanya. Semua golongan pun terlibat. Belog peribadi ni lebih kepada menceritakan tentang kehidupan seharian. Aktiviti apa yang dibuat hari ni. Pergi dating kat mana hari ni. Makanan apa yang best dapat makan hari ni. Sakit hati dengan orang tu. Stress dengan diri sendiri. Err..kesimpulannya, apa je yang berlaku ke atas diri ditulis dalam belog.


#2 :: BELOG CINTAN-CINTUN

Kategori ni boleh terbahagi kepada 2 jenis. Satu yang ditulis tentang tips-tips dalam percintaan. Contoh macam Belog Terfaktab. Satu lagi jenis yang ditulis oleh individu yang entri belognye semua tentang kisah cintan-cintun die. Putus-sambung balik-dapat yang baru. Yang manis-manis, yang pahit-pahit. Semua dia luahkan dalam belog. Belog kan diari peribadi. ;p


#3 :: BELOG MOTIVASI

Belog motivasi ni pulak penulis belognye lebih suka menulis sesuatu untuk memberikan motivasi dan nasihat pada orang lain. Tak semestinya perlu jadi pakar motivasi untuk memotivasikan orang. Kadang-kadang penulis belog jenis ini menggunakan diri sendiri sebagai contoh untuk memberi motivasi dan nasihat.


#4 :: BELOG KEAGAMAAN

Belog keagamaan selalunya dimiliki oleh golongan-golongan yang tinggi ilmu agamanya. Menulis untuk memberikan dan berkongsi ilmu agama kepada orang lain. Secara tak langsung belog menjadi platform untuk mereka berdakwah.


#5 :: BELOG POLITIK

Err..ini jenis belog yang paling aku menyampah nak baca. Haha. Bukan ape. Kebanyakan belog politik yang aku jumpa, penulisnye emo kemaen. Mengutuk pihak yang bertentangan ideologi politik dengan mereka. Yang pro-kerajaan maki pro-pembangkang. Yang pro-pembangkang maki pro-kerajaan. Haishhh. Tak paham langsung! Tapi ade jugak la yang natural. Menulis tentang politik dari sudut pandangan dia tanpa berpihak pada sesiapa pun. Yang ini ok kalau aku nak baca. Ehehe.


#6 :: BELOG MASAKAN

Belog paling best! Aku suka pergi sebab nak cuci mata menatap gambar-gambar makanan sampai rasa terliur. Haha. Satu lagi tentulah nak mencuri resepi yang ada untuk dicuba. 


#7 :: BELOG TUTORIAL

Belog yang totally tulis pasal tutorial je agak jarang nak dijumpai. Kebanyakannya terselit dalam belog peribadi dan penulisannya banyak yang copy-paste je. Ye dak?


#8 :: BELOG GOSIP ARTIS

Pada yang jenis gila hiburan dan seronok nak tahu aib artis-artis yang dibenci atau perkembangan terkini artis kesayangan mesti selalu terjah Belog Gosip Artis ni kan? Tu korang la tu. Keh3. Aku tak berapa gemar baca belog jenis ni. Sebab aku tak amik tahu pun pasal artis yang ade. Lantak dorang le.


#9 :: BELOG FOTOGRAFI

Belog kategori ni pun aku suka jengah sebab nak tengok gambar-gambar yang awesome. Tambah-tambah gambar orang kawen. Biase la orang bujang. Memang suka tengok gambar kawen. Boleh feeling nak kawen cecepat. Haha.


#10 :: BELOG BISNES/SHOPPING ONLINE

Belog yang didominasi oleh kaum perempuan. Maklum le yang gile nak shopping pun orang pompuan jugak. Macam-macam jenis belog bisnes yang ade. Yang buat tempahan cupcake, cake, chocolate dan hantaran. Yang jual beg, shawl, kasut, contact lens dan sebagainya. Yang buat bisnes keje freelance macam lukis doodle, design belog, design itu ini pun ade jugak.


#11 :: BELOG PENDAPAT

Penulis belog ni selalunya menulis tentang sesuatu isu dan memberikan pendapat dari pandangan beliau secara telus. Aku suka baca belog jenis macam ni jugak. Tambah-tambah kalau isu yang dibangkitkan menarik. Lepas tu pendapat yang diberikan oleh penulis pun ade rasionalnya. Kalau yang jenis bagi pendapat ikut sedap rasa, point tak kukuh dan langsung tak rasional, memang aku tak gemor sangat nak membacanye. 

Belog pendapat ni selalunya akan buat kita terfikir balik secara kritis. Belog Pendapat yang aku suka baca adalah macam Belog Rasa Hati tulisan Zulfikar, Belog My Name is Namee tulisan Namee Roslan dan Belog Kereta Mayat tulisan Hamka. Sebenarnye banyak lagi. Ini 3 di antaranya.


#12 :: BELOG PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN

Uik? Panjang benor nama belognye. Ehehe. Aku reka je tu. Tak tahu nak bagi kategori apa. Belog jenis ni selalunya berkongsi tips-tips penjagaan haiwan kesayangan. Kebanyakan yang aku jumpa pasal kucing le. Aku kan cat lovers. Memang la aku jengah belog jenis ni nak amik tahu semuanya tentang penjagaan kucing kesayangan aku tu. 


#13 :: BELOG MAKI HAMUN

Jangan tak tahu dalam dunia belog ni wujud belog jenis macam ini ye kawan-kawan. Banyak jugak kot. Penulis buat belog memang bertujuan untuk memaki hamun dan mengutuk orang yang dibenci teramat sangat. Memang semata-mata untuk itu saje. Sian benor orang yang jenis ni. Takde life gamaknye sampai wujudkan belog untuk maki orang yang die benci. Rajin benor die stalk pasal orang tu setiap masa. Ish3.


#14 :: BELOG INFORMASI

Belog yang memberikan pelbagai informasi kepada pembaca. Informasi macam mana? Informasi pasal kerjaya, pasal penulisan resume, pasal tips nak pergi temuduga, pasal penjagaan kesihatan, pasal penyakit-penyakit dan bermacam-macam lagi la. Itu aku kategorikan sebagai belog informasi. :p


#15 :: BELOG CARCA MARBA

Erk? Kategori ape la ni gamaknye ek? Ehehe. Carca marba tu maksudnya bercampur-campur la. Semua pun die nak sumbat dalam belog. Pendek kata dari 14 kategori belog di atas ada jugak dalam belog jenis ini. Kecelaruan identiti sungguh. Ahaha. Tapi rasanya belog aku boleh disenaraikan dalam kategori Belog Carca Marba ni kot. Tskkk. (-_-")





Rasanya ada macam-macam lagi kategori belog kan? Malas dah aku nak fikir. Korang fikir la pulak. Ehehe. Mesti ada yang tak puas hati dengan entri aku ni jugak kan? Kategori penulisan belog pun nak jadi isu ke? Eh2..rileks le kawan. Aku tak jadikan isu pun la. Apa pun kategori belog yang korang tulis, bukanlah menjadi isu yang besar sebenarnya. Yang penting korang tak melanggar etika dalam penulisan. Menulis juga perlu ada tata tertib. Jangan sebarangan pulak. Kita perlu menjaga sensitiviti sesetengah pihak. 


Sebabnya tak semua akan suka dan bersetuju dengan apa yang kita tulis.  Maklum la manusia ni kan tahap pemikiran nya berbeza-beza. Kekadang lain yang kita tulis dan nak cuba sampaikan, lain pulak yang diterjemahkan oleh otak dorang. Lepas tu nanti mula la dijadikan isu. Biasa la. Perangai manusia yang suka cari pasal memang akan macam tu selalunya.


Kesimpulannya, sebagai seorang blogger yang beretika, menulislah dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab dengan apa saja yang telah ditulis. Yang pembaca pula sila hormat penulisan dan pendapat orang yang menulis selagi tulisannya tidak melanggar etika dan melampaui batas. Memang kita berbeza pendapat, tapi tak perlu la sampai nak mengecam sehingga memaki hamun pula sebab berbalah tentang pendapat yang penulis berikan. Rasanya masing-masing dah bijak kot nak berfikir dengan rasional. Apa-apa pun, Selamat Berbelog dan Selamat Membaca!



Bisik2 :: Menulis dan membaca belog adalah salah satu terapi minda buat aku.. (^_^)

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

19 orang bagi nasihat:

Marya Hana said...

blog i caca marba gak .. mcm2 ada.. yang banyak personal life, org nak bace, bace.. xnak bace.. jangan bukak.. habis cerita ^^

hiro said...

blog keh tak tahu genre menda..aok boleh tolong chek? kakaka

Kumbang Jingga said...

blog aku pun takde dlm kategori kt atas hehehe...

starzieti said...

blog saye carca marba. hehe ~

Zulfikar Hazri said...

aku suka baca blog pendapat jugak...

senang citer aku suka baca blog semua... selagi cara penulisan dia bagus aku baca je...


cuma aku tak minat sangat blog maki hamun, buang masa je masuk baca.. :)

teruskan berblogging yah...

Alieza Dayasari said...

berblog dgn sebaik mungkin.
hope tak ada yg maki hamun...
hmmmm...
budi bahasa budaya kita.. hehehe
singgah usha entry usha iklan. sama2 tmbh tabung blog.
salam singgah.

Nurha said...

belog i pun carca marba...menulis dan meletak gambo sesedap rase..haha

♥CIK SHA♥ said...

@Marya Hana ::

haha..kita boleh geng..belog carca marba la cool..ki3..;p

♥CIK SHA♥ said...

@hiro ::

amboii..madah sarawak ya kitak ni..kenak pa?jatuh hati sama gadis sarawak kah?(betol ke aku merepek ni?haha)

belog ko aku pun tak reti nak klasifikasikan..belog bapak-bapak mithali kot..ko kan suke tulis pasal ica anak khayalan ko tu..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Kumbang Jingga ::

takde ke?habes tu belog ko ape la kategori nye? cer kabo sket..

♥CIK SHA♥ said...

@starzieti ::

hehe..takpe..kite geng ok!

♥CIK SHA♥ said...

@Zulfikar Hazri ::

aku pun baca je semua jenis belog tapi yang penulisan die bagus le..yg maki hamun aku pangkah je terus..pening nak baca..haha..

♥CIK SHA♥ said...

@Alieza Dayasari ::

betul..berblog sebaik mungkin..bila kite jaga etika berblog kita insyaAllah takde yg akan maki hamun..^_^


btw, thanks sudi singgah..

♥CIK SHA♥ said...

@Nurha ::

wahaha..best kan kalau belog carca marba..boleh sumbat ape je sesedap rasa..hoho..

Anonymous said...

Ko lupa satu blog kepakaran ko..blog utk kutuk dgn kata2 kesat yg mencerminkan peribadi wanita jalang ko...padan la boypren lari..muka pun alahaiii seposen tapi tulis cam dah matang..pi ulang semula PMR bwahahaha

♥CIK SHA♥ said...

ni cik anon mane pulak ni ::

alahai..ko ni mesti somebody yg aku kenal ni..butthhurt dengan penulisan aku ke? kesian..

sikit punye banyak tazkirah aku bagi, ayat dah habes sopan ko kata aku kutuk dgn kata2 kesat?bile mase yg aku tulis kata2 kesat?ade ke aku maki2 dgn perkataan yg tak sekolah macam ko guna dalam komen ni?komen ko lagi menunjukkan ko ni dalam kategori tu..kesian betul..

maaf la kalau ko terasa eh dengan penulisan aku..lain kali jgn la sebok stalk aku..dah le main serkap jarang je..bile masa pulak boifen aku lari?ahaha..kesian la ko ni..adudui..


muka aku anugerah Allah..yg nak kutuk rupa aku pehal?


memang aku dah matang pun..ko tu yg tak matang..tulis komen macam ape je..


tak payah ulang PMR..aku cemerlang..dah ade degree pun..nak amik master pulak..


dah la..tak payah nak dengaki sangat dengan aku..p main jauh2..tak payah nak sebok2 baca belog aku ni..tak suka tapi mai baca..maca pelik je perangai..tak berubah2..

Namee Roslan said...

hey riesha, hehe. saya sebenarnya teringin nak tulis peribadi macam blog gadis yg biasa buat. i mean peribadi yg detail lah tp setakat ni belum ready lg kot nk buat entry macam tu. keluar pergi tesco pun nk tulis dalam blog..hehe.

A.I said...

belog aku belog campur2 jek.
asal aku rasa nak tulis aku tulis.

aku tak suka tgok org yang mmg tiap hari update, tapi update semata nak update sebab tiap hari nak update.

paham tak?
cam keling plak eh ayat.


kira cam ni la dia set mind tiap hari mesti update. bagos la cam tu, dapat kawan ramai blahblah.

tp letih gak kalo nak baca. tetmbah kalo dia mmg dok komen blog kita salu. hewhew.


neway, apesal aku rasa ko menulis matang eh? WEY NAK KEJE GAK! tak sabarnyaa! hahaha

ParkAir said...

Aku ni kategori ape sha? Bleh bagi 1 link blog motivasi dengan blog kucing?



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com