Review Filem :: HANTU BONCENG

Assalamualaikum. Hai!


Dah lama aku tak buat review filem Melayu kan? Maklum le filem Melayu bukan pilihan utama aku nak tengok kat wayang sebab selalunya tunggu raya je kompom mesti keluar kat tv punya la. Jadi dari membazir tengok kat pawagam bayar beringgit-ringgit tunggu je la time raya. Kalau tak pun, tunggu je beberapa bulan dari tayangan, kat youtube pun dah keluar. Kuikuikui.


Tapi disebabkan raya ke-2 hari tu aku bosan nak mampuih dah jadi jaga kat rumah dan tak tahu nak buat apa, maka aku telah membeli tiket online nak tengok wayang cerita Hantu Bonceng. Kenapa aku pilih nak tengok movie ni? Sebab takde movie lain yang menarik boleh aku layan. Tengok trailer movie ni macam menarik je. Lagipun aku suka tengok jue aziz yang cun tu. Tu yang redah je beli tiket. Aku pergi layan movie ni sensorang je. Pukul 7 malam aku keluar rumah, sampai-sampai jam 7.30 dah, terus laju-laju pergi surau solat maghrib dulu. Wayang start pukul 7.40 malam. Masuk lambat sikit pun takpe kot. Solat lagi penting


Lepas solat aku terus le bergegas naek ke pawagam sebab dah pukul 7.50 malam. Lewat seploh minit aku masuk. Hall penuh weh! Ramai rupanya makhluk yang tak solat maghrib. Ish3. Fenomena biase dah tu kot kan? Ramai ape yang sanggup skip solat sebab takut terlepas scene movie tu. Ye dak? Ada yang butthurt? Memang itu tujuan aku pun. Kuikuikui. Jangan marah oke! Raya-raya ni tak elok marah-marah. Jom la kite review filem Hantu Bonceng ni. Panjang sangat dah mukadimah aku ni ha. Biase la tu. Aku kan suke melalut. Huehuehue.







Pada pandangan aku, movie ni biase-biase je kot. Kalau rasa nak layan, boleh je. Lawak santai. Maklum le pak lawak Zizan yang berlakon. Ada la scene yang boleh tahan lawak. Tapi itu lah pasalnye, movie ni langsung tak kena dengan citarasa aku walaupun aku seorang gadis rempit. Movie ni totally mengisahkan kehidupan seorang mat rempit lakonan Zizan yang dihantui oleh  roh seorang gadis bernama Maya yang mati eksiden kena langgar lori lepas Zizan berjaya menang dia sebagai hadiah juara rempit. Tak sempat nak 'korban'kan dah mampuih.


Zizan dihantui roh Maya sebab roh tu mintak jenazah dia disemadikan dengan sempurna. Itu saje. Yang jadi Hantu Bonceng tu roh Maya tu le. Tapi takde la banyak mane sangat scene hantu bonceng. Scene yang paling banyak ialah scene MEREMPIT dengan BERHANGGUK PALE DALAM DISKO. Tak kena langsung dengan tajuk movie.


Aku assume akan banyak scene hantu bonceng yang lawak-lawak seram, tapi hampa je. Ada tu ada la. Tapi tak banyak pun. Hmm. Ke mereka-mereka yang merempit tu sebenarnye 'hantu bonceng' nye? Mungkin la kot ek. Dah asyik melangak dalam disko terkinja-kinja pastu asyik-asyik rempit moto je keje. Dorang tu la kot hantu bonceng gamaknye. Huahuahua. Tapi bonceng bukan ke maksud die penumpang yang duduk kat belakang penunggang moto tu ha? Aaahhh. Lantak le apa-apa pun. Wat semak pale je nak memikio nye. Layan sudah.



~Hantu Bonceng pakai sandal cun weh! Kuikuikui.~



Keseluruhannya, rating movie ni aku boleh bagi 2.5 dari 5. Sikit ke? Padan la tu kot. Cukup-cukup la tu. Cerita ni bagi aku sangat tidak sesuai ditonton oleh bebudak tak cukup umur. Tidak boleh dikategorikan sebagai Umum (U) mahupun PG13. Banyak sangat scene 'sosial' nye. Aku yang dewasa ni pun geleng-geleng pale je tengok. Minum arak, terkinja-kinja dalam disko, merempit, bertumbuk macam samseng, perempuan tinggal serumah dengan lelaki bukan mahram, amalan sihir menyihir, ngandung luar nikah. Hmm. Macam-macam.


Scene keagamaan? Ada la sikit kot. Tapi kalau tengok sekali lalu rasa macam mempersendakan agama pun ade gak. Entah la. Mungkin perasaan aku sorang bab yang tu kot. Maklum le aku ni kan sensitip sket orangnye. Apa-apa pun kalau korang rasa nak layan movie ni pergi je la tengok. Boleh la nak gelak-gelak. Nama pun filem komedi kan? *tangankedadamatakeatas* Lepas tu pepandai le pikir sendiri ye best ke dak. Citarasa kita kan lain-lain. Mungkin korang kata best. Tapi bagi aku tak best pun. Biasa-biasa je. Jangan jadi macam aku sudah. Tertipu dengan trailer. Kalau taknak rugi, tunggu je keluar kat youtube nanti okeh!



Bisik2 :: Melayang RM10.50 aku. Huwaaa...T_T

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. zulfikar ::

    aku pergi tengok sebab aku dah bosan gile melangut je kat rumah jadi jaga..bhahaha..lagi satu aku suke gile tengok jue aziz yg cun melecun tu..


    tapi memang nyesal kot tgk..rase bazir duit aku..huk3..

    BalasPadam
  2. salam cik sha..
    alahai...baca review yang cik sha tulis ni, buat saya rasa nak cancel la plak tengok cerita ni..huhu tapi member da siap2 booking tiket plak..isk3..

    (fuh...geleng2 kepala..nak tengok ke tak eh..ha ha)

    BalasPadam
  3. nur_cahayamataku ::

    wassalam..jangan terpengaruh dengan review saye..lain org kan lain citarasa..mungkin awak akan kata best lepas dah tgk..mungkin jugak awak macam saye..tapi kalau rase nak tgk, pergi je la..dah beli tiket tu..rugi pulak nnt..ehehe..

    boleh la nak gelak2..memang akan tergelak tgk certain2 scene..tapi itulah macam saye cakap..movie ni terlalu sosial..

    BalasPadam
  4. em bila bab2 movie melayu ni saya dah kecewa dah. memang taknak support dah kot. patut makin lama ada improvement ni lawak sama je. lawak yg typical melayu n tak boleh pergi jauh punya. dulu saya penyokong kuat movie melayu. yela tiap kali ada kt cinema, tentu skali sy pergi tengok untuk support. tp dah lama sgt tgk sama je....so...i cant do much lah. tunggu siar kt tv je. hheheh

    BalasPadam
  5. ala..x best ke? kompom xnak tgok..dah la mmg x tgok citer melayu..>.<

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan