Tuesday, 19 July 2011

~Salah ke perempuan belajar tinggi-tinggi?~

Assalamualaikum. Hai!


Orang cakap, perempuan belajar tinggi mana pun akhirnya ke ceruk dapur jugak. Ye ke? Mungkin ada betulnye jugak la tu. Bila dah kahwin nanti le. Kena jugak masuk dapur sedia makan minum keluarga. Perot suami kena jaga le jugak kan walaupun belajar tinggi dan bekerja. Bila dah tua dan pencen nanti memang sepenuh masa le. Hehehe. Takkan la dah belajar tinggi tapi taknak bekerja pulak kan? Rugi la penat-penat tuntut ilmu kalau macam tu. Masa, wang dan tenaga dah digunakan masa belajar. Mesti la mahu dibayar dengan bekerja. Ye dak?



Zaman dulu dengan zaman sekarang berbeza. Wanita zaman sekarang ramai yang dah bekerjaya. Lagipun ilmu tu sangat penting untuk masa depan wanita juga. Yela kan. Mana tahu kena tinggal suami. Kurang-kurang ilmu dan sijil yang ade boleh digunakan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan untuk tampung diri bila dah menjanda. Takde la meroyan sangat pergi merempat masuk tv ke paper ke mohon simpati orang ramai sebab hidup susah lepas kena tinggal suami. Kira macam 'senjata' juga la. Perempuan pun kena pandai hidup berdikari ok.



Sebenarnya aku terfikir nak sambung pengajian ke peringkat Master pulak. Kawan2 aku ramai dah ada Master. Yang sedang ambil PHD pun ada jugak. Aku je yang terkontang-kanting masih lagi memegang Ijazah. Memang lepas habes study dulu ingat nak sambung Master terus. Tapi memikirkan hutang PTPTN aku yg menimbun tu terus terbantut. Takkan la aku nak berhutang lagi kan? Jenuh nak membayar nye nanti. Sebab tu aku decide nak kerja dulu sebelum sambung Master.

 



Bukannye aku nak menunjuk kata aku ni pandai sangat. Aku ni biase-base je la. Aku nak sambung Master sebab aku minat sangat belajar walaupun tak berduit dan otak dah agak berkarat. Huhu. Tapi tu la. Sambung Master pun belum tentu aku boleh dapat kerja yang lagi elok dari kerja aku kini. Saingan kerja hebat sangat sekarang ni. Kalau belajar sampai peringkat tertinggi pun tapi takde kualiti dalam bekerja ingat orang nak ambil ke kite bekerja? Teori dengan amali berbeza yang amat sangat ok.



Jadi aku rasa biarlah aku terus bekerja cari pengalaman. Pengalaman kerja tu lagi penting rasanye. Lepas tu dapatkan kerja yang lebih stabil. Kumpul duit banyak-banyak untuk modal bisnes. Bile ade rezeki dan dah sampai masa, aku buat bisnes sendiri. Sebab aku memang ada impian nak bukak bisnes. Ehehe. Maaf la ye. Aku ni memang angan tinggi melangit ye kawan-kawan. Kalau rezeki lebih lagi, baru aku sambung Master pulak. Time dah beranak pinak pun boleh kot kalau nak sambung study. Tapi otak kena kerja keras la jawabnya. Ahaha.



Terima kaseh la kepada kawan-kawan yang selalu bagi semangat kat aku supaya sambung Master. InsyaAllah kalau ade rezeki aku sambung ye. Takpe la lambat sikit pun. Kalau ade rezeki aku, ade la. Memang impian aku pun nak belajar sampai tahap tertinggi. Kalau boleh sampai PhD. Tapi kalau rezeki aku setakat belajar Ijazah pun aku dah cukup bersyukur dah. Kurang-kurang aku dah merasa jugak belajar di universiti. Orang lain yang lagi bijak pandai tapi tak mampu nak sambung belajar sebab nak buat pinjaman belajar takut tak mampu bayar pun ade jugak ape kan. 



~Masa aku Degree dulu. Nyebok bergambor dengan family orang sebab mak aku tak dapat datang konvo aku. Sian aku sensorang. T_T~



Jadi, salah ke perempuan belajar tinggi-tinggi? Tak salah pun sebenarnye perempuan nak belajar tinggi-tinggi. Nak menuntut ilmu bukan nak buat benda bukan-bukan pun. Ilmu tu harus dituntut sebenarnye. Perempuan yang belajar tinggi-tinggi ni orangnye bijak pandai tau. Kalau tak, die taknak punye la sambung belajar tinggi-tinggi. Wahaha. Pandai je buat teori sendiri. Takde la. Perempuan yang berkeinginan belajar tinggi ni sebab dia sangat mementingkan education.



Ada yang cakap perempuan belajar tinggi ni ramai yang ego. Berlagak nak mampus sebab rasa diri pandai. Taste pun tinggi kemain. Sebab tu ramai yang tak kahwin-kahwin pastu jadi la andartu. Ehem! Sila perbetulkan statement itu ye. Memang la ade golongan tu. Tapi tak semua perempuan yang high education macam tu ok. Rasanya lelaki kot yang ego sebab tercabar perempuan lagi berpelajaran tinggi dari dia. Jatuh la standard dia kan kalau ngorat. Lagipun dia takboleh la nak 'perbodoh' kan perempuan educated ni. Confirm boleh kantoi senang-senang je. Ye dak? Kui3. Mandai je aku ni buat teori sendiri cenggini. ;p



Apa-apapun, kita sebenarnye akan terus belajar dan belajar sampai kita mati. Belajar tentang kehidupan. Kita takkan pernah berhenti belajar ilmu kehidupan selagi kita masih hidup. Kita belajar ilmu kehidupan dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan keadaan di sekeliling kita. Ilmu tu yang akan menentukan siapa kita di dunia ini. Nak jadi baik atau jahat. Nak hidup bahagia atau merana. Dan ilmu yang paling perlu dituntut sepanjang kehidupan kita ialah ILMU AKHIRAT. Itu pelajaran yang lebih tinggi sebenarnya. Yang akan menentukan di mana tempat kita bila di akhirat nanti.



Bisik2 :: People will respect u more if u are knowledgeable in every aspect. Am i right? 

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

15 orang bagi nasihat:

Alexandriana Alia said...

aku pun ada plan nak blaja lagi, tapi bukan peringkat master. aku nak ambik Diploma yg bleh up kan kemahiran. maybe kulinari ke bisnes management ke. coz one day aku pun plan nak bukak bisnes. so multiple basic knowledge macam important gak hehe.

The Sharkox said...

depends jugak sebenarnya...

My lecturer was said to me:

Belajar ni ibarat menolak roda yang besar dan berat..kalau roda tu tengah bergerak, memang senang kita nak tolak balik. tapi once roda tu berhenti, kita nak tolak balik bagi dia berjalan, memang susah.

Jejaka Terhangat said...

woah, nak sambung master ke. niat tu dah ada kira bagus la tu. gudluck ye cik sha..=)

Frause said...

sijil memang penting....sekarang sebelum berjaya orang akan tanya apa tahap pelajaran kita...tapi bila kita dah berjaya..ada orang tanya ker...? hahahah apa pon saya tetap support awak..

♥CIK SHA♥ said...

Alexandriana Alia::

bagus jugak tu kan kalau amik diploman yg up kan kemahiran..good idea la sarah..aku cadang amik Master tu pun ingat nak amik dalam management..tapi tgk la rezeki cmne nnt..semoga kita sama2 berjaya bukak bisnes weh!chaiyok!

♥CIK SHA♥ said...

Sharkox::

Betol la kata lecturer ko tu weh..ehehe..tapi semangat aku nak belajar takkan pernah putus insyaAllah..

♥CIK SHA♥ said...

Jejaka Terhangat::

Cadang2 nye gitu la JT..insyaAllah..mekaseh atas doa itu..amin..^_^

♥CIK SHA♥ said...

Frause::

Memang kita kalau nak berjaya perlukan usaha yg lebih..tapi sijil tu macam 'senjata' yang boleh kite simpan sampai bila2 dan gunakan bila perlu..maksud aku dalam entri ni, sijil tu lambang ilmu yg kite ada..


and yes..people will not asking u about your sijil or wateva u have when u succeed..people will only ask u how u become successful that time..


but people will respect u more if u are knowledgeable right? so ade sijil ke takde sijil ke still ilmu tu penting bagi aku..jadi kena usaha belajar la kan..even belajar sendiri dari buku pun..tapi make sure kite bertanya juga pada yg berilmu..kalau belajar sendiri tanpa bertanya guru macam orang yg berlagak pandai sendiri..kita kalau belajar tetap kena berguru..kan?


anyway thanx for your support buddy..^_^

mfamirs said...

Aku plok tetap berpendirian.. sijil tidak akan memberi apa2 kesan pun kecuali utk berlagak.. ngahahhaha.. :P

lebih baik blajar sendiri ja... huuhuhuhhu.. kalau nak sambung master gak jgn ambik dalam malaysia.. sbb banyak sangat benda "kureng" yg tak perlu aku nyatakan kat sini.. hehhehe.. peace.. aku akan support apa yang baik.. tapi kalau stakat nak abiskan duit, brutang dgn ptptipu utk dapatkan sehelai kertas yang sbnarnya tak bernilai sangat pun... hMMmmm.. aku bangkang.. hehhehehe

peACE

LanaBusyBee said...

tak salah pun belajar tinggi2 ni..xpa, biar la org dh ada phd segala, yg penting matlamat kita tu, ada usaha...

tapi belajar tinggi2 pun, lana ni, dok jauh dgn suami, rasa mcm tak guna gak, belajar tinggi2, kang nk ikut suami, kerja pun ala kadar je huhu..terpulang la, korbankan kerjaya ataupun korban kasih eceh, boleh buat satu entry blog dh hehehe..

cuba sis buat master smbil buat RA, dapat gak duit kan ^^

♥CIK SHA♥ said...

mfamirs::

ade ke orang belajar untuk berlagak?itu lantak depa la..aku bukan macam tu..


aku orang susah weh..dengan ilmu je aku boleh survive untuk masa depan aku..aku belajar untuk cari ilmu..bukan nak berlagak..that's my point ekceli..


belajar sendiri memang boleh..tapi of coz kena berguru jugak kan?


aku akan sambung belajar master guna duit hasil titik peluh aku..dulu masa degree je terpaksa buat pinjaman..sebab tu la aku bekerja sekarang..duit gaji aku kumpul bukan perabih joli tak tentu hala..

gadisBunga said...

kalau GB buat entri susulan dari entri ni ok tak? menarik. hihi~

anyway - buat keje rumah tu bukan tugas pompuan ye. itu tugas lelaki. cuma org melayu dan kebanyakan org asia je yg budayanya gitu.

bila dah jadi budaya, susah la nak betulkan balik mindset. :)

♥CIK SHA♥ said...

GB::

boleh2..cepat..nak bace..tak sabo..;p

Zulfikar Hazri said...

x salah pun...

tapi yg jadi kekok bila husband nak jadi househusband.. mcm mane?

Anonymous said...

yess ! itu lah yg sy dok pikir kan , zaman sekarang ni ,pendidikan sgt la penting !



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com