Doa Sebelum Memulakan Kerja

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni dah ramai yang mula bekerja kan? Selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Jangan bermalas-malasan ye. Kerja tu satu amanah tau. Punca rezeki korang jugak. Takkan nak makan rezeki yang tak berkat kot. Mesti taknak kan? Kalau taknak, jangan 'liat' sangat nak buat kerja tu. Nak start enjin pun jangan le lama sangat. Start 5 minit terus jalankan kerja ok. Itu baru namanya pekerja yang produktif. Ehehe.


Amboi amboi. Mentang-mentang aku cuti lagi. Kemain lagi menasihatkan korang kan? Bhahaha. Jangan jeles ok! Aku masih dalam mood bercuti. Hari ini ada urusan kat JPN. Lepas tu nak bawak kucing aku pergi buang dia punya peranakan. Nak 'kasi'kan die la. Asyik kerja beranak je. Rajin sangat pergi merendek cari suami-suami. 9 ekor anak die aku kena bela sekarang ni ha oi. Jenuh!


MENARIK UNTUK DIBACA


Entri kali ini aku nak share satu doa dengan korang. Doa sebelum memulakan kerja. Masa duduk depan meja office tu, sementara nak tunggu komputer 'on', bacalah doa ni dulu. Mohon dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah kerja korang sepanjang hari pasti berjalan lancar. Kekadang jadi kusyhuk sesangat sampai ralit buat kerja. Buat yang kerja bukan kat office pun boleh je amalkan doa ni. Tak kesah la korang kerja apa sekalipun even jadi tukang cuci. 


Sebagai seorang  Islam, sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, eloklah kita berdoa dahulu kan? Memohon perlindungan dan berkat dari Allah. Kerja kan ibadah juga. Jadi, marilah kita sama-sama amalkan doa ini. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah.


Doa sebelum memulakan kerja



Doa ini sebenarnya aku dapat dari seorang makcik yang menyewa kat opis ni. Kami selalu berkongsi-kongsi amalan doa dan zikir. Benda yang baik, eloklah dikongsikan bersama kan? Sebab tu aku share dengan korang jugak. Jadi, korang amalkan la eh doa ni. 


Untuk yang bergelar pelajar pun boleh je gunakan doa ni. Ubah la sikit kat doa tu pekerja jadi pelajar, pekerjaan jadi ilmu. Sebelum memulakan langkah pergi ke kelas, boleh la baca doa ni. InsyaAllah, ilmu yang korang dapat jadi berkat. Pahala pun dapat sebab belajar juga merupakan satu ibadah.


Itu saja perkongsian aku untuk kali ini. Semoga segala perjalanan pekerjaan kita, pelajaran kita, mendapat redha dari Allah. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Selamat bekerja!

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hey txs for sharing this. now kembali bekerja as cuti raya dah habis. what to do..hidup perlu diteruskan :) selamat hari raya :)

    BalasPadam
  2. toce2 share doa ni...

    BalasPadam
  3. share doa yang baik untuk bekalan amalan di akhirat
    http://sihatbebas-azmi.blogspot.com/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan