Monday, 24 October 2011

~Tangisan di malam hari~

Assalamualaikum. Hai!


Malam ni nak kongsi pengalaman seram sikit la. Saje nak bagi korang rasa jugak apa yang aku rasa. Ini cerita betul tau. Aku tak reka-reka. Kejadian ni jadi tengah pagi buta semalam. Agak-agak dalam jam nak hampir pukul 3 pagi. Masa tu aku masih belum lagi tidur. Tangan gatal nak update belog time tu. Lagipun masa tu mata tak berapa rasa mengantuk. Selalunya memang aku dah terbungkang dah. Semalam mata ni bertahan lama pulak.


Tengah syok mengoogle gambar nak tempek dalam entri pagi semalam tu, tetiba telinga aku ni terdengar satu bunyi yang agak meremangkan segala bulu kat badan. Ops! Bulu roma je ok. Jangan nak kuning sangat otak tu. Tapi serius weh. Memang seram yang amat! Memula aku ingatkan bunyi tu datang dari speaker yang aku pasang. Aku tengah dengar radio SuriaFM online masa tu. Tapi macam pelik je bunyinye.


Masa tu dada ni berdebar gilos. Aku volume-down bunyi speaker sikit konon nak dengar betul-betul bunyi apa. Sekali terus terkedu. Publish entri cepat-cepat, terus shutdown lappy. Lanyak katil, tarik selimut sampai atas kepala, mulut tak henti-henti berzikir sampai terlena. Takot punya pasal. Uhuhu.






Siangnye mak bukak cerita. Pergghhh. Aku ingatkan aku sorang je dengar. Rupanya mak dengan kakak pun dengar jugak. Masa tu dorang terjaga sebab nak terkensi. Agak kuat jugak le eh menda alah tu mengongoi. Korang tahu tak mengongoi tu apa? Die macam menanges rengek-rengek tu. Tapi nyaring syahdu gitu bunyi die. Wuuuuwuuuuuuuuuu. Lebih kurang gitu la. Korang bayangkan macam korang tengok movie seram ade bunyi han-two nanges jadi bunyi latar. Boleh bayang?


Lepas habes bunyi tu, dengar bunyi salak anjing sayup-sayup. Memang ketar habes la. Sebab orang cakap kalau dengar bunyi anjing menyalak macam jauh je sayup-sayup, maknanye 'benda' tu ade dekat je. Huwaaa. Takot nak mampos! Entah dari mana sesat 'die' datang. Kalau korang nak tahu rumah aku ni memang dekat gila dengan hutan getah. Walaupun aku duduk rumah taman. Memang bila malam kawasan sekeliling rumah aku ni sunyi gila yang amat. Agak menakotkan jugak le. Huuuu.


Seumur hidup aku, tak pernah lagi la aku berdepan secara bertentang mata dengan makhluk Allah yang satu ni. Nauzubillah. Mintak dijauhkan la. Pengalaman dengar 'suara' tu pun dah cukup dah. Jangan la die datang mengusik lagi. "Ya Allah. Lindungilah kami sekeluarga dari sebarang gangguan. Sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami memohon perlindungan. Amin."



Bisik2 :: Korang pernah ada pengalaman seram macam ni tak? (-_-")

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

9 orang bagi nasihat:

Ku Azhar said...

haaaa jgn tgk tingkap tau!

aceDultraman said...

ohh sungguh ngeri kisah ini,.. bertambah ngeri kalau cita nie terjadi ketika hang layan bapakku.fm time kisah seram malam jumaat... hehehheehhe

♥CIK SHA♥ said...

@Ku Azhar ::

huishh..takde la nak buat kerja gila pergi jengok tingkap memalam buta..(-_-")




@aceDultraman ::

hoit! ngek la hang ni..hahah..time dengar tu pun aku dah meremang bulu tengkuk dah..

Frause said...

dia nak berkawan jer tu...

Wan Nurul Zur Ain Bt Wan Din said...

ee takut nyew

Kumbang Jingga said...

kakak kj pun pernah dgr org menangis gak kt tepi tingkap dulu...masa tu kami tak tebang lagi pokok ketapang kt tepi umah

Namee Roslan said...

eh takutnya. kalau terjadi lg, u pasang cd quran kuat2. pasang kuat biar satu rumah berkumandang. benda tu lari nnt :) I salu kena kacau, i maki balik n tunjuk mcm i tak takut.hehe.

aniki said...

aku banyak pengalaman camni..kalau ko nak hayati keseraman dia,ko boleh order kat aku..nanti aku buat entry khas untuk ko hayati dunia tanpa sempadan ni..hahaha

Zulfikar Hazri said...

perghhh ni memang kisah seram...


kau tak rakam plak kan? kalau tak mesti leh entry letop2...



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com