Nostalgia jadi pelajar baru kat universiti

Assalamualaikum. Hai!


Sekarang ni semua pelajar baru dah mendaftarkan diri di universiti masing-masing kan? Memandangkan opis aku terletak dalam kawasan U, jadi bermacam karenah pelajar la yang aku dapat lihat. Seronok pulak rase tengok muke dorang yang excited. Tetiba teringat kenangan masa mula-mula menjejakkan kaki kat menara gading dulu. Aiseh!


Aku masuk U dulu dengan kelayakan STPM je. Bukan macam korang yang keluar dari matriks dan ade yang ambik Diploma dah. Korang kan hebat-hebat. Aku ni lulusan budak sekolah je. Itupun aku dapat masuk U setahun selepas STPM. Sebabnye aku kerja dulu nak kumpul duit. Maklum le orang susah kan. Bukan anak orang berada macam korang. Dah le takde bapak dah. Bapak pulak tak tinggal harta berkoyan-koyan. Yang die wariskan pun rumah ni je ha dengan duit pencen die untuk mak aku. Pampasan yang diterima lepas dia meninggal dah habes mak guna untuk sekolahkan aku adik beradik.


Awal bulan Julai 2005 secara rasmi aku pun bergelar pelajar universiti. Nun jauh kat Sabah aku terbang untuk cari ilmu. Ye. Aku dapat masuk Universiti Malaysia Sabah. Aku ingat lagi, dulu budak-budak U lain suka cakap yang pelajar UMS ni semua yang terbuang tak layak pun nak masuk universiti. Universiti lain tak terima sebab tu kena buang kat UMS. Sesuka hati je cakap macam tu. Padahal aku memang pohon jurusan Multimedia/IT kat UMS. Memang rezeki aku la dapat belajar kat sana. Takde maknanye terbuang ke ape.


~Kampus aku dulu tepi pantai je. Syok ooo!~


Masa terbang pergi Sabah tu, maksu dan paksu aku yang escort aku. Dorang memang dah lama nak merasa pergi Sabah. Jadi alang-alang aku dapat belajar kat sana, maksu dan paksu pun ambil peluang la hantar aku. Oh ye, fakulti aku terletak di kampus cawangan kat Labuan. Jadi aku terus ke Labuan la. Tak pergi kat kampus induk dah sebab aku skip Minggu Suai Mesra. Keh keh keh. Aku daftar seminggu lambat sebenarnye disebabkan ade sedikit masalah.


Sampai-sampai je kat kampus, aku kena urus semua sendiri dari urusan bilik sehingga urusan daftar pelajar. Maksu dan paksu suruh aku berdikari buat semua sendiri. Dorang nak pergi bandar Labuan beli keperluan hostel aku. Jadi dengan terkontang kanting takde kawan sebab tak join orientasi, aku pun redah je la buat semuanya sendirian. Hahaha. Memang gamble habes la masa tu. Dah la takde geng. Sadis sungguh!


Masa kena urus semua sendiri tu aku cuak jugak la. Ada benda yang aku tak tahu sebab aku tak orientasi. Jadi aku tak dapat maklumat yang sepatutnya la kan. Tapi orang cakap, kalau malu bertanya sesat jalan. Maka dengan muka tebal aku main approach je sesape yang ade dekat aku masa tu untuk mendapatkan maklumat. Dari situ aku mula 'buat kawan'. Kalau aku buat malu-malu sampai ke sudah la aku takde kawan kan? Dan sejak hari tu aku mula dapat kawan-kawan baru. Seronok!


~Sebahagian dari coursemate aku. Tak semua yang datang ambil gambar. (-_-")~


Lepas tu, bermula la rutin harian aku sebagai seorang pelajar universiti. Sehinggalah aku menamatkan pengajian dan konvo pada tahun 2009. Sepatutnya aku habes tahun 2008 tapi aku extend 1 semester, tu yang konvo tahun 2009. Hehe. Sepanjang tempoh 4 tahun pengajian bermacam-macam peristiwa aku alami dan banyak kenangan yang dah aku kumpul. Kawan-kawan pun ramai. Dari senior sehinggalah junior. Lecturer dan staf kat U pun ade yang jadi geng. Sampai la sekarang ni ha masih berhubung. Fesbuk kan ade? Hohoho.


Seronok sebenarnye jadi pelajar universiti ni. Masa ni lah kita akan kenal macam-macam jenis manusia yang lebih luas ruang sosialnye. Maklum la dari serata ceruk negeri dan dengan pelbagai karenah. Ada yang baik ada yang kurang baik. Masa ni jugak lah kita terdedah kepada persekitaran sekeliling kita. Sebab tu ada istilah 'kejutan budaya'. Kalau tak pandai bawa diri pasti mudah 'hanyut' dan tersasar. Jadi kita kena ada jati diri yang kuat. Dan yang paling penting, kita kena pandai bawa diri dan jaga perlakuan serta maruah.


Kepada adik-adik (ececeh..sedar pun diri dah tua..haha), pergi universiti tu betulkan niat dulu yang adik-adik ke sana nak mencari ilmu. Ilmu di dalam kelas dan juga ilmu kehidupan. Jangan mudah lupa diri dan hanyut. Leka sangat sehingga terlupa niat utama menjejakkan kaki ke universiti. Sentiasalah ingat kepada harapan ibubapa. Nak berkawan dengan sesiapa saja tak salah. Kawan-kawan yang 'merosakkan' memang sangat ramai yang adik-adik akan jumpa. Jadi pilihlah kawan yang boleh membawa adik-adik ke arah kebaikan. Banyak sangat yang adik-adik akan tempuhi nanti. Jadi sediakan mental dan emosi yang cukup kuat ok!



Bisik2 :: Bila tengok bebudak masuk U ni membuatkan keinginan aku nak sambung Master semakin membuak-buak!

20 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. cik sha..stpm tu lagi thriller dr diploma. sbb tu stpm lebih laki dr diploma. diploma belajar rilex. sebab jangka masa dia panjang. stpm n foundation lebih laku dr diploma. hehe, jom sambung master jom! :D

    BalasPadam
  2. sambung je master tu...rugi ow

    BalasPadam
  3. Nak sambung master juga...

    tapi nak keja dulu cari duit

    BalasPadam
  4. stpm lagi susah dr matriks sebenarnya hehehe...

    BalasPadam
  5. waaaa.. rindu bangunan tu.. rindu sha gak.. hee *wink wink* ;)

    BalasPadam
  6. ah..aku dah jmpe mangsa dah nk tolong untuk subjek IT yg agak kureng feberet eden tuh..aahahaha..boleh x yang..*nada menggoda*

    **psst..dah jwb lam komen dulu..huhu

    BalasPadam
  7. same ngn cik sha...tringin smbung master...

    *p/s : no wonder blog cik sha lawa...bdk i.t upenye..tak cm saye huhu

    BalasPadam
  8. aku buat dip dulu relax je..kawan2 aku yang ambk stpm suma nak giler..maknanya stpm susah lagi la..UMS u paling cantik aku pernah masuk..

    BalasPadam
  9. @Saiazuan ::

    cantik ke? idok le..ni biase je..ade lagi belog yg lagi cantik kot..kekeke..



    @Namee ::

    STPM sangat boleh pecah kepala kot..tambah2 saye amek Science..menanges tau..uhuhu..jom kite sambung Master!^_^

    BalasPadam
  10. @ahmad endo ::

    memang ade niat nak sambung..tapi ongkos nye ngak ade dong..kuikuikui..



    @GKSB ::

    tu la kan anyss..sebab tu la sha kerja skang ni ha..nak kumpul duit nak sambung master le selain nak kawen..kui3..

    BalasPadam
  11. @Kumbang Jingga ::

    matriks senang ke?tak tahu pulak..ehehe..



    @peanutzz ::

    ingat tak rindu..baru nak merajok..ahahaha..rindu ain jugak!

    BalasPadam
  12. @cik bulan ::

    hoh?takmau le aku jdik mangsa buli ko jugak..ahaha..



    @nurha ::

    ade rezeki nnt kite sambung master eh? insyaAllah..yg penting tu niat dah ade..^_^

    p/s::biase2 je belog ni ha..;p

    BalasPadam
  13. aniki ::

    buat dip relaks eh? ehehe..aku hampir nak gile jugak dulu..wahaha..naseb baek tak gile lagi..;p


    UMS memang u paling cantik kat Malaysia ni..ekeke..i love UMS..*tetibe*





    Zulfikar Hazri ::

    pehh pehh..hebatnye aku..banyak la ko hebat..aku biase je..

    BalasPadam
  14. kita pengalaman masuk U cuma hantar akak2 jer.. :D. diriku krg berkelayakkan, belajar kolej pn takat sijil.. x gempak langsung mcm org lain

    BalasPadam
  15. teringat lak zaman kampus...tapi kampus awk best..dekat laut lagi...../salam kenal...;d

    BalasPadam
  16. hurmm,tabahnya kamu..

    memang jadi pelajar U ni banyak cabarannya.

    Nak sambung belajar jugak. Tapi nak kerja dulu.huhu..

    BalasPadam
  17. saya stpm candidate this year.. huhu... takuttt~ btw.. ums cantikk wooo~~ saye penah sampai. eheheh

    BalasPadam
  18. hai nak tanya dari semenanjung ke umskal labuan tu naik flight terus ke?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan