Luahan rasa hati Pecinta Keamanan

Assalamualaikum. Hai!


Aku kat Seremban sekarang ni. Saje ambil cuti. Lagipun semalam Penang cuti sempena Penang Bandar Warisan Dunia kan. Aku pun sambung la cuti hari ni lagi. Nak cuti-cuti Malaysia dan hilangkan serabut dengan kerja opis yang berlambak-lambak. Jadi aku ikut kakak ke Seremban rumah suami dia. Tolong pegangkan baby dia sebenarnye. Sepanjang perjalanan semalam, punya la berlambak roadblock. Haishooo. Ni mesti pasal perhimpunan BERSIH esok la ni. Tensen betul!


Abang ipar kena bertugas kat KL sekarang ni sebab dia FRU. Jadi kami datang ni dia takde la. Sian kakak aku amik cuti panjang nak jumpa suami, tapi suami kena bertugas pulak. Semua gara-gara Bersih. Aku ni jap lagi nak turun Serdang. Dah janji dengan encik CH nak jumpa. Konfom la nak pergi jalan-jalan tak boleh ni sebab roadblock merata-rata. Hadoi. Nampak gaya kena melepak rumah kakak dia je la. Sadis betol. Cuti pun macam tak cuti je. Aku nak ajak encik CH pergi PICC tengok Pameran Pengantin. Teringin nak pergi sebab kat Penang mane ade buat event camtu. Huwaaaaaaa.


Yang buat aku risau ni masa aku nak balik Penang nanti la. Nak naek bas, Pudu kena tutup pulak. Tukar operasi kat Bukit Jalil. Jauh gak tu nak pergi dari rumah kakak encik CH. Nak naek keretapi kena ke KL Sentral. Jalan kompom sesak dan roadblock memanjang kot. Hoi camne ni! Isnin aku kerja dah wei. Adoiii. Semak betol la! Kalau tak buat perhimpunan demonstrasi camtu tak boleh ke?! Dah elok negara aman damai nak memberontak ape laginye? Uhuhu.


~Takotnye tengok orang ramai bersesak-sesak macam ni. Scary!~


Asal nak dekat pilihanraya je macam-macam hal la nak berlaku. Nak demo sana demo sini. Kalau tak buat tak boleh ke? Pandai-pandai la memasing raih undi pancing hati para pengundi. Tak perlu kot nak ajak buat demonstrasi ni. Menyusahkan orang lain yang tak terlibat sama. Tak kesah la pembangkang ke, kerajaan ke, pandai-pandai la fikir nak tambat hati pengundi undi korang camne. Jangan la buat benda alah cenggini. Uhuhu. Macam rasa dah tak selamat je duduk kat negara sendiri. T_T


Kata motif utama Bersih ni nak pastikan masa ngundi nanti 'bersih'. Ini pun dah macam 'tak berapa nak bersih' je ni ha. Yang jadi kepala demo ni, pergi je la serah memorandum tu secara elok dan damai. Pergi je sorang-sorang. Tak payah la buat perhimpunan ke, pengumpulan ke, perarakan ke, demonstrasi ke camni. Nak kumpul ramai-ramai. Untuk ape? Semak tahu tak? Yang pengikut-pengikut tu pun yang emo terlebih-lebih join sekali pun kenapa la? Tak paham betol aku. Aku ni tak suka benda riuh kecoh-kecoh camni sebab aku ni seorang yang sukakan keamanan.


Keamanan negara tu lagi penting weh. Aku tak nak la duduk macam kat negara luar yang perang sana sini. Demonstrasi tak henti-henti. Peluru sesat merata-rata. Kacau bilau tahu tak? Tak aman nak hidup. Nak keluar rumah pun takot. Ini dah duduk aman damai, nak jalan pergi merata sana sini pun senang hati tak perlu takut-takut pun tak cukup lagi ke? Uhuhu. 


Ada yang cakap demonstrasi tu tak haram dalam Islam. Memang betul tak haram kalau ikut syariat dan tidak emosi. Tapi kalau terlalu ikut emosi sampai boleh menggugat keamanan tu kire halal jugak ke? Kalau dah nama demonstrasi memang takde maknanye la kalau takde kacau bilau ok. Orang yang selalu ikut demonstrasi ni selalunye emo terlebih-lebih. Kang ade je la yang bertindak melampaui batas walaupun pada asalnye nak buat demo secara aman dan bersih. Percayalah cakap aku. Memang itu realitinye. Tak pernah aku dengar lagi demonstrasi yang berlaku secara elok dan aman. Wuuu. Takot!


~Biarlah hujan mem'bersih'kan segalanya..~


Tapi 2 3 hari ni aku perasan asyik hujan je ek kat sini? Agaknye time perhimpunan esok pun hujan turun lebat tak berhenti-henti gamaknye. Kalau macam tu alhamdulillah la. Biar hujan yang turun tu je bagi 'bersih' semuanya. Hanya Allah saje yang tahu apa yang akan berlaku dan mungkin ada hikmahnya kalau Dia turunkan hujan. Jadi esok kalau hujan, semua pakat duduk dalam rumah diam-diam je ye. Tak payah la keluar pergi demonstrasi tu. Aku pun datang bercuti ni tak payah la pergi jalan-jalan. Lepak je dalam rumah bakal kakak ipar. Tak dapat pergi Pameran Pengantin. Sedihnye. T_T



Bisik2 :: Saya cuma mahukan keamanan negara saya terpelihara. T_T

14 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. saya doakan esok hujan selebat-lebatnya. heheh~

    BalasPadam
  2. ntahlah drg nie..kite yg atas pagar nie jugak yg susah...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/7/11 3:36 PTG

    salam.. hrp bukak minda saudari sikit..cube tgk kandungan bersih btul2.. adakah negara Malaysia ni betul2 menjunjung demokrasi?? byk lg org yg lebih susah dr sedari.. dinafikan hak mcm royalti minyak di Kelantan & Terengganu..padahal majoriti penduduk adalah Islam & Melayu..adil ke camtu utk mghukum rakyat yg x myokong mereka?? we can agree to disagree,rite?? but,try to think y all these things happen... salam.. peace..

    BalasPadam
  4. sape kata pegi mana2 tak takut? takut kalo kene ragut. huhuhu

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama8/7/11 4:29 PTG

    sy pun pencinta keamanan :)

    tp sy tak suka kalau sy, kaum keluaraga sy, bangsa sy and agama sy (islam) di tindas.

    sy sokong BERSIH kerana sy mengharapkan mereka dpt mengubah naseb kita.

    tp sy tak salah kan pihak2 yg mengutuk BERSIH sebab sy tahu mereka mungkin tak tahu atau "tak pernah ambil tahu" tentang penindasan kerajaan terhadap rakyat.

    salam. peace ^^v
    t

    BalasPadam
  6. wahh setuju.. setuju.. luahan hati yg jujur, yang tak bias..

    yang rasa dengan diri sendiri...



    demonstrasi bersih ke kotor ke... ape ke semua bukn budaya kita..menyusahkan.. meh aku pomote link ni kat FB

    BalasPadam
  7. mintak-mintak besok hujannn

    BalasPadam
  8. kdg2 rs macam dorang xreti bersyukur kan.kerja asyik nak membangkang je.huhu.saya pun inginkan keamanan yg sedia ade.

    BalasPadam
  9. tension dgn bersih aritu tawwww....huhuhu...rasa mcm dunia dah nak kiamat....

    BalasPadam
  10. Xtau la Sha, pening tengok diorang ni. Tak pasal2 meninggal seorang, dok umah diam-diam kan baik. Tunggu PRU pangkah la mana suka.

    BalasPadam
  11. gadisBunga::

    tak hujan pun masa tu..T_T



    Zura::

    ntah la kak..saye bukan ape..memang die punye motif tu saye setuju la jugak..tapi kalau dah buat demo macam ni menakotkan la..saye ni tak boleh tgk ramai2 macam tu..takot!

    BalasPadam
  12. encik anon ::

    wslm..saye dah belek semua kandungan die sedara..saye takde cakap pun saye tak setuju dgn kandungan die..kandungan die dah cun dah..tapi tindakan buat demo ni macam tindakan yg kurang bijak bagi pandangan saye..lagipun buat demo macam ni menakotkan la..T_T..uhuhu..

    buat pengetahuan sedara, saye pun bukanlah orang senang..peace..^_^




    JT::

    pada pandangan saye kan JT..rakyat sekarang dah boleh fikir yang mana baek yg mana buruk ape yg betul ape yg tidak..

    kerajaan ke pembangkang ke same2 ade agenda tersendiri dalam bidang politik ni..tipu la kalau cakap takde hidden agenda dalm setiap ape je tindakan kedua-dua pihak ni..politik adalah arena yg sangat licik..takkan bersih dan akan tetap ade kotornye..saye rase semua orang boleh fikir tentang tu..

    dan bagi saye 2-2 pihak pun selalu provok antara 1 sama lain..tunding menuding sesama sendiri..yg jadi mangsa adalah kite=rakyat..

    jadi, kite sbgai rakyat yg bijak, buatlah pilihan yg tepat masa mengundi..jgn belakang pompang2 tapi masa mengundi tak bertindak pun pangkah orang yg kite percaya untuk diamanahkan memimpin kita..

    memberontak dan bersuara lantang tanpa tindakan yang betul tak mendatangkan apa2 hasil..biar senyap2, tapi sekali tindakan yg diambil mendatngkn kebaikan untuk semua pihak..itu yg terbaek..

    ini cuma pendapat peribadi saye saje la..saye sendiri baru nak ambil tahu pasal politik di Malaysia lepas dah habes study..lain orang lain pemikiran kan?heee..peace no war..^_^

    BalasPadam
  13. ..but they don't even throw a stone to the police...

    sebahagian besar dri mereka jga myokong kerajaan..kalu saudari tgok dalam video rmai jga yg tidak memakai bju berwrna kuning..lagipon bnda nie kalau bertujuan untuk mengugat keamanan ngara, mereka akan menghebahkan scara sembunyi..xbuat publisiti..tjuan nya untuk memberitahu kerajaan mereka bkan menyoong pembangkang..tetapi mahu pembaharuan dalam kerajaan sekarang..

    kalau saudari baca tuntutan tersebut xde pon kata nak tukar kerajaan sekarang..yang tue hanya provoksi dari pembangkang..

    but yet i still dont agree ambiga as the leader..she against Islam

    BalasPadam
  14. ..aku baca entry nie lepas 20minit hang post rasanya.. hehhehe.. tapi tak mau nak komen apo2.. idea nak menjelaskan sesuatu tu sampai skrg tak keluar2.. jadi.....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan