Monday, 31 October 2011

~Susuk Emas Moden~

Assalamualaikum. Hai!


Setiap wanita memang mengimpikan wajah yang awet muda dan bebas dari sebarang cela. Even sebijik jerawat pun tak boleh ade ok! Apatah lagi bebintik hitam, bebintik putih, jeragat dan garis kedut-kedut. Kalau ade tu mahu mengamuk gile. Ye dok? Ingat lagi tak entri aku tentang Obses Kecantikan ? Dalam point 2 dan 3 ada aku bincangkan tentang ke'obses'an wanita terhadap kulit wajah.


Wajah yang cantik adalah aset utama yang perlu ada pada setiap wanita. Sebab lelaki kan suke tengok wanita-wanita yang cantik je. Jadi kulit wajah perlulah dijaga sebaik mungkin. Bile kulit wajah bebas dari sebarang 'anasir' cela tersebut, bermakna wanita itu sangatlah cantik. Kalau tak jaga kang hodoh berkerak muka. Nanti takde pulak lelaki yang sudi tengok. Silap-silap dihina pulak tak memasal. Mulut laki ni kan agak 'celupar' jugak. Tambah-tambah bile tengok pompuan tak cantik. Macam la diri tu hensem sangat. Huh!


Bile wanita terlalu obses sangat tentang kecantikan wajah, maka berlonggok la produk skincare yang dikeluarkan. Bermacam-macam jugak la jenama produk. Dari yang murah sampailah yang mahal nak mampos. Tapi ade perempuan kesah mahal ke tak? Janji bile pakai satu-satu produk, hasilnye muke jadi mabeles. Try semua jenama produk yang ada sampai jumpa yang bersesuaian. Dan bermacam jenis bahan kimia la terserap oleh kulit wajah memasing. Tapi apa ada hal kan? Janji cantik oke!


Sekarang ni, kalau nak cantik tak payah dah bersusah payah cari bomoh yang terer pakaikan susuk emas kat muka. Sebabnya dah ada produk penjagaan wajah yang mempunyai unsur emas di dalamnya. Berapa banyak kuantiti emas yang dimasukkan tak pasti la pulak. Janji bila pakai je produk tu, konfom muka jadi cantik menawan. Kat Malaysia, dah ada 2 jenama produk yang mengeluarkan 'Susuk Emas Moden' ni. Produk apa tu? Jeng jeng jeng...





Ya. Produk dari jenama Safi dan Syahirah. Kedua-dua produk yang diiktiraf Halal. Selamat dan Suci seperti trademark jenama Safi. Safi Rania Gold adalah formulasi Nano Emas 24K. Manakala Syahirah Iffah Gold & Platinum pula Kombinasi Unggul Emas 24K & Platinum. Hebat kan teknologi sekarang? Susuk emas dah dipermodenkan. Nak pakai susuk emas cari je kedua-dua produk ni.


Kenapa aku nak samakan produk jagaan wajah ni dengan susuk emas? Jangan salah faham dulu. Ini cuma perumpamaan sahaja. Tapi cuba korang bagitau kat aku, apa beza produk ini dengan susuk emas? Macam sama je kan? Nak bagi muka cantik. Dulu-dulu nak pakai susuk emas, kena cari bomoh susuk untuk cucuk kepingan jarum emas ke kulit wajah. Sekarang cuma sapukan je krim-krim tersebut pada wajah, maka emas yang terkandung dalam krim tersebut terus je meresap ke dalam kulit wajah. Berbeza tak fungsi dia? Sama bukan?


Ini bukan aku memandai buat teori sendiri tau. Hal ni aku dengan kakak pernah sembangkan tempoh hari bila tengok iklan produk ni kat tv. Kakak aku bagitau ada pensyarah di tempat kerja dia bangkitkan tentang produk-produk ni. Pensyarah tu adalah seorang yang pakar tentang farmaseutikal. Beliau sangat tidak bersetuju dengan keluaran produk ni. Sebab pada pandangan beliau fungsi produk ni sama dengan susuk emas. 


Aku bila dengar hal ni, terus je otak ligat bekerja memikirkan relevan nya cakap pensyarah tu. Setelah lama buat pemerhatian, aku turut bersetuju dengan pendapat pensyarah tu. Memang tepat! Produk ni memang takda beza dengan susuk emas. Yang membezakan cuma pemakaian susuk emas ada jampi serapah nya yang mana haram di sisi agama dan pemakaian produk berunsurkan emas ni pulak cuma main sapu-sapu je takde jampi serapah.


Jadi persoalannya, adakah masih Halal produk ini untuk digunakan? Bukankah pemakaian susuk diharamkan dalam Islam. Takkan nak ambil mudah hukum agama? Dah tu nak labelkan produk ni sebagai Susuk Halal ke? Lagipun takde unsur-unsur penggunaan ilmu sihir. Dan seperti yang digembar-gemburkan, produk ini adalah Halal. Maka penggunaannya tidak ada kena mengena langsung dengan pemakaian susuk emas la kan? 


Wallahu'alam. Aku bukan seorang yang layak untuk meletakkan hukum halal atau haram pemakaian produk ini. Yang hanya mampu aku buat adalah elakkan diri dari memakai produk-produk ni. Sebabnya telah timbul perasaan syak dan was-was di hati aku. Dulu ada jugak terdetik macam nak guna. Kononnya nak menten muka awet muda aku ni ha. Kui3. Tapi bila fikirkan apa yang pensyarah tu cakap ada betulnya, terus aku batalkan keinginan tersebut. 


Aku tahu memang ramai golongan wanita yang dah pakai dan teruja sebab wajah jadi cantik hasil penggunaan produk ni. Termasuk korang jugak kan? Bukanlah aku nak menghasut pulak supaya korang berhenti guna produk ni. Kalau korang rasa yakin produk ni memang halal dan tidak timbul syak yang ianya sama dengan pemakaian susuk emas, maka teruskanlah penggunaan. Jika sebaliknya hentikanlah. Semoga kita terhindar dari terus lalai dengan ke'obses'an nak nampak cantik sehingga ambil mudah soal halal haram.



Bisik-bisik :: Lelaki takde heran pun nak pakai produk yang bukan-bukan untuk wajah mereka kan?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

14 orang bagi nasihat:

Kumbang Jingga said...

waahhh baru tau produk tu ada emas dlm bahan dia..mahalnyaa...ingtkan produk tu nama dia gold je takde kene mengena ngn gold pun hehe...

starzieti said...

pena jugak tpikir sal nih sbb tuh tak pakai safi rania. lagipun safi rania unt org dewasa an. remaja cam sy nih tak sesuai. ehe ~

rainyscream said...

pasal produk muka ni entah la. xpernah plak pakai yang ada emas, perak or gangsa ke..hihi. dari f4 memang pakai produk yang sama je, rizreni. hihi. xperlu susah2 nak pikir cari produk dah. yes!

ARC™ said...

susuk melibatkan ilmu sihir yg ni x ...

♥CIK SHA♥ said...

@kumbang jingga ::

loo..sebab tu la nama produk dia gold..dah kandungan dia ade gold..ko ni..ish3..

♥CIK SHA♥ said...

@starzieti ::

a'a..untuk org dewasa yg 25 tahun ke atas yg takut kedut2 bertempek kat muka die..kih3..

♥CIK SHA♥ said...

@rainyscream ::

rizreni? produk ape tu? tak pernah dengar pun..


sebenarnye tak elok sgt pakai produk2 muka ni ha..kan byk bahan kimia..memang untuk jangka masa pendek efek bagus untuk kulit wajah..untuk jangka masa panjang kite tak tahu..kan ke semua bahan kimia tu dah meresap masuk dalam saluran darah kite..

♥CIK SHA♥ said...

arc ::

erk? ye tak ye..pakai susuk ade jampi serapah..yg ni tak perlu jampi serapah ek..

tapi ntah la weh..aku still ragu-ragu nak pakai..kesimpulannya elakkan je la diri dari pakai..bio le muke berkerak pun..huahuahua..

eiela said...

kulit saya tak serasi dengan produk safi nih. biasa pakai bedak nyonya je dari kecik sampai sekarang.

ParkAir said...

memang ada emas betul ek? x paham sangat aku ni..

Anonymous said...

Unsur EMAS 24 KARAT DALAM PRODUK SAFI RANIA dipanggil SUSUK MODEN??
unsur emas 24 karat yang terkandung dalam Produk Safi Rania


Kecantikan juga adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah SWT. Bagi yang menggunakannya sesuai tuntutan agama, dia akan menjadi orang yang beruntung. Dan bagi yang menggunakannya di jalan yang salah, sangatlah merugikan dan berdosa. Umat Islam terutamanya, kaum wanita Muslim di negara ini pernah dikejutkan dengan isu suntikan Botox. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan penggunaan kaedah ini yang diyakini mengubah kejadian Allah, sekali gus menyimpang daripada ajaran Islam yang syumul. Baru reda dengan kekalutan Botox, sekali lagi umat Islam dikelirukan pula dengan penggunaan unsur (habuk-habuk) emas 24 karat di dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit.


Penceramah , Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, mengakui beliau pernah ditanya oleh orang ramai tentang pandangan Islam mengenai penggunaan produk kecantikan yang mengandungi unsur emas 24 karat atau adakah ini dinamakan susuk moden? Siti Nor Bahyah selaku jurucakap Halal Safi menjelaskan, Islam tidak melarang manusia itu atau umatnya untuk kelihatan cantik, namun perlu mengikut garis panduan yang dibenarkan di dalam Islam. Ini kata beliau dibuktikan dalam satu hadis Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah ini Maha Indah dan Maha Cantik dan Allah suka yang indah-indah dan yang cantik-cantik.”
•“Susuk dengan penggunaan emas yang terkandung di dalam produk kecantikan Safi Rania Gold 24 karat ini sangat berbeza.
• Pertama, pemakaian susuk, ia ada menggunakan jampi serapah atau mentera, ada orang perantara (bomoh susuk) untuk memasukkan susuk ke mana-mana bahagian yang dikehendaki dan sebelum si pemakai menghembuskan nafas terakhir, dia perlu mengeluarkan susuk tersebut terlebih dahulu.
•“Berbeza dengan rangkaian produk kecantikan Safi Rania Gold di mana ia tidak menggunakan bahan jampi serapah. “Malah produk ini apabila dipakai di wajah ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya. Berbeza dengan mereka yang memakai susuk di mana apabila melalui sinar x, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit.
• “Laporan ujian menunjukkan bahawa nano-gold (Au) hanya dikesan pada lapisan epidermis dan dermis. Ini menunjukkan bahawa nano-gold tidak berupaya untuk menyerap sehingga ke pembuluh darah dan kerana itu ia tidak menganggu sistemik kulit. Malah juga tidak berlaku pertambahan pada jumlah habuk emas pada lapisan dermis, sama ada bagi sapuan sekali atau berturutan. Apatah lagi, menganggu sistem kawalan kulit tersebut.
• Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa habuk-habuk nano-gold yang digunakan dalam produk kecantikan Safi Rania Gold tidak tersimpan atau tertinggal di kulit malah ia hilang atau dibawa keluar daripada kulit semasa proses semula jadi pembaharuan kulit.
• Seperkara lagi produk Safi ini bebas daripada bahan alkohol. Mengulas tanggapan yang mendakwa pemakaian segelintir produk kecantikan, akan membuatkan wajah lebih menonjol, seterusnya menarik perhatian ramai dan bukankah ini dikira telah mengubah kejadian Allah
• Contohnya, Botox yang jelas mengubah bentuk wajah seseorang itu. Bagaimanapun penggunaan produk kecantikan Safi Rania Gold, ia tidak mengubah bentuk muka seseorang itu tetapi ia lebih kepada merawat wajah iaitu dari kusam kepada lebih sekata rona muka si pemakai tersebut. Perlu ditekankan di sini, ini tidak merubah ciptaan Allah tetapi bermatlamat kepada membantu merawat masalah yang dihadapi.
" JADI.. PENGGUNA SAFI RANIA GOLD SEPERTI SAYA BOLEH MENGGUNAKAN PRODUK SAFI RANIA TANPA WAS-WAS "

Shahada Fauzi said...

@Anonymous :: terima kasih atas penerangan yang panjang lebar ni sedara/sedari anon..saya dah pernah baca dah statement ustazah bahiyah pasal ni..saya dah sedia maklum tentang hal ni..

yang cakap produk ni susuk moden tu seorang pensyarah farmasi..bukan saya..dan saya tak samakan pun pemakaian produk ni seperti pakai susuk emas dulu kala tu..

saya tak kata salah untuk pakai..cuma berhati-hatilah..saya memang tak pakai produk-produk yang mengandungi unsur begini..takut ade efek jangka masa panjang..itu je..

jangan salah faham dengan penulisan saya ni pulak ye..selagi tak memudaratkan, produk begini boleh dipakai..bergantung pada diri masing2..tapi saya memang takkan pakai..itu saje..

untuk makluman, saya pun pakai produk safi..tapi produk safi yang saya pakai cuma yang mentimun tu je..^_^

hamba Allah said...

hua..sy da beli produk ni..tapi ase cm was2 jer..nak buang rse rgi cz bnyk lg..cmne ni..huk3..dilema2..

Anonymous said...

hua,,sy baru je beli produk ni..
tp dah beli ase cm nk pkai xnk pkai je..nak buang syg..cmne ni..huk3..dilema2



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com