Tuesday, 4 October 2011

~Kerinduan Yang Takkan Pernah Hilang~

Assalamualaikum. Hai!


Perasan sesuatu yang baru tak? Header belog aku dah bertukar. Weewitt! Saje nak tayang badan gedebob dengan muke tuan belog yang perasan cute tu pulak. Haha. Nak tukar selera la. Jemu dah tengok header lama. Yang ni header yang ke-berapa  ntah. Lupa dah aku. Rasa nak tengok koleksi header aku pergi le jenguk kat page header. Aku memang tangan kayu. Tak berapa nak kreatif macam orang lain yang header dorang kemain lagi 'berseni'. Aku punya hentam keromo je janji sedap mata aku memandang. Mata korang tak sedap pandang lantak le. Keh3.


Diam tak diam dah bulan Oktober ek? Cepat betoi masa berlalu. Sedar tak sedar hari ni genap 12 tahun 9 hari arwah abah pergi bertemu Sang Pencipta beliau. Arwah pergi pada tanggal 25 September yang tak pernah aku lupakan. Tahun ni belum berkesempatan lagi nak pergi melawat abah. Sian kat abah. Aku ni la asyik bertangguh je nak perginye. Sebok sangat dengan kerja. Uhuhu. 


Masa hari raya tempoh hari tak berpeluang nak pergi pulak. Sebab mak pergi beraya rumah mertua adik kat Johor. Kakak pulak beraya dengan suami dia kat nogori sembilan. Tinggal aku sensorang beraya dengan kucing. Haha. Niat awalnye memang nak pergi. Tapi tetibe aku tak jadi nak pergi. Bukan takut nak pergi kubur sensorang. Cuma takut tersyahdu sendirian kat kubur arwah abah. Dah la aku ni kuat menangis. T_T


Entri kali ni ditulis sekadar ingin meluahkan rasa hati yang teringatkan arwah abah. Memang la setiap masa aku ingat beliau. Tak pernah lupa walau sesaat pun. Sebab dah lama tak cerita pasal arwah kat belog, tu yang gatal tangan menaip entri tentang arwah. Sebelum-sebelum ni pun, ada la jugak entri yang aku tulis tentang kerinduan aku pada arwah. Rasa nak baca aku meroyan melepaskan rindu pada arwah, bacalah  entri Lelaki Yang Paling Aku Sayang dan entri Aku Rindukan Kasih Dari Lelaki Itu. Apa ingat Lelaki tu boipren ke? Arwah abah aku la.



~Muke budak tua yang tengah sedih..T_T~


Hmm. Rindunye kat arwah abah. Rindu yang takkan pernah hilang walau hingga hujung nyawa sekalipun. Tak sempat nak membesar depan mata arwah. Masa kecik-kecik pulak selalu kena tinggal bila arwah kena bertugas jaga sempadan. Masa untuk bermanja tu terhad kerana tugas abah. Mak la yang jalankan tanggungjawab besarkan aku dengan adik sendirian bila abah tugas kat luar. 


Tak sama macam korang kan? Ayah korang 24 jam ade di sisi korang. Bersyukurlah. Tapi aku tetap bersyukur sebab dapat jugak merasa kasih sayang abah sampai umur 15 tahun walaupun jarang dapat kongsi masa bersama. Kenangan yang dikongsi bersama ketika arwah masih hidup banyak sangat dan takkan pernah luput dari ingatan aku. InsyaAllah.


Kehilangan ayah semasa kecil dan sudah dewasa berbeza rasanya. Bila dah besar kita boleh terima kenyataan bila ayah pergi dijemput Allah. Sedih yang dirasa mungkin lah boleh dirawat dalam tempoh masa yang cepat. Sebab kita sudah mampu menjaga diri sendiri dan berdikari. Tapi kalau ketika masih kecil dan bersekolah, lain sangat rasanya. Dan itulah yang pernah aku rasa. 


Bayangkan dengan mak yang tak bekerja dan cuma bergantung semata-mata pada suami, tetiba hilang tempat bergantung harap. Mujur arwah abah bekerja dalam sektor yang membolehkan isterinya menerima duit pencen. Dengan duit itulah mak membesarkan dan menyekolahkan aku adik beradik. Alhamdulillah. Sekarang masing-masing dah berjaya dan ade kehidupan sendiri. Syukur kepada Allah. Mungkin segala yang telah berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. 


Semoga arwah abah tenang-tenang saje di sana. Semoga doa aku untuk arwah setiap kali selesai solat dapat memberikan ketenangan pada arwah. Hanya itulah yang mampu aku lakukan. Korang yang masih ada ayah tu hargailah mereka. Ayah ni walau nampak tegas macam mana sekalipun, mereka tetap sayang anak-anaknya. Cuma mereka tak pandai nak mempamerkan kasih sayang mereka itu secara luaran. Berbaktilah pada ayah korang selagi dia masih bernyawa. Jangan menyesal di kemudian hari.


Bisik2 :: Bila agaknya aku nak dapat ayah mertua pulak ni eh? ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

20 orang bagi nasihat:

Zulfikar Hazri said...

semoga amal baiknya dan sedekahnya berpanjangan kepada arwah... amin...


p/s ayah meninggal sakit apa ya?

FarhanaDr said...

Sayang mereka sangat-sangat. :)

Betul kata Cik Sha, setiap apa yang terjadi mesti ada hikmah..

Selamat malam Cik Sha..

Zura said...

kerinduan yg berpanjangan...sabar je sha..:D

Kumbang Jingga said...

al fatihah.....

Namee Roslan said...

sedihnya :( em rase mcm nyesal plak merajuk dgn papa sy semalam. em nnti dia dah takde x sempat nak minta maaf n cium tgn dia. em entry ni buat sy insaf. al fatihah utk abah awak. :') jangan sedih ok. kita ramai2 sedekah dan doakan kebahagiaan abah awak :)

aniki said...

anak yang baik akan selalu doakan ibu bapa dia tak kira hidup atau mati..jadi anak yang solehah..cheers!!

Fuz. said...

alhamdulillah ;p

gadisBunga said...

sedih.

saya masih ada mak ayah. tapi bila dah semakin dewasa dan mereka semakin tua, bila bangun pagi dan balik keje tengok mereka masih hidup adalah satu anugerah yg tak ternilai.

alfatihah untuk abah awak...

Jard The Great said...

masuk blog ini setelah sekian lama.. nmpk banyak perbezaannya. bila mula baca entri terkini.. tiba2 rasa sedih.

al-fatihah buat arwah ye

Nur Hani said...

skurg2nya kamu belajar utk lbih menhargai apa yg kmu ada d cc.. dr kjauhan jgn lupa mdoakan agar rohnya d tempatkan d klgn org2 yg beriman.. sbr ya..

ParkAir said...

Al-Fatihah.. takpe nanti dapat abah mertua ye..

Abang Zam said...

ada hikmahnya..nice cerita anda

naz said...

nanti kita dah bersama kita share abah saya ya haaha :) hey young lady be strong ok :)

♥CIK SHA♥ said...

@Zulfikar Hazri ::

insyaAllah..mudah-mudahan..amin..

ntah le ikar..aku nak terangkan pun tak tau camne..disebabkan saket misteri juge..dan mungkin dah smpai ajal dia..aku redha je..



@FarhanaDr ::

Alhamdulillah..bertuah ayah doc punya anak sebaik doc..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Zura ::

ye kak..12 tahun dah kak..memang dah terlebih tabah dah ni..cuma kadang2 hati tu terusik jugak la bila rindu sgt2..tmbh2 bile tgk org lain ade ayah..jeles! ehehe..



@Kumbang Jingga ::

al-fatihah..amin..

♥CIK SHA♥ said...

@Namee Roslan ::

Terima kaseh ada doa yang dikirimkan..^_^

Jangan merajok selalu sangat dengan papa namee tu..apa saje yg papa namee buat tu tandanya beliau sayang namee..




@aniki ::

insyaAllah..tak pernah lagi lupa nak doakan kedua ibu bapa..walaupun yang sorang dah pergi..

aminn..semoga saye tergolong dalam golongan anak yang solehah..

♥CIK SHA♥ said...

@Fuz. ::

alhamdulillah..^_^




@gadisBunga ::

alhamdulillah sebab GB masih punya kedua mereka..jaga mereka baik2 smpai hujung nyawa mereka berdua..ok?

terima kasih atas kiriman al-fatihah itu..^_^

♥CIK SHA♥ said...

@Jard The Great ::

Lamanye Jard tak datang sini..terima kaseh sebab masih sudi bertandang..dan terima kaseh juga atas kiriman al-fatihah itu..




@Nur Hani ::

insyaAllah..tak pernah lupa untuk mendoakan begitu..^_^




@ParkAir ::

Ehehe..insyAllah..tak sabo juge nak dapat abah mertua ni..;p

♥CIK SHA♥ said...

@Abang Zam ::

Pasti ada hikmahnya..^_^




@naz ::

bila tu? silalah masuk meminang..kui3..;p

terima kaseh naz..saye akan sentiasa kuat..^_^

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kerinduan tu memang takkan ada akhirnya.. bila baca entri terus terang sy rindu sgt arwah ayah. mcm nampak dia tgh isi borang nikah sy sblm dia meninggal. tgk anak sy.. bertambah2 pilu sbb ayah memang teringin sgt nak ada cucu sendiri tp dah tertulis perjalanannya mcm tu.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com