Memori Terindah Seorang Graduan

Assalamualaikum. Hai!


Amboi..kemaen busy bebenor aku sampai tak sempat-sempat nak update belog. Maklum le wanita bekerjaya la katakan. Huahuahua. Bekerjaya la sangat. Sebenarnye minggu lepas aku busy kerja luar. Tetiap tahun pun camtu bila USM konvo. Kena cari income lebih le untuk opis. Nak bayar gaji aku jugak. Kang akaun opis makin menyusut camno nak bayar gaji aku. Dah le NGO je. Nak generate income, kuli-kuli macam aku ni la yang kena kerja keras. Tak kire la jawatan sebagai pegawai pun. Kena jugak turun padang wat kerja yang luar dari bidang tugas. Dah nama pun kuli kan. Huhu.


Oh oh. Cakap pasal konvo ni tetibe pulak terkenang saat-saat manis aku bergelar graduan 2 tahun lepas. Ecece. Mengimbau memori indah la kononnye. Entri lepas cerita pengalaman memula masuk universiti. Entri kali ni aku nak share kenangan konvo pulak la eh? Baru la lengkap. Saje nak berkongsi kisah hidup aku dengan korang. Mana tahu dari penceritaan aku ada sesuatu yang boleh dijadikan pengajaran. Jadi pemangkin semangat untuk adik-adik yang masih belajar tu makin berkobar-kobar nak belajar dengan lebih tekun sampai berjaya ke kan.


~Nebes gila masa ni! Masih ingat sampai skang walaupun dah dua tahun berlalu. Peluh meleleh-leleh dalam jubah. Eh? Tapi apsal aku pandang kamera ni? Sian kat beliau. Bhahaha. ~



Diam tak diam dah 2 tahun berlalu saat-saat indah aku terima ijazah aku di universiti tercinta, UMS ailebiu *tetiba*. Aku konvo pada tanggal 10-10-09. Terbang pergi Sabah 2 hari sebelum konvo dengan kawan-kawan aku je. Mak tak dapat nak ikut sebab ada tanggungjawab kena jaga arwah tok aku yang sakit masa tu. Akak aku pulak datang masa aku konvo je sebab die tengah honeymoon. Maklum le baru berkahwen. Jadi aku keseorangan bawak diri nak pergi berkonvokesyen ditemani kawan-kawan je. Stay kat Sabah pun menumpang bilik hotel dengan family encik CH. Sedih betul. Uhuhu.


Tapi kegembiraan nak terima ijazah telah berjaya mengatasi kesedihan aku tu. Siapa tak gembira hoi dah berpenat lelah kerah otak belajar-pergi kuliah-buat esaimen-jawab exam-buat projek+thesis, akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan terima penganugerahan ijazah. Eksaited tahu tak? Hati berbunga-bunga je rasa. Maklum le, aku ni bukan orang senang. Nak pergi belajar pun buat pinjaman. Berjaya tamatkan pengajian dengan sedikit cemerlang tu rasa macam 'heaven' gila tau. Nak explain pun taktau camna. Hanya orang susah macam aku je paham perasaan aku tu.



~Nebes tak nebes sampai pegang skroll pun terbalik. Haishhh..(-_-"). Tapi backdrop belakang tu lawa kan? Style ouh! Siap ade 1Malaysia 1UMS. Kehkehkeh. Aku masuk dewan konvo USM tempoh hari simple je backdrop dorang. Tak lawo+old fashion. Kuikuikui.~



Pada adik-adik yang baru saje bergraduat tu, tahniah la diucapkan. Syok tak bile dah habes 'seksa' tak payah pergi kuliah dan menghadap esaimen+exam lagi? Jangan seronok sangat. Sekarang ni adalah fasa untuk mencari kerja pulak. Ingat nak cari kerja sekarang ni mudah ke? Saingan banyak sangat! Jangan terlalu memilih kerja ye. Kononnya lulusan universiti dan ada Degree, tak main la kerja yang cikai-cikai je. Gaji mesti nak ribu-riban. Paling kurang pun mesti RM2ribu. Kalau tak dapat yang tawarkan macam tu taknak kerja. Amboi amboi. Bukan main lagi demand eh. Jangan sesekali ade sikap macam tu. Rugi!


Sekarang ni lambakan 'fresh graduate' berlonggok-longgok. Itu baru yang Degree. Tak kire lagi yang dah ade Master. Berapa ramai yang sanggup menganggur sebab demand sangat. Ingat tak ramai ke yang ada Degree dan Master masih belum bekerja? Ramai tahu tak! Dah demand sangat camne rezeki kerja nak dekat. Sedar sikit yang diri tu 'fresh graduate' ok. Belum ade pengalaman kerja. Lain la kalau korang memang dah bekerja kemudian sambung belajar untuk dapatkan Degree/Master. Itu lain cerita.



 ~Aku dengan encik CH. Kami coursemate+universitymate and soon-to-be soulmate. Boleh macam tu? Huahuahua. Poyo nak mampussss..~



Ini tak, baru habes Degree dah eksyen kemaen. Rebut je peluang pekerjaan yang dapat asalkan related dengan apa yang korang belajar. Kalau susah sangat pun nak dapat kerja yang berpadanan, apa kata dalam tempoh pencarian tu cuba cari kerja part-time/sampingan. Tak salah pun. Yang penting dapat timba pengalaman dan merasai sendiri bagaimana suasana bekerja. Lepas tu takde la menyusahkan mak bapak lagi sebab dah ade income sendiri walaupun tak lebat sangat. Janji boleh sara diri sendiri.


Macam aku sendiri, memang lepas graduate aku tak terus dapat kerja. Pernah jugak merasai tempoh jadi 'penanam anggur' yang berjaya. Nanti aku share pengalaman aku jadi penganggur terhebat. Huahuahua. Tapi aku tak pernah putus asa. Macam-macam kerja sampingan aku buat sementara nak dapat kerja yang bersesuaian. Yang penting aku dapat kumpul pengalaman dan belajar erti susah payah mencari rezeki sendiri walau dengan kerja apa sekalipun asalkan halal.



~Bersama coursemate yang lain. Time ni masing-masing dah tak larat nak bergambo. Itu yang terduduk semuanye. Awal-awal dah berebut bergambo sebab kejar mase. Maklum le keluar je dari dewan hari dah nak hampir gelap walaupun baru pukul 6 petang. Sabah kan gelap awal. Uhuhu.~



Hmm. Syahdu betul la bile ingat balik kenangan aku naek pentas konvo terima skroll ijazah aku. Itulah memori terindah aku setelah bergelar seorang graduan. Masa tu perasaan bercampur-baur. Macam-macam perasaan ada. Nebes, seronok, eksaited, rasa nak terkinja-kinja, semua perasaan yang seangkatannya la pendek kata. Tapi dalam masa yang sama, otak asyik ligat berfikir tentang masa depan pulak lepas tu. Nak kerja ke, nak sambung belajar ke, nak kawen ke. Ye la. Kan ke diri sendiri jugak yang nak menentukan arah perjalanan hidup. Jadi jangan tersilap langkah dan tersalah perhitungan. Takut nanti menyesal tak sudah.


Akhir kata, sebelum mengundurkan diri *apahal skema semacam ni?* aku nak ucapkan tahniah sekali lagi buat mereka yang telah bergraduasi dan terima ijazah masing-masing. Tak kira la dari universiti mana pun. Tahniah atas kejayaan korang! Terutama sekali buat kawan-kawan aku, graduan dari USM, Encik Syamil, Cik Anyss dan beberapa orang lagi. Tahniah weh. Jangan lupa mendaftarkan diri jadi ahli Persatuan Alumni USM ye. Bhahaha. Sempat tu lagi nak buat promosi. ;p



Bisik2 :: Rindu nak naik lagi atas pentas konvo. InsyaAllah satu masa nanti andai ada rezeki. Amiinnn.

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Zulfikar Hazri::

    huahuahua..tahu takpe..ni baru ade kesempatan nak update belog..gile busy nak mampos..



    Frause ::

    haha..perli aku le tu..dah pendek kena la pakai kasut tinggi sket..kui3..;p

    awat la kalau aku kerja gomen pael aku laen weh? maksud hang?

    BalasPadam
  2. rindunyaaa memori ituu~

    BalasPadam
  3. heee.. teha bakal naik pentas amik scroll.. weeee!

    tak sabaaaaaaaaaaaaaaaar sgt ni! :D

    BalasPadam
  4. msti neves nih sbb tuh terbalik pegang scroll. hee ~

    BalasPadam
  5. Saat konvo memang antara saat2 yg indah untuk dikenang sepanjang hidup =)

    BalasPadam
  6. nyampah ngan protokol konvo..huhu..

    BalasPadam
  7. zaman mase study lagi best dari kerja..
    tp, kerja best jugak sbb dpt duit..ehehe...(^__^)

    BalasPadam
  8. wee tibe2 rndu nk convooo :D

    BalasPadam
  9. kita cuma lepasan U-turn jer.. so dpt tgk je org berkonvo bagai.. kekekeke

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan