Saturday, 20 August 2011

~Jangan bertangguh nak bayar zakat~

Assalamualaikum. Hai!


Alhamdulillah. Diam tak diam dah 20 hari kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu? Dan alhamdulillah petang  Jumaat semalam aku dah langsaikan kewajipan aku membayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan mak tersayang. Dah bekerja ni aku la bertanggungjawab bayarkan untuk kami berdua. Takkan nak suruh mak pulak yang bayar. Amboi! Melampau la tu. Mak dah kira tanggungjawab aku sekarang ni. Bila lagi nak berbakti kat mak sendiri kan? Untuk arwah abah aku sedekahkan kat masjid je tiap kali pergi terawih. Niat sedekah tu bagi pihak arwah demi Allah Ta'ala.



Haa. Korang dah tunaikan belum kewajipan bayar zakat tu? Jangan bertangguh. Itu adalah kewajipan kita sebagai umat Islam. Lagipun membayar zakat tu kan rukun Islam yang ke-4. Bukan kena bayar tiap-tiap bulan pun. Setahun sekali je kena bayar. Itupun masa bulan Ramadhan yang mulia ni je. Dah tu kena bayar pun RM7 seorang paling tinggi mengikut negeri korang menetap. Tak mahal mane la bagi kite yang masih mampu ni ha. Shopping untuk raye berhabes beratus-ratus boleh pulak. Takkan RM7 pun kedekut kot. Aku yang kedekut tahik hidong masen ni pun boleh bayar. Kuikuikui.



Cakap pasal bayar zakat fitrah ni, aku nak share la something dengan korang wahai pembaca-pembaca yang disayangi sekalian. Dapat idea nak tulis pasal ni sebab argument aku dengan seorang kawan di pesbuk. Err..bukan argument sangat kot. Just macam berbalas pendapat gitu. Lepas aku bayar zakat semalam tu, saje la post kat wall dengan ayat begini, "alhamdulillah..dah selesai bayar zakat fitrah untuk diri sendiri dan emak tersayang..^_^"



Bukanlah dengan niat nak jadi attention seeker. Saja nak release rasa lega di hati dapat selesaikan kewajipan yang asyik tertangguh je. Ye la. Aku ni dah takde bapak. Adik dengan kakak aku dah jadi tanggungjawab suami dorang untuk bayar zakat. Jadi aku kena selesaikan sendiri la memandangkan aku ni masih bujang kan? Dah tu tinggal dengan mak pulak. Wajib la aku bayar zakat untuk diri aku dan mak. So, lepas aku post ayat release tadi kat wall dapat la respon dari beberapa orang. Tak ramai. Aku bukan glemer pun orang nak amek port pasal aku. Dan ini adalah screenshot dari perdebatan pendapat aku dan kawan aku itu.






Haa. Aku rasa ramai yang berfikiran macam kawan aku ni kan? FYI, kawan aku ni lelaki la. Memang aku tak menafikan ramai yang cakap bayar zakat sebelum solat Aidilfitri adalah afdal. Maknanye sebelum pagi raye la. Ada kot hadis yang cakap pasal ni kan? Malas pulak aku nak google. Korang cari la sendiri. Aku bukan nak kata aku menolak dan taknak ikut hadis. Dan bukanlah aku nak tunjuk aku ni bajet baik sangat pergi bayar zakat awal-awal. Tidak sama sekali. Cuma macam apa yang korang baca kat atas tu la.



Bagi aku la kan, bayarlah zakat tu bile-bile masa pun tetap afdal selagi belum tiba waktu nak solat Aidilfitri. Lebih awal lebih bagus. Kita bukan tahu apa musibah yang akan kita hadapi. Mana la nak tahu takdan nak tunggu raya dah innalillah. Tapi sebenarnye sebelum tu sedar masih ada kewajipan yang perlu kita langsaikan cuma asyik bertangguh kononnya demi mencari afdal. Tak ke menyesal? Kerana bertangguh tak sempat tunaikan kewajipan. Esok kat akhirat kena soal siasat tahu tak?



Tak payah beria-ia beno konon nak afdal malam raye baru terkocoh-kocoh nak pergi bayar. Sementara masih ada waktu dan bernyawa, pergilah bayar zakat tu. Kenapa nak bertangguh sedangkan kita mampu? Nak menunaikan kewajipan yang ada dalam rukun Islam tak perlu nak bertangguh-tangguh. Membayar zakat itu ibarat kita membersihkan diri kita yang berpuasa ni dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata yang tidak elok yang dah kita buat tanpa kita sedar. Mana tahu kan terlepas laku walaupun berpuasa. Membayar zakat ni juga demi membantu orang yang susah dari kita. Faham tak?






Ada yang cakap, taknak la bayar zakat kat amil/masjid. Sebab tak tahu duit zakat yang dibayar tu sampai atau tidak kepada golongan yang sepatutnya terima. Mana tahu kena songlap. Astaghfirullah al-azim. Kenapa nak berburuk sangka ni? Jangan begitu sahabat-sahabatku. Bayarlah pada yang diamanahkan mengutip zakat itu. Kalau dia nak songlap sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Allah nampak setiap perbuatan yang dia lakukan itu. Kita dah amanahkan dia untuk memberikan wang zakat kita tersebut pada yang berhak. Jadi bertawakal lah semoga orang tersebut memegang amanah itu dengan baik.



Tahu tak bahawa semasa kita bayar zakat tu kita perlu lakukan akad? Sambil kita hulur wang zakat dan amil menyambut, kemudian sama-sama jabat tangan bagi lelaki / pegang wang zakat itu bagi perempuan dan kita lafazkan "Inilah wang bagi menggantikan harga beras fitrah yang wajib atas saya/tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala". Kemudian amil sambut lafaz akad/niat kita itu dan mendoakan kita. Korang nak tahu, aku rasa lapang hati bila aku sebut lafaz itu petang semalam masa bayar zakat. Sebab aku dapat sebut "wajib ke atas saya dan ibu saya". Lapang sangat hati. Tak tahu nak gambarkan macam mana.



Tapi, jika korang masih ada ragu dan was-was lepas bayar zakat tu sebab tak yakin dengan amanah yang amil tu pegang, ikut korang la kalau masih nak pergi memberikan zakat @ bersedekah pada golongan asnaf yang korang yakin betul-betul mereka memerlukan bantuan. Pergilah. Tak salah pun. Dapat pahala berganda-ganda lagi kot. Pastikan cari yang betul-betul memerlukan dan jangan lupa lafazkan niat. Kalau tak sia-sia juga perbuatan tu. Niatlah memberi zakat/sedekah itu kerana Allah Ta'ala. Apa-apa pun, jangan lupa bayar zakat ok!



Bisik2 :: Sesungguhnya membayar zakat itu wajib ! Jangan nak buat-buat lupa. Smackdown kang baru tau. ;p

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

18 orang bagi nasihat:

Zulfikar Hazri said...

tadi lepas jumaat aku nak bayar fitrah...

tapi lama sangat tunggu, amil wirid lama sangat...

aku taknak halang kete tengah jalan... alasan kan?

takpe esok aku cari amil kat shoping mall ye boshhh

aceDultraman said...

Memandangkan dengan sekian banyak bukti zakat2 yang dibayar ke PUZ ditakbir urus dengan sambil lewa dan tidak menepati apa yang dianjurkan oleh Islam... aku mengambil keputusan utk membayar secara direct kepada orang yang layak...

Sangat kecewa dengan orang2 yang bertanggungjawab menguruskan zakat nie shada oii,. tapi tak pa.. sbb hang dah bayar.. alhamdulillah.. dah lepas dah tanggungjawab... sekarang orang2 yang diberi amanah la plak kena menjawab.. yer dak?

PEACE

Kumbang Jingga said...

hoyeyyyy aku dh bayaq zakat dah kt masjid india aritu pas shopping baju raya...cuma zakat pendapatan je tak byaq g hehehe

Saiful Bakhtiar said...

sekarang dh mudah sgtnak bayar zakat,pi bazar ramadan pun dh jumpa amil yg dilantik.Dulu2 kena pi masjid

Bigdaddyz said...

lagi cepat lagi bagus taku nanti terlupa pulak...

arboqskii said...

sebelum duit habes entah ke mana..baek bayar dulu

Namee Roslan said...

Alhamdulilah sekarang ni ayah saya masih bayar untuk saya. tp esok dah kahwin nk kena ingatkan suami bayrakan untuk kita. mudahan dapat pasangan yang alert benda macam ni. benda penting tak boleh buat sambil lewa kan.

terima kasih ingatkan kami semua. betul juga kata awak, selagi sempat ni baik kita cepatkan. ajal n maut kita tak tahu :)

ParkAir said...

Alamak aku tak bayar lagi, esok la aku g bayar.

Dunia Baru said...

WAKTU AFDHAL MEMBAYAR ZAKAT FITRAH


عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِزَكَاةِ الْفِطْرِ أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
Hadis Ibnu Umar r.a:
Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.

HADIS RIWAYAT MUSLIM
KITAB : PUASA
BAB : Perintah Mengeluarkan Zakat Fitrah Sebelum Sembahyang

Pendapat tak boleh lawan Hadis...Noktah.

p/s: Nak bayar awal bagus..tp tak boleh nk tegakkan kata afdal bayar awal or bila2 masa...Tau tak maksud AFDAL?cuba dalami maksud sesuatu perkataan tu baru boleh bg pendapat.Betul bagi kita, tak semestinye ikut Hadis.Renung2kan lah.

Shahada Fauzi said...

@Dunia Baru :: Assalamualaikum sedara dunia baru yang saya hormati..

Dalam entri ni saya tak de pun melawan hadis..saya pun ada sebut yang dalam hadis cakap bayar zakat lepas sembahyang raya memang lebih afdal..sila la jangan sebarangan menembak..

penulisan saya ini adalah sekadar pendapat saya sebagai seorang anak dara yang perlu membayar sendiri zakat untuk diri saya dan ibu saya..jadi lebih molek sekiranya saya bayar awal kan?

THE LEKAT LEKIT STORY said...

bayar awal kan senang.. dah setel 1 bab. apa nak kecoh sangat kan?? Yg wajib cuma bayar je

THE LEKAT LEKIT STORY said...

pasal pengokomen yg suka tembak tak tengok sasaran minta baca 2 3 kali bagi paham sblm komen.. Sy pun byk jenis pengomen mcm ni.. ntah baca ntah dia skip sikit baca skit.. lepas tu komen. sbb tu bunyi komen mcm sumbang.. sebenarnya kita dh tulis terang2.. dia yg x baca betul2 tu jd salah faham

Dunia Baru said...

@Shahada Fauzi

selepas sembahyang raya?

boleh ke?

Dunia Baru said...

@THE LEKAT LEKIT STORY

saya baca dengan teliti..tu psl komen...

sya pun bayar siap2..awal2 lagi..tp benang basah..tetap basah,,.tu jek....

Shahada Fauzi said...

@Dunia Baru :: Sedara dunia baru yang sangat saya hormati. Maafkan saya di atas kesilapan saya itu. Terlebih excited nak menerangkan kepada sedara tentang situasi saya. Maksud saya adalah SEBELUM SOLAT HARI RAYA..bukan SELEPAS. Maafkan saya.Terima kasih kerana menegur. Saya hargai niat baik sedara itu.

Maafkan saya jika penulisan saya ini adalah kesilapan yang sangat besar pada pandangan sedara. Pendapat saya ini bukanlah untuk menegakkan benang yang basah. Cuma mengaitkan dengan situasi diri saya secara realitinya. Macam yang saya bagitahu sebelum ni kepada sedara. SAYA SEORANG ANAK DARA. WAJIB MEMBAYAR SENDIRI ZAKAT FITRAH UNTUK DIRI DAN IBU YANG MENJADI TANGGUNGAN SAYA. SEBAB SAYA SUDAH TIADA BAPA, TIADA ADIK BERADIK LELAKI DAN BELUM BERSUAMI. Tak molek kan anak dara seperti saya sibuk beratur beramai-ramai dengan pakcik-pakcik dan suami orang pagi-pagi raya tu untuk membayar zakat jika saya mengejar afdal bayar zakat di pagi hari raya? Itu maksud saya. Janganlah disalah tafsir kan pula.

Maafkan saya juga jika entri ni menggugat sedara yang tidak boleh menerima penulisan pendapat saya ni. Bukanlah tujuan saya untuk melawan hadis. TIDAK SAMA SEKALI.

Sedara dunia baru yang dikasihi. Saya juga seorang muslim. Belajar tentang hukum hakam. Tahu tentang hadis. Janganlah hukum saya seperti saya tidak tahu tentang agama saya. Sekiranya saya salah, tegurlah dengan sopan dan terangkan dengan lebih jelas. Janganlah ditempelak seolah-olah saya seorang pendosa.

Secara jujurnya, pendapat saya ini bukanlah bertujuan untuk melawan hadis. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT. Yang salah itu datang dari kekhilafan dan kekurangan diri saya seorang hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari berbuat salah. Maafkan saya.

Sekian, terima kasih.

p/s :: AFDAL tu maksudnya YANG LEBIH MULIA/TERBAIK.

Zulhilmi Husni said...

sume org ad pandangan masing2.
hadis tetap hadis.
Rasulullah S.A.W yg ckp lebih afdal bayar sblum solat raya.
tp kalo ko dah fikir mcm 2, xslh pon..xdosa pon byr awal sbb alasan ko baik..
tp kalo ad sape2 niat nk ikot sunnah rasulullah nk bayar lmbt then, ko xleh ckp mcm ap yg ko ckp kt ats 2.. mereka pon xslh jgk..
biarlah kita ikot jalan masing2 selagi jalan 2 jalan Allah S.W.T.

Shahada Fauzi said...

@Zulhilmi Husni :: betul tu sedara..saya tak melarang pun orang yang nak bayar sebelum solat raya..saya tak salahkan sesapa pun yang nak bayar masa tu..itu hak mereka la..cuma saya berpendapat selagi mampu bayar awal, bayarlah awal..itu saje..

saya pun setuju hadis tetap hadis..takde la pulak saya ni menolak hadis..tu saya dah explain panjang lebar dah kat komen atas sebelum sedara komen tu..terima kasih..

semoga kita semua dirahmati Allah..

boywz boywz101 said...

nak go masjid



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com