Sunday, 5 June 2011

~Fenomena Seth Tan~

Assalamualaikum. Hai!



Aku pasti semua tahu tentang cerita yang tengah meletop-letop kat TV3 setiap petang Isnin-Khamis sekarang ni. Ala..drama bersiri 'NORA ELENA' tu la. Bila jam dah pukul 7 petang je semua dah tercangak depan tv. Ye dak? Sanggup hold dulu solat Maghrib tunggu cerita habes sampai pukul 8. Bukan ape. Takut terlepas moment sweet dan romantik nak mampos yang ada dalam drama tu. Betul tak? Betul tak? Ish3. Tak senonoh betul perangai. Lagha sampai lengahkan solat. *Mengata diri sendiri nampaknye. Huhuhu.



Disebabkan sifat romantik Seth Tan, semua perempuan tak kira la kaum isteri atau anak dara, mengidamkan lelaki seromantik Seth Tan. Merata-rata dok sok-sek-sok-sek pasal beliau. Semua pakat jatuh hati. Semua berangan nak dapat suami romantik macam tu. Tapi masalahnye, WUJUD ke lelaki macam tu? Tambah-tambah lelaki Melayu. Ada ke weh? Ada ke? Ofismate aku pernah cakap, kalau nak lelaki yang romantik, lelaki Mamak la yang bersesuaian. Lelaki Melayu tak romantik. Wakaka.



Kalau lah wujud lelaki macam ni, maksud aku suami romantik macam ni, mesti la takda dah kes suami pukul isteri kan? Takde la kes bini nak buat perangai pelik-pelik macam cari skandal kat luar, memberontak tak ketahuan hala dan macam-macam lagi yang boleh menggugat keharmonian rumahtangga, kan? Dah tu sepanjang masa rasa bahagia dapat layanan istimewa dan romantika de amor dari suami tersayang.




~Hensemnye woiiii~



Tapi semua tu hanya dalam drama je. Realitinye susah kot nak jumpa lelaki seromantik tu. Ada tu memang la ada rasanye lelaki macam tu. Tapi satu dalam sejuta kot. Mak oi. Melampau sungguh perumpamaan aku bagi. Ekeke. Itu tandanya kewujudan lelaki seromantik begitu adalah amat tipis bilangannye ye kawan-kawan. Sila terima hakikat itu. Kalau dapat lelaki jenis macam ni bertuah la badan weh.



Tetiba aku teringat ada sorang kawan lelaki aku cakap. Perempuan ni mudah sangat terpengaruh dengan drama. Apa yang jadi dalam drama tu kalau boleh nak jugak dijadikan realiti dalam kehidupan sebenar. Ada betulnye jugak apa yang die cakap tu rupanya. Tengok 'demam' akibat cerita Nora Elena ni dah la. Memang sungguh fenomena. Fenomena Seth Tan.



Tak percaya? Cuba type keyword 'Seth Tan' kat Google. Berlambak link belog yang tulis pasal Seth Tan kat belog memasing. Dan yang pasti penulis tu kebanyakannya perempuan. Eh? Aku pun termasuk jugak la ni kirenye kan? Ekeke. Nak lagi bukti sahih? Tengok berapa ramainye perempuan meroyan kat Fanpage Seth Tan ni. Perghh! Dashyat betul penangan Seth Tan. (^-^)





Bisik2:: Semua perempuan mengidamkan lelaki yang romantik jadi suami kot. Ye dak?

Suka baca entri ni? Mekaseh! (^_^)


KLIK UNTUK TINGGALKAN KOMEN

20 orang bagi nasihat:

The Sharkox said...

apa barang sethan, nora elena la..nyum2

nanad said...

agak fenomena jugakla beliau ni =.="

Nur_cahayamataku said...

cik sha.. memang betul.skang susah nak jumpa lelaki romantik macam watak seth tan. Kalau ada la kan..alangkah indahnya dunia..he he(berangan jap)

dark r0se said...

wah! sume bercerita tentang Seth Tan ni kan?:P lelaki idaman lah bliau!:)

Zura said...

smpai cm tue sekali hebatnye watak aaron tue..tp akak kurenglah ngadap cite nie sbb romantik sgt..kehkehekh

shahjiehan said...

sethan ni sapa? hantu ke?

hanumHae said...

setan ohh setan.

psstt...aku xmo laki romantika de amor sgt cam setan ni.. aku nak yg badan sasa cam seth tan je.bole? ekekeke ;p

Frause said...

punggah....seb bek aku nih tak minat tengok citer2 kat tv tu...so aku tak taw la apa yang hang sembangkan ini

♥CIK SHA♥ said...

the sharkox::

ahh..ko laki memang nmpk elena je la..pantang tengok pompuan cantik..huh!

♥CIK SHA♥ said...

nanad::

tu la kan? fenomena sungguh..;p

♥CIK SHA♥ said...

nur_cahayamataku::

ekeke..bukan susah lagi dah ni..memang kritikal dah..nak cari laki cam watak Seth Tan tu menangis air mata darah pun tak jumpa..;p

♥CIK SHA♥ said...

dark rose::

ramai sangat yang cerita pasal beliau..sebab ramai yang tergila-gilakan watak seromantik macam tu..hehe..

♥CIK SHA♥ said...

kak zura::

hebat kak..tu la ramai yg tergila-gila..sebab watak tu je..saye layan gitu2 je kak..idok le fanatik sangat..

♥CIK SHA♥ said...

shahjiehan::

seth tan le..bukan sethan..dah rupe macam setan je..ekeke..

♥CIK SHA♥ said...

hanumHae::

ekeke..aku pun mau laki berbadan sasa begitu..tapi..encik ton yusri itu bdannye..uhuk3..

ang tau kak aku cakap apa?sok aku kawen ton yg tido atas lengan aku bukan aku tido atas lengan dia..wahaha..jahat siot!

♥CIK SHA♥ said...

frause::

ahahaha..ang tak payah tau pun takpa..

embun d tengah malam said...

hahaha..i tak layan cerita ni..tapi kat twitter i kecoh pasal seth tan ni

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kalau sy romantik sgt pun sy x minat.. sy suka yg sedang2.. romantik skit, kelakar skit, gila2 skit, happening skit, semuanya serba sikit ada baru rasa meriah. kekekekeke

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ahahaha...

turut terpikat pada seth tan dalam drama tu...

tapi bukan setan yer??

keh3..

ParkAir said...

Amende laa pilih nama watak iras2 Setan gitu. Pengaruh cinta budak setan kot.

Tapi aku memang romantik macam Seth ni kalo ko nak tahu, bertuah sape dapat aku.



 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com