Saturday, 2 July 2011

~Siapa HERO kita sebenarnya?~

Assalamualaikum. Hai!


Haaa. Siapa HERO korang? Kalau yang tengah hangat bercintan cintun mesti rasa boipren dia lah HERO dia kan? Erk. Macam bias kat pompuan je pulak. Keh3. Masalahnye pompuan je yang selalunye cenggitu. Kalau laki mestilah dia rasa diri dia tu HERO je memanjang. HERO kepada makwe/gelpren dia la. Ye dak? Tapi sekarang ni bukanlah aku nak cakap pasal HERO yang ini. Ini pasal HERO lain. HERO apa pulak dah? Nak tahu kena la baca sampai habes.


Hmm. Pernah tak kadang-kadang tiba satu masa korang rase macam down sangat-sangat? Rasa diri kosong dan lost. Rasa macam taknak dah hidup je. Nak bawak diri jauh-jauh. Macam tak mampu hadapi semua masalah yang menimpa. Pastu rasa macam takde sape pun dengan korang yang sudi sama-sama face masalah tu. Apatah lagi nak hulur telinga dengar korang ngadu, hulur tangan bagi bantuan, hulur bahu bagi jadi tempat nangis, hulur akal dan pandangan bagi nasihat yang membina. Rasanya tak sempat nak cari dorang dah lesap dulu. Ye dak? Tekanan kan?


~Selami hati dan jiwa kita sepenuhnya..~


Susah nak cari orang yang sangat-sangat memahami yang boleh ada dengan kita bila kita ditimpa masalah sebenarnya. Kalau ada pun, bilangan orang jenis tu sikit la sangat-sangat. Boleh kira dengan jari je. Ada la satu dalam berpuluh ribu kot. Yang satu ni yang betul-betul ikhlas la. Memang kalau secara kasarnya kita nampak macam ramai yang sudi membantu. Tapi realitinya mereka tak ikhlas pun. Mungkin ada niat lain disebaliknya. Nak kepochi misal kata. Konon-konon buat simpati dan tolong. Lepas tu ambil peluang untuk jatuhkan kita sebab kononnya rahsia kita ada dalam tangan dia. Huii. Jahatnye orang macam ni kan? Babap dia!


Sebenarnya, kalau korang nak tahu, HERO itu ada dalam diri kita. Yes! Kita lah HERO untuk diri kita sendiri tanpa kita sedar. Tak caya try muhasabah diri korang sendiri. Selami hati, jiwa dan diri korang dalam-dalam. Pasti korang dapat rasa. Macam ada satu aura yang memberikan kita semangat, yang jadikan kita kuat. Jadi, tak perlulah rasa down bila ditimpa masalah dan takde sape-sape pun masa kita susah dan bermasalah. Sebab kita mampu hadapi masalah tu sebenarnya. Kalau tak, kita takkan diuji sebegitu. Am i right?



~Kebahagiaan pasti jadi milik kita andai kita sedar kehadiran HERO yang ada dalam diri kita..~


Oleh itu, sentiasalah bersemangat untuk menghadapi segala cabaran, dugaan, masalah yang hadir sepanjang perjalanan kehidupan kita. Jangan mudah putus asa dan cepat mengalah. Teruskan perjuangan sebab perjalanan hidup kita masih jauh di hadapan jika diizinkan umur kita panjang. Orang di sekeliling bukanlah HERO sebenar-benarnya. Mereka cuma watak sampingan yang menjadi pembantu kepada watak HERO yang mana kitalah HERO itu.


Sebenarnya aku terfikir nak tulis tentang ini bila aku terdengar lagu Mariah Carey yang tajuk Hero tempoh hari. Setiap hari aku pasang dari pagi sampai habes waktu opis. Sian opismate aku terpaksa dengar lagu ni je dari pagi sampai petang. Hua3. Nak buat camna. Aku kalau dah terjatuh hati kat satu-satu lagu memang aku akan dengar berulang-ulang kali tanpa jemu. Aku selami dan hayati bait-bait kata dalam lirik lagu tersebut. Bagi aku lagu ni sangat memberi inspirasi. Jadi aku nak share jugak la dengan korang. Mana tahu ada yang selalu rasa diri dia down 24 jam. Dengarlah lagu ni. Mesti rasa semangat. Jom kita karok!





There’s a hero If you look inside your heart
You don’t have to be afraid Of what you are
There’s an answer If you reach into your soul
And the sorrow that you know Will melt away

[Chorus:]
And then a hero comes along With the strength to carry on
And you cast your fears aside And you know you can survive
So when you feel like hope is gone Look inside you and be strong
And you’ll finally see the truth That a hero lies in you

It’s a long road When you face the world alone
No one reaches out a hand For you to hold
You can find love If you search within yourself
And the emptiness you felt Will disappear

[Chorus]

Lord knows Dreams are hard to follow
But don’t let anyone Tear them away
Hold on There will be tomorrow
In time You’ll find the way

[Chorus]


Bisik2 :: HERO tu sebenarnya ada dalam diri kita sendiri..^_^
Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

7 orang bagi nasihat:

mfamirs said...

sangat setuju.. btui shada.. btui..

Alexandriana Alia said...

setuju dgn entry ni 800% boleh?..

kita adalah hero diri kita. bukan famili, bukan boyfriend, bukan kengkawan. kita sendiri yang kena fight. hadapi masalah, carik jalan keluar dengan usaha dan doa.

apalah nak diharap pada orang lain sedangkan masing2 semua ada masalah hidup mereka sendiri. kan?

entry ni sikit2 beri ai semangat. TQ darling!

Reen Tart Nenas said...

bila rasa down, mcm nak lari je dari keadaan tu kejap, then dtg balik. tp kalau kat ofis, xboleh hoke. ingat nie kompeni sendirik ke. hahaha

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

http://andrik-mcvean.blogspot.com/

cikpepel said...

sekuat mana pun orang disisi kita..tapi yang paling penting..kita sendiri yang kena kuat menghadapi ujian yang mendatang

gadisBunga said...

pergh. rasa motivated betul baca entry ni!

Zura said...

kalau ppuan heroinlah sha..hehe..



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com