Monday, 29 August 2011

~Merdeka Umat Islam + Merdeka Rakyat Malaysia~

Assalamualaikum. Hai!


Disebabkan raya lagi berapa hari je, semua pakat buat entry ucapan selamat hari raya. Bosan pulak baca. Selamat hari merdeka takde pulak aku jumpa lagi orang yang tulis. Eh? Ada-ada. 2orang je baru aku jumpa tulis pasal kemerdekaan Malaysia. Encik Nazri yang ensem, penulis belog yang sangat berfalsafah dan encik JT yang kacak, penulis belog yang ringkas,padat dan menyengat. Amboi! Kemaen lagi mengipas. Kuikuikui. 


Kenapa orang lebih eksaited nak tulis pasal ucapan raya dari ucapan merdeka? Padahal tahun ini raya kan sekali dengan merdeka. Oh! Lupa pulak. Mungkin masa hari merdeka nanti kot baru ramai buat entri sempena kemerdekaan Malaysia. Sekarang ni mesti la orang lebih eksaited nak sambut raya. Menyambut kemenangan (merdeka jugak tu kan?) umat Islam dah berjaya berpuasa selama sebulan masa bulan Ramadhan. Sambutan Malaysia merdeka ape ada hal. Tak berapa nak penting kononnya. Nanti-nanti boleh tulis pasal merdeka. Ye dak? *rolling eyes*


Ada yang eksaited puasa dah nak sampai penghujung. Sebab lepas ni tak payah dah berlapar lagi dan boleh melantak sepuas-puasnya. Nampak sangat takde keinsafan dalam diri. Nauzubillah. Ada jugak yang bersedih kerana Ramadhan dah nak berakhir. Entah berpeluang lagi atau tidak nak bertemu Ramadhan yang seterusnya. Kalau masih diizinkan Allah, insyaAllah pasti bertemu. Kalau tidak, inilah Ramadhan yang terakhir. Wuuu. Sedih.


~Aktiviti wajib kebanyakan keluarga di pagi raya.~


Aku tak eksaited sangat nak raya tahun ni. Mungkin sebab peningkatan umur kot. Pffftt. Padahal kena tinggal sorang-sorang kat rumah jadi jaga. Wuu. Mak dah selamat berangkat ke Melaka rumah adik Sabtu yang lalu. Dia nak beraya dengan adik kat sana sebab adik tak balik. Husband adik takde cuti dah. Lagipun mak nak beraya dengan besan dia (mak mertua adik) lagi kat Muar nanti. Macam tahun lepas jugak. Aku dah segan nak ikut kot. I'm not a kid ok. Segan kot orang kat sana asyik tanya kakaknye ni bile nak kawen. Adik dah 4 tahun kawen. Uhuhu. 


Kakak pulak nak beraya dengan husband dia kat Negeri Sembilan. Hmm. masing-masing dah ade keluarga sendiri. Aku? Beginilah nasib aku seorang gadis bujang. Redha je la. Aku beraya siap-siap dah dengan mak dan kakak sebelum dorang berangkat hari tu. Aku sendiri jugak yang nekad dan berkeras takmau ikut. Famili paksu pun ade ajak ikut dorang balik Kelantan. Aku takmau jugak ikut. Ntah la. Mungkin takde rase nak beraya sangat kot.(-_-")


Beraya la aku nanti sorang-sorang. Uhuhu. Syahdu sungguh! Takpe la. Nanti aku terjah la rumah mak angkat aku kat depan ni ha melantak di pagi raya. Sebab raya kedua aku bercadang nak ganti puasa dan lepas tu nak puasa 6 pulak. Jadi tak raya lebih-lebih sangat pun takpe. Sebab tu aku taknak ikut mak pergi Melaka. Dah la mak nak duduk sampai seminggu kat sana. Ahad 4hb baru nak balik. Cannot! Cannot! Lagipun sebenarnye tuntutan kerja sedang menanti aku menjalankan amanah aku. Wuuwuwu. Kerja oh kerja!


Cukup la cerita pasal raya aku yang bakal tak menarik langsung tu. Korang lain la. Ada famili besar. Atuk nenek semua ada lagi. Kampung pun ada. Aku dah takde atuk dengan nenek dah belah mak. Kampung pun takde sebab arwah atok dengan nenek tinggal dengan kitorang dulu. Belah arwah abah aku pulak tak sambut raya. Nenek aku belah arwah abah bukan Islam. Adik beradik aku pulak 3 orang je. 2 dah kawen, nak beraya dengan family sendiri dan suami masing-masing. Hmm. Tinggallah aku sensorang. Huwaaa. Syahdu!


~Selamat Hari Kemerdekaan.~


Jom la cakap pasal merdeka pulak. Disebabkan aku dilahirkan dalam bulan kemerdekaan iaitu awal bulan Ogos yang lalu, boleh kira aku ni anak merdeka jugak la kan? Ekeke. Alhamdulillah. Aku bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai ini. Semoga akan terus kekal aman dengan izin Allah. Siapa taknak hidup aman kan? Bebas dari sebarang huru hara, peperangan, pergolakan, mogok, demontrasi dan sebagainya yang boleh menggugat keamanan.


Tapi tu la, negara je yang dah merdeka. Anak-anak muda takde pun nak menghayati erti kemerdekaan tu. 'Merdeka' dorang lain macam sikit. Bagi dorang merdeka tu maksudnya diri dorang bebas nak buat ape je. Itulah merdeka sebenarnya. Padahal itu bermakna dorang masih lagi terjajah dengan mentaliti barat yang dorang dok amalkan dalam kehidupan. Konon-konon 'urban'. Banyak la dorang punya 'urban'. Pelangkung baru tau.


Eh? Tapi cantik jugak kan merdeka sekali dengan raya. Anak-anak muda semua ikut ahli keluarga balik kampung beraya. Takde la nak pergi 'bercinta' di malam merdeka. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya berkurang la sikit 'tragedi korban' kan walaupun mungkin ada yang terlepas. Harap-harapnye takde la yang terlepas. Gile hape raye-raye nak buat perangai hodoh cenggitu. Tak menghormati langsung. Memang kategori 'anak hantu' la kalau spesis tak reti malu dan tak reti bahasa macam tu. Haishhh.


By the way, sebelum mengundur diri, aku nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh umat Islam dan Salam Merdeka ke-54 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Amiinnn.



Bisik2 :: Tahun ni aku dapat duit raya banyak. Boleh nyimpan dalam tabung kawen. Yahooo!

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

Jejaka Terhangat said...

harap2 takde la sambutan malam merdeka ditunda..kalo sambutan siang2 tu takpe la jugak. btol cik sha kata. istilah merdeka diorang tu lain mcm sikit. kena ketuk pale tu kuat2 baru diorg paham maksud merdeka sebenar kot. grrr..

pasal semangat raya berkurang tu biasa kot. sume pon bila meningkat usia, dah kurang eksaited raya. mungkin kurang dpt duit raya, tp kita yg kena hulur kot. hehe..

cik sha dpt byk duit raya. tak nak hulur kat JT separuh ke? ngehh..=p

Zulfikar Hazri said...

uihhhhh raya sorang2??? hati kau cukup tabah betei... tabah... T__T

Namee Roslan said...

merdeka tetap harus disambut! mana boleh skip dan sambut apa yang telah diperjuangkan oleh wira bangsa ! kalau tak kerana mereka,,kita nk beraya pun tak boleh sbb masih dipijak penjajah kan. selamat hari raya :)

Aisumi Chan Kawa'i said...

salam aidilfitri maaf zahir batin :-) selamat meyambut kemerdekaan juga..

alepridz said...

rujuk balik rukun negara...

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

percaya kepada TUHAN 1st...
kesetiaan kepada negara 2nd...

sebab tu org utamakan raya dulu...
kukuh tak alasan ni?

[jemput singgah ke blog alep klik nama alep yer..]

Ray ban Malaysia said...

apa2 pun saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin=)

Sir Marcello said...

amat syahdu raya hangpa nohh...hahaha...

dengar2..sambutan merdeka secara official akan dibuat on 16th Sept coz menghormati tarikh penting umat Islam...mungkin sambutan kejap lagi saja mendapatkan soul/feel merdeka jer...

ape ape pun..Salam Aidilfitri~



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com